Aduhai Hati...

3/8/14




Assalamualaikum...


Kenapa aku suka sangat update time tengah malam buta ya? Kihkih. Suka sangat share bedtime story. Saja. Sebab siang siang otak beku. Macam dibekukan oleh Queen Elsa. Hihi. ;) Oh ya, sebelum itu entry ini bukan pasal cinta cinta ya. Ini pasal lain. Jadi tak perlu ambil baldi untuk bekalan muntah.


Eh, sebelum tu juga aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku di blog yang menyinggung mana-mana pihak. Kalau ada tindakan aku yang buat sesiapa terasa hati. Maaf ya. :')


Jadi sekarang nak cerita pasal hati. Hati aku ni pelik. Mungkin juga hampa pun punya hati yang pelik macam aku. Hati aku ni dia macam boleh rasa something yang akan berlaku. Sama ada hal kecil atau besar. Contohnya aku nak dapat result tak best, aku dapat rasa. Kucing aku nak sakit dan aku menangis macam nak gila lepas tu meraung telefon mak sampai mak ingat jadi apa-apa dekat aku di rumah, aku dapat rasa sebelum kejadian tu. Aku nak kena marah dengan sesiapa, aku dapat rasa. Abang aku accident tapi tak teruk mana, aku dapat rasa.


Aduhaiii.. Itu yang buat aku bimbang. Kadang kadang hati tu rasa macam nak melompat keluar sebab nak bagi tanda akan jadinya sesuatu. Bimbang betul hati. Itu nama dia susah hati. Yang dia dapat rasa tu pastinya benda yang aku tak nak jadi. Kenapa tak rasa pulak benda-benda yang nak bagi aku happy? Kan best kan kalau dapat rasa 'oh, ini pasti tak lama lagi aku akan mengalami keseronokan melampau!' Ini tidak.


Haih, cuma mampu doa pada Dia supaya tak ada benda benda yang aku tak mahu berlaku. Moga semuanya baik baik saja. Hati, moga kau tenteram. Jangan susahkan aku. Kau main peranan besar. Jadi, please chill dan duduk diam-diam bertafakur ingat Tuhan. Faham? Herh..


Selamat malam. --.-- Zzz.

3 comments:

  1. Betul... Sometimes kita DAPAT RASA!!! Hihi. Sedih, tak sedap hati, happy melampau semua lah. Mcm Allah bg petunjuk pum ada kan ish

    Takut pun ada sebab takut tak mampu nak face the problem :(

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya niena :)
    kak miza pun kekdang giru jugak..smpai kdg2 tu melampau lampau..huhuu..tapi tak nak pikir bukan2...

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤