Saya Lebih Tua, Maka Saya Yang Berkuasa

19/11/14




Assalamualaikum loves~!


Lama sangat aku tak menulis blog. Mungkin atas faktor-faktor tertentu. Contohnya exam dan malas. Aku dah lepas PT3 dan dah tahu markah tapi tak tahu gradingnya macam mana. Moga-moga dapatlah keputusan yang terbaik. Amin. :)


Jadi sebenarnya hari ni aku melawan juga dengan rasa malas untuk tulis tentang ini. Sebenarnya macam ni, aku nak cerita pasal diri kita semua. Pastinya akan ada orang-orang yang lebih muda daripada kita kan? Tak kiralah berapa pun umur kita pasti ada adik-adik, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit etc kan? Apa perasaan kita bila berdepan dengan mereka?


Baik, memang benar kita lebih dulu makan garam daripada orang-orang yang lebih muda daripada kita. Kadang-kadang, kita rasa kita orang yang punya pengalaman yang luas berbanding orang muda. Kadang-kadang, kita rasa apa yang kita cakapkan adalah lebih bernas. Kadang-kadang, kita rasa pendapat kita adalah yang terbaik berbanding mereka yang lebih muda. Kadang-kadang kita rasa pengetahuan kita adalah lebih banyak daripada mereka.


Maka, dengan sebab-sebab di atas kita rasa mereka yang lebih muda ini memang WAJIB dengar apa sahaja yang kita katakan kerana KITA LEBIH TUA DAN LEBIH BANYAK PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN. Mereka WAJIB tundukkan kepala dan tidak langsung berhak menyuarakan pendapat mereka. Mereka WAJIB patuh dengan apa sahaja kehendak kita walaupun sebenarnya kita salah.


Sebenarnya, bukan begitu. Tidak semestinya kita lebih tua, apa sahaja yang kita cakapkan adalah benar. Tidak semestinya kita lebih tua, ilmu kita lebih luas berbanding mereka. Tidak semestinya, kita lebih tua, apa yang mereka bicarakan salah belaka. Tidak semestinya, kita lebih tua, pengalaman kita adalah yang paling banyak berbanding mereka. Tidak semestinya kita lebih tua, kita lebih bijak daripada mereka.


Sayang, bila kita lebih tua, janganlah sombong dan bongkak. Tak usah rasa orang yang lebih muda ini adalah SIFAR dan kita adalah SERIBU. Terima sahaja jika mereka suarakan pendapat. Jika rasa salah, tegur dengan baik seperti mendidik seorang saudara sendiri. Jika mereka menegur salah kita, terimalah. Tidak bermaksud kita lebih tua apa sahaja yang mereka lakukan adalah salah dan segalanya yang baik dan gah adalah milik kita. Hidup ini kena terima apa sahaja mengenai antara satu sama lain tak kira peringkat umur.


Jadi, ubahlah perspektif diri. Usah kira siapa dia. Adik, abang, kakak, mak cik, pak cik, atau sesiapapun, belajar hormat antara satu sama lain. Belajar terima suara orang lain. Belajar terima teguran orang lain. Tak usah meninggi diri kerana kita lebih dulu makan garam. Tak usah meninggi diri meski kita rasa ilmu sepenuh dada. Ingat, walau berapa banyak pun ilmu kita, pengalaman kita atau apa sahaja, kita mesti terima jika orang lain suarakan apa yang mereka rasakan.


Baik, sebenarnya aku tulis ini kerana aku tengok di mana-mana saja banyak sangat kita-kita ni yang terlupa yang sebenarnya kita ni tak sewajarnya meninggi diri sebab kita rasa kita lebih matang. Tak baik begitu. Jadi apa-apapun, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. :) 


Sekian, Ilal liqa'!



12 comments:

  1. Betul. Kadang orang muda lagi tahu dari orang yang umurnya lagi tua. Bukannya nak tunjuk pandai, cuma nak orang lagi tua tahu mereka pun capable of anything. Tak semestinya orang lagi tua aje tahu semuanya. :D

    ReplyDelete
  2. ada betulnya, tua tak semestinya banyak pengetahuan. kadang lebih banyak cakap kosong dan onar. cuma, tak semua begitu.

    ReplyDelete
  3. baca entry ni , teringat dekat Azwan Ali pasal Sharnaaz tegur dia then dia tak terima atas alasan dia lagi lama dalam industri ,, tapi apa apa pun, tak kira muda atau tua, pendapat orang tu pun harus dipertimbangkan jugak ,, mana tahu lagi bagus dari idea kita ,, :D

    ReplyDelete
  4. nice!! tak semestinya kita yg tua.. kita aje yg betul kan..

    ReplyDelete
  5. Saling tegur menegur antara satu sama lain apa salahnya.. bukan semua orang tua buat perkara btol.. :)

    ReplyDelete
  6. setuju :) menerima nasihat dan pndapat orang lain tu perlu :)

    ReplyDelete
  7. betul tu, tk semestinya dia yg lebih tua dia je yg betul. kalau smpai bila2 dia asyik fikir dia je yg betul dan taknak terima pandangan org yg lebih muda susahlah nanti. kena belajar terima pandangan org secara positif ^^

    ReplyDelete
  8. =) tak kira kita siapa dimana apa pangkat ke darjat kita, hormati orang lain, utk kita dihormati orang..

    akak follow niena balik #1379

    ReplyDelete
  9. hai Niena, lama nya kak liya xdtg sini,,, yupp kak setuju dengan hujah niena kat atas.
    walau siapa pon kita umur bukan lah pengukur kematangan ^_6

    ReplyDelete
  10. umur tu bukan kayu pengukur pengalaman...tak salah nak tegur tapi jgn nmpk kan kebodohan kita :)

    ReplyDelete
  11. betul sangat2.. kadang2 bila kita lebih tua daripada seseorang, kita rasa kita aje yang betul. dia je yang salah.. tapi kita semua kan manusia. manusia melakukan kesilapan.. tak de satu manusia pun yang perfect dalam muka bumi ni. Jadi, umur tak boleh dijadikan ukuran untuk kita mesti dengar pendapat dia atau tegur dia dalam sesuatu perkara

    btw pt3 candidate eh? ina pun sama!! ;)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤