Tudung Labuh Itu Tak Style!

20/3/14


Assalamualaikum...


Yey, dah habis exam! Moga result okey. Hihih. Untuk yang telah menerima result STPM dan SPM, tahniah buat semua tak kira apa pun result hampa cause aku yakin hampa dah buat yang terbaik. Dan juga rezeki tu mesti ada. Jangan kecewa sangat and sedih sangat ya! Be happy and yakin setiap orang pasti ada rezekinya masing-masing yang penting DUIT (doa, usaha, ikhtiar, tawakal). :)






Baik, cukuplah membebel sini aku ada cerita baru.


SAYA TAK SUKA PAKAI TUDUNG LABUH SEBAB TAK STYLE!


Ayat ni sebenarnya aku terjumpa di satu blog. Aku ingatkan hanyalah propaganda untuk tarik readers padahal dia nak share pasal kebaikan tudung labuh ke apa tapi rupanya memang itulah yang dia maksudkan. Ter'speechless' pula aku seketika bila baca content entry dia tu...


Betul-betullah dia maksudkan yang tudung labuh itu tak style. Tak menarik. Tak kebabom. Tak cun. Tak hot. Kekeke, yang lepas tak style tu aku tambah saja. Hihi.


Sebenarnya kan.. Kita bertudung ni bukan nak kira style tak style. Nak bergaya sikit sebab nak nampak kemas ke apa itu boleh saja tapi bukan tujuannya untuk nampak style di mata orang lain, nak tarik perhatian orang lain dan untuk dapatkan pujian orang lain. It it a big NO!


Dan juga bila sebut saja tudung labuh ramai yang selalu pertikaikan 'kalau tudung labuh pun hati busuk buat apa?'. Ya, itu memang betul tapi bila kita bertudung labuh aku rasa automatically perangai kita juga akan ikut cara pemakaian kita. Mesti kita akan terfikir kan tak malu ke bila orang tengok aku pakai begini tapi perangai begini? Memang ada si pemakai tudung labuh yang tak berapa nak bagus sangat tapi aku rasa dia nampak lebih baik mungkin? Kalau kita pakai seksi etc tapi kita baik, tetap juga orang selalu nilai kita ni tak berapa nak baik. Sebab itu orang kata, first impression walaupun orang juga kata don't judge a book by it's cover. Kann?


Satu lagi, tentang seorang suami yang suruh isteri dia pakai tudung labuh tapi mata selalu meliar tengok orang seksi-seksi. Isteri kadang-kadang jadi kus semangat nak pakai tudung labuh-labuh sebab suami pun tengok yang seksi mengapa nak suruh isteri pakai tudung labuh. Itu persepsi sang isteri yang punya suami begini. Aku tahu lah walaupun aku budak-budak. :P


Tapi pendapat aku, kenapa seorang suami itu nak isteri dia pakai tudung labuh walaupun dia suka tengok perempuan seksi sebab dia tak mahu orang lain pandang bini dia macam dia pandang perempuan lain. Faham tak maksud aku? Kalau tak faham ulang baca dan fikir. -wink ;)- Untuk suami pula, janganlah patahkan semangat isteri tu dengan perangai anda.


Okey, berbalik pada tak style. Aku rasa bertudung labuh itu sangat style. Aku suka tengok orang bertudung labuh walaupun aku belum beli lagi tudung labuh bidang 60 tapi aku labuhkan tudung bawal aku sekarang sebabnya tak ada orang nak tolong aku pergi bank in duit. Hehehe panjang punya ayat.


 Style pada pandangan Allah itu sebenarnya yang lebih penting and satu lagi kalau tudung labuh saja tak semestinya kena yang bulat tu. Ada macam-macam jenis tudung labuh sekarang ni yang cantik dengan colour yang menarik and boleh gayakan ikut citarasa sendiri. Ada jenis bawal, shawl and so on. Tapi janji jangan tabarruj!


Lastly, janganlah hina tudung labuh dan orang yang bertudung labuh. Menutup aurat dengan sempurna itu suatu tuntutan. Orang selalu kata bila pakai tudung labuh, handsock, stokin, purdah itu panas dan tak selesa tapi kalau hati sudah cintakan Ilahi, pasti tiada alasan lagi. Sebenarnya menutup aurat itu rasa lebih selamat dan lebih dihormati. Oh, kalau tak mahu pakai tudung bidang 60 pun tak mengapa janji tutup apa yang wajib ditutup. Ya? :D


Illal liqa' sayangs! ;)


Mari terjah entry terbaru:


40 comments:

  1. Betul2....setuju sangat2. Akak ni xada la pakai tudung labuh, tp still pakai tudung yang menutup paras dada. Bila pakai macam tu, rasa lebih selesa...kalau jalan2 di public, lelaki xde la memerhati kita kat tempat yg x sepatutnya...

    Kalau tengok orang pakai tudung labuh tu, sejuk je mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Rasa lebih selesa ja bila pakai tudung menutup apa yang patut tu.. :)

      Itulah, suka sangat tengok orang pakai tudung labuh.

      Delete
  2. hi dik.. kagum dengan penulisan adik. sangat matang.

    setuju dgn entry ni. buat apa nak takut kalau tak cantik pada mata manusia kan..sebaliknya takutlah kalau tak cantik di mata Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak..

      Betul tu akak. Buat apa cantik di mata manusia tapi tak cantik di mata Allah kan.. :)

      Delete
  3. masya allah ada jugak yang buat entry mcm tu kan adik . . ish2 sombong dan riak . . bagi sis bertudung labuh tu sangat la cantik . . sis pon teringin tapi sedikit demi sedikit la ubah kan . . org salu nilai bertudung labuh tu nak menunjuk la apa la tapi sekurg2nya bertudung labuh tu dya cuba menjadi yang baik di mata Allah . . kan . . hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sangka ada juga yang 'jujur' sangat buat entry begitu.. Tak mengapa ubah sikit sikit. Hehe. Betul tu kak, orang selalu anggap orang bertudung labuh ni nak menunjuk lah apa..

      Delete
  4. Sebenar nya cik pon dah lama pasang impian nak pakai tudung labuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla mulakan sekarang. Hehe. Jom2 sama2. :)

      Delete
  5. berani nya dia buat entry cenggitu -.- pelik betoi. akak suka pakai tudung jahit sendiri macam tudung sekolah hehe.. tapi, takdelah labuh sangat =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, berani sangat... Hihi, mesti comel ja akak pakai tudung jahit macam tudung sekolah. Hihihik! XD Tak labuh sangat tak apa, janji tutup apa yang wajib ditutup. :)

      Delete
  6. Tak nak pakai tudung labuh pun tak mengapa, janji aurat itu ditutup dengan sempurna. Bukan bungkus. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu! Tak nak pakai tudung labuh pun tak mengapa tapi janganlah menghina tudung labuh kan.. :)

      Delete
  7. uishh..sapa tu?
    akak tengok sekarag ni ramai pakai tudung labuh ataw shawl jenis labuh tu,style gila je tgok..tantek je tgok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah seorang hamba Allah kak.. Hikhik.
      Itulah, style saja kan. Dalam fikiran dia, kalau tudung labuh saja mesti yang bulat tu. Itu yang dia terus cakap tudung labuh itu tak style. Ish ish...

      Delete
  8. siapa yg cakap macamtu mmng nak kena cili agaknya kan. tudung labuh skarang dah banyak yang berfesyen-fesyen. bila pakai je nampak manis, mcm heliza helmi tu. nilah yg dinamakan berfesyen mengikut syariat kan :D tapi sayangnya, akak tak reti sangat nak fesyen2 lawa camtu. bawal tetap dihatiku :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Rasa macam nak cili saja mulut dia. Moga dia sedar. Itulah, tudung labuh sekarang banyak yang fashionable dan tak adalah nampak 'kolot' macam yang selalu orang kata. Betul tu, macam heliza helmi. Cantik saja tengok dia. Ehehe, saya pun bukan reti sangat fesyen2 shawl ni kak, bawal je senang. Hehehe. :D

      Delete
  9. haishh mohon niena brainwash dekat budak tu
    entry brani mati tu.

    happy holiday :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger tu bukan tahap budak lagi dah akak.. Dah tahap akak-akak dah tu. Tapi entah lerr..

      Oh, happy holiday kak sayang! :)

      Delete
  10. Tak suka bila orang menghina orang yang pakai tudung labuh walaupun saya sendiri tak pakai tudung labuh.

    Ramai je orang yang saya kenal pakai tudung labuh masih nampak cantiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak suka orang hina tudung labuh. Saya pun pakai tudung yang labuhnya cukuplah sekadar menutupi apa yang patut ditutup.

      Itulah, kalau pakai tudung labuh pun bukan jadi hodoh. Hikhik. XD

      Delete
  11. hehe, kan sekarang ney dah ramai public figure macam kak aisyah, kak dena, tutup aurat yang pertama, dan terserah nak ikut cara yang macam mana. yang penting ikut syariat hehe :D suke entry ninaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. 'Kolot' itu bukan alasan lagi untuk menutup aurat dengan sempurna. :D Itulah, janji ikut syariat.
      Hehe, terima kasih berguni2! XD

      Delete
  12. salam niena,tapi pada akak lain pulak. org yg bertudung labuh ni nampak suci , baik n rasa tenang tgk org bertudung labuh. sbb from my view, org yg bertudng labuh ni dah mngikut perintah Allah agar menutup aurat degn smpurna. hehe. tak perlu nak style sgt kalau setakat nak show off kat org.yg pnting niat kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kak aisyah. Betul, orang bertudung labuh nampak baik. Ya, tak perlu nak style sangat kalau setakat nak menunjuk2 pada orang lain. Kita berpakaian pun lagi untuk elakkan pandangan orang ada lah. :)

      Delete
  13. dear dear niena.
    Hm malu lah dengan niena.
    Niena punya post semua matang and relevan and cool and best and superb haihh.
    While mine was like shit hihihi.

    Bestnyaaa post ni haihhh. Kenapa lah otak qila takleh mcm otak niena/ hehehehe
    betul, bagi qila suka sangat tengok tudung labuh. org tudung labuh je yg taksuka qila ni haa T_T sedih betul hikhik.

    betul sangat angat ah!!! betul lah suami dia tu buat hihi, dia taknak lelaki mcm dia tengok isteri dia seksi hahaha. itu lawak sikit ehehe.
    but yes. takperlu mengutuk or tak style bagai. Sekarang bersepah tutorial hahaha.
    Tak style mende nya. Style habis dah tu hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Kak qila suka macam tu tau. Malu iolls. Mana ada lah kak qila. Ini hanyalah picisan pemikiran budak2 saja. Mana boleh lawan kak qila yang super intelligent tu. Saja ja dia ni! Haish..

      Apa2 pun thanks a lot untuk kak qila yang saya sangat sayanggg!! :* Ish, mana ada orang bertudung labuh tak suka kak qila. Dorang tak akan berfikiran begitu insyaAllah... :)

      Hihi, agak kelakar itu ya! Hikhik! XD Ya, tak perlu condemn and saya pun rasa orang bertudung labuh itu style saja!! :) Sepp sikit kak qila!

      Delete
  14. don't judge a book by it's cover., nonsense statmnt., klu ati baik penmpilan mesti baik., klu ati baik dia xkan buat jaht dngn melnggar printah allah., huhu.,
    tp kita xbleh trus maki hamun orang mcam ni., sptutnya kena ada someone yg bawak dia kejln yg betul., tkut klu kita maki dia nnt dia trus sesat, ssh kita nk jawab nnti.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin yang berhati baik tetapi tidak menutup aurat itu kerana mereka belum bersedia.. Saya pun tak berapa nak deny ada juga yang tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi mereka mungkin tak mengutuk orang lain, tak pandang rendah orang lain dan sebagainya.. Ya, saya setuju dengan encik. Kita tak boleh juga nak terus mengutuk mereka. Kita kenalah bawak mereka ke jalan yang betul dengan cara yang betul. :)

      Delete
  15. personally, ee rasa tudung labuh tersangat lah style. i dunno why maybe ee mmg suka somthg yang messy mcm yknow lah kan. hahaha.
    and serious rasa extra selamat bila pakai tudung labuh. ee takdalah pakai tudung labuh but tutup dada. and tak pendek.
    peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... Messy itu comel. Kikiki..
      And yeah, memang rasa extra selamat bila pakai tudung labuh. Menutupi dada dan tak singkat juga sudah mencukupi.. :D

      Delete
  16. Err sapa tuh sapa ? Ish org mcm tuh pon ada . Nak bertdong sbb style2 je la kan bkn sebb allah . Akak tringin jgk nak bertudong labuh . InsyaAllah 1 hari nnt . Akak dari tak bertudong pelan2 cube ubah diri . Nak jdi terbaik dimata allah . Style2 semua tuh tolak tepi laa . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, seorang hamba Allah.. Itulah, bertudung pon nak style2. InsyaAllah kita bertudung labuh suatu hari nanti ya akak.. :D MasyaAllah, may Allah bless you kak.. Ya, moga jadi yang terbaik di mata Allah. Nak style2 tolak tepi. :)

      Delete
  17. Salam Niena syg... lama Kak Ida tak singgah sini...harap Niena sihat dan dirahmati Allah selalu ya dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak ida.. MasyaAllah.. Terima kasih kak ida sudi berkunjung ke sini! Saya hargai sepenuh hati! Alhamdulillah, moga kita sentiasa sihat dan dirahmati Allah.. :)

      Delete
  18. niena ni walaupon budak tecit tapi pemikirannnn tu beyond expectation... Sejuk perut ibu mengandong .. akak setuju 100 % even akak pon belom pakai tudung yang labuh... insyaAllah akan cuba melabuh kan dari masa ke semasa.. niat tu dah ada cuma buat tu belom lagiii.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah, terima kasih kak lieya.. :) Ya, bagus tu kak lieya. Berubah perlahan2 pun tak mengapa... :D

      Delete
  19. tepuk dada tanya hati...berpakaian, menutup aurat kalau kerana Allah takkan timbul pasal fesyen...sekarang ramai org pakai tudung sbb nak buat aksesori..betulkan niat! InsyaAllah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kak sally. Kalau benar bertudung kerana Allah memang tak akan timbul pasal style tak style kan kak sally.. Itulah, semata2 aksesori saja. Betul, kena betulkan niat. Kita semua kena sama2 betulkan niat, insyaAllah.. :)

      Delete
  20. erm..teruknya kalau smpai ckp mcm tu kn....

    ReplyDelete
  21. Haritu ada bw blog then jumpa satu blog ni dia cerita psl dia duk kt asrama and then kena pakai tudung labuh i guess so, and then dia kata dia lagi suka pakai tudung bawal lagi style lah apa. Kira lebih kurang lah diorg ni. Mohon Allah bukakkan pintu hati. Amin.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤