Nak mintak tolong? Mintak elok-elok lahhh..

28/6/13


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menikmati penghulu hari. Eh, tengok tajuk macam geram aje? Ya, memang geram dan tak puas hati dengan cara sesetengah orang yang nak mintak tolong, tapi bukan macam nak minta tolong.




Susah sangat ke nak cakap elok-elok bila nak mintak tolong dengan orang lain? Perlu ke menjerit-jerit kuat-kuat macam nak runtuh bangunan panggil nama orang tu sebab nak mintak tolong? Perlu ke cakap benda-benda tak elok dekat orang tu bila nak mintak tolong?


"Woi!!! Pergi la tolong angkat barang tu!"

"Tak pernah aku tengok orang pemalas macam kau ni!! Eeeii.. Pemalas macam apa lagi!"

"Bodoh betul! Barang banyak lagi kat depan tu boleh dia blah macam tu aje!"


Ehehe, jangan tanya siapa yang cakap begitu. Cuma aku pernah dengar orang cakap pada orang lain. Haa, gitu.



Aku rasa, kalau nak mintak tolong tu tak perlu kot nak jerit jerit sekuat kuatnya dan mengata mengutuk orang tu bila nak mintak tolong dia. Kita nak dia tolong kita, tapi kita sakitkan hati dia. Seronok ke bila orang yang tolong kita tu tak ikhlas menolong?


Tak susah rasanya bila cakap elok-elok bila nak mintak tolong.

"Minta tolong angkat barang depan tu ya?"

"Boleh saya minta tolong sekejap untuk angkat barang tu?"

Susah? Kena bayar duit? Berdosa? Mati? Sakit? Jadi miskin? bila kena cakap elok elok? Fikirlah sendiri.


So, ini peringatan untuk diri sendiri juga. Bila nak meminta tolong jangan sampai menghina orang tu. Aku tak suka dan rasa tak bestlah kot bila orang yang menolong tu tak ikhlas. Kan? :D



2 comments:

  1. yeaapp. kadang-kadang geram bila yang minta tolong tu x serupa nk minta tolong.. =="

    ReplyDelete
  2. Tahu tak pe. Minta elok2 kan bagus. Baru la yang kita minta tolong tu ikhlas nak tolong kita. Kita dapat pahala, dia pun dapat pahala. :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤