Novel Kata Tak Rindu karya Siti Nur Dhuha


Assalamualaikum...


Haa.. Aku baru balik dari kampung. Selangor panas gila eyh? Balik Kulim terus terasa sangatlah bersyukur sebab duduk di Kulim. hahaha! Nampak tak pulonnya di situ? Kann.. Kejap sebelum nak review novel aku nak membebel sekejap. muahaha!


Atas jalan aku rasa ergghhh gila sebab sikap driver-driver yang selfish. Sesuka hati nak mencilok sana mencilok sini. Lepas tu main redah je. Aii aku tak boleh lah. Bas yang laju. Lori yang overloading sampai papan macam nak tercabut je and bawak laju pulak. Saja kasi orang takut. Nanti kalau apa-apa kami kami kami yang lain atas jalan ni yang terkena. Memanglah kalau benda nak jadi tu jadi tapi at least kita ambil langkah berjaga-jaga. Tak gitu?


Cakap banyak pulak aku macam aku yang drive. Yes, aku tumpang marah. Okey meh meh aku kasi review. Kang aku kena lempang pulak, siapa yang sakit. Aku jugak.




Siti Nur Dhuha
Buku Prima
S/M: 27.90
S/S: 30.90


SINOPSIS

Kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat perjanjian tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN



Macam biasa karya Siti Nur Dhuha mestilah ada sense of humor. Fyi, ini karya yang terbaru. Tahun ni punya. Masih panas di pasaran jadi bolehlah sambar kalau anda peminat SND macam aku. :D


So.. cerita ni macam yang dalam sinopsis katalah, Zafia yang kecewa pi cari jodoh dekat Agensi Mencari Jodoh. Desperate uolls tau. Hahaha! Dia ni kan nak cari yang kaya, popular and tinggi semata-mata nak kasi Shahril menyesal tak kahwin dengan dia.


Aku cukup benci dengan Zafia ni. Dia still sayangkan Shahril walaupun dia dah kahwin. Gedik apa kau perempuan oii. Kesian Aezwan yang maha handsome tu jealous. So, siapa yang akan jadi teman sehidup semati Zafia? Kena sambar buku ni, untuk menjawab persoalan tu.



Sedikit sedutan sense of humor (ecewah):


Setahu aku, sewaktu aku sekolah rendah dahulu. Ramai yang panggil aku negro sebab aku ni hitam. Pangkat negro itu turun kepada pangkat keling setelah naik sekolah menengah. Apabila tamat belajar, aku mencuba pelbagai produk memutihkan kulit. Akhirnya, daripada keling, aku menjadi kelabu asap.


Nanti aku upload gambar kita bertiga ni dalam facebook, aku tag kat kau ya Fia. Aku guna nama Pelepoh Nyo.


Itu ajelah yang aku dapat cari. Ada satu tu aku gelak gila tapi tak dapat nak cari kat mana. Lagipun, mana boleh kasi lebih-lebih. Yang Pelepoh Nyo tu yang tak tahan tu. Tak ada nama lain ke nak kasi. Ada banyak lagi sebenarnya part part lawak ni tapi kena baca sendiri lah.



Novel ni bagi aku, tercapai lah tujuan SND untuk bagi pembaca rasa geram, dendam dan kesian pada watak-watak ni. Novel ni just nice lah. Tak masin dan tak tawar. Haa gitu. Aku kasi, 4/5. Sorry kalau rasa review aku kali ni macam kekurangan, sebab memang aku pun sekarang rasa macam tak berada di bumi yang nyata. Macam mabuk-mabuk sikit. K dah, bye.


16 comments:

  1. Duduk Kulim? saya duduk Kulim jugak. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Tau tak pek! Tapi memang sedih mase Aezwan pergi ke Australia. Mengalir air mata kot masa tu.. But dislike Syania :-P

    ReplyDelete
  3. Hahaha... Tau tak pek! Tapi memang sedih mase Aezwan pergi ke Australia. Mengalir air mata kot masa tu.. But dislike Syania :-P

    ReplyDelete
  4. @Nur Atiella betul2. sedih masa aezwan pergi Australia. geram betul dekat Zafia masa tu and benci gila Syania yang maha gedik tu. haha!

    ReplyDelete
  5. Cerita yg mnarik ! Btw , ada 1 novel nyy . Tajuk dya kata tak suka by Qaseh Qaisara . Best jgak cita dya . I like . Nnti klu free , sis update sinopsis novel tu ^_^

    ReplyDelete
  6. wah sweet nya novel tu, sweet sangat !!!

    ReplyDelete
  7. @farhanah ezzaty ya sis. sy pun dah ada dan dah baca novel kata tak suka by qaseh qaisara tu. :D cerita tu pon nice jugak kan.

    ReplyDelete
  8. @Cackle Cuckoocious Zafia & Aezwan sweet. Zafia & Shahril mashaAllah, meluat tahap kuasa 10000000. haha!

    ReplyDelete
  9. wah..mcm menarik jer novel ni lah...

    ReplyDelete
  10. nak beli jer. tpi, lia bru beli dua novel sebelum ni :'( urghh,

    ReplyDelete
  11. Adah pun minat bace novel, tp more kpd kaki novel hehe.

    emm, cite ni mcm menarik pulak. rasa nak beli laa abis final ni. hee

    ReplyDelete
  12. Review utk novel hana ilhami yg terbaru ad x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membakar syurga mengguyur neraka ya? Oh, itu saya belum ada lagi. Saya ada review Ya Maulana ja buat masa ni. :)

      Delete
  13. Cerita tu kalau tak bagi aku sakit hati tak sah tapi memang power jalan ceritanya tu luka nya dapat rasa aish...

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤