Blackhead Pore Strip

Assalamualaikum....



   Haa... Nak update pasal pore strip pulak kali ni. Ini first time aku pakai pore strip. Excited! Nak buang blackhead (tak banyak pon)! Mengada je lebih aku ni nak pakai benda tu. Aku pakai benda tu then biar sampai dia kering, macam biasa orang pakai la kan....



   Lepas dah kering tu, nak cabut kan... Serious sakit nak mati. Air mata aku keluar meleleh-leleh. Sakit gila!!! Menangis tak sudah. Last sekali dapat lah aku cabut benda tu dengan air mata yang mengalir dan mata yang merah hingus meleleh. Wkwkwkwk. Sakit kak sakit!



   Cabut benda tu, bukan ada benda melekat atas tu pon. Ke mata aku yang rabun??? Actually, hidung aku ni bukan la benda blackhead tu bermaharajalela banyak banyak pon. Aku gatal je nak pakai. Tapi, aku akan tetap pakai pore strip tu jugak even aku terpaksa menangis sebab aku benci blackhead! Keh keh.. Mengada betol.



   Itu aje lah nak share. Saja je nak bagitahu benda tu sakit macam nak mati. Aku tau kau pon mungkin pernah pakai kan? Masa cabut tu, sila bandingkan sakit tu dengan sakit mak nak bersalin. So, hilanglah sikit kesakitan cabut pore strip tu. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ibu bersalin dan dengan orang nak meninggal kan? :)



   Dah.. Bye. Sentiasa Love~

Hari Kantin. . . . ;-(

Assalamualaikum salam malam jumaat. Hee XD



   Ouh! Cott.. Sekarang ni dah masuk pukul 12.15 erk? Kiranya dah jumaat lah ken? Eh, tak apa. Tak apa. Tak kesah. Aku tak ngantuk. Mata masih bolat macam guli dan bersinar macam mata kucing. Hehehe.. Bosan ouh. Eh, dah 12.17? Cepatnya. 2 minit sudah merapu. Satu perenggan pon dua minit ambik masa.



   Oklah. Mari straight to the point. Tajuk aku 'Hari Kantin. . . . ;-(' <-- eh ada muka sedih pulak? Bukan kalau hari kantin muka kena macam ni ke :D ? Tapi, aku tak. Serious aku rasa sangat tak best hari kantin kat sekolah aku. Untuk pengetahuan, ini tahun pertama aku menempuh hari kantin kat sekolah aku. Eceehh. Serious aku rasa tak ada apa dan tak syok.



   Awat wey? Awat wey? Awat tak syoknya? Makanan dia biasa biasa saja. Lepastu, tak ada apa-apa game ke apa ke tadi. Yang adanya, cabutan bertuah (something normal), persembahan. Boringgg!!!! Aku tak snap even single snap. Aku bawak camera sebabnya ingat nak snap dengan kawan-kawan aku. Tapi, satu haprak pon tak ambik. Kawan aku pon aku tak tau kat mana. Boringnya...



   Lepas dah lenguh punggung duduk dekat dewan, aku dengan Nadirah pergi masuk kelas. Kat kelas, lebih aman dan damai. Ecewah. Disebabkan tak ada orang dekat dalam kelas, aku buat kelas tu macam aku yang punya. Boleh cakap kuat kuat. Gelak terguling-guling. Hakikatnya memang aku duduk dekat kelas aku ponnn.. Aishh..



   Aku mengumpat orang. Bangga erk mengumpat? Dosa tau. ;) Tak.. Aku tau... Tapi, aku tak puas hati dekat budak tu. Dia serious menyakitkan hati aku. Jadi, minta maaf aku termengumpat jugak. Lepastu, gelak hentak kaki, guling-guling sampai lenguh mulut. Bila sedar ada orang dekat kelas sebelah mula la nak malu sendiri.



   Aku tak reti macam mana nak bagitahu yang hari kantin tadi tak syok. Nak bagi bukti, bukti apa kan? Melainkan, hampa sendiri ada dekat sekolah aku. Bosan gila. Next year, tak nak pergi! Suka hati lahhh. Sapa suruh kecewakan hati aku. Eceehh.. Tapi iya apa. Kan? Sebab tu, janganlah kita kecewakan orang walau sekali sebab untuk the next time orang dah tak percaya kat kita. (sempat lagi advice). hewhewhew.



   Dah lah! Penat. Jap. 12.27 dah. Lamanya aku ambik masa untuk tulis post ni. Iye tak? Bye!!

Geramnya aku....

Assalamualaikum...



   Haa... Mulalah tu nak membebel. Yes! Memang! Siapa suruh macam siput sangat? Siput pun laju dari kau eyh! Okey, persoalannya? Aku ni membebel dekat siapa? Siapa lagi kalau bukan yang nama dia internet tu. *sigh*



   Kenapa erk semenjak renovation rumah hari tu internet jadi slow gila bapak? Adakah kerana... Modem dia ubah tempat lain ke macam mana tu? Serious slow kot. Selalu laju macam nak lari pecut 400m. Tapi, sekarang dah lembab gila. Dan, aku jadi geram bila bukak blog sebabnya load tak habis. Meh nak kasi bukti meh.





    Menatang tu memusing jeee.. Ada masalah apa pon aku tak tau. Susahnyaaaa... Benci betol. Aku tak tau la kalau laptop orang lain dalam rumah aku okey je. Tapi, kenapa persoalannya aku punya lappy internet slowwww??????????


Doakanlah semoga internet aku laju balik nah? Nah? Nah? bye..

Novel oh Novel.. I Love You!

Assalamulaikum...



   Yey! Esok cuti! Yey! Bulan ni rasa lambat sangat nak jalan tu pehal? Lu pehal? Lu pehal? Mungkin aku dah terkena simptom simptom nak gila. Mungkin sebab PBS? Mungkin sebab aku memang tak berapa nak betul. Apa apa saja lah. Yang penting, hari ni aku nak share kenapa aku suka beli novel.



   Aku suka beli novel sebab pertama, aku suka membaca. Tapi, kadang-kadang mungkin family aku agak musykil dengan aku ni sebab kat dalam internet boleh baca jugak kan cerita-cerita something kan. Yang berjela-jela panjang kat internet tu, aku boleh baca kan? Tapi kenapa nak beli novel yang membuang duit tu?



   Watch your mouth baby. Sapa cakap beli novel buang duit aku cili mulut tu kang baru tau. Okey, kalau aku baca cerita yang kat internet tu kan, tak ada rasa kepuasan di dalam hati. Ecewah. Tapi serious, aku tetap akan beli novel even ada full story dia kat dalam internet. Sebabnya, aku tak akan puas hati dengan pembacaan aku kat internet tu. Tak ada feel weyh!



   Kalau baca, aku mesti kena pegang buku. Tak best bila baca dekat something yang kita tak boleh nak pegang. Kepuasan kunci utama kehidupan. Apa ni?



   Lain-lain sebab aku suka beli novel, bila aku baca novel aku akan berangan. Oh, indahnya dunia kalau ada orang macam Ezroy! Oh indahnya dunia kalau jadi Noorul. Oh, indahnya dunia kalau itu. Oh, indahnya dunia kalau ini. jadi, untuk happy kenalah baca novel. Kalau kau suka berangan, sila berangan masa baca novel. Macam aku, aku akan berangan yang watak dalam novel tu betul-betul ada.



   Kalau nak uji hati lembut ke tak, bacalah novel. Dalam novel, mesti ada bab sedih dia kan. Jadi, kalau kau nangis kau memang ada hati yang lembut. Kalau tak, hati kau memang K E R A S. Agaknya lah kan... Bukan betul sangat apa aku ni. Dan lagi satu, untuk uji orang yang tak ada perasaan ke tidak. Kalau baca novel diam je, tak senyum tak sedih tak ada rasa langsung tu susah la...



   Apa lagi? itu lah serba sikit tentang kenapa aku suka sangat dengan novel. Kenapa aku beli novel. Kaki kaki kaki novel. Bosan kan dengan aku? Novel je kerja. Suruh baca buku ulangkaji tak nak. Ini lah orang yang nama dia Niena. Dah.. Salam.. -Sentiasa Love-

WORKS . . .

Assalamualaikum...


   Ouw! Aku last update 27 haribulan 9 eyh? Kiranya lama jugak la kan? Tak kesah lah. Aku cuma nak cerita tentang apa yang aku buat selama aku tak update blog. Kerja aku time aku tak ada homework macam blogwalking, baca novel dan apa apa saja sekarang aku tak ada masa nak buat. :,(. SAD? Ya..


   Tak syok wei PBS! Tak syok! BUBARKAN PBS! BUBARKAN PBS! Aku buat demokrasi apa tak tau kat sini. Never mind. Nak kena buat report lah kena buat produk lah. Kalah orang kerja wei. Okey, stop complaining. Bingit.


    Internet aku masih macam siput lagi. Slow. Bukak blog aku, load tak habis. Hari ni aku just curi masa sikit nak update even internet aku macam ni dan even aku busy tapi sebenarnya aku sangat malas untuk buat kerja. Orang Malaysia memang macam ni. Nak buat macam mana. Penyakit malas tu memang susah nak ubat. Terutamanya untuk orang macam aku. Betul tak?



Aku buat benda ni lepas aku bosan buat PBS Sains. Entah apa apa. Tapi, benda ni aku paste dekat meja study aku. Biar aku sentiasa mengingati blog aku yang dicintai ini. Okey. Sangat pulonnn..


Tu diaa.. Berterabur habis barang aku atas meja. Itu color maler punya pen lepas aku buat benda yang kat atas tu. Sebenarnya kan, aku malas nak buat campur dengan bosan buat PBS. Jadi, lepas habis buat report Sains tu aku pun mengarut habis. Tapi best! 



   Okey, itulah aktiviti aku. Sangat membosankan. Sebenarnya, kerja aku bukannya siap lagi pon. Malas campur tak tau nak mula dari mana. Sangat stress. Sangat bosan. Sangat malas!!! 

Itu ajeee.. Bye friends. -Sentiasa Love-