Saya Nak Bercinta Boleh?

1/6/15




Assalamualaikum and happy June loves~!


Eh, baru perasan yang bulan Mei, langsung tak ada entry. Ampun, aku terlalu sibuk bila Form 4 ni dan seolah-olah mood menulis melayang-layang. Tapi tak apa, aku masih cintakan dunia blog. Hehehe.


Baiklah, sini nak kongsi cerita ataupun pendapat peribadi. Semua orang ada pendapat masing-masing kan? Jadi, nak juga luahkan pendapat. Untuk semua, maaf siap-siap kalau tidak bersetuju. Tajuk ini disukai oleh remaja zaman sekarang. Zaman dulu pun sama kot aku tak tahu. Yang penting, semua orang tahu cinta. Sejujurnya aku geli untuk tulis perkataan cinta apatah lagi untuk cakap dengan mulut aku perkataan tu. Okay, cukup.


Cinta merupakan suatu fitrah manusia yang telah Allah wujudkan dalam diri setiap orang. Jadi, benda itu tidak salah. Bercinta? Juga tidak salah bagi aku. Jadi? Kenapa? Apa masalahnya?


Bagi aku... Bagi aku la, bercinta boleh tapi tak perlu berlebih-lebihan. Oh, ini untuk pasangan yang tiada hubungan yang sah ya iaitu pernikahan. Tak perlu melampaui batas. Tak perlu pegang-pegang. Tak perlu bercuti ke serata tempat tanpa ikatan yang sah. Tak perlu kawal apa yang pasangan nak buat. Tak perlu nak suruh pasangan hantar ke tempat kerja dan jemput pulang setiap hari. Tak perlu panggilan manja mengada-ngada. Kenapa? Sebab bukan isteri/suami kita.

"Hang pun remaja wey... Tok sah la dok cakap lagu tu.. Nanti satu hari nanti, hang pun bercinta jugak.. Podahhh!"

Lebih kurang gitu la jawapan yang aku dapat daripada someone tapi tak ada la kasar gitu. Kekeke, saja nak lebih-lebih. Yes, betul. Aku remaja dan aku tak nafikan kalau suatu hari nanti aku akan bercinta. Tapi yang pasti bukan di SEKOLAH. Bercinta zaman persekolahan sangat mengarut bagi aku. Aku juga tak nafikan yang ada juga yang Alhamdulillah betul-betul ada jodoh.


credit to owner. gambar pinjam google.


Aku tulis entry ini sebabnya ada seseorang yang dekat dengan aku ni bercinta dari zaman sekolah dan dalam tempoh 'percintaan' tersebut asyik gaaaaduhhh manjang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu salah. Ini salah. Macam-macam la masalah mereka ini. Aku tak boleh nak kata apa sebab aku hanya budak-budak hingusan. Jadi, mereka tak akan peduli cakap aku. Dan akhirnya ambil keputusan untuk putus dan aku tak pasti lah pulak hubungan mereka ni macam mana.


Masa zaman bercinta ni, mereka ni lebih kurang macam gambar di atas set set 'love you till jannah. anything for you. lautan api sanggup ku redahi. segalanya untuk mu sayang ku cinta ku.' Haa.. Ini namanya bercinta bagai nak rak, rak patah. Aku bukan nak mencerca ataupun apa-apa sahaja perkataan yang sinonim sebabnya aku pun bukan budak baik dan jauh sekali muslimah solehah. Ini kenyataan. Ini benar-benar berlaku. Aku takut kalau aku juga akan jadi seperti mereka. Harap tidak.





Dan aku tergerak hati untuk tulis tentang ini selepas aku tengok video dubsmash dua orang remaja ni. Aku saja la tengok ingatkan ada benda lawak-lawak ke kan, tapi bila sampai part tengah-tengah, amboi kau. Lebih-lebih pulak terus aku tekan pangkah. Terkejut aku tengok. Dan lebih mengejutkan aku bila ada lebih 200 orang yang like video tu dan majoritinya aku yakin adalah orang Islam sendiri. Moga diberikan cahaya kebenaran dalam hati mereka untuk sedar kesalahan yang mereka lakukan.


Kesimpulannya, tak salah untuk ada perasaan tersebut. Tak salah untuk mungkin sukakan seseorang. Tapi, simpan saja semua itu dalam diri sendiri buat suatu tempoh waktu. Tak usah risau, satu hari nanti, bila tiba waktu yang tepat, dengan orang yang tepat, luahkan saja semua isi hatimu. Ustazah kata, sekalipun kita duduk di dalam gua, kalau ada jodoh, bertemu jua. Dia tak akan lari. Dia tak akan ke mana kalau sudah ditakdirkan untuk pasangannya yang sudah ditetapkan. Walau beribu tahun bercinta, kalau bukan dia, bukanlah. Walau beribu tahun tidak pernah mengenali, kalau sudah dia, dialah. Serah pada Dia. Remaja, sekarang masih belum masanya. :)



Love notes: Aku tak adalah tak faham perasaan tu bagaimana. Faham. Boleh mengerti. Tapi, rasanya tak patut untuk berlebih-lebih. Sederhana. Patuh syariah. Cukup. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih anak-anak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih manja-manja. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih budak-budak. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih tak pandai berdikari. Tak usah bercintalah kalau rasa diri masih memuncung panjang bila dimarah emak. Tak usah bercintalah kalau rasa jalan masih jauh. Hihihi. Ini hanyalah pandangan aku sahaja. Lain orang, lain pendapatnya. Tak apa, kita terima semua pendapat asalkan tidak lari dari apa yang digariskan dalam agama. :D


Apa-apa pun, untuk kita semua, moga berbahagia selalu! Ilal liqa'!







16 comments:

  1. Semoga bahagia selalu yaa :)
    Kalau free jom laaa join my segmen http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/05/segmen-all-about-songs-by.html
    Selamat malam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela... setuju... sebelum kawin dah berhoneymoon pergi bercuti merata lepas kawin jadi bosan lah jawapnye...

      Delete
    2. InsyaAllah, amin... Moga kita semua bahagia selalu.. :D

      Delete
    3. Betul kak fara... Bila semua dah buat, lepas kahwin nak buat apa ja? Hehe...

      Delete
  2. right! i totally agree! haha bagi akak,takyah nak bercinta dulu. lagi best kalau tak bercinta. tapi crush tu mmng ada. haha tengok dari jauh je -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crush tengok dari jauh tak apa. Memang hampir semua orang ada crush. Benda itu biasa, tiada masalah. Janji tak lebih2. Iya dokkk? Kekeke... XD

      Delete
  3. nice entry ^_^ perasaan tu normal lakan bg remaja yg darah muda ni tp tula kalau tk dikawal, mmg lain jdnya. betul tu nak bcinta tk salah tp tkperlu control hidup org. hidup la dgn cara masing masing xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Betul, memang normal. Kalau tak ada perasaan tu memang tak normal letew.. Hihihi... A'ah, buat biasa sudah.. Tak perlu berlebih-lebihan. Kalau dah kahwin, hah! Buatlah apa ekau nak! XD

      Delete
  4. dengar lah nasihat ikhlas akak ni dik, cari dari sekarang. kat U nanti semua dah ada awek. dah kerja nanti semua dah ada bini. pengalaman kite laa... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Tak nak lah saya akak. Tak apa, kalau ada jodoh, ada lerr.. Kehkeh.. Memang selalu dengar cenggitu tapi entah2 yang tengah bercinta tu kita punya, last2 nanti jadi kita punya jugak kakak.. ;)

      Delete
  5. sekarang masa untuk belajar, belajar. Belum sampai tahap untuk cari pasangan lagi. Hahaha anis singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, betul sangat tu! Nanti dah besar besar sikit kalau nak fikir, tak apalah jugak ye dokk?? Kikiki.. XD

      Delete
  6. nice entry nina. akak suka betul baca notes yg warna kuning tu. rasa kelakar tpi mmng betul apa yg dia cakap. dah couple lama2 pun tak semestinya jodoh. lebih baik suka dalam diam je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mazni! Hehehe, betul. Masa mula2 jumpa note tu pon terus share dengan kawan2. Memang betul pun apa yang dia cakapkan tu..

      Hah kak mazni! Ada pengalaman lah tu suka dalam diam tu. Ekekeke. Tapi memang lebih baik suka dalam diam ja daripada bercinta macam dah tentu nak kahwin dengan dia. Mana nak tahu, suka2 tengok2 berjodoh pulak ken?? Aik? Saya pulak lebih2 ni kenapa... Hihi.. >.<

      Delete
  7. ishh bosannya hidup asyik kena kongkong ngan bf. mak bapak pun tak macam tu. hmmm

    ReplyDelete
  8. Doa lah smoga didkatkan jodoh.. Hehe

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤