Assalamualaikum dan selamat sejahtera loves!~
Wahh, tengok sekarang dah masuk bulan dua. Masa tu bergerak persis kilat. Sedar tak sedar dah berlalu pun sesuatu perkara dan kita akan lalui pula sesuatu perkara yang lain. Baiklah, sini nak cerita sikit sebagai entry pembuka bulan Februari. :)
Ilmu. Semua orang tahu ilmu merupakan sesuatu yang penting untuk semua orang. Tak kisah ilmu apa pun yang memberi manfaat, itu adalah terbaik. Bila kita ada ilmu, ada dua yang kita akan jadi. Sama ada kita akan merendah diri dengan ilmu yang kita ada tu ataupun kita akan bongkak dan sombong dengannya.
Bila kita ada ilmu, pimpinlah orang yang dahagakan bantuan kita. Kita selalu dengar kan, bila kita kongsikan ilmu kita dengan orang lain, pasti ilmu kita akan lebih bertambah. Maksudnya kita akan lebih faham dan lebih menguasi sesuatu ilmu itu. Ilmu tak akan pernah berkurang bila berkongsi dan tak akan pernah habis.
Jangan pernah bongkak dan memandang rendah pada orang lain yang tak punya sesuatu ilmu seperti kita. Kadang-kadang mungkin kita memang banyak ilmu dalam sesuatu bahagian. Namun, jangan lupa kita juga tak punya ilmu yang luas dalam bahagian yang lain. Mungkin juga ilmu yang kita tak ada tu ada pada orang yang kita pandang rendah tersebut.
Sebenarnya, ceritanya mudah. Jangan kedekut ilmu. Ingat, segala ilmu yang kita ada, yang kita perolehi, semuanya ilmu Allah. Tak ada sesuatu pun yang milik mutlak kita. Semuanya milikNya. Segala-galanya bila Dia nak tarik balik, tak perlu tunggu cepat atau lambat. Ikhlas ikhlaskanlah diri bila ada orang lain yang minta kita berkongsi apa yang kita tahu. Kalau kita tak ikhlas, macam mana ilmu yang kita ada tu nak berkat walaupun kita memang bijak. Kebijaksanaan ilmu yang kita ada perlu keberkatan. Tak guna bijak tetapi tak ada keberkatan.
Ingat, bila kita bantu orang lain tambah ilmu, kita pun akan ada bahagiannya juga. Pahala bertambah, ilmu di dada pun bertambah. Ilmu memang tak akan berkurang kalau kita berkongsi. Mana tahu, kalau kita kedekut ilmu sekarang, bila kita tak tahu sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain, orang lain tu pula tak mahu berkongsi dengan kita. Orang kata apa? Karma. Masa itu jangan marahkan dia, imbas diri kita. Pernah tak lakukan perkara yang sama.
Mari layan quotes :) :
Moga kita sama-sama muhasabah diri dan ambil manfaat. InsyaAllah.. :)
Ilal liqa'!
P/S: Buat hampa yang mengenali aku, kalau terbaca blog ni diam-diam ya? Jangan beritahu aku. Nak beritahu orang lain tak apa tapi jangan beritahu aku hampa baca. Malunya eden tak terkata. Buat biasa sudah bila terbaca blog aku ya. Oh, moga memberi manfaat jugak untuk hampa! :)
Betul..akak PC setuju..semua Allah punya..diri kita sendiri pun milik Allah..bila Allah nak ambil semula..tiada 1 pun dapat menghalangnya..dalam kehidupan..yang utama mencari dan mendapatkan keberkatan..itu sangat penting..tiada keberkatan umpama kelapa tidak bersantan..hampas semata mata..
ReplyDeletekadang-kadang rasa kagum+terharu dgn kawan akak yg lebih pandai tpi dia selalu share apa yg dia tau dgn akak. semoga segala ilmu yg dia ada diberkati Allah :)
ReplyDeleteSeronok sangat bila kita dapat share ilmu. Harap sangat-sangat moga Allah beri keizinan kepada kita untuk berkongsi ilmu tanpa rasa rugi sedikit pun.
ReplyDeleteEven bila kita kongsi, tapi tup tup dapat tahu dia dapat markah lagi tinggi dari kita. Jangan pernah menyesal. Jangan. Ikhlaskan hati.
Kerana itu salah satu ujian Allah buat kita. Allah nak tengok sejauhmana keikhlasan kita. Bila lihat kejayaan orang lain, senyum. InsyaAllah Allah akan tunjukkan hikamh disebaliknya.
Siapa sangka, disebabkan kita kongsi ilmu dengannya. Tiap malam pintu langit diketuk oleh doa dari mereka :)
betul, jgn pernah kedekut cuma tulah hm im bad at teaching hehe
ReplyDeletesometimes sedih gak klau my rival taknak ajar tp qila selalu mintak pandangan org lain hihi.
sbb sometimes org phm lain lain kan huhu.
and seeking knowledge is obligatory though so yes.
jgn kedekut!!! <3
ya, betul. I have a friend yang jenis macam ni. Bila ilmu lebih sikit, bongkak dan berlagak teramat, padahal ada yang lagi pandai daripada dia. Then, tak mengaku pulak tu kalau orang tegur, kita pulak yang disalahkan balik.
ReplyDeleteSETUJU. dengan saling berkongsi ilmu , banyak manfaat yg boleh kita dapat. semakin banyak kita cuba mencari ilmu, semakin kita sedar betapa bodohnya kita.. peace (:
ReplyDeleteSuch a nice entry.. Sangat bermanfaat. Makin banyak kita sebar dan kongsi, makin banyak kita akan dapat, in shaa Allah, Allah pun redha dengan ilmu yang kita ada. =D
ReplyDeleteBetul tuuuh. Bila dah banyak ilmu nih, mulalah nak act bagai. Hahah. Nice sharing. :)
ReplyDeleteBetul tu, saya pun personally akan lebih rapat dgn org yg tak kedekut ilmu ni. Nice reminder :D
ReplyDeleteKita akan lebih faham jika kita yg ajarkan mereka.. Ilmu pun tak kemana kalau kita x sebarkannya
ReplyDelete