Isteri Gemuk

16/2/15




Assalamualaikum dan hai loves~!


Haa... Aku yakin hampa semua sudah pun baca cerita yang pasal suami yang maki isteri dia sebab malu dengan isteri dia tu kan? Cerita tu kan viral sekarang. Walaupun aku tak pasti sama ada cerita itu merupakan cerita benar ataupun hanya rekaan semata, tapi aku yakin memang ada pun lelaki jenis yang begitu. Wahh.. Bila baca cerita tu hari tu memang terus: sakitnya tuh di sini~~ di dalam hatiku~~ Oh ya, satu lagi aku tak mahu letak cerita tu di sini. Sakit hati sangat.


Walaupun aku hanyalah budak-budak yang belum kenal dunia sangat aku boleh rasa lah betapa sakitnya hati kalau dimaki oleh suami yang sangat biadap tu. Baiklah, beginilah ya. Mari sini Cik Niena nak berleter. Wahai lelaki, anda tahukah kenapa isteri anda gemuk? Anda tahukah bahawa isteri anda pun tak minta untuk jadi gemuk? Anda tahukah isteri anda berkorban segalanya untuk melahirkan zuriat anda? Anda tahukah rasanya sedih bila suami tak faham perasaan isteri?


Oh tuhan, aku sangat sensitif bila bercakap tentang lelaki yang tak menghargai isteri ni. Dulu saat becinta, berjanji setia bagai nak gila. Dulu saat bercinta, segalanya sanggup hadapi bersama. Dulu saat bercinta, segalanya indah belaka. Dulu saat bercinta, tiada langsung cacat di mata. Dulu, saat bercinta semuanya sempurna saja. Dulu saat bercinta, bersumpah  hidup mati bersama.


Dengarlah.. Tidak ada seorang pun isteri yang mahu dirinya jadi hodoh. Tak minta langsung untuk berubah fizikalnya. Tapi, kerana untuk melahirkan seorang zuriat, perlukan segala pengorbanan. Mungkin juga, bila sudah semakin dimamah usia, pasti tidak seindah dahulu lagi. Sampai bila kecantikan akan kekal? Sampai mati? Tidak kan. Kadang-kadang tak tunggu tua dan sudah lahirkan anak pun kecantikan tu boleh padam sekelip mata.


Sebelum mencaci memaki, ingat dahulu segala pengorbanan isteri. Ingat dulu susah payah isteri. Ingat dulu jasa isteri. Bukannya sesuka hati mencemuh memaki tanpa rasa bersalah. Bukannya angkat kaki cari yang lain yang cantik berseri. Kalau mahu isteri anda cantik semula, beri la kata-kata semangat untuk mereka. Ajak jogging sama-sama ke? Masakkan makanan yang berkhasiat ke? Haa... Tak ke sweet gitu? Kan kan kan? Xp


Jadi, kesimpulannya tak usahlah fikir kecantikan semata. Bukan ke Rasulullah ada bersabda, "Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim). Agama tu paling penting tau! Yang lain-lain tu kita tak tahu sampai bila akan kekal kan? 


Baiklah, itu sahaja. Maaf kalau terkasar bahasa ke apa. Hehe, memang menaip dengan sedikit emosi. Ampun... v.v


Ilal liqa'!

27 comments:

  1. dahlah tak hargai pengorbanan isteri. lagi tu, malukan pulak isteri kat depan org ramai. suami jenis apa ni agaknya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh.. Tak tahu nak kata lah. Kalau saya memang tak ngaku suami dah. Geram rasa nak lepuk kepala dia. X(

      Delete
  2. lelaki sebegitu memang lupa diri. tak pandai menghargai psgn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Memang lupa diri lupa segala-galanya. Sakit hati betul. Itulah akibatnya kalau kahwin sebab rupa. Bila dah tak cantik dah tak nak.

      Delete
  3. Okay, nie sentap! Ingatkan wujud dalam drama je. Aduiyaii~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... Kadang2 apa yang ada drama tu pun sebenarnya diambil daripada apa terjadi dalam kehidupan sebenar juga.. Memang kadang2 macam tak percaya kan. Tapi itulah realiti. Tapi mungkin juga ada yang lebih teruk daripada ini.

      Delete
  4. Owh, cerita yang kat pasaraya tu yer ? Ada terbaca juga semalam. Kesian giler bini dia. Tapi kalau laki dia tu macam yakin jer hensem sesangat kalau tinggalkan bini dia tu, ada perempuan lain yang nak kat dia. Ish ish ish. Ni jenis laki yang nak kahwin sebab nak sedap jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cerita yang dekat pasaraya tu. Kesian sangat kan... Alah, kalau dia kahwin lain pon kalau lama2 isteri baru dia tu dah tak cantik terima nasib sama juga agaknya. Habis tu sampai bila nak kejar kecantikan? Ish.. Moga insaf la lelaki2 yang begini..

      Delete
  5. Replies
    1. EEEEEEEEIIIIIIII!!!!! Rasa nak maki kan? Huhu.. T.T

      Delete
  6. nampak sngt Niena marah, hmm, panasnye hati bila baca entry ni, haihh, x guna btul lelaki macam tuu --"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Nampak kan? Nampak kan? Betul, memang tak guna. Rasa nak cakar2 ja muka laki tu! Huargghh!

      Delete
  7. Cita suami maki isteri? Tengah viral? Akak taktau pape. T_T

    Yaa, mula mula bukan main lagi ayat manis. Sekarang ......... Haihhhh. Dalam dunia nie mana ada manusia sempurnaaa T_T

    Betul tuu Niena, takde sapa nak jadi hodoh dalam dunia nie. Harap dijauhkan dengan lelaki spesies macam nie T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. Hmm.. Tak payah baca pon tak apalah.. Buat sakit hati aja kak elina aih.. Betul, moga dijauhkan daripada mereka yang macam ni. Amin...

      Delete
  8. Replies
    1. Hmm.. Kita sepatutnya jadi pelakon protagonis sahaja. Tak usah jadi yang antagonis. Tak ada orang suka pon...

      Delete
  9. TT^TT ni yg rasa risau ni. wuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. exactly.. sakit hati .. akak pun selalu kena kutuk dengan member member pasal gemuk dik. sedih kan? T_T nangis dalam gua..

    anyway jom singgah blog akak


    htpp://soshesay.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. bila baik, jumpa lelaki yg baik seamat2nya baik, tp bila jumpa yg sebaliknya, mashaaAllah, sedih, kan? T_T

    ReplyDelete
  12. kan....sedih bila tengok suami2 yang macam tu macam langsung tak menghargai isteri :)

    ReplyDelete
  13. baru tahu pasal cerita ni. hmm susah nak cakap. diorang ni tak mnghargai pngorbanan isteri. hmm

    ReplyDelete
  14. x pernah baca lagi kisah ni tapi baca summary kat sini dah buat Sha sakit hati...wuuuuwuuuuu...time bercinta kemain lagi ekkkk..huhu sabo2...anyway singgah blogwalkinsini..1st time jejak kaki kat blog ni..alang2 singgah Sha follow #1390 ^_^

    ReplyDelete
  15. betul tu T_T..harap viral tu jadi pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
  16. bila suami maki kita nu si isteri... memang akan makan dalam sakitnya.... tak terbayang... sedih, kecewa semua ada..

    ReplyDelete
  17. gitu la lumrahnya...sbb tanggungjawab tu perkara penting...bila takde...dorang akan sentiaas fikirkan masa dulu...kenapa dulu cantik, kenapa dulu tu kenapa ni...

    ReplyDelete
  18. mintak jauhh2 lah dapat lelaki macamni..manis awl2 je.. =.=''

    ReplyDelete
  19. Suami yg setia suke prmpuan yg gemuk.. Aik? Betulke hihihi

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤