Novel Sedih

1/3/15






Assalamualaikum dan hai loves!


Haa.. Siapa suka novel sedih di sini? Angkat tangan cepat-cepat. Baik, sebenanya aku rasa nak tulis pasal novel sedih sebab setiap kali aku tengok search keywords sahaja pasti keyword 'novel sedih' berada pada tangga teratas. Ini mesti penangan novel 7 Hari Mencintaiku.. Khuzairi ku punya penangan. Mwehehe.. Khuzairi hero terbaik aku tau! Kekekeke...


Baiklah, sini aku cerita ya novel mana yang sedih yang pernah aku baca.


1)   

7 Hari Mencintaiku


Oh novel ini memang buatkan aku menangis sampai esok pergi sekolah pun masih terasa sedihnya di hati. Memang terbaik boh.. Tapi sakit hati pun ada dengan novel ni sebabnya konfliknya agak berat dan menyesakkan dada. Apa-apapun Khuzairi terbaik. Maaf, sangat obses dengan Khuzairi sampai sekarang walaupun aku dah baca novel ni lama. >.< Aku sarankan hampa yang dok mencari-cari novel yang sedih silalah grab novel ni tapi jangan culik heronya tau! :P


Oh ya, aku juga sedia maklum yang penulis Siti Rosmizah memang ratu dalam menulis novel sedih. Novel beliau kalau tak sedih memang tak sah. Hampa semua kenalah sediakan tisu siap-siap sebelum membaca ya. Tapi maaf juga kalau tisu hampa habis sekotak. Hehehe. Setakat ni aku hanya berpeluang membaca novel 7 Hari Mencintaiku dan Curi-Curi Cinta hasil karya Siti Rosmizah. Tapi 7 Hari sahaja yang membuatkan aku menangis gila nak arwah. Huhu. Apa-apapun cubalah grab novel-novel Siti Rosmizah yang lain sebab ramai juga yang kata novel yang lain pun boleh tahan meruntun kalbu sampai rasa nak guling-guling atas katil tak mau keluar rumah. Oh maaf lagi sekali kerana hiperbola. T.T


2) 

My Love Is Playgirl


Hehehe, novel ini juga bagi aku memang terbaik. Kelakar lain macam dan agak merapu tapi memang aku ketuk-ketuk katil dan guling-guling sahaja bila membaca novel ni. Tapi bila dah tiba part akhir-akhir sikit tu aku tak tahu kenapa aku menangis gila-gila. Part sedihnya sedikit sahaja tapi beri impak yang besar untuk aku. Entah kenapa dah dua kali aku baca novel ni bila sampai part akhir-akhir sikit tu memang aku tak lepas untuk menangis. Rasa impak sedih dia tu memang sampai ke kalbu aku. Huhuhu..


Sangat disarankan untuk hampa yang suka novel kelakar tapi dalam masa yang sama ada juga unsur sedihnya. Tapi unsur kelakarnya memang sangat banyak sampai hampa akan rasa tak larat dah nak gelak dan aku tak bertanggungjawab kalau ada orang yang kata hampa gila. Hehehe. Juga sangat merapu tapi tak apa novel ni memang untuk orang yang happening. ;) Kelakar, kelakar juga. Akhir nanti sila merana. :P Novel ni pun terbaik!


So far dua novel ini sahaja yang buatkan aku menangis. Maafkan aku kerana aku tak dapat nak senaraikan lebih banyak novel yang sedih sebabnya hanya dua novel ini sahaja juga yang boleh buatkan air mata mahal aku tumpah tau! Eceh.. Aku ni agak susah nak menangis bila baca novel jadi aku tak dapat nak recommend novel mana lagi yang sedih. Aku rasa banyak lagi kot novel yang dah aku baca tapi tak memberi impak yang besar untuk aku.


Hmm.. Loves sekali pula dah baca novel apa yang sedih sedih? Mari la kongsikan dengan aku di bahagian comment. Hampa semua pasti ada lebih banyak senarai novel sedih yang boleh dikongsikan bersama. Mana tahu nanti aku nak beli pula ke? Jom jom kongsi sama-sama!


12 comments:

  1. So far dua2 novel tu Sha lom pernah baca lagi...hehe..

    ReplyDelete
  2. Akak suka jugak baca karya Siti Rosmizah. But paling sedih novel Andai Itu Takdirnya lah. Baca banyak kali pun ayaq mata dok meleleh jugak. Eh la

    ReplyDelete
  3. Saya tak suka baca novel sedih2. Nnt dia akan pengaruh mood spnjg hari kahkahkah sbb tu x prnh tgk lagi the fault in our stars...

    ReplyDelete
  4. karya siti rosmizah mmg sesedih. baca andai itu takdirnya dgn cinta kau & aku pun dah meleleh. tp blum baca lg 7hari mencintaiku.
    meh sini la nvel tu. nk baca.

    ReplyDelete
  5. akak ada novel yang kedua tu tapi tak pernah habis baca and tak tahu mana pi dah novel tu ahahahaha

    ReplyDelete
  6. woah.. thanks share dlm entry ni.. skrg tgh mncari novel yang kelakar dan sedih.. ahhh.. suka sgt novel yg kelakar2 .. :) uhuuuu..

    ReplyDelete
  7. amboi sedih betul ni hikhik qila dh lama tak nangis xD hehehehe thanks for suggestion hihi nnt pesta buku ill find this book ok gurl <3

    ReplyDelete
  8. Srsly sedih ? eh nak beli ah, nak fefeeling ah akiki

    ReplyDelete
  9. sedih gila ke novel yg first tu? hahaha got to read it. bila dpt baucher nanti dpt lah beli. hahaha

    ReplyDelete
  10. xperlu kot sy nk baca novel sesedih inii.. sebab klau sy baca novel yg xsedih pun bleh menangis smpai bengkak mata.. haha. klau bace novel siti rosmizah ni, tkut nnti kluar rumah kne pkai spek hitam.huhuu

    ReplyDelete
  11. Saya dah baca novel yang first tu, yeap memang jalan cerita berat but still best! :D

    ReplyDelete
  12. Kaki novel eh.. Hehe akak tak lyn sgt novel ni. Maklumlah ank pun dh ramai

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤