Novel Pabila Romeo VS Juliet -SWEET-

13/6/14



Assalamualaikum...


Wah.. Ketaq ketaq jari tau ni bila nak buat review novel! Dah lama sangat ha aku tak review mereview ni kens.. Hah, aku kembali lagi sekarang untuk buat review novel Pabila Romeo VS Juliet! :D


Karya Seni
E-Man Sufi
SM: RM21.00
S/S: RM24.00


SINOPSIS

AWATIFpengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.
AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.
“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari
“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN
Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...
“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif.
“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF
“Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif.
“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF
Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya  waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!
Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?
Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet? 



Haa, tertarik tak bila baca sinopsis dia? Boleh nampak sangat yang Ayyad tu nakal Ya Rabbi kan! Sengaja tau Ayyad tu! Hahaha... Aku baca novel sampai pukul 4 pagi lebih tau semalam! Ya lah, bila abang-abang tak tidur bolehlah kita join sekaki tidur lewat. Kalau tidak, tak beranilah nak tidur lewat-lewat! Mihmih.. XD


Novel ni aku beli sejak bulan 2 hari tu tapi aku stop baca sekejap sampailah semalam baru aku start baca kembali and rasa seronok pulak baca si cerita si Awatif dengan si Ayyad ni hah! Okeylah, novel ini sebenarnya pengakhiran untuk novel trilogi E-man Sufi.


Novel Suami Yang Kubenci, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan novel Pabila VS Juliet kesemuanya ada kaitan antara satu sama lain. Aku suka aku suka! Menarik tau! Sekarang aku belum ada SYK dan HCSPH lagi, tapi insyaAllah, coming soon! Hehehe..


Baik, sekarang aku ceritakan apa yang seronok dari segi keseluruhan novel dulu ya? Okey, untuk permulaan dia aku tengok alahai kesiannya Awatif ni hah, asyik kena buli saja. Ayyad pulak buat macam bagus sangat. Hehe, tapi sengaja ja lah si Ayyad tu mengusik Awatif. Sebab bagi dia, kebahagiaan tu bila tengok Awatif marah! Suka sangat macam heaven sangat dunia tau uolls bila Awatif marah. Mereng agaknya Ayyad ni ya? Hahahaha...


Mereka berdua ni sebenarnya sudah pun ditunangkan sejak kecil. Ewah-ewah kelassss... Memanglah Awatif tak tahu pun yang dia nak dinikahkan dengan si Ayyad yang suka cari gaduh dengan dia tu. Tapi bila dia dah tahu, tak adalah istilah 'kahwin paksa' sangat bagi dia. Dia rela lah jugak katanya.. Kehkeh, baik betul Awatif ni. Redha ketentuan Ilahi ya? Ayyad pulak on saja! Jadi di sini, tak ada lah cerita kahwin paksa yang over mengada-ngada. XD


Mereka berdua ni juga tak ada lah nak tidur sorang bilik lain, sorang bilik lain ke hapa. Happy je aku tengok depa ni! Bila dah kahwin, asyik sweet-sweet ja! Awatif kalau marah pun tak adalah gedik sangat! Ayyad memang romeo yang gatal habis! Itu yang Awatif marah tu! Tapi bagi Ayyad, Awatif seorang lah permaisuri hati dia. Tak ada yang lain. Kekekeke..


Oh, untuk watak Ayyad. Dia ni mestilah handsome tujuh petala langit! Semua boleh cayaq tengok dia. Tapi malangnya, mengaji pun tak pandai. Bangun solat pun liat. Kahkahkah! Awatif jugalah yang kena ajarkan.. Malu jugalah Ayyad ni dibuatnya. Dia ini seorang pencinta kucing yang tegar! Ayyad juga tak boleh blah nya dipanggil 'manja' bila dirumah! Playboy memang di rumah macam ni ya? Hahahaha..


Untuk Awatif pula, dia ni masyaAllah baik hati betul. Bahagia lah si lakinya bila dapat Awatif ni jadi bini. Baik, penyabar, lemah lembut. Dia kalau marah, pasti dia akan fikir macam mana nak bagi Ayyad sedar kesalahan sendiri! Aku suka tengok Awatif ni tapi aku tak gemor part dia takut kucing. Alah, tak best lah sorang suka kucing sorang tak suka kucing! Tapi tak mengapa, nanti dia adalah suka 'monster' seekor nuh..


Baik, aku bagi novel ni 4.3/5! Tip top juga tau isi novel ni! Senyum aja sepanjang aku baca novel ni malam tadi. Memang sweet! Tahniah untuk penulis E-man Sufi yang tak pernah mengecewakan bila menulis. Tambah-tambah BKATC. Huwaaa! InsyaAllah akan kumpul juga lagi dua novel nanti! Okey, uolls try lah beli novel E-man Sufi ni, mesti nak cari juga novel yang lain hasil penulisan beliau tau!


Okey, selesai sudah review panjang berjela daripada aku. Malas juga lah tu nak membacanya kan! Terima kasih sudi tengok review ini! Jemput tengok review yang lain di SINI. :)


Syukran jazilan, ilal liqa'~!

13 comments:

  1. sis pun dah baca..memang best tahap dewa. ekekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kannn.. Comel ja mereka berdua ni! :D

      Delete
  2. lama kak xbaca novel niena.. ^_^ selalu xdak masa ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, tak apa tak apa.. Ini saya pun baca bila dah tak ada kerja sangat nak dibuat. Jarang juga saya baca novel sekarang ni...

      Delete
  3. nampak mcm bestlah! akk suka cerita yg macamni, mesti kelakar kan? hahaha :p akk tk penah lagi dengar n tk penah beli novel terbitan karya seni. tpi bila baca sinopsis ni nmpk best je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, boleh tahan juga! Kelakar kelakar.. Hehehe. Cubalah beli yang salah satu terbitan karya seni.. Banyak juga yang best. Saya memang minat novel terbitan KS tapi saya tak beli kalau yang jenis jalan ceritanya sama saja... Hehehe.. :)

      Delete
  4. ehehehee qila dah 7 bulan beli tak baca lagi ekeke XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh.. Tak apa, nanti ada masa kak qila baca okeng? Sekarang ni mesti kak qila lagi busy kan? Hehe.. How's your life kat U? Share lah lagi di blog. Orang nak tahu juga! :D

      Delete
  5. heeeheeheee...kejap lagi adalah tuh mana-mana prosedur drama jadikan novel tuh siaran TV.heheheee..keep reading...aiman dah lama dah tggl novel :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kalau ada pun best juga! Kadang2 memang sesuatu minat tu boleh terpadam macam tu ja. Saya pun sekarang dah tak berapa minat nak baca novel...

      Delete
  6. aaaah! lama dah tak sentuh novel sejak dua menjak ni. rasanya kene belek balik dah. banyak novel baru. best pulak tu. hehe

    ReplyDelete
  7. Dah bace...memang best jalan cerita nya...

    ReplyDelete
  8. Macam best je~ Membalas kunjungan sambil follow #1352 ^_^

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤