Fakta Anak Bongsu

7/6/14




Assalamualaikum and hai loves!


Wah, rindu sebenarnya nak menaip macam dulu tapi idea kering kontang. Nak letak cerpen rasa malas pula nak siapkan. Hehehe.. Semenjak cuti ni lain macam pulak kosong otaknya. Mungkin sebab tak diaktifkan agaknya kan..


Apa-apapun, jom aku kongsikan beberapa fakta yang mungkin ada pada anak bongsu!


  •    Anak manja emak

Setuju juga lah dengan yang ini.. Memang sentiasa kena ada emak. Bila dengar cerita mak nak pergi haji tahun ni, dah terbayang-bayang macam mana lah nak hidup.. Huahuahua.. Dulu aku pernah menangis seharian sebab mak aku pergi KL. Aku mengamuk betul masa tu. Sebab aku mana boleh hidup tanpa mak.. And aku pernah habaq dekat mak 'saya boleh mati tau bila mak tak dak!'. Haha. -.-


  •    Tak pandai pujuk

Tak pandai pujuk orang. Betul sangat. Aku memang tak pandai pujuk. Kang kalau pujuk, yang merajuk tu makin merajuk ada lah agaknya.. Kadang-kadang kalau ada orang yang merajuk dengan aku, aku memang tak akan pujuk. Merajuk lah hang. Tak adanya aku nak manja-manjakan hang pujuk pujuk bagai. Hihi, kedengaran kejam eyh? :P


  •    Setia

Maaf, belum ada statement aku untuk ini. DENG!


  •    Berpegang pada kata-kata

Hmm, yang ini aku kena fikir betul-betul. Aku tak berani nak kata yang aku ni berpegang pada kata-kata lah sangat kanz.. Hihi. Mungkin hampa ya? :)


  •    Hati lembut

Nampak garang tapi hati lembut. Perangai tak boleh ditegur. Hah, betul sangat lah tu.. Memang ramai yang kata aku garang. Bila tanya orang 'wey, aku garang ka?' 'garang!!'. Apalah yang garang sangat tu agaknya ya? Tapi betul macam yang dikata, hati lembut dan tak boleh ditegur. Nanti mulalah nak bebal bagai. Haih, nak buat macam mana lah.. Loves sekalian yang anak bongsu, macam ni jugak tak?


  •    Suka buat kerja/hal sendiri

Yang ini pun mengena dengan aku! Memang malas lah aku nak sibuk-sibuk pasal hal orang lain. Buat kerja sendiri lagi bagus tapi ada juga lah yang tak puas hati bila aku buat kerja sendiri ni. Kikiki... :D


  •    Pemaaf dan caring

Sangat pemaaf dan caring. Tapi jangan buat dia marah, nanti faham sendirilah anginnya.. - Untuk aku, aku boleh saja maafkan orang tapi harus kena dengan caranya lah. Aku juga boleh rasa macam nak dendam ja dengan orang yang buat aku panas. Heh, bahaya juga kan? Caring? Bolehlah juga rasanya.. Mungkin pada tahap sederhana? -wink- Ya, jangan 'cuit' aku. Mudah sangat nak meletupnya ni..


  •    Nampak sombong tapi peramah

Prinsip anak bongsu, selagi seseorang tak tegur dulu, selagi itulah dia tak akan tegur orang tu. Tapi sekali dah ngam, baru tahu macam mana! Sangat betul. Pergi mana-mana pun orang suka ingat aku sombong sebab aku memang tak pandai nak tegur-menegur orang lain dulu. Tapi bila dah rapat dengan aku, penatlah orang tu nak melayan aku. Aku dengan sesiapa yang rapat, mesti aku lah yang banyak ceritanya. Orang lain pun malas dan penat nak dengar dah. Hahaha...


***


Haa jadi, ada tak yang sama dengan apa yang aku tulis di atas? Marilah kongsi dengan aku pasal kita-kita si anak bongsu ni. Kalau bukan anak bongsu pun, bolehlah share sama pasal adik ke anak ke yang anak bongsu! 


Loves, doakan aku pulih dari segala macam penyakit ya! Aduh, penat juga nak melayan penyakit pelik-pelik ni haih.. Tak boleh diterima betul. Sabar ja lah... T.T


Ilal liqa' loves. :-D


41 comments:

  1. anak bongsu,,,, semua manja... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikshiks... Biasalah tu.. Tapi kalau mak saya tak adalah nak manjakan sangat. Nak kena ja dengan dia kalau ngada2 sangat. Kekekeke... XD

      Delete
  2. niena anak bongsu eh? hehe. samelah, mak ngn ayah akk pun nk pegi haji tahun ni. dulu mak ngn abah pegi kelantan 2 hari pun rumah ni dh tak terurus apatah lagi nk pegi haji 40 hari. waduhh cmnelah tu T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, si bongsulah saya ni.. Itulah.. Memang tak terurus kalau parents tak ada. Nanti kalau parents kita balik haji, mesti pengsan agaknya.. Hohoho.. :D

      Delete
  3. manja . kadang kadang saje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Semua anak2 mesti nak manja juga dengan parents kadang2 kan! Kikiki.. :D Eh, kalau selalu sangat manja memang nak kena luku 18 kali agaknya! ^_^

      Delete
  4. kite anak sulung tapi ciri2 tu memang ada kat adik bongsu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Sifat anak sulung macam mana pula ya? Mungkin lebih matang dan ada sifat bertanggungjawab? Hehe, setiap anak pasti ada sifat2nya tersendiri kan! :D

      Delete
  5. 'nampak sombong tapi peramah' yes! true, hehehe. me anak bongsu thooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Tapi kadang2 rimas juga bila dengar orang kata kita sombong. Alah, cubalah dorang senyum2 dan tegur2 kita dulu, mesti kita pon balas juga kan! :D

      Delete
  6. macam perangai adik kak miza lani yang laki tu,cehh poyo je dia tu..hahaa :p
    niena2..kalau kak miza merajuk ngan niena..niena pujuk dak :pp??
    hahaaa!gurau je niena! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, poyo lebeyy eyh dia kak mirza! XD
      Hah, disebabkan kak mirza ni special, kenalah pujuk! Kita bagi makeup dengan kucing dekat kak mirza! Hehehe.... ^ ^

      Delete
  7. Haha. Lia bkn ank bngsu,, tp ade ciri2 yg akk tulis tu ade dlm diri lia.hehe. yg nampak sombong tpi peramah.... rmai ckp cmtu kt lia. Lgi2 mse nk dpt kwn bru kt asrma haha. Btw dh lme xjnguk sini, makin comel blog akk! Singgah lah blog lia balik. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, memang ramai juga sebenarnya jenis yang nampak sombong tapi tak pon sebenarnya.. Eh, terima kasih sayang! InsyaAllah nanti akak singgah ya! :D

      Delete
  8. hehe. kite anak bongsu tapi kite tak manja sangat. suka buat hal sendiri ade lah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, iya ke tak manja? Hiks! Itulah, buat hal sendiri ja lah kita ni ya? :)

      Delete
  9. Akak anak sulung ler niena,... tapi apasal semua yang dinyatakan di atas seperti akak? hahahahaha terutamanya yang pertama dan yang terakhir tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Mungkin pada anak sulung pon ada juga! Tapi kalau yang pertama dan terakhir tu rasanya ramai juga yang ada! Kikiki.. :D

      Delete
  10. Typical anak bongsu ni manja la. hehehe :p

    ReplyDelete
  11. Anak bongsu semuanye dapat.. btl x?? untung laa.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tidak. Tak semua dapat.. Saya rasa abang saya yang nombor dua tu yang dapat segalanya.. Hihihi.. Mungkin bukan semua yang dapat segalanya.. Hehehe.. :)

      Delete
  12. Hai. Akak anak bongsu. Haha. Senyum je baca entry ni sebab kena dengan diri. Keh2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Memang seronok kan kalau mengena ni.. :D

      Delete
  13. Saya anak bongsu.. Yeahh :D hahaha.. cuma anak mnja mak tu je tak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah geng! Tak manja dengan mak ya.. Manja dengan siapa?

      Delete
  14. hahaha betul lah kot. maybe boleh buat entry fakta anak sulung pulak sebab saya anak sulung, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, bolehlah nanti kita buat untuk anak yang sulung dan tengah pula ya.. :)

      Delete
  15. Haha .. Bila baca teringat dekat kawan sekolah dulu . kalau dia bt salah, dia minta maap sekali jaa , tak layan dia buat tataw .. Lantak hg laa, aq pujuk hg skali jaa .. * mmg ank bongsu takpndai pujuk org .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, kami ni memang kejam sedikittt.. Bukan apa, memang tak pandai pujuk! Tak tahu! >.<

      Delete
  16. and it applied to anak bongsu perempuan too.. hahaha..

    ReplyDelete
  17. Aw, anak bongsu :3 sungguh manja. Tapi saya anak sulung xDDDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, iyalah kan anak bongsu tak ada adik lagi. Jadi memang manja lah dia.. XD

      Delete
  18. tak tau caner nak ckp.. my adik bongsu is still a kid, is going to be 6 y/o in this month. so.... emm... hahha. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil lagi tu! Tak boleh nampak lagi.. Tak apa, nanti dah besar sikit dah boleh tengok karekter dia.. Hehehe.. :)

      Delete
  19. saya pun anak bongsu..hihihihih....menarik!:D

    ReplyDelete
  20. fakta anak sulung camana?hahahahahahaah

    ReplyDelete
  21. hohhh!!
    betul sangat~
    *jeling*
    ekeke.
    adik qila cemtu lah. ngade mintak lempang je lebih hewhew xD

    ReplyDelete
  22. aku anak bongsu . ada 3 beradik semua laki takde kakak . nokhorom sedihnya :/ betoi la fakta tu tapi yang buat keja sorang² tu nampak sgt ank bongsu ni jenis yang kalut kahkahkah btw ok ja kalau orang ok kan :P

    ReplyDelete
  23. salam, boleh tak bantu saya bagaimanakah caranya untuk saya memujuk teman lelaki saya? Dia anak bongsu. saya nak minta pertolongan dari sis sebab susah bagi saya utk memujuk seorang lelaki kerana merajuk dia lain daripada perempuan. Terlalu degil dan ego. Semoga sis dapat bantu orang-orang yang yg sedang dalam kesusahan. In sha Allah jasa baik dibalas baik.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤