Usah Pertikai Urusan Allah Sayang

14/5/14





Assalamualaikum dan evening loves!


Love, how are you? Rasa macam jauh sebentar daripada blog walaupun hari-hari buka blog sebab lama tak update. Huhu, otak tak dapat berfungsi dengan baik.


Everyone, akan ada dugaan. Everybody, akan berasa sedih pada satu ketika. Tiada siapa yang bahagia sepanjang hidupnya. Biasa sangat dengar kan yang orang kata, Allah gives us ujian itu untuk bagi kita dekat denganNya. Tapi, kadang kala kita ini makin diberi ujian, makin galak menyalahkan Ilahi. Astaghfirullah...



Kita ini hamba, tak pernah rasa bersyukur. Kita ini hamba, tak pernah mahu menyelak tabir hikmah. Kita ini hamba, hanya mahu kegembiraan. Kita ini hamba, bila diberi ujian terus melenting. Kita ini hamba, selalu pertikaikan urusan Allah.


Tahu kenapa Allah sentiasa beri kita ujian? Kerana Dia mahu kita mohon pada Dia untuk bantu kita selesaikan masalah kita. Semakin banyak kita menyalahkan Allah, pasti semakin banyak ujian menimpa kita. Kenapa kita perlu salahkan Dia? Sedangkan apa yang berlaku itu untuk diri kita buka mata seluas pandangan untuk lihat apa sebenarnya hikmahnya. Adakah kita ini sebenarnya cukup baik sebagai hamba? Adakah kita ni sebenarnya sering terleka dan alpa?


Ini semua untuk diri aku juga. Sama sahaja aku pun kadang-kadang terhasut dek syaitan durjana yang memaksa untuk aku pertikaikan kenapa harus aku diberi ujian seberat itu. Tapi percaya cakap aku, kalau kita berserah padaNya insyaAllah ada jalan untuk masalah kita. Jika terlewat, jangan bersangka buruk sayang. Aku pernah juga lalui macam-macam dan aku boleh katakan bila aku percaya pada Allah dan bergantung pada Allah, Dia pasti akan tolong hambaNya.


Macam yang aku selalu cakap, Allah tak akan biarkan hambaNya menangis. Jika kita tak mahu menangis, kenalah percaya pada Dia. Tahu, sayang? Akhir sekali, berdoalah agar Dia akan aturkan yang baik-baik untuk kita. Tapi jika diberi ujian, pasti ada yang baik-baik juga disebalik semua itu. Dia hanya nak tengok betulkah kita percaya pada Dia. Ya? :)


::❤Love Note❤:: Oh, macam biasa aku nak menagih doa daripada loves sekalian boleh? Kalau sudilah ya? Hehe.. Doakan yang terbaik untuk aku minggu depan. Next week aku exam. Nak bagi mak and dad lebih happy ni! Moga Niena lakukan lebih baik, Amin.... :DD


Ilal, Liqa... ;) 


33 comments:

  1. jawab periksa bebetul ye... semoga berjaya In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Amin.. Terima kasih ya! :D

      Delete
  2. gud luck niena sayang.. do the best.. :) always think positive k.. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak! InsyaAllah, I will.. Doakan saya! :)

      Delete
  3. Bersangka baik selalu padaNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Siapa kita untuk menentukan apa sebenarnya yang terselindung di balik tabir. :)

      Delete
  4. Allah Maha Tahu. :')
    BTW, All the best for ur exam.
    Man jada wa jada. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. Oh, terima kasih banyak2! Doakan saya! ;D

      Delete
  5. entri ini tak sama dengan usia penulisnya yang sangat muda pada mama.. nampak matang..! tahniah dik, semoga terus berjaya dengan menerbitkan entri2 berkualiti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak mama! InsyaAllah, doakan saya mama! ;)

      Delete
  6. hoi
    goodluck tau.
    hihihi.
    <3
    thanks for the post.
    hehehehehehehehe inshaallah qila tak pertikai dah hihihiih.

    eh niena!!! qila masuk uia! yayyyy hihihihihi.
    doakan qila jugak aw :((
    takut TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awh, thanks a lot kak qila omey. :D

      Wahhh... Bestnya UIA. Saya doakan segalanya dipermudahkan untuk kak qila. Belajar elok2 okeng? Love ya love ya! XD

      Delete
  7. bagus entry ni,,dapat muhasabah diri sya juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah, terima kasih banyak! :)

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih! Doakan yang terbaik untuk saya ya! :D

      Delete
  9. kak miza sentiasa doakan niena yang trbaik okay dalam exam ataupun dalam pape pun lah..hehee!
    Allah sentiasa syg hamba-hambanya :'D

    niena syg..nak alamat..hehee
    akak nak post hadia yang komen terbanyak tu..
    heheee

    syazwina_mirza@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah, terima kasih kak mirza kesayangan! :D

      Eh, ya ya.. Terlupa pulak nak bagi alamat dekat akak! Okey, saya emel sekarang! :D

      Delete
  10. sukalah baca entry niena ni. ayat2 dia sedap sangat. tak macam akak, cm budak2 >< Allah bagi ujian tandai Allah sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah.. Hehe. Terima kasih kak mazni. Kadang kala sajalah boleh bermadah pujangga cenggini. Kalau timenya nak jadi kanak2 ribena, jadilah jugak saya..

      Eh, tak adalah kak... Saya lagi suka baca entry akak.. Comel comel ja haih. Hihi!

      Betul, kalau tidak diberi ujian, bukan life nama dia.. :)

      Delete
  11. nice sharing
    done follow your blog
    come visit n follow my blog too at:
    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. nice sharing :) good luck for ur exam :D

    ReplyDelete
  13. goodluck ;) percaya pada Allah, pasti boleh punya.

    ReplyDelete
  14. kalau nak cakap jujur, tipu sangatlah kalau cakap tak pernah rasa down sampai nak tanam diri taknak jumpa sesapa. tapi beruntung lah rasanya bila selalu dapat bahu nak beluk nak geget. hahahah


    btw,
    all the best ok for ur exam!

    ReplyDelete
  15. goodluck dik ^__^
    tips dari akak kunyah kacang masa study hehe.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤