Pantang Bila Aku Bercerita, Dia.....

8/3/14





Assalamualaikum and heyyy!!


Hehehe, rasa nak share something dengan hampa hari ni sebab rasa dah lama tak menulis dan aku bersyukur sebab dapat idea juga nak tulis tentang apa. Baik, sini aku nak cerita!


Biasa tak bila hampa dengan bersemangatnya bercerita, si pendengar tu nampak macam mendengar saja tapi aik aik kenapa macam tak ada respon pon? Last last bila kita dah habis cerita, responnya 'hih!' 'hihi' dan juga mimik muka yang memang aku tahu dia tak berminat langsung dengan cerita aku.


Serious bukan sekali dua dia begitu. Banyak kali kot. Aku tak marah kalau awal-awal lagi dia beritahu yang dia tak mahu dengar. So kay lah kalau dia beritahu. Ini tidak. Sampai aku dah fed up sangat aku tanya dia 'kenapa dengan hang ni? bila aku cerita apa-apa nampak sangat hang respon yang hang bosan gila dengaq cerita aku'. And she replied 'aku malaih nak dengaq'.


Maksudnya, selama ni dia memang malas lah kan nak dengar cerita aku. Okey, aku faham juga perasaan malassssss nak dengar orang bercerita tu. Aku pun kadang-kadang malas juga nak dengar cerita orang tapi aku tak adalah tunjukkan respon bosan aku tu sangat dekat orang yang bercerita tu. Aku tak mahu orang yang bercerita tu rasa aku ni tak hargai langsung cerita dia. Aku tak kisah kalau dia tak mahu dengar perkara remeh-temeh tapi kadang-kadang cerita yang patut ambil tahu pun respon dia, MASYA-ALLAH.......


Jadi begini, mulai sekarang aku rasa tak perlulah aku cerita apa-apa lagi dekat dia. Aku pun malas nak bercerita dengan orang yang malas mendengar. Aku akan bercerita kalau dia tanya apa-apa sahaja dan aku hanya akan bercerita ringkas. Dia kan malasssssssssss......


Aku memang nampak macam tak kesah dan aku memang nampak macam biasa saja tapi sebenarnya kalau nak tahu banyak kali juga aku terasa. Ya, lepas ni aku tak mahu bercakap banyak lagi. Diam saja lebih baik kan. Orang lain tak malas, kita pun tak sakit hati. :)


Mari terjah entry terbaru:



26 comments:

  1. Hahaa. kadang-kadang sy pun selalu kena situasi mcm tu.

    ReplyDelete
  2. Baguslah tu, tak perlulah bercerita pada orang yang tak sudi mendengar. Buang air liur saja & membazir waktu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, betul tu. Dia ini jenis yang kalau nak bercerita, cerita yang ada kaitan dengan dia saja. Kalau tak ada kaitan, dia malas dengar. Kadang2 nak kongsi juga apa2 dalam kehidupan kita kan tapi nak buat macam mana dah....

      Delete
  3. Tau sgt citer ni cmne.. Lagi sakit hati bila kita syok bercerita dengan org, dia boleh menyampuk ckp 'boring dengar citer dia ni'. Like, kalau tak suka just get off la kan. Nak duk situ dengar gak kenapa?? Otak tak center.. Eh, marah lak. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboih itu lagi sakit hati sis vee! Aiyo, bole pula tanpa bersalahnya cakap begitu ya. Ish ish.. Nanti bila dia bercerita, cakap benda yang sama juga pada dia! Memang patut marah orang begini! >.<

      Delete
  4. perrrrgghhh serius sakit hati dengan kawan yg mcm niiii.. better buat balik apa dia dok bt tu. nak tgk skit reaksi dia plak hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn?? Memang rasa macam nak buat balik ja. Tapi nanti ditanyanya kita macam2.

      Delete
  5. buang masa je cite kat org gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan?? Buang masa sangat bercerita dekat orang yang tak hargai.

      Delete
  6. Saya jarang la kena macam ni. Alhamdulillah, kawan-kawan kat sini nak dengar cerita saya sebab saya tak banyak bercakap. Jadi, kalau saya bercakap, memang semua orang akan dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau orang yang tak banyak cakap memang orang hargai bila mereka bercerita. Untung2.... :)

      Delete
  7. Minggu ni pun memang minggu qila sakit sangat hati tu haih.
    :(
    Sabar jelah. Takde mampu dah nak buat benda lain kan niena bebeh
    <33333
    stay strong ye dear, dont get urself too hurt ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Nak buat macam mana lagi kan. Yes, just be strong! Kak qila pon! Jangan la sedih2 ya! :)

      Delete
  8. ahaha pernah jugak jadi camni. punyalah semangatnya kite bercerita kat diorang, tapi ade yang tak dengar. yang paling sedihnya ade yg tak faham cerita kita. time org bercakap dia taknak tumpukan perhatian ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihik, parah sakitnya bila jumpa orang gini kan kak mazni. Itulah, kita punyala bersemangat sharing cerita dengan mereka, boleh pula tunjukkan sangat yang mereka tak berminat. Sedih sedih sedih...

      Delete
  9. blerghh benci kan jenis prangai cam ni.
    lain kali cite dekat akak je .ehh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ka nina! Haa boleh boleh kalau akak rajin nak dengar. Hehehe... :D

      Delete
  10. sis pon dah banyak kali kena macam ni tapi bukan sis yang bercerita . . org yang bercerita kat sis . . hahaha . . sis pon kadang2 malas dengar . . tapi sis tak de la tunjuk yang sis malas betulkan . . ada la bagi respon . . at least dorang boleh nampak yang kita berminat nak dengar bukannya terus buat tatahu . . itu memang sifat yang tak baik la . . hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Memang perkara biasa bila malas nak mendengar ni tapi janganlah tunjukkan yang kita ni langsung tak berminat dengan cerita dia. Kasihan dia penat2 bercerita kita tak hargai...

      Delete
  11. amboi..kemain lagi kawan tu..kot ye pun..jangan la camtu..buat sakit hati je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak apa, kak mirza! Itulah, buat sakit hati sangat!

      Delete
  12. maybe dia bukan seorg pendgar yg setia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin.. Dia jenis tak suka dengar cerita yang tiada kaitan dengan dia..

      Delete
  13. selalu sangat kena =.-" sabo ajer lah yang termampu =.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib lah kita ya kak elina.. Itulah, sabar aja lah. Bila kita luahkan, dia terasa pula.. Dia sajalah yang boleh terasa...

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤