Sekali sekala cubalah faham

5/2/14


tears


Assalamualaikum...


Oh, aku sangat penat sekarang semasa menaip ini tapi aku nak menulis untuk tenangkan hati aku. Haa, sebelum tu ini bukan macam video 'tolonglah faham saya cinta dia dalam masa 3 minit' tu. Kekeke. Ini benda lain.


Tentang mereka juga yang aku nak ceritakan. Mereka yang selalu dan yang suka memaksa aku untuk jadi macam yang sekarang ni. Suka hentam-hentam aku. Suka cakap segala perkataan yang tak disenangi oleh telinga yang mendengar. Suka ungkapkan kata-kata yang berupa doa untuk aku. Ya, mungkin mereka tak sedar. Tapi....... :'(


Mereka ingat aku nak sangat ke jadi macam sekarang ni. Tahu kenapa aku jadi begini? Sebab diri mereka sendirilah. Ya, mereka tak sedar bahawa diri mereka sendiri yang mendorong aku jadi macam ni. Kenapa suka mendesak supaya aku jadi macam ni?


Mungkin jugak aku ada jawapan untuk itu. Mereka tak cuba untuk faham aku. Bila aku sedih, mereka tak cuba faham. Bila aku marah, mereka tak cuba faham. Bila aku moody, mereka tak cuba faham. Sekalipun tak pernah. Yang mereka tahu, HENTAM, HENTAM DAN HENTAM.


Terlalu sedih. Terlalu terasa. Yang mereka tahu hanya hati mereka, hanya kepuasan mereka. Tahu, mereka punya kuasa. Mereka punya darjat. Ya, aku tahu dan aku faham. Tak perlu ingatkan juga aku tak akan pernah lupa aku siapa mereka siapa. Tapi tidak bermaksud yang mereka boleh lakukan aku sesuka hati kan?


Tak pernah sekali mereka terfikir apa salah yang mereka lakukan sampai aku jadi macam ni. Yang mereka tahu aku sahaja puncanya. Aku sahaja yang tiba-tiba jadi macam ni. Mereka langsung tak salah apa. Ya, aku mengaku aku pun ada salahnya. Tapi sedar tak mereka, mereka pun bersalah juga?


Aku tak suka rasa kecewa dengan mereka dan aku tak suka menangis sebab mereka dan juga aku tak suka marah pada mereka. Tapi sedar tak kenapa? Tak pernah sedar kan? Aku sayang mereka. Terlalu sayang. Kalau boleh aku tak mahu berpisah dengan mereka. Tapi bila tiba dekat aku, pernah mereka rasa apa yang aku rasa? Aku terlalu lalu lalu curious mereka sayang aku jugak tak? Kalau ya kenapa tak macam ya. Kenapa selau tunjukkan bahawa mereka tidak?


Untuk mereka, janganlah buat aku begini. Sekali sekala cubalah fikir kenapa punca aku jadi macam ni. Cuba fikir perkataan apa yang selalu diucapkan untuk aku. Cuba fikir layanan yang bagaimana yang diberikan untuk aku.


Aku tak suka jadi jahat pada pandangan mereka mahupun pada pandangan sesiapa. Aku sedar aku siapa dan janganlah cakap macam aku ni tak sedar diri langsung. Aku sedar. Tak akan pernah aku lupa. Sekalipun, TAK AKAN PERNAH sampai aku mati. Dalam hati selalu berharap mereka maafkan aku. Ya, aku salah. Aku tahu. Tapi tolong jangan hentam aku lagi. Bila aku salah, tolong jangan ungkap perkataan-perkataan yang menunjukkan aku terlalu jahat dan yang membuatkan aku memang jadi jahat. Tolong ingat, KATA-KATA ITU DOA.


Sudahlah, kesian sesiapa yang terbaca entry ni. Maaf ya, aku terlalu sedih dengan mereka. Sedih kuasa 100. Hehe. Jom tidur. Aku penat sangat ni sebenarnya. Dah pukul 2. Selamat malam sayangs... :')


Mari terjah entry terbaru:



61 comments:

  1. kesabaran adalah sejenis kegagahan manusia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sabar. InsyaAllah saya cuba untuk bersabar sedaya upaya. :)

      Delete
  2. sabar ye.. sje je tu Dia nak uji.. nak tgok mcm mana kita hadapi dengan segala situasi . Rileks ye..tenangkan hati tenangkan fikiran ..yakinlah Allah itu ada..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya cuba, insyaAllah. Betul, Dia nak uji saya untuk gantikan dengan sesuatu yang lain hari ni yang membuatkan saya tersenyum. Ya, Allah tak akan pernah biarkan hambaNya terus menangis! Alhamdulillah... :)

      Delete
  3. Jadi macam mana tu niena.. hope ok2 je ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi macam diri saya sekarang yang tak berapa nak baik mungkin? Hehe, apa2pun terima kasih kak atien! :D

      Delete
  4. take ur time.....Thinks about urseft..:D

    ReplyDelete
  5. be strong. pernah rasa macam ni jugak. actually. cuma kita je yg paham diri kita. susah nak jumpa org yang paham. nak jumpa yg cuba utk paham pun susah.
    and cari ketenangan diri sendiri tu jalannya.
    just like what you did. blogging to release.
    peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, insyaAllah kak nurul. Betul tu kak, kita sahaja yang faham diri kita. Susah nak jumpa orang yang faham dan yang cuba untuk faham. Ya akak, saya cuba cari ketenangan diri sendiri melalui blog dan mengadu padaNya. Alhamdulillah, hari ni Allah kurangkan rasa sedih saya! :)

      Delete
  6. Must be tough, im feeling sorry for you. I just read an entry about Patience just now, the bigger our patience, the more Allah reward us InshaaAllah. May Allah ease your problem ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, the key is patience to fight with these feelings. Just believe in Allah. InsyaAllah, He will help us. Btw, thank you brother! :)

      Delete
  7. alalaa,nape ni niena...pape masalah bawak berbincang okay:)
    take care syg ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa2lah kak mirza.. Terasa sikit saja. Hehe.. InsyaAllah kak, terima kasih.. :)

      Delete
  8. nape ne niena....sabar ye..kuatkan semangat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa2 cik.. InsyaAllah, terima kasih ya cik! :D

      Delete
  9. astaghfirullahal'azim :(
    what happen babe...........
    </3
    ni mcm qila punya situasi dulu...................... :(((

    ReplyDelete
  10. Babe, no matter what. Dont let them bring u down.
    Pls don't. :) Just persetan kan okay?
    No lah, doa u lg penting ok.
    Doa org yg dianiaya, remember? hehe.
    <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak. InsyaAllah.. Betul, hanya berharap pada Allah.. :) Thanks kak qila. Love you~

      Delete
    2. Love u more babe <3 hihi.
      Eh nak nombor!! QIla kan dah beli phone ni hahahahah

      Delete
    3. Eyh? Untung lerr orang tu dapat beli phone guna duit sendiri. Syok syok syok! Hihi,, nanti kita tukar2 number! XD

      Delete
  11. Niena,klu mmg slh Niena its ok tp law sllu di wt cm 2 jgn diam saja t mkin galak dowg lyn Niena cm 2...luahkn pa yg Niena rsa.jgn t'lalu dipndam t diri sndri jg yg rsa skt aty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tak akan rasa diri betul kak.. Jadi, nak buat macam mana lagi. Biarkan sahaja lah. Mungkin satu hari nanti mereka boleh sedar sendiri. :)

      Delete
  12. pernah jugak dulu dalam situasi mcm ni. tapi takda pilihan lain selain bersabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kena bersabar saja. Tapi saya ada la jugak mengamuk sikit bila dah dibuat macam gitu. But sekarang okey lah kot. :)

      Delete
  13. jangan sedih2 lagi ye :) be strong!

    ReplyDelete
  14. niena pown sedih?? :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak boleh nak lari daripada perasaan sedih kak.. :')

      Delete
  15. mungkin ALLAH sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu..sabar dan sentiasa bersangka baik

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Saya betul2 percaya Allah telah merancang sesuatu untuk saya. :)

      Delete
  16. pernah berada dlm situasi ni . pada saat ini . memg perit lg2 usia remaja membesar mcm ni , lg byak dugaan tau :) apapun , tabah kan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat perit. Ya, setiap orang pasti tak terlepas dari dugaan. InsyaAllah sis.. :)

      Delete
  17. ambil masa untuk tenangkan fikiran,,,,dekat dunia ni,,,kita takkan sesekali alone,,,disaat kita rasa kita hanya seorang,,jangan lupa yang maha kuasa,,sentiasa bersama kita :) insyaallah,,,be strong ya,,,stay cool,,all is well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu. Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah.. :) Terima kasih bro..

      Delete
  18. walau sesiapa pon mereka itu , maybe one sweet day niena akan faham kenapa dan mengapa.. kak rasa mcm pernah mengalami situasi ini masa umur baya2 adik.. walaupon tak sure mereka yang adik maksud kan itu sama dengan yang kak maksud kan ini.. tapi bila dah berumur mcm sekrang hati pon tak membara well i accept all the action .. ^_^ banyak kan solat , banyak kan berdoa .. insya Allah hati akan sentiasa tenang .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah terlalu tak tahan kak.. Tapi sekarang sudah semakin baik.. Moga2 tidak berulang dan moga saya tak cepat terasa.. :)

      Delete
  19. i can understand ur feeling dik. huhu. be strong. (:

    ReplyDelete
  20. Bersabar dan berdoa banyak2... muhasabah diri ya sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak ida, insyaAllah... Terima kasih banyak2 ya kak ida.. :D

      Delete
  21. sabo je lha dik.kita tk boleh nk puaskan hati semua org.
    just be yourself.as long u're happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak.. Tak boleh nak puaskan hati orang. Yes, just be ourselves and be happy! :)

      Delete
  22. adakalanya mama juga kena seperti ini, apa yang mama buat mama berdoa dan serahkan semuanya pada Allah. berdoa banyak2, dan sabar.. pasti jiwa kita tenang... sabar sayang ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama.. Kita hanya boleh bergantung harap dan mengadu pada Allah. Betul mama, jiwa tenang bila bersama Allah.. InsyaAllah saya sabar.. Terima kasih mama.. :)

      Delete
  23. sabar ye niena. akak pun pernah kena hentam mcm tu jugak. kita ni manusia biasa, mmng kadang2 selalu buat silap. hmm sedih pulak baca entry niena ni. nampak mcm kena teruk sangat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kak mazni.. Betul tu kak, kita selalu buat kesilapan. Mereka pon buat kesilapan tapi mereka tak nampak. Tak apalah, moga mereka sedar nanti.. :) Hehe, teruk jugak la agaknya tapi sekarang saya dah semakin okey! Alhamdulillah. Moga tak berulang lagi.. :)

      Delete
  24. niena sayang.. kadang2 akak rasa kita punyai masalah yang sama -.- hurm hanya yang mengalami je paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon fikir macam gitu jugak lah kak.. Haih, nak buat macam mana lagi lah kan..

      Delete
  25. Sabarlah yee.. Sometimes He's just showing us who should stay in our life and who should just leave.. Remember, not everyone deserves your attention and care.. Sabar dan berdoalah minta ketenangan drpd Dia :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis.. Kita hanya mampu bersabar. Ya, hanya bergantung padaNya.. :)

      Delete
  26. Niena kenapa nie ? Takpe2 .. Jangan sedih eh niena . Kita perlu fikir yg kita ada allah je . Manusia memang takkan pernah puas . Jadi apa pun jadi , sabar dan ingat allah selalu tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa sikit ja fiqa.. hehe.. Itulah, sekarang dah semakin baik. Betul tu, hanya mengingati Allah hati menjadi tenang.. InsyaAllah.. :)

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤