Mari Throwback ke Zaman Kanak-kanak Saya!

31/1/14


zaman kanak-kanak



Assalamualaikum... :)


Entah kenapa rasa nak share pasal apa yang aku selalu buat masa zaman kanak-kanak. Selalunya kalau sebut saja kanak-kanak pasti disinonimkan dengan permainan yang mereka main kan? Nak buat apa lagi kalau bukan main! Jadi, memandangkan zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu, maka aku nak share serba sikit di sini! :)


Mungkin tak sama dengan apa yang hampa main masa kecil-kecil dulu tapi mungkin sama juga cuma cara mainnya sahaja yang lain. Aku ni seorang sahaja anak perempuan. Jadi, nak main dengan siapa kan? Baik, mari kita tengok apa yang aku main seorang diri di rumah.


Main cikgu-cikgu

Aku selalu main cikgu-cikgu sorang-sorang. Macam mana tu? Aku selalu kumpul semua buku-buku yang aku berkenan untuk jadikan buku 'anak murid' aku. Lepastu aku akan tulis di whiteboard kecil apa-apa sahaja as bahan pengajaran aku lah. Nanti aku akan tanda pada buku-buku yang aku kumpul tadi dengan bintang, perkataan 'baik', 'jumpa cikgu', 'cuba lagi' and etc. 

main cikgu-cikgu

Bila aku tulis di whiteboard, aku akan tanya pada imaginary pupils aku tu contohnya 'ini apa?' dalam suara biasa dan as wakil untuk imaginary pupils aku tu aku akan jawab dengan suara kecil 'ayammm......'. Haa amacam? Pernah buat begitu? Aku yakin hampa tak pernah buat pun. Aku ni memang macam-macam method aku main. Be creative lah kan sebab tak ada kawan nak main sama-sama as cikgu and anak murid. Kekeke.... Malu pulak bila teringat balik.


Oh satu lagi. Mak aku pernah belikan aku buku rekod kedatangan murid yang betul-betul punya untuk aku main. Nampak tak mak aku punya memahami dengan anak dia yang sadis ni main sorang-sorang tulis macam-macam nama sampai 20-30 nama 'murid' dia? And aku selalu denda 'murid' aku dengan menggunakan jangka tolok. >.<


Main doktor-doktor

doktor-doktor


Kunun-kununs jadi doktor pun biasa jugak! Mak aku belikan set permainan doktor tu and aku main sorang-sorang aku. Aku susun semua peralatan tu di belakang. Aku tulis nama pesakit. Contohnya;

Nama: Farah Natasya Binti Khairudin
Sakit: Asma
Umur: 20 Tahun
Alamat: Jalan Pandan, Taman Pandan


Gitulah bio 'patient' aku. Habis satu buku nota semata-mata tulis nama-nama 'patient' aku tu tau! Hampa selalu main doktor-doktor tulis tak bio pesakit? Hikhik. XD


Mandi Kolam



Seronok seronok seronok! Triple seronok bila mandi kolam ni! Bukan setakat mandi kolam biasa saja! Ada permainan aku yang tersendiri. Iaitu main lemas dalam laut and terdampar tepi pantai and aku akan 'masak-masak' tepi pantai tu sebab aku terdampar di tepi pantai yang tidak dihuni oleh sesiapa pun. Jadi bahan-bahan masakan seperti kerang, sotong and etc(batu-batuan) akan dikutip dari dalam laut(kolam). Seronok and rasa rare kot game yang aku main ni. Tapi game ni aku tak boleh main sorang-sorang. Aku selalu main dengan best friend aku. Sangatlah best okey!


Siapa pernah mandi kolam? Kalau sekarang ni aku still boleh mandi kolam plastik tu, aku pun nak! Best gilaaaa kot! Tapi kolam aku ni selalu koyak sebab terkena batu lah apa and setiap kali koyak aku suruh mak aku beli yang lain. Kesian mak!!! Kalau ingat balik, banyaknya pengorbanan mak habiskan duit semata-mata untuk keseronokan zaman kanak-kanak aku. :'(


Fairy

pari-pari


Aku suka main fairy-fairy ni sebab aku suka berangan. Game ni pon aku main sorang-sorang sebab kalau main dengan kawan aku, aku tak puas hati dengan action mereka yang bagi aku tak serupa pari-pari. Maka, aku rasa lebih puas main sorang-sorang macamlah aku punya act jadi fairy tu bagus sangat kens? :P


Aku pernah ada magic wand yang mainan punya tu and sayap dia. Color pink. Aku suka! Tapi bila dah besar sikit dah tak muat and magic wand color pink tu pun dah tak cantik. And aku buatlah magic wand aku sendiri guna lidi and lukis apa-apa bentuk dekat kertas and lekat dekat lidi tu. Jadilah magic wand super mudah aku and aku happy ja main dengan benda tu! Budak-budak janji dapat main kan? Kalau tak guna lidi tu aku gunalah kayu ke or besi ke semata-mata untuk jadikan magic wand.


Aku semakin tergila-gilakan mainan fairy ni bila kemunculan cerita Bawang Merah Bawang Putih yang ada Puteri Cahaya tu. Semakin menjadi-jadi rasa nak main masa tu. Selalulah main sorang-sorang. Hampa pernah main macam ni tak? :D


***


Haa, itulah dia antara cara main yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan dengan hampa di sini. Zaman kecil-kecil dulu bila main semua itu rasa gembira gila, infinity joys! Mak aku pulak jenis suka belikan segala toys yang aku nak. Mesti akan dapat punya. Terharu bila teringat zaman kecil-kecil. Seronok ja bila dapat semua mainan yang aku nak.


Oh, fyi masa aku kecil aku tak main congkak, tuju kasut ke apa macam orang lain sebab dekat taman perumahan aku ni tak ada budak-budak yang boleh aku ajak main and aku jenis katak bawah tempurung. So, aku main sorang-sorang saja lah. Lagi best, tak payah gaduh kalau tak sependapat!


Aku ialah budak yang duduk hanyalah di dalam rumah. Bukan kena kurung, aku sendiri yang pilih untuk begitu. Sekali-sekala tu kawan yang paling rapat sajalah yang datang rumah untuk mandi kolam and main doktor-doktor tu!


Jadi, ceritalah pula macam mana hampa main semua permainan yang aku ceritakan di atas tu? Ataupun apa sahaja yang hampa main masa zaman kecil-kecil dulu. Mungkin hampa pernah main permainan yang lagi rare and menarik daripada aku ke? Share-share story buat hari jadi happy! ;)


Maaf entry panjang sangat. Seronok share permainan zaman kecil-kecil! Apa-apapun syukran jazilan kesayangans semua. Ilal liqa'!


P/S: Boleh tolong aku tak? Tahu tak mana-mana online boutique or boutique yang jual tudung bawal labuh-labuh? Ataupun cara buat tudung bawal? TOLONG TOLONG TOLONG!


Mari terjah entry terbaru:

59 comments:

  1. zaman kanak2 lah zaman yg pling seronok..hihi :D

    ReplyDelete
  2. Niena T_T
    U made my day............on febuary ni hihihi <3
    Aaaaa i miss these things n stuffs aaaa :D hhehehehe qila rindu ah nk main semua benda tu :( Hm kenapa kena grow up.............
    </3

    heheheheh. Alamak tudung? sorry niena beby qila tak tahu T_T
    Sbb tudung qila tak labuh mana hik cuma qila try jugak labuhkan ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Best sangat kan main semua permainan tu. Itulah dia kitaran hidup. Nak tak nak kena juga jadi besar. Ihihi..

      Saya pun sama lah kak qila. Pakai tudung bawal bidang biasa saja dan sekarang rasa nak pakai yang labuh punya pula. Tak selesa pula rasa sebab kurang labuh. >.<

      Delete
    2. Bila niena dapat cari nnt calling callingye? <3
      ehehheee

      Delete
  3. haha..kelakar igt blk zmn kanak2..
    y cikgu2 dgn doktor2 tu yea..penah..y plg syok main masak2..hehe..pastu g keje..ank2 g sekolah..lps tu blk makan..kecik2 kite dah tau psl hidup..hehe=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa kelakar but it's fun! Itulah, kecil-kecil dah tahu pasal hidup. Hihihi.. :D

      Delete
  4. zaman kanak2 palingbbest...main cikgu2 tu rajin jgk..tapi bukan sorang2 lah..hihihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Memang childhood zaman yang paling menyeronokkan hidup di alam fantasi. Hikhik! Itulah, saya ni kenalah main sorang-sorang sebab tak ada kawan tapi I enjoy it! :D Abang-abang saya mestilah tak mahu main semua permainan saya ni, dorang main video game saja. Mihmih.

      Delete
  5. Hehehe. Rindu zaman kanak-kanak dulu. Zaman tulah paling best untuk dikenang bila dah dewasa nanti. Kejap, I memang dah nak ke alam dewasa pun. Hihihihi....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, sis! Saya pulak baru beberapa tahun tinggalkan zaman tu, jadi masih fresh dalam ingatan dan rasa macam baru semalam saya main semua tu! :D

      Delete
  6. main cekgu2...main doktor2 tu cik penah...hahhahaa..dan ape yang niena nyatakan kat situ pon same dgn cik...kohkoh

    #tang tudung bawal labuh 2 kan.cik tak tahu lah nak beli kat mane..tapi kalau buat,sonang je.just beli kain 2meter pas tu potong segi 4.jahit tepi..kalau nak hiaskan boleh je..ikot kekreatifan niena lah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik. Best kan main benda-benda tu! :D

      Oh, thanks cik! Saya yang tak tahu tu pasal berapa meter nak beli tu aje lah. :D Saya lebih suka plain! :)

      Delete
  7. Nice post . Lawak laaa .. :) saya suka , saya suka ~ :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ehehe, memang macam kelakar aja kan! :D

      Delete
  8. Aaahhh rindunyaa zaman dulu2 . Infinity joy . Full with joy and happiness .. Sekarang banyak benda kena buat , tak sempat main2 semua tu kan . Fiqah suka main cikgu2 and doktor2 tu . Kalau kolam , ibu dngan ayah takde beli huhu . Yg paling best main cikgu2 ..

    Haritu cikgu ada terangkan format exam , waktu hujung tahun nnti , kita akan dapat 4 result . pbs , pagsk ( tak silaplah , ni pjpk ) , pentaksiran pusat ( ni kita akan ambik tahun ni . Subject selain bm , bi , sn and math . Yg lagi satu tu x silap kita bm , bi , sn , math punya result (ppmr) , taksilap lah . Yg ni amek waktu bulan 9 ke 10 tah nnti secara bertulis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fiqa! Semua permainan zaman dulu2 semua best! :D

      Oh, thanks a lot fiqa! Sekolah saya ni nak bagi maklumat tu lambat! Sebab itu yang tanya dekat fiqa!

      Delete
  9. Main cikgu, doc and mandi kolam tu mmg sama.. One more, main masak2. Ada cerita tauuu disebalik main masak2 tu. Kisah yg buat Vee trauma sampai hari ni. Hahaha. Tp zaman kita dulu mmg best. Sekarang budak melekat kat gadget je. No fun at all. Kesian dorang.. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, cerita apa tu? A'ah zaman kita dulu memang seronok sangat! Itulah budak2 sekarang mana ada main macam kita. Semua guna gadget saja. Betul, no fun at all. Tak ada yang luar biasa pon. Kesian kesian kesian. Kekeke... XD

      Delete
  10. waktu kecil , waktu yg gemilang :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Bila dah besar macam2 nak kena fikir dan buat. Hmmhh..

      Delete
  11. Oh tulis juga ya! Habislah diary emak tu! KIkiki... Betul tu, mandi kolamlah paling best! Kadang2 saya main sampai biru bibir sebab lama sangat. Seronok betul main air dengan kawan. :D

    ReplyDelete
  12. entry nie fun sgt...mengingatkan kembali zaman kanak2 dulu...akak dulu main jugak cikgu2, doctor2, jadi pesakit pown penah...main masak2 la..jdi ibu bapa...so funnn...bila ingat blik dengan sapa kita main...rasa malu plak...hahaha klaka pown ada...yang ganas skit akak dulu suka panjat pokok pastu terjun dri atas...hehehe...main gasing, tuju guli...best bila ingat balik...petang2 klau x blik umah lagi mak mesti kluar cari bawak rota....akak nakal sgt msa kecik2 dlu...hehehe...bdak2 skrg..semuanya gadget je dia org tau...mcm adik akak la...yg dia tau...subway, temple run and so on...no fun la...apa2 pown...best entry...tersenyum2 bila ingat kenangan zaman kanak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihihihi, memang seronok sangatlah kak zaman kecil2 dulu. Main macam2 tapi saya tak main di luar. :( Hikhik, seronok sangat main sampai lupa nak balik ya! :D Itulah, budak sekarang kalau cerita apa yang kita main dulu-dulu mesti dorang tak boleh nak betul2 hayati kan sebabnya dorang dah tak main pon. Oh, apa2pun terima kasih banyak2 sudi baca entry panjang berjela ni! :D

      Delete
  13. Replies
    1. Itulah kan. Kalau sekarang boleh jadi macam budak2 kan seronok!

      Delete
  14. menarik zaman kanak2 awk.. :) ..zaman kanak2 sy biasa je kot ..huhu..tp sy rsa sy jadi kasar sampai skrang sbb dlu time kecik2 sy selalu kwn dgn bdk laki,g naek bukit kt kwsn rumah dgn abg/adik semata2 nak g tgk beruang..haha.. -_- but now sy jadik xbiasa plak dgn org laki..huhu.. congkak slh satu feveret sy..dlu sy sanggup korek lubng kt blakng rumah smata2 nak maen congkak sbb time tu kt umah sy xde papan dye,,haha..pastu guna bijik getah :D

    #kalau awk nak beli tudung bawal labuh awk cari je kt FB.. taip tudung bawal labuh. tp kebanyakn yg jual kt fb semua bidng 50/55 & 55/60 je..brand senorita yg byk dyeorg jual,kalau brand kangroo/airis susa cket nak jmpe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Dapat tak tengok beruang tu? Itulah, kadang2 kalau masa kecil kita lain dah besar pun lain juga. Okey letew korek2 lubang janji dapat main kan! :D

      Oh, ada juga cari di FB tapi saya tak cari habis2 lagi. Nanti nak sambung cari! Terima kasih ya kak wanie!

      Delete
  15. hhaahhaha...same. Ima pun penah men benda2 gtue ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIhihihi. Sep sikit! Best kan? Lagi best daripada duduk depan gadget macam tak ada life (cait, padahal sekarang ni pun saya duduk depan gadget), kekekee... :D

      Delete
  16. haha ! kelakar !
    anis pon suka main cikgu2
    lagi satu anis suka jadi cashier gitu sbb main dengan duit feeling2 kaya orang beli barang sikit.
    bukan tu je. sebagai cikgi anis suka right/semak buku murid2. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya pun suka jugak main jadi cashier tambah2 bila mak belikan toy cashier tu, best best best! Tapi dalam set cashier saya tu duit dia sikit saja, jadi saya buat duit sendiri. Tulis atas kertas banyak banyak! Memang kaya habis lah sebabnya kalau letak dalam purse susah nak tutup! Haiii, kalau ada duit betul-betul sampai banyak tu mesti seronok kan! Ehehe, saya pun suka tanda buku 'murid'! ^_______^

      Delete
  17. heheh terasa kak hana tw. tp kak hana more kepada permainan yang kasar2 nie. mcm polis entry ke galah panjang ke. huhu yang ladies2 nie tak banyak sangat. sebab geng perempuan tak ramai. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks, terasa puloks dia. >.< Saya pernah jugak main polis entry tapi tak suka sangat sebab penat. Suka main game yang tak penat. Kehkeh.. Geng kak hana lelaki ya.. Hehe, saya dari dulu tak suka nak main dengan laki. -.-

      Delete
  18. saya dulu-dulu suka main doktor.
    ingatkan bila besar jadi doktor.
    rupanya jadi cikgu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, best kan main doktor-doktor! Haa, okey lah tu! Jadi cikgu pun best apa! :D

      Delete
  19. kenapa akak tak pernah main game ni semua? lulz gila dooo xD yang akak tau, masa kekecik dulu akak selalu main perang-perang dengan abang sepupu (--')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erks? @_@ Hehehe, ada juga lah orang tak pernah main semua ni. Saya pun ada juga main tumbuk2 dengan abang bila dah bosan main semua ni. Kikiki... Best ja kadang2 jadi power rangers, jadi powerpuff girl. Pon best jugak! :D

      Delete
  20. teringat cik akak zaman cik akak....
    cik akak biasa lasak2 je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Tapi lasak2 pun mesti ada keseronokannya yang tersendiri kan! :D

      Delete
  21. banyak benda kak sally main..huhu...tapi byk kan lebih kepada aktiviti luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti luar pon best jugak! Cuma saya ni tak ada kawan nak main dekat taman saya ni. Hehe... Sekejap dulu ada lah, main-main basikal dengan jiran sebelah. Tapi dia pindah pulak.

      Delete
  22. semua ni akak pernah main xD yg paling best skali main cikgu2. muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, geng! Haa, best kan! Saya tak ingat pulak bilanya saya stop main semua ni...

      Delete
  23. hahaaa..yang mandi kolam tu selalu dulu..best sangat! ^_^
    btw,yang pasal online butik tu akak taw yang dekat instagram,RaudhantulJannahStyle..try la tgok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa best kan. Oh, terima kasih kak mirza! Nanti nak pergi usha!! :D

      Delete
  24. Saya masih kanak-kanak yang hampir remaja. Jadi, saya nak enjoy sepuasnya sebelum jadi orang besar. Tapi, kawan-kawan saya hampir semua macam terlalu matang! Nak main dengan siapa? Idea kakak main sorang-sorang tu macam best je.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu auni! Enjoy sepuas-puasnya sebab bila dah masuk alam remaja nanti pon dah tak ada game2 macam ni and kita perlu fikirkan benda lain pulak! Make something different supaya bila satu hari nanti kita terkenang zaman kanak2 kita, kita mampu tersenyum dan ketawa! Haa, boleh juga lah kalau nak main sorang2! Hihihi... :D

      Delete
  25. masa kecik semua indah belaka ... ;)

    ReplyDelete
  26. guli mana ? sy suka main guli.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. Saya tak pandai main guli lagipun tak ada siapa nak ajak main sekali. Hikhik..

      Delete
  27. rindunya zaman kanak2, akak pun dulu suka main cikgu2 dan doktor2.. ramai kawan2 datang bermain :)

    ReplyDelete
  28. Hahaha Kak Ida dulu suka ikut abg saudara main combat2... masuk hutan...semak kat kampung..

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤