Novel 7 Hari Mencintaiku -SEDIH!-


Assalamualaikum..


Hehehe. Aku rindukan laptop acer aspire ku ini dan rindu sangattttt dengan blog yang sudah jarang-jarang kali dibukak ni. Kesian baby blog and baby lappy. Kenapa aku tinggalkan mereka berdua ni? Semenjak dah ada baby Xperia aku dah kurang perhatian pada dua baby ini. Kesian beliau. OKey, hari ni aku akan update pasal novel 7 Hari Mencintaiku.


Novel ni dah lama ada sebenarnya. Cuma, yalah masa novel ni keluar pun aku masih lagi membaca novel Ain Maisarah. Tapi tanpa Ain Maisarah, tak kenallah aku apa itu baca  novel. Hehe. Kan? Jadi, nak berkongsi lah apa pandangan aku tentang novel karya Siti Rosmizah ni..


SR Publication
Siti Rosmizah
S/M: RM 32.90
S/S: RM 35.90


SINOPSIS

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.




Aku bagi pendapat dari segi keseluruhan novel ni dulu okey. Aku rasa sangat tak best bila Khuzairi dan Mia Adriana ni asyik main tarik tali. Kejap kejap rasa cinta dah nak ada kejap-kejap hilang nak tutup pintu hati apa bagai. Part ni amatlah menyakitkan hati ditambah lagi dengan perangai Mia yang sangatlah bongkak ya amat. Tapi aku suka part dia punya falling action. Rasa macam wah.. Semua perisa ada bila dah sampai pada part akhir. Kita boleh tengok kasih sayang yang diutamakan dalam tu.


Untuk watak Khuzairi, aku rasa malaikat apa dia ni. Kalau aku dapat laki macam dia jangankan 7 hari, 7hari 7 malam pun aku buat sujud syukur. Sebabnya, dia terlalulah baik. Mengalah aje dengan bininya. Itu pun aku tak suka perangai dia yang asyik asyik nak bagi muka dekat Mia. Geram pun ada dengan Khuzairi ni.


Watak Mia Adriana pulak, aku rasa macam kalau aku tak terajang muka kau memang tak sah sepanjang aku baca novel ni lah. Dia tersangatlah over. Bila dia bankrupt pun dia masih boleh berlagak nak mampos dia tu. Geram aku dengan dia. Tapi aku sangatlah sukakan dia bila dia dah insaf. Itu semestinya lah kan. Hehe..


Ini novel kedua yang buat aku menangis sampai bengkak mata merah muka. Hahaha. Jangan ingat budak 14 Tahun tak reti feeling bila baca novel okey? :D Memang akan rasa nak menangis aje baca novel ni. Anyway, novel dia bukanlah sepanjang masa kita akan sedih tapi semua rasa ada. Marah, geram, seronok, lucu, kecewa semunya lah. Semua terbuku sekali dalam novel ni.


Overall aku kasi 4.1/5 marks. Kalau aku belum tentu untuk menulis novel setebal ni. Tahniah untuk penulis Siti Rosmizah. Teruskan menulis karya dengan lebih mantap. :) Siapa-siapa yang pernah baca share lah sama pasal novel ni. Yang belum baca dan rasa nak baca bolehlah beli kalau murah hati dan bolehlah pinjam kat siapa siapa kalau sayang duit. Haa gitu. K bye.


11 comments:

  1. dah bace dah cerita ni :) serius meleleh air mata..lgi sedih time part budak oku tu :'( ..novel ni terbaik :)

    ReplyDelete
  2. cite ni serious best gile kan ! hehe

    ReplyDelete
  3. dari sinopsisnya memang menarik & best je..nak kena cari la novel ni...huhuuu

    ReplyDelete
  4. akak baru first time baca blog awak ni... smlm akak baru abis baca buat kali yg ke 10.. :) masih lg nangis, senyum n rasa sakit ati n rasa geram..

    ReplyDelete
  5. saya belum pernah baca novel ini. di mana saya bisa beli?

    ReplyDelete
  6. wah.... 1050 pages tu dik... amboihhh, kemain diaa.... study study ... hewhewhewwww ..

    ReplyDelete
  7. Yup, dh baca tiga kali mmg best part ending tu.. Yang tengah2 tu arh, geram je ngan sikap Mia tuh.. by the way , tahniah yee Siti Rosmizah..

    ReplyDelete
  8. huhu,novel ni saya dapat dripada ibu saya.. sanggup saya baca novel ni.. part buntat kne hayun ngn steering l0ck tu yang paling sedih.. snggup die mmpertahankn orng yang mmbenci die.. Tapi sbagai seorang lelaki.. saya tahan je air mata.. tapi keluar jgak... ni komen merapok

    ReplyDelete
  9. Sudah banyak novel saya baca tapi novel ini blm sye bce

    ReplyDelete
  10. Lebih keren novel laskar pelangi -_- novel malaysia susah dipahami..salam damai :)

    ReplyDelete
  11. I'm extremely impressed with youг writing skills and also with tһe layout on your weblog.
    Is this a pɑiԀ theme or did you customize it yourself?
    Either way keep up the nice quality writіng, it is rare to sеe a nice blog liҝe this one theѕe days.

    check it oսt : Best Encryption Software Android Apps & Ten Reasоns How To Encrypt A Pɑssword
    For Freeing Will Never Happen

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤