Bestfriends!


Assalamualaikum..


Macam tahu tahu aje aku memang memerlukan idea sekarang sebab blog aku dah terasa lama benor tak berupdate. Dan idea datang tepat pada waktunya!


Tiba-tiba aku tergelak-gelak sorang dalam bilik air tadi. Teringat pulak dekat kawan-kawan baik aku dekat sekolah. Teringat lah benda yang lawak so aku gelak lah kan.


Kawan baik ni bukannya tiap-tiap hari akan bergelak sakan kan. Mesti selalu gaduh, kutuk-kutuk, perli-perli. Tapi, itu yang menyebabkan dia jadi makna kawan baik. Hehehe. Tapi azab kot siapa yang jadi kawan baik aku tu. Mulut aku dah la aduhai gila. @_@




Hah.. Ada sedikit kata-kata yang aku nak ucapkan untuk para kawan baik aku sekalian. Eyh?


Nadirah Hartini

Aku sedar gila aku selalu kutuk dia. Aku selalu marah dia tak tentu hala. Aku selalu buat muka kat dia. Tapi dia sangatlah cool. Aku kadang-kadang sengaja nak tengok macam mana dia marah. Tapi jarang benor and susah benor nak kasi dia marah. Pelik aku dengan dia ni. Ubat apa yang dia pakai sampai susah nak marah ni. Haha! She's special anyway!


Dia ni banyak nama panggilan yang aku reka khas untuk dia. Aku selalu sangat usik dia. Dia pulak melayan aje. Kesian hang eyh. Aku selalu kata kat dia blur sebab kadang-kadang dia suka berkhayal lepastu dia buat muka ketinggalan. Itu yang orang selalu kata kat dia 'start dah la blur dia...' Kesian hang! Anyway, Nadirah ni kawan yang paling aku rapat sebab dia macam air. Kalau dia sama perangainya macam aku memang perang ajelah. :P


Yasmin Nadira

She's cute and adorable. Selalu gak perang mulut dengan dia sebab dia suka cakap merapu. Lepastu aku usik dia kata 'hang ni suka cakap merapu. budak budak betoi!' Hikhik! Memang dia macam budak budak pon tapi seriously aku kata dia baik kot. Masa aku tak reti nak lukis masa waktu KH dia tolong bagitau macam mana padahal cikgu tak bagi. Sayang hang Yasmin!


Nurul Husna

Hah. Ini sorang lagi yang aku aiii rasa nak luku kepala dia! Haha! Sebab apa? Sebab dia ni suka perasan lepastu dia akan terkinja-kinja keseronokan bila ternampak orang yang dia suka. Aku selalu marah dia. Tapi kekadang aku melayan aje sebab nak buat macam mana kan dah nampak orang yang dia suka mestilah excited kan? Biarlah.. Dia ni pon mestilah special jugak kan. 





Btw, untuk my besties sekalian maafkan aku kalau aku selalu cakap ikut suka mulut aku aje kan. Nak buat macam mana kan? Terima je lah azabnya bila ada kawan yang macam aku ni. Suka mengusik, suka buat muka serious, suka marah-marah, and banyak banyak benda yang aku suka. Terima kasih sebab sudi melayan aku yang 'gila aduhai' ni. :) Aku harap hampa akan jadi kawan baik aku untuk selamanya. Tak akan tikam belakang aku. :')


Best friends are the people in life that make you laugh a little louder, smile a little brighter and live a little better

1 comment:

  1. akak ada kawan yg macam nadirah hartini n hurul husna tu, hahaha :P

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤