Bilakah Hati Kita Dianggap Sakit?

4/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Sakit hati boleh dikaitkan dengan macam-macam. Sakit yang macam mana? Hati sakit bila disakiti orang. Hati sakit bila hubungan dengan Allah renggang. Hati sakit disebabkan penyakit yang dah dapat dikesan. Tapi sekarang, aku nak cerita tentang hati yang sakit disebabkan kita sendiri yang menjadikannya sakit.


Apa yang aku maksudkan dengan kita sendiri yang menjadikannya sakit? Mungkin aku boleh senaraikan beberapa perkara yang aku rasa yang sebenarnya kita tak sedar kita dah menimbulkan hati yang sakit tu.


  •   Apabila kita merasa kita lebih

Dalam apa-apa jua perkara, kita akan sentiasa perhati orang lain. Dan dalam hati kita, sentiasa rasa macam aku jugak yang bagus, aku jugak yang elok. Kita akan sentiasa rasa nak korek dan selidik kekurangan orang lain untuk dibandingkan dengan kelebihan kita. Mungkin memang kita lebih daripada orang lain, tapi kita juga tak sedar yang kita juga ada kekurangannya berbanding orang lain.


  •   Apabila merasa hasad dengan kelebihan orang lain

Bila kita tengok orang lain pula lebih daripada kita, kita rasa tak puas hati. Kita cemburu dengan mereka. Kita harap-harap mereka akan jatuh tersungkur sama macam kita. Kena ingat kata-kata yang selalu kita dengar, 'hidup ini ibarat roda'. Setiap orang akan merasa jatuh bangunnya. Mungkin hari ini kita kurang dan mereka lebih. Tak mengapa. InsyaAllah, pada masa lain giliran kita pula. Untuk apa tidak senang dengan kelebihan orang lain?


  •   Apabila sentiasa merasa kita sentiasa benar

Apa sahaja yang orang lain katakan dan orang lain lakukan, sentiasa tidak kena di mata kita. Mereka tetap salah dan kita tetap betul. Apa yang kita kata dan lakukan orang lain perlu sentiasa setuju. Apa yang kita arahkah, orang lain wajib patuhi. Ini tidak benar. Bukan semua tindakan dan kata-kata kita sentiasa benar walaupun kita rasa ia benar. Kadang-kadang kita tak sedar benda ini.

  •   Apabila kita memandang rendah pada orang lain

Kita sentiasa pandang orang lain serba kekurangan. Kita sentiasa yakin yang orang lain tak akan dapat tandingi kita dalam segala hal. Kita sentiasa pandang rendah tentang kebolehan mereka. Kita sentiasa merasa orang lain buruk dan hina di mata kita. Kadang-kadang kita sanggup menyindir mereka untuk buktikan yang mereka memang selayaknya disindir begitu. Mengapa begini sedangkan kadang-kadang kita juga tak tahu yang mungkin dalam masa yang sama, ada orang lain yang sedang lakukan perkara yang sama macam apa yang kita lakukan sekarang.


***

Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya hati kita sedang sakit. Mungkin memang orang lain nampak tidak kesah dan selayaknya kita layan mereka begitu. Tapi kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Mungkin mereka sentiasa merasa marah dengan kita pada setiap masa walaupun di depan kita mereka sentiasa tersenyum manis.


Sebenarnya perkara-perkara yang aku senaraikan di atas terjadi kerana satu sahaja perkara. Kerana kita bersifat LANGIT. Kita merasa kita tinggi, hebat dan gah. Orang lain selayaknya diinjak-injak seperti TANAH. 




Mungkin hari ini kita boleh menginjak orang lain. Tapi ingat suatu hari nanti, jangan salahkan sesiapa apabila kita roboh menyembah tanah dengan sifat langit yang kita ada. Jangan salahkan sesiapa apabila kita juga diinjak seperti apa yang pernah kita lakukan. What goes around, comes around.



7 comments:

  1. Yups... Setuju... Terutamanya sifat gah... Sampai memandang rendah terhadap orang lain..
    Jarang kita sedar, hati sedang "sakit"...

    KTC

    ReplyDelete
  2. Allahu.. semoga kita dijauhkan sifat macam tu.. huhu

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah niena..thanks for share this tazkirah:)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah jauhkan dari sifat sakit hati itu..

    ReplyDelete
  5. Indeed. Hiks. Nak jaga hati akhir zaman ni bukan senang. Penuh dengan hasad dan dengki. Moga kita sama2 berusaha ke arah yang lebih baik (* ̄︶ ̄*)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤