Tak Awesome La Tak Kawan Dengan Lelaki!

14/10/15




Assalamualaikum dan hai loves~!



Siapa di sini yang suka kawan dengan lelaki? Dan yang mungkin tak berapa suka kawan dengan lelaki? Untuk aku, aku memang kurang gemar untuk berkawan dengan lelaki. Ada orang yang pernah kata dekat aku yang aku ni anti lelaki. Oh! Itu sama sekali tidak benar. Aku tak anti langsung dengan lelaki. Kenapa nak anti sedangkan ayah dan adik beradik aku sendiri semuanya lelaki. Hanya mak aku dengan aku sahajalah perempuan dalam keluarga. Hehe. :D



Tiba-tiba aku teringat balik beberapa tahun yang lalu ada seorang kawan baik aku ni pernah kata dekat aku, "tak awesome la hang ni tak kawan dengan lelaki." Aku pula hanya krik krik. Tak tahu nak kata apa bila dia kata macam itu. Sebenarnya aku lebih suka kawan dengan perempuan sebab aku perempuan. Aku boleh cerita apa saja hal berkaitan dengan perempuan bila dengan kawan perempuan.


Dan tadi pulak aku ada terbaca yang sesetengah orang yang lebih suka kawan dengan lelaki ni sebab lelaki tak cepat terasa, tak suka ber'drama'. Berbanding dengan perempuan, macam-macam yang tersirat di hati perempuan ni kan? Aku tak nafikan benda itu. Ada betulnya juga apa yang dikatakan tu. Perempuan memang cepat terasa. Selalu moody. Dan macam-macam lagi kerenahnya yang menguji kesabaran.


Girls


Tapi ceritanya sebenarnya mudah, kalau nasib kita dah jumpa dengan kawan perempuan yang begitu, nak buat macam mana. Kan? Bukan semua perempuan jenis moody, cepat sentap, cepat marah. Aku pun ada kawan yang begini dan tak dinafikan aku pun kadang-kadang moody, cepat sentap, cepat marah. Aku yakin, orang yang kata lebih suka kawan dengan lelaki pun ada juga sifat-sifat yang dia sendiri tak suka tu.


Oh ya, kenapa aku tak gemar kawan dengan lelaki? Pertama-tama sekali jangan salah faham ya, aku tak benci dan tak anti dengan lelaki sama sekali. Dan juga bukan sebab aku rasa laki ni jahat ke apa. Tidak.. Aku memang dari dulu lagi tak biasa kawan lelaki. Sebabnya aku rasa tak selesa. Nak bercakap dengan lelaki pun aku rasa susah sangat. Aku rasa kalau kira-kira budak-budak lelaki kelas aku dari dulu, memang boleh kira dengan jari ja siapa yang aku pernah cakap. Hihihi..


Sebenarnya tak salah pun untuk kita berkawan dengan sesiapa sahaja. Asalkan kena ingat satu, jaga batas pergaulan. Janganlah bila kata rapat dengan kawan berlainan jantina, bebas bertepuk tampar sana sini, duduk rapat-rapat. Tak boleh tau! Kalau kita fikir yang berkawan terlalu rapat dengan kawan berlainan jantina itu awesome, aku tidak bersetuju. Kita awesome bila kita berjaya jaga adab-adab berkawan tak kira dengan kawan lelaki ataupun perempuan! Tak sewenang-wenangnya nak sakitkan hati kawan, nak mengata dekat kawan, nak burukkan kawan, pandang rendah dekat kawan.


Aku rasa post ni dah terlalu panjang, maafkan aku kalau post ini agak menganggu pada sesiapa yang tidak bersetuju. Ini hanyalah pendapat aku yang serba kekurangan. Jadi, akhir sekali, hampa rasa awesome ke tidak berkawan dengan lelaki? Boleh beri pendapat hampa jugak di bawah! ;)


Love note: Tahun ni tahun paling kurang update blog. Tak tahulah kenapa. Skill menulis semakin tumpul. Hehehe.. Apa-apapun nak minta tolong ni. Doakan aku untuk exam nanti ya! Terima kasih! :D


17 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah, amin.. Terima kasih ya! :D

      Delete
  2. lelaki biasa boleh simpan rahsia sebab tu perempuan suka bercerita dengan diorang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Memang ada betulnya juga benda tu! XD

      Delete
  3. Samalah kita.. orang yg tak kenal kita tu yg selalu salah faham.nasib tak ingat kita nie makhuk less:p
    *gud luck for exam;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tahu tak apa. Oh, terima kasih! :)

      Delete
  4. Samalah macam Lissa. bukan tak suka kawan dengan lelaki. tapi rasa kurang selesa kalau ramai kawan lelaki. lagi best kawan dengan perempuan, batas pergaulan pun tak perlu terhadkan. kena pandai pilih jaa kan? hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang kena pandai pilih. Ada ja kawan yang okay yang baik. Bukan semua jenis mood swing sepanjang masa. Hahaha.. Apa2pun moga kita semua jumpa dengan kawan yang baik2 saja. ;D

      Delete
  5. dulu masa akak sekolah akak sama mcm awak niena, susah betul nk cakap dgn laki. nk bercakap pun susah apatah lagi nk kawan kan xD tpi skrng dah lainla. sbb kat sini mmng kita akan berkawan jugak dgn budak laki. bergantung pada kitalah samada jaga batas atau tidak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu akak.. Dekat uni memang kena bercakap jugak dengan orang kan? Kalau tak bercakap tak ke mana le kita kan? Ahaha..

      Delete
  6. alamak post ni mmg qila suka sbb qila mmg seriously takde kawan lelaki sampai adik boy qila selalu nk curi curi tgk qila whasapp dgn jantan mana padahal takde pun hahahahaha

    sbb entah. (jaga ikhtilat) gituwww :p
    hewhew mmg malas ah senang cerita i mean selagi girlfriends kita boleh tlg soooo i guess i dont need them until when the time comes :p hiihihihihi

    so yeah. tapi takde la malu ke apa ke just malas. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecece kak qila.. Hahaha.. Iyolah tu ya, malas eh? Kalau saya memang tak selesa sungguh nak bercakap2 dengan lelaki ni kecuali kalau yang saya betul2 selesa yang saya boleh bercerita dengan dia macam saya bercerita dengan kawan perempuan. Tapi bukan bermakna yang jenis kekeliruan identiti tu.. Hehehe.

      Delete
  7. Takper takda masalah pun taknak kawan dengan orang lelaki , ada jer member aku yang taknak kawan dengan orang perempuan . Malahan ada juga member yang tak seberapa nak berkawan dengan member sama jantina .

    ReplyDelete
  8. Tetap awesome kalau tak kawan dgn laki. Sebabnya, kalau kawan dgn laki, mana boleh cerita semuanya dekat dia sebabnya lelaki ni imaginasi ni tinggi sangat. Bahaya =.="

    ReplyDelete
  9. Btw.. ni first time singgah. Jemput dtg rumah kite :) http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. woaa dh jumpa org yang sama mcm kita. igt sy sorang je jenis camtu. hihi. oh btw jemput singgah my blog -> http://ain-nadia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Lols. Dulu time kecik2 mmg slalu kawan dengan lelaki. Hahhaa. Sebab kawan sbaya yang dekt dengan rumah mostly lelaki. Haha. Skrang dah naik sekolah menengah dah segan. Jadi kita skrang mungkin dah spesis. Hekhek. (*´∇`*) tapi bagus juga jnis tak kawn laki ni. Jaga pandangan. Jaga ikhtilat hehe. ^ω^

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤