Knows to Appreciate..

   Assalamualaikum..

Yea! Hari ni aku update dua kali. Macam dah ketagih sangat nak updatemengupdate ni kan? Aku boring. Sebab tu aku update benda ni. Lepas tu, aku suka menaip. Hobi diam-diam. Hee.. As expected, dah tau kan aku nak cakap pasal appreciate. Nak lecture sikit hari ni. Anyway, appreciate dalam Bahasa Malaysia adalah menghargai. Aku tau hampa pandai english tapi saja nak ulang balik. Kutkut lupa? Oh My English! Ahak! <-- demam meroyan.

   Now, let's start talking about appreciate. Kau rasa elok ke kalau pinjam-pinjam buku orang lepas tu nak pulangkan balik kau main lempar je buku orang tu sesuka hati mak bapak angkat kau? Lepas tu, dah pinjam tu tak reti pulangkan. Suruh owner dia datang ambik? Sedap je kau kan? Tolong ya kepada semua aku nak korang jadi seorang yang tahu menghargai. Bukan dah dapat tu tak hargai buat sesuka hati perangai kau je.

   Kau tomboy, kau famous, kau hot, kau cun, kau hebat atau apa-apa ja pun kau kena tahu how to appreciate others. Just imagine that others don't appreciate you after you've berbakti kat diaorang? What's your feeling?

   Lepas pinjam tu, berbudi la sikit. Ucap terima kasih! Thank you! Atau perkataan yang sama maksud dengannya. Nak cakap dalam bahasa apa pun tak apa janji maksudnya 'terima kasih'. Just a simple word. Bukan susah nak ucap kan? 'Terima kasih.' 'Thank you.' I don't think it's something difficult to do.

   Apa gunanya Appreciation Day diadakan bila orang sendiri tak reti menghargai. Hargai jasa orang lain. Kau kalau rasa nak dia berjasa dekat kau dengan baik, you've to hargai lah. Bukan lakukan dia sesuka hati kau.

   Aku tau sesetengah orang yang rasa orang tu dia baik sangat sampai dia rasa seronok nak buat apa saja pada orang tu. You know tak? Orang yang baik sangat tu kan yang sebenarnya menyimpan benci yang paling dalam untuk kau. Kau jangan ingatla dia nampak skema/baik dia tak ada perasaan. Orang baik ni kita tak tau. Nanti satu hari, dia jadi 'api dalam sekam' lepas tu dia akan terbakar bila-bila masa saja. Jangan ingat selama ni dia diam dia tak marahkan kau.

   Untuk aku, aku memang anti dengan someone yang don't knows how to appreciate others. Sampai bila kau nak rasa diri kau hebat? Jadi, insaflah sebelum kau kena hempok dengan dia Okey?

   Memang aku pernah berdepan dengan orang-orang macam ni. Memang sakit hati habis lah. So, learn how to menghargai orang lain. Jangan ikut kepala hampa ja! Assalamualaikum w.b.t. -Sentiasa Love~

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤