Jaga Adab Waktu Puasa~

   Aku tengok budak-budak ni semua sama ja time puasa ke tak puasa ke. Mulut celupar mengalahkan orang tua. Mencuri duit lah. Buli orang lah. Buat macam orang lain tak ada hati. Ingat orang lain tunggoi ka apa?

   Kepada Umat Islam yang berpuasa, jagalah adab-adab anda ya. Hampa kalau rasa nak buli orang ka, nak curi duit orang ka, nak mencarut ka apa ka tok sah posa. Wat penat hampa ja.

“Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Al-Bukhariy no.1903)
   
   Kalau rasa hampa tak bersalah, cubalah sedar diri sikit. Orang lain tu manusia macam kau jugak. Apasal buat macam dia tu hamba kau? Kau dengan dia hamba Allah kan? Jadi, buat cara jadi hamba bukan jadi Tuan nak buli orang. Tak payah tengok dia skema sikit, nak buli. Kau jealous ke apa kat dia sampai nak tengok dia senang pun tak boleh?

   Aku listkan kat bawah ni adab-adab puasa :-

1. Bahwasanya wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada Allah semata, bukan kerana riya`, sum’ah, taqlid kepada manusia, mengikuti keluarganya atau penduduk negerinya bahkan wajib baginya bahawa yang membawanya berpuasa adalah keimanannya bahwasanya Allah telah mewajibkan puasa tersebut kepadanya dan mengharap pahala di sisi-Nya dalam melaksanakan puasa tersebut. Demikian juga solat malam di bulan Ramadhan (solat tarawih -pent), hendaklah bagi seorang muslim untuk mengerjakannya dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada-Nya, kerana inilah Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala kepada Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang solat di malam harinya (solat tarawih) kerana iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang solat malam bertepatan dengan datangnya lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu.”


2. Termasuk adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya, sesuai dengan firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Sesuai pula dengan sabda Nabi:

“Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Al-Bukhariy no.1903)

3. Menjauhi apa yang diharamkan Allah berupa kebohongan, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram seperti melihat lawan jenisnya yang bukan mahramnya, mendengarkan hal yang haram seperti muzik, nyanyian, mendengarkan ghibah, ucapan dusta dan sejenisnya, serta perbuatan haram lainnya yang harus dijauhi oleh orang yang sedang berpuasa dan selainnya, akan tetapi terhadap orang yang puasa lebih dikuatkan perintahnya.

4. Memperbanyak sedekah, amal kebaikan, berbuat baik kepada orang lain, terutama di bulan Ramadhan. Sungguh Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan tatkala Jibril menjumpainya untuk bertadarrus Al-Qur`an. (Lihat HR. Al-Bukhariy no.1902)

5. Makan sahur dan mengakhirkannya, sesuai sabda Nabi: “Makan sahurlah kamu kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)

6. Berbuka puasa dengan ruthab (kurma yang sudah matang), jika tidak didapatkan boleh dengan tamar (kurma yang belum sampai ruthab), jika itupun tidak diperoleh maka dengan air, menyegerakan berbuka tatkala telah jelas benar tenggelamnya matahari, berdasarkan sabda Nabi: “Sentiasa manusia berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Muttafaqun ‘alaih dari Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy)


-Peringatan pada diri sendiri juga- ;) Sentiasa Love~


No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤