What Goes Around, Comes Around

9/1/16





Assalamualaikum dan hai loves~!


Ini ialah entry pertama aku untuk tahun 2016. Sangat-sangat ketinggalan daripada orang lain. Memandangkan aku dah mula sekolah, jadi aku rasa blog sudah sedikit terabai. First week of school tiada apa-apa yang luar biasa pun. Semuanya biasa-biasa saja... Cuma harap aku dapat lakukan yang terbaik demi kejayaan. Amin....


Baiklah, sekarang nak cerita tentang 'what goes around, comes around'. Benda ni betul tau. Contohnya, apa yang kita buat pada orang sekarang, kita akan dapat balik.


Kalau kita selalu kata dekat orang, esok esok orang lain pulak kata dekat kita. Kalau kita suka fitnah orang, nanti nanti orang fitnah kita pulak. Kalau kita suka pandang rendah dekat orang, bila bila orang pandang rendah pada kita pulak.


Mungkin tidak hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa. Kita tak tahu. Jangan suka rasa kita lebih baik lebih bagus daripada orang lain. Jangan ingat kita tak akan rasa apa dia rasa hari ini.


Jadi, dalam kehidupan kita, mesti hati-hati. Kita tak tahu apa yang orang lain simpan dalam hati tentang kita. Kadang-kadang mereka malas saja nak besar-besarkan isu. Tak mahu gaduh dan masam muka. Tapi, dalam hati siapa tahu kan?


Okeylah, itu sahaja.. Esok aku akan kembali ke sekolah balik untuk minggu yang kedua.. >.<


Ilal liqa!




6 comments:

  1. Betul, dlm hati takde siapa yang tahu :')

    thanks nina igt kan qila hehe.
    <3

    ReplyDelete
  2. I always trust in kifarah atau karma. Konsepnya sama. Klu kita xmau org buat kt kita, kita pun terlebih dulu xblh buat kt org mcm tu. Sbb nt di kemudian hari, Allah hantar balasan setimpal atau mungkin lebih teruk lg. Good night, adik niena syg! Esok akak exam killer paper, wish me best of luck ok?! :)

    ReplyDelete
  3. sentiasalah beringat-ingat bila nk buat benda tak baik pada orang. huhu
    selamat tahun baru niena :)

    ReplyDelete
  4. Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤