Bukan Kita Saja Ada Masalah

14/1/16




Assalamualaikum dan hai loves~!


Siapa ja yang tak ada masalah dalam dunia ni kan? Semua orang ada masalah masing-masing. Semua orang pun tertekan dengan masalah sendiri. Cuma setiap orang berbeza-beza cara mereka handle masalah.


Ada orang, bila ada masalah dia suka pendam saja. Ada orang, bila ada masalah memang nampak betul dia tertekan. Ada orang, bila ada masalah makin nampak dia ceria. Ada orang, bila ada masalah nampak macam tiada apa-apa.


Tapi yang pasti semua orang sebenarnya memang tertekan dengan masalah masing-masing. Jadi, tak bolehlah kita anggap orang lain tu tak ada masalah. Kalau kita rasa masalah kita besar sangat, entah entah orang lain punya masalah lagi besar daripada kita. Cuma mereka tak tunjuk saja pada kita.


Satu lagi, bila kita ada masalah kita memang akan rasa berat sangat bahu ni memikul kan? Tapi janganlah sampai terkena tempias pada orang lain yang ada masalah yang sama jugak macam kita. Kita marah marah orang tu, padahal orang tu pun hadap juga masalah yang sama macam kita. Kenapa kita perlu fikirkan diri kita sahaja?


Kita juga selalu tak fikir perasaan orang lain bila kita berada dalam masalah. Bila kita ada masalah, kita rasa nak salahkan orang di sekeliling kita. Kita rasa nak cakap saja apa yang kita nak cakap. Sebab apa ya? Hilang ke masalah bila kita tempiaskan pada orang lain?


Jadi kesimpulannya, tak usahlah fikir masalah kita sahaja. Orang lain pun ada masalah mereka yang tersendiri. Kita kenalah hormat juga orang lain. Jangan disebabkan kita rasa bahu kita dah berat sangat dengan masalah, kita dah boleh bertindak sesuka hati kita. Dan kadang-kadang orang lain tak mahu cakap apa-apa kepada kita yang bermasalah ni sebab tak mahu tersalah cakap ke terguris hati ke apa. Tapi balik balik kita jugak yang gores hati orang yang nak menjaga hati kita yang bermasalah ni.. Huhuhu...


Baiklah, entry ini merupakan peringatan kepada diri aku dan juga pengajaran kepada hampa semua. Itu sahaja.. :)


Ilal liqa'!

10 comments:

  1. masalah tu sebenarnya datangnya daripada kita jugak...tapi dengan ada nya masalah jugak la kita dapat kelangsungan hidup :)

    ReplyDelete
  2. masalah tu sebenarnya datangnya daripada kita jugak...tapi dengan ada nya masalah jugak la kita dapat kelangsungan hidup :)

    ReplyDelete
  3. Huhuhuhu. Memberi peringatan kepada diri. Skrg ni mmg tgh byk masalah! Stress jgn ckplah T^T

    ReplyDelete
  4. Masalah tu memberi kita peluang untuk berfikir dan sabar dengan ujianNya. Kena kuat selalu. Tapi kalau macam saya ada masalah, suka pendam sorang2. Lagi bahaya ^^

    ReplyDelete
  5. betul, hormat org lain :)
    jgn igt kita sorang je hidup dkt dunia ni kan hehe mcm ego pulak dah huhu.

    Thanks for the reminder dear niena <3

    ReplyDelete
  6. and one more thing.. jangan lari dari masalah... selesaikan dan tawakal kepada Allah...

    ReplyDelete
  7. saya pun baru lepas kena marah sebab saya cuai. Mujur saya tak quit

    ReplyDelete
  8. kadang2 terasa dgn org yg ada masalah peribadi sendiri, pastu dia nak berdingin dgn kite pulak.. huhu. tak memasal kitalah jadi mangsa TT
    kalau akak jenis yg ada masalah, pendam je. haha. malas nk libatkan org lain

    ReplyDelete
  9. betol..setiap org ada masalah masing2..tp jangan lepaskan masalah kat org dah kan..xpasal org yg x bersalah pon kenaa

    ReplyDelete
  10. haha..tq jgk ats peringatan. buat sy tersedar ;)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤