Baca Novel Itu Syok Sendiri?

14/2/16




Assalamualaikum dan hai loves~!


Aku terus rasa terpukul untuk tulis entry ini selepas ayah aku share article di whatsapp berkaitan dengan novel melayu masa kini. Memandangkan aku merupakan bekas pembaca novel tegar, aku terpanggil untuk memberikan pendapat aku pula, Oh, sebelum tu aku bagi link dulu untuk artikel tersebut. Tekan SINI.


"Aku Cinta Kau, Kau Cinta Aku Tak?"

"Sayangku, Si Barista"

"Si Bunga Di Hati Teruna"

"Engkau Crush, Aku Stalker"

Dan berbagai-bagai lagi tajuk seumpamanya yang menjadi penghias novel masa kini. Tajuk-tajuk di atas ni aku reka sendiri sahaja. Tak mahu lah cari pasal pula guna tajuk novel orang. Hehe.. >.<


Baiklah, sebenarnya begini. Dalam artikel tersebut, individu ini pelik sangat tengok tajuk-tajuk novel melayu seperti ini yang memang bagai cendawan tumbuh di atas rak-rak kedai buku dan berbeza sangat dengan zaman dulu-dulu yang banyak novel-novel yang lebih real, mencabar dan memberi banyak pengajaran.


Untuk ini,  aku memang setuju lah jugak. Memang banyak sahaja yang pelik pelik tajuk novel melayu sekarang ni. Aku pun dah setahun lebih tak beli novel. Baik, aku bukan nak cerita pasal aku. Maaf. 


Ceritanya di sini, adakah baca novel melayu itu dikategorikan sebagai syok sendiri? Maksudnya, baca novel melayu cintan cintun ini lah. Jawapan aku ialah ya dan tidak. Macam mana tu?


Ya sekiranya kita ni sebagai remaja tak tahu nak bezakan antara realiti dan juga fantasi. Kita baca novel sampai kita rasa terawang-awang dan bila kita dah tutup novel tu pun kita masih lagi rasa 'kehangatan cinta' dalam novel tersebut. Kita juga akan buat senarai pasangan impian dengan ciri-ciri seperti yang ada dalam novel. Bila duduk di mana-mana pun kita akan rasa macam 'seronoknya bercinta' 'seronoknya kahwin' 'seronoknya ada orang sayang(macamlah keluarga tak pernah sayang)'. Begitulah ceritanya yang dipanggil syok sendiri bagi aku.


Tidak pulak sekiranya kita tahu bahawa yang di dalam novel ialah fantasi dan rekaan semata-mata dan sekarang ini 'aku berada di dunia nyata'. Bila kita baca novel tersebut, kita hanya dapat bayangkan situasinya bagaimana dan sebagainya. Namun, bila kita tutup sahaja novel tersebut, kita tahu semua yang kita baca tadi hanyalah rekaan semata-mata dan kita tak boleh ikut pun. Kita jugak akan dapat cungkil pengajaran yang ada dalam novel tersebut. Bagi aku, sebenarnya semua bahan bacaan ada pengajarannya yang tersendiri. Rugilah kita kalau kita hanya baca buta buta tanpa fikir pengajaran yang ada dalam sesebuah karya.


Jadi itulah dia pendapat aku. Sebenarnya, apa-apa pun semuanya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Sama ada dia pandai nak bezakan benda betul dan tidak. Pandai nak bezakan sesuatu yang kena ikut ataupun tidak. Tapi betul, kalau nak improve bahasa, memang kena baca novel melayu yang sebenar-benarnya. Contohnya, novel sastera. Tapi tak silap aku novel sastera tingkatan empat pun dah berkaitan dengan cinta dan agak tidak sesuai dengan remaja? Tak tahulah aku. Aku cuma ada terbaca di laman sosial ni lah pasal novel tu.


Okeylah, itu sahaja yang aku nak ceritakan di sini. Aku rasa macam panjang sangat dah tulis. Itupun kalau hampa rajin nak baca. Hihihi.. Baiklah sampai di sini sahaja dulu. Aku nak buat kerja sekolah. XD


Ilal liqa'!


3 comments:

  1. Akak pun suka baca novel...suka jugalah buat koleksi...tapi ni dah lama sangat tak beli novel...sekarang pun dah banyak sangat drama atau filem adaptasi daripada novel...yang utama kita bijak mengawal emosi..

    ReplyDelete
  2. YE sebab memang rasa terbang jeee kalau baca tu ihihihiik.

    TIDAK sebab yes! Can i agree on all ur superb points gurl? Hebak la penulisan awak ish. Ihi. Ok back to the point, tidak syok sendiri okay sebab ofcs la amik pengajaran tu semua kan kan. And tak ss sebab kita tahu....it's just in boooks. Things like that happens like one in a zillion in reality </3

    broken hearted jap tapi takpe. allah dah buat kita punya own love story so tak risau dah ihihihihihi

    ReplyDelete
  3. Syara suka baca novel bila ada masa lapang lah...uhm diikutkan bergantung juga kepada genre novel yang dibaca if we read those yang jiwang-jiwang cintan-cintun tu ahhh boleh juga dikatakan syok sendiri tapi kalau yang kita dapat ilmu dari pembacaan tu itu tidak disimpulkan sebagai syok sendiri actually hehee

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤