Cerita Tentang Loghat

24/12/15







Assalamualaikum dan hai loves~!


Tup tup dah sebulan dah aku tak update blog padahal tiap-tiap hari aku bukak blog. Hehe, entah kenapalah tahun 2015 ni paling kurang sekali update blog. Otak aku dah tak seligat macam zaman-zaman 2013/14. Kecewa jugaklah tengok entry blog sikit sangat tahun ni. Oh ya, lagi satu followers widget memang hilang eyh? Aku tengok-tengok dah lesap dah.


Baiklah, sebenarnya tadi masa tengah fikir-fikir nak update apa dapat pulak idea nak cerita tentang loghat. Aku tak pernah share kan pasal ni di blog. Jadi malam-malam buta ni rasa macam nak share pulak. Hehehe..


Sebenarnya, macam yang hampa semua tahu aku tinggal di Kedah. Semestinyalah aku cakap dalam loghat Kedah kan? Ya, betul. Tapi, aku hanya bercakap dalam loghat Kedah apabila aku cakap dengan kawan-kawan aku dan di sekolah sahaja.


Kalau di rumah pulak, aku akan bercakap lebih kepada macam orang KL/Selangor bercakap. Sebab apa? Hehe, bukan sebab bajet-bajet gitu tau uolls. Sebabnya parents aku berasal daripada sana. Parents aku memang tak pandai cakap utara padahal dah duduk utara lebih lama daripada aku. Hihihi.. Nak buat macam mana kan dah mereka dah dibesarkan di sana. Mestilah dah terbiasa kan? Macam aku jugak, dibesarkan di utara mestilah cakap pun loghat utara. ;)


Cara bercakap ni dah jadi automatik. Bila di sekolah, dengan kawan-kawan memang automatik tukar bercakap loghat Kedah. Kalau di rumah dan dengan family terus bertukar KL. Memang tidak dibuat-buat. Jadi secara natural gitu..





Aku pun tergolong daripada orang-orang yang suka perli kawan-kawan bila diaorang terrcakap KL. Padahal diri sendiri pun cakap KL kalau kat rumah. Kekeke... Entah la, aku rasa macam eeeiii geramnya dengan orang yang asal Kedah ni tiba-tiba nak cakap KL pulak.. Hihihi.. 


Anyway, apa-apapun aku sangat cintakan Kedah dan aku sokong Kedah dalam apa jua situasi. Haritu bola sepak pun aku sokong Kedah walaupun sebenarnya aku bukan kesah sangat dan tak minat bola bola ni semua. Kedah nombor satu di hati walaupun nombor ic di tengah-tengah adalah 07. Tak malu kan? >.< Aku dibesarkan 16 tahun di sini jadinya mestilah aku cintakan Kedah. :P 


Aku juga sukakan loghat Kedah daripada Penang. Penang lain sikit kan? Sebenarnya loghat Kedah aku tak lah pekat mana pun. Banyak jugak perkataan-perkataan daripada loghat Kedah yang aku tak tahu. Hehe..


Okey, itulah dia cerita tentang loghat aku. Hampa pulak macam mana? Ada tak yang sama macam aku, bila dengan family loghat lain, dengan kawan-kawan lain? Jom share sama-sama di bawah! :D


Love note: InsyaAllah aku akan privatekan blog dalam masa terdekat untuk edit blog. Mungkin dalam 27 haribulan. Tahun baru mestilah blog pun kena berwajah baru. Barulah fresh dan ceria! Setiap tahun aku akan tukar wajah blog supaya owner blog dan juga hampa semua tidak kebosanan. Hehehe.. ;)

18 comments:

  1. hai dikk ^_^ akak di lahirkan di Kedah tapi di besarkan di Perlis . Walaupon ic 02 tapi sbb dh lama dok Perlis so memang xngaku org Kedah yeee ^_^ Pasal loghat ni pulak walau d mana kak liya berada sentiasa kak liya bawak loghat utara ni sekali . even now stay kat johor pon still guna sampai org johor pulak yang terikut dengan loghat akak hehehehhe sekian.. tetiba pjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kak.. Tak lupa asal usul utara. Kehkehkeh.. :D Tak apa, sebarkan loghat utara ke mana2 saja!

      Delete
  2. Hai ! Terima kasih sudi singgah blog kak Fatin. Hehehe. Akak lahir kat Perlis, tapi membesar di Kedah. So memang 100% cakap loghat Kedah. Tapi kan, bila sambung study kat tempat jauh, loghat Kedah ni still melekat. Nak buat-buat cakap KL/Selangor pun memang akak tak pandai :P Tapi alhamdulillah la sebab orang sekeliling still faham sikit-sikit. kalau diorang tak faham certain loghat Kedah, akak cuba explain kat diorang :)

    And I'm proud to be Kedah-an !! yayyy kita geng ! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak fatin! Yay ada geng! Hahaha kesian depa tak faham. Tak apa, nanti lama2 depa pulak terikut akak apa? Hihi.. XD

      Delete
  3. tak sama -.- hahaha akak org sarawak so automatik cakap org srwak. tapi kalau nak tahu akak ni tak reti cakap sarawak sampai lah masuk ke alam sekolah menengah hahaha sebab kat rumah kite cakap dalam bahasa bidayuh sbb my mom org bidayuh. kalau masa sekolah rendah pulak mostly cakap bhs cina sebab tak ada kawan melayu -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Srsly cakap cina?! Wow, hebakk

      Delete
    2. Saya ni mmg loghat kl jela mampuu, klu ckp loghat negeri lain mesti tak jadi.. Rasa mcm mengejek longat diorg plak

      Delete
    3. Mesti best pandai cakap cina! Eloklah tu kak boleh cakap macam2... Hehe.. :D

      Delete
    4. Hahaha kak xyz.. Samalah macam mak saya. Kalau suruh dia cuba cakap Kedah jadi pelik bunyinya. Hihi.. XD

      Delete
  4. Lols. Sama lah kita. Tapi parents asal perak dua2. Bila dengan kawan2 terlepas lah juga bahasa yang macam KL sikit sebab dh biasa dekat rumah mak cakap macam tu. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu.. Saya pun kadang2 ada juga tersebut 'e' belakang perkataan. Lepastu terus betulkan balik. Hehehe.. Rasa macam pelik benor bila dengan kawan cakap tercakap KL pulak. >.<

      Delete
  5. akhirnya ada entry baru..hehe..akk suka dgr loghat kedah..pekat tul.haha

    ReplyDelete
  6. hehehe qila parents kelate tp ckp gitu gitu je
    paham tp tak kecek pung hahahaha gitewwwww
    lawak ah vine tu adoi hahahahaah

    ReplyDelete
  7. interesting entry dear . i pulak dibesarkan di Penang walaupun no IC 02 . hahaha

    ReplyDelete
  8. kak miza kawan selalu usik bila cakap perak kat u..hahaa..loghat perak kan macam kelako je bunyi nye..hahaaa :p..tappi cakap perak camtu-camtu jela..kak miza pun cakap loghat kl jugak..heee

    ReplyDelete
  9. my parents speak in kelantanese accent tp anak dia pure selangor hahaha

    ReplyDelete
  10. semua keluarga cakap loghat kelantan. XD

    ReplyDelete
  11. Nasib setakat ni member belum ada lagi yang loghat loghat asal utaghaaa hahaa. Follow here ;-)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤