Sebaik-baik Manusia, Kadang Lebih Bahaya

16/8/14




Assalamualaikum loves~!


Di atas muka bumi ini, tidak semestinya apa yang kita tengok tu adalah seperti yang kita nampak. Kita tak tahu apa yang ada di balik tabir pandangan.  Kadang, memang nampak suci macam berhati putih bak kapas. Kadang, pudar dan tidak berseri. Namun, boleh tahu apa sebenarnya di balik semua itu?


Baik, orang kata don't judge a book by its cover. Orang juga selalu cerita tentang talam dua muka. Tahu kaitan antara dua ini? Sama. Cuba fikir untuk faham. Baik, macam ni lah. Aku ceritakan kepada hampa sekarang.


Sebenarnya, orang yang kita nampak baik dan macam innocent tahap heroin drama melayu tu tak semestinya itulah karakter dia yang sebenar. Kita tak tahu siapa dia sebenarnya di balik apa yang kita nampak. Sejujurnya, aku lebih takut dengan orang yang diam dan baik.


Sebab apa? Orang yang diam ni kadang-kadang menyimpan seribu satu perasaan di dalam hati dia. Mana tahu, sebenarnya dia tak suka kita tapi memandangkan dia suka simpan, dia akan lakukan sesuatu tanpa pengetahuan kita. Mana tahu, di balik kesenyapan dia, dia mengharap untuk lihat kejatuhan dan kedukaan kita. Mana tahu, di balik kesunyian bicaranya, dia ada agenda sendiri. Benar, diam itu lebih baik. Benar, diam itu memang baik. Tapi bukan semuanya boleh begitu...


Sebab apa aku takut dengan orang yang 'baik'. Sebab selalunya apa sahaja yang kita kata pada dia, dia layankan saja. Sebab apa yang kita usik dia, dia senyumkan saja. Iyalah, orang baik. Tapi, aku lebih rela dengan orang yang tunjuk kalau dia tak sukakan sesuatu berbanding 'sok sok baik'. Faham?


Aku tak kata siapa yang nampak baik tu sebenarnya semua tak boleh dipercayai. Bukan begitu, aku cuma lahirkan kebimbangan aku. Sebabnya aku selalu gundah dengan orang baik. Bukan sikit kes 'talam dua muka' ni. Depan kita, masyaAllah sejuk mata memandang. Tapi dalam hati dan di belakang kita, mungkin Tuhan saja yang tahu..


Kadang, orang yang tak berapa nak nampak baik itulah yang lebih baik. Kadang orang yang cepat marah itulah yang simpan  hati selembut kapas. Kadang orang yang bermuka masam itulah yang sentiasa hargai orang lain. Kadang orang yang muka puaka itulah yang punya senyum semanis gula.


Konklusinya, lebih baik jujur saja. Tak perlu bermuka-muka untuk nampak baik di depan orang lain. Mungkin biar orang nampak kita tak baik itu lebih baik daripada orang nampak kita baik sebenarnya tidak. Betul tak? Hehe, apa apa sajalah....


Hehe, emosi. :)

Novel Aku Keliru!- Nurul Syahida

12/8/14


Buku Prima
Nurul Syahida
S/M: RM27.90
SS: RM30.90

SINOPSIS

~ Teori dan praktikal dalam hubungan adalah dua benda yang berbeza.

Semuanya bagaikan sudah selesai. Si novelis kembali pada lelaki berambut merah itu. Bahagia selama-lamanya. Oh tidak sekali-sekali. Ada banyak yang Safiah perlu sedar. Menerima lelaki yang aneh seperti Roul sebagai kekasihnya memerlukan komitmen dan kesabaran. Menerima khabar tentang perkahwinan rakan karibnya memerlukan kekuatan dan kesedaran. Dan apabila dia berkenalan dengan Zaniel dan melihat sendiri hidup teman serumahnya Masni semakin lama semakin tenggelam, Safiah sedar realiti dan fantasi di sebalik ‘bahagia selama-lamanya’ dalam novel tidak sama. Pertama kali dia tidak pasti adakah dia sudah bersedia untuk melepaskan sahabat karibnya yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan, adakah dia masih boleh menjadi insan sarkastik dan selamba seperti dulu, dan sama ada Roul memang pilihan yang tepat dalam hidupnya.

"Awak pun tahu bezanya," katanya. 
"Beza apa?"
"Sesuatu yang awak perlukan berbanding sesuatu yang awak inginkan." - Zaniel

"Ini bukan novel. Aku bukan damsel in distress yang perlukan lelaki kaya raya untuk selamatkan aku. Aku bukan perempuan clumsy yang bertemu lelaki gila-gila dan akan hidup bahagia tak kira macam mana mengarut pun lelaki tu layan aku." - Safiah

"Gua memang tak tahu banyak benda, Lulu. Gua memang tak kaya. Memang tak banyak duit. Memang tak macam lelaki yang mampu didik Lulu jadi isteri solehah. Tapi gua anggap Lulu yang akan ajar gua bab tu. Lulu yang akan tolong gua sebab walaupun tak boleh nak jadi lelaki paling alim dalam dunia untuk Lulu, gua boleh buat banyak benda lain. Gua boleh halang orang dari sakitkan Lulu. Gua boleh jadi tembok untuk Lulu. Biar orang lain belasah gua supaya Lulu tak apa-apa." - Roul



Assalamualaikum and evening loves! ;)


Sini sini datang dekat. Aku cerita pasal novel lagi. Aku belum rangka lagi apa yang nak ditulis untuk topik terbaru aku nanti. Jadi, aku publish pasal novel dulu ya. Untuk yang tak suka novel, shh diam diam. Untuk si kaki novel, mari sini nak cerita. ;)


Baiklah Aku Keliru ni merupakan sambungan bagi novel Akukan Novelis karya Nurul Syahida. Untuk pengetahuan hampa, karya Nurul Syahida semuanya memang menggetarkan dada sebab novel beliau memang unpredictable. Jadi sewaktu aku baca Aku Keliru aku takut endingnya twist dan aku sangat bimbang kalau Safiah berubah hati.


Baik, aku ceritakan watak yang ada dalam novel ni dulu ya. Watak utamanya Safiah si novelis dan Roul si mata merah. Memang Roul kalau seperti yang dihebahkan ialah orang yang kalau kita tengok pasti tak terfikir nak buat laki. Tapi bagi aku, Roul berjaya termasuk dalam carta hero terbaik dalam hati aku. Walaupun dia ni mungkin agresif dan tak sensitif tapi bagi aku dia jugalah yang terbaik. Mungkin dia bukan lelaki yang beketerampilan menarik dan versatile namun, dia ni memang buat orang tertarik. Roul ada aura dia tersendiri. Hehe. Oh ya, dia ada sweet dalam agresif. ;) Itu dia Zairul Bin Ahmad.


Untuk Safiah pula, aku juga sukakan Safiah sebab katanya dia bukan 'semua orang'. Kalau hampa tak faham, hampa memang wajib baca okey! Safiah bukanlah macam watak-watak klise yang selalu ada dalam novel melayu ya. Tapi aku benci bila dia tak suka dengar cakap Roul. Degil. Hihi.. :D Tak ada apa sangat yang aku nak cakapkan untuk Safiah.


Untuk keseluruhan novel, jalan ceritanya memang lebih realistik. Cara penceritaan juga macam Safiah sendiri sedang bercerita kepada kita. Tak bosan dan menarik! Tambah pula dengan watak-watak yang menaikkan lagi aura cerita ni. Tak klise macam: cerita perempuan miskin yang cantik kena kahwin dengan lelaki kacak dan bergaya dan kehidupan huru hara disebabkan tiada cinta di jiwa namun segalanya berubah...... Kehkeh, Aku Keliru bukan yang begini ya! Aku memang mengagumi karya Nurul Syahida yang lebih real, kelakar, menarik etc.


Jadi, overall iolss kasi 4.8/5 untuk novel ni penangan Roul. Kehkeh. Oh ya, novel ni masih baru dan insyaAllah tak rugi baca. Percayalah. Susunan plot yang menarik. Teruskan hasilkan karya-karya yang baik kak Syai. :) Tahniah!


P/S: Untuk Firma, congrats. Bangga sama hang. Moga terus menjadi insan yang membanggakan. Apa-apa pun syukur pada Dia. :)


Aduhai Hati...

3/8/14




Assalamualaikum...


Kenapa aku suka sangat update time tengah malam buta ya? Kihkih. Suka sangat share bedtime story. Saja. Sebab siang siang otak beku. Macam dibekukan oleh Queen Elsa. Hihi. ;) Oh ya, sebelum itu entry ini bukan pasal cinta cinta ya. Ini pasal lain. Jadi tak perlu ambil baldi untuk bekalan muntah.


Eh, sebelum tu juga aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku di blog yang menyinggung mana-mana pihak. Kalau ada tindakan aku yang buat sesiapa terasa hati. Maaf ya. :')


Jadi sekarang nak cerita pasal hati. Hati aku ni pelik. Mungkin juga hampa pun punya hati yang pelik macam aku. Hati aku ni dia macam boleh rasa something yang akan berlaku. Sama ada hal kecil atau besar. Contohnya aku nak dapat result tak best, aku dapat rasa. Kucing aku nak sakit dan aku menangis macam nak gila lepas tu meraung telefon mak sampai mak ingat jadi apa-apa dekat aku di rumah, aku dapat rasa sebelum kejadian tu. Aku nak kena marah dengan sesiapa, aku dapat rasa. Abang aku accident tapi tak teruk mana, aku dapat rasa.


Aduhaiii.. Itu yang buat aku bimbang. Kadang kadang hati tu rasa macam nak melompat keluar sebab nak bagi tanda akan jadinya sesuatu. Bimbang betul hati. Itu nama dia susah hati. Yang dia dapat rasa tu pastinya benda yang aku tak nak jadi. Kenapa tak rasa pulak benda-benda yang nak bagi aku happy? Kan best kan kalau dapat rasa 'oh, ini pasti tak lama lagi aku akan mengalami keseronokan melampau!' Ini tidak.


Haih, cuma mampu doa pada Dia supaya tak ada benda benda yang aku tak mahu berlaku. Moga semuanya baik baik saja. Hati, moga kau tenteram. Jangan susahkan aku. Kau main peranan besar. Jadi, please chill dan duduk diam-diam bertafakur ingat Tuhan. Faham? Herh..


Selamat malam. --.-- Zzz.