Benar, Hidup Bukan Mudah

3/7/15




"Life is not easy"


Assalamualaikum dan hai loves!~


Life is not easy. Itu yang aku dengar daripada cikgu aku hari tu. Bukan mudah dari segi apa? Semua. Kadang-kadang kita di atas , kadang-kadang kita terpaksa jatuh. Kadang-kadang orang senang dengan kita, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang kita tiada masalah, kadang-kadang kita sentiasa ada masalah. Itu adalah kehidupan. Sebab itu, hidup tak mudah.


Jatuh bangun. Hidup ni, kita akan sentiasa ada jatuh bangunnya. Kalau hari ni kita di atas, bukan selamanya kita akan berada di atas. Begitu juga sebaliknya. Aku rasa itu adalah benda biasa yang berlaku. Kita tak boleh untuk terus yakin yang kita akan sentiasa berjaya, kita akan sentiasa dihormati, kita akan sentiasa dikagumi. Tidak. Suatu saat nanti, kita mungkin tak dipandang lagi, kita mungkin susah untuk dapatkan apa yang kita mahu. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Manusia. Manusia salah satu perkara yang buat orang kata kehidupan itu tidak mudah. Macam-macam jenis manusia yang ada atas muka bumi Allah ni. Kita tak mampu untuk senangkan hati manusia selalu, tambahan lagi dengan manusia yang sentiasa nampak kesalahan kita dan lupa mungkin mereka punya kesalahan lebih banyak dan lebih besar daripada kita . Kebaikan kita, mereka tak akan pernah ingat dan keburukan kita akan mereka ingat sampai bila-bila. Manusia juga jenis yang suka menebak sesuka hati apa yang orang lain niatkan. Mereka kata kita itu ini, padahal kita tiada niat langsung seperti apa yang mereka anggap. Ada juga manusia yang jenis bermuka-muka. Ada juga jenis manusia yang suka dengan kejatuhan kita. Dan ada juga manusia yang tak senang dengan kita walaupun mereka tak pernah kenal kita. Itu, manusia. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Masalah. Hidup tak pernah lari dari masalah. Masalah sentiasa akan datang. Aku juga kadang-kadang lemah dengan masalah. Bagi aku, masalah itu ujian. Ujian yang kita semua kena lalui untuk tengok kesabaran kita. Masalah besar atau kecil, pasti ada jalan penyelesaiannya. Kena cari dan fahami. Kita tak boleh lari dari masalah kerana semakin kita lari, semakin laju masalah kejar kita. Itu yang aku faham. Tapi kena ingat, innallaha ma'ana.


Apa yang kita mahukan dalam hidup ni, kita tidak akan sentiasa dapat. Sebab apa? Sebab Allah dah aturkan jalan hidup kita yang paling baik. Kadang, kita susah nak cari hikmah kenapa sesuatu perkara tu terjadi pada kita. Tapi, lambat laun mesti kita nampak hikmahnya. Itupun kalau kita sentiasa guna akal untuk selak tirai hikmah. Kita selalu nampak buruknya sesuatu perkara hingga lupa ada manisnya pada perkara itu. Susah untuk terima apa yang berlaku kan? Sebab hidup bukan mudah. Kalau untuk aku, kehidupan yang perlu aku tempuh ni masih terlalu jauh dan masih terlalu banyak perkara yang perlu aku lalui. Tapi walau apa pun yang berlaku, sentiasa ingat Tuhan dan percaya Dia ada untuk kita.


InsyaAllah...




11 comments:

  1. Betul..Allah sentiasa ada untuk kita..bersangka baik sentiasa..

    ReplyDelete
  2. Jgn bersedih ssguhnya Allah bersama kita. Allah tak pernah tak dgr ape yg kita doa. Cuma Allah hnya nk uji hambaNya

    ReplyDelete
  3. yup..life is not easy...tapi semua manusia ada ujian masing2..tanda Allah nk kita selalu ingat pada-Nya kn...be strong..n smile always...

    ReplyDelete
  4. memang itu yang Allah nak kita rasa...sebab bila susah baru kita ingat Allah...Allah slalu ingat kita tak kira time kita susah atau senang...love Allah dan Rasul lebih dari mak dan ayah.

    ReplyDelete
  5. Mmg mudah untuk suruh sabar.tapi untuk jadi sabar dan tanam keyakinan bahawa Allah itu sentiasa Ada bersama kits bukanlah senang. Syaitan sentiasa menghasut terutama saat kita benar2 lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yang mudah dalam hidup ini. Memang betul, syaitan memang sudah bersumpah dia akan tetap sesatkan cucu adam sampai hari kiamat. Tapi, kita sebagai hamba wajib cuba guna kekuatan kita untuk bangkit dan percaya ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

      Delete
  6. hehehehe dunia ini hanya persinggahan jadi tak sepatut nya mudah, happy selalu, perfect.
    Kan kan hehe.

    ReplyDelete
  7. Betul sayang. Allah itu lbih dkt dri yag kita sangka. (~_^)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤