Perlukah Ceritakan Kebahagiaan Kita Pada Orang Lain?

20/7/14




Assalamualaikum...


Wah.. Sudah dua minggu juga rasanya kan tak update blog. Hehe, mungkin sibuk? Tapi tiap-tiap hari pasti akan usha blog. Tak apa, nanti dah habis exam kita boleh active blogging sampai biru muka. Hehe..


Okeylah. Sini aku nak cerita sikit. Aku selalu berdepan dengan orang-orang yang tiada rasa bersalah. Tak pernah nak fikir apa yang dia buat tu salah. Begini contohnya, seseorang itu dia selalu sangat ceritakan rasa bahagia dia pada orang lain. Aku itu, aku ini. Okey, aku rasa tak salah nak share rasa happy kita pada orang lain kan. Tapi aku tak sokong kalau someone tu dia ceritakan happiness dia pada orang yang tak ada apa yang dia rasa tu. Baik, sini aku bagi contoh.


Budak A: Wey, aku dapat A! Yey yey! Syukurrrr... Syukurrrr.... -bangga-
Budak B: Oh ya ke? Pandainya hang.. Tahniah.. Aku dapat B saja. :)

Insan A: Aku dah kahwin. Kau bila pulak?
Insan B: Hehe... Belum ada jodoh...

Si Sihat Walafiat: Huih, syukur aku tak ada kencing manis, darang tinggi, sakit jantung.. Kalau tak, tak boleh aku nak bayangkan!
Si Penghidap Penyakit: Elok lah tu. Jaga elok-elok.. 

Isteri A: I sedih sangat tengok suami I tu. Jarang sangat nak balik rumah. Kalau balik pun asyik nak maki maki I dengan anak-anak.
Isteri B: Eh, kejamnya suami you! Suami I tak ada lah pulak macam tu. Romantik pulak tu! Semua kerja rumah dia tak bagi I buat. Semua dia tolong buat walaupun hari kerja! Tak pernah lah nak maki maki I. Loving sangat tau suami I! 

Pelajar A: Wey aku dapat nombor 4.... :(
Pelajar B: Okey lah tu.. Aku dapat nombor 10.
Pelajar A: Huiiiiii!! Hang lagi terukkk
Pelajar B: Itulah... 

Dah nampak kan situasinya bagaimana? Memang ada kan orang-orang begini. Kenapa perlu macam itu ya? Orang selalu kata, jangan cerita sihat kita kepada orang sakit, jangan persoalkan jodoh orang lain yang belum tiba, jangan cerita bijak kita kepada yang kurang, jangan cerita kayanya kita pada yang tak punya.


Memang si pendengar kebahagiaan kita tu macam tak ada apa. Macam turut gembira dengar cerita kita. Tapi siapa tahu dalam hati dia apa yang dia pendam kan? Ada juga spesies yang macam yang last sekali tu. Makin men'down'kan orang lain. Yang pelajar B tu tak ada lah nak kata dia terasa tapi siapa tahu kan? Kita tahu kan orang lain sedang sedih? Tapi kenapa suka bagi dia makin sedih? Tak ada rasa bersalah kah? Kurang matang sangatkah fikiran kita untuk fikir perasaan orang lain?


Selaser laser mulut aku, aku cuba untuk tak burukkan lagi keadaan orang lain. Aku cuba untuk tak sentuh kecewa orang lain. Aku cuba untuk tak gali luka hati insan lain yang dah cukup terluka. Aku cuba untuk tak toreh jiwa orang lain yang sengsara. Tak sukar sebenarnya. Hanya perlu guna hati untuk rasa apa yang dia rasa.


Tak kena bayar duit. Cuma perlu sentuh secebis hati kita untuk rasa perasaan dia. :)


Ilal liqa'.

7 comments:

  1. Sob² . PG pernah, mean berada di situasi mcm atas tu.
    Tp tak pe. PG anggap sahaja orang tu tak matang, masih darjah 1 mcm tu.
    Jd, kita pun tak terasa pedih luluh bagai.
    Memang ada org mcm ni kan ;(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..betul tu dik..kadang2 kita tak sedar saat kita menceritakan kegembiraan yang kita lalui, ada insan yang lebih berduka..

    ReplyDelete
  3. betul2,sangat bengang dengan orang yang suka buat macam ni..
    kak miza pernah je kena yang pasal result tu..hmm!
    hai nina ^_^,lama tak singgah sini..hehee :p

    ReplyDelete
  4. uishh.. takut akak..kot2 akak pernah terkecikkan hati org lain.. ingatan yg berguna.. thanx niena.. :)

    ReplyDelete
  5. yg dialog nombor 3, 4, 5 tu mmng sakit hati sikit. kadang2 kite kena fahami situasi org lain. tak semua org suka bila tengok kita gembira, nnti mulalah tu..

    ReplyDelete
  6. Hmm betul. Kalau nak cerita tu mcm beragak lah kan. Kalau nak syorkan takpe lah jugak, jangan cerita mcm as belagak kan :D
    <3333

    ReplyDelete
  7. haaa sedih la kalau camtu. selalu gak ah kena sobs sobs. nak cerita tu tak salah sebenaqnya tapi jangan ah over sangat. sentap ok.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤