31/1/14
Assalamualaikum... :)
Entah kenapa rasa nak share pasal apa yang aku selalu buat masa zaman kanak-kanak. Selalunya kalau sebut saja kanak-kanak pasti disinonimkan dengan permainan yang mereka main kan? Nak buat apa lagi kalau bukan main! Jadi, memandangkan zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu, maka aku nak share serba sikit di sini! :)
Mungkin tak sama dengan apa yang hampa main masa kecil-kecil dulu tapi mungkin sama juga cuma cara mainnya sahaja yang lain. Aku ni seorang sahaja anak perempuan. Jadi, nak main dengan siapa kan? Baik, mari kita tengok apa yang aku main seorang diri di rumah.
Main cikgu-cikgu
Aku selalu main cikgu-cikgu sorang-sorang. Macam mana tu? Aku selalu kumpul semua buku-buku yang aku berkenan untuk jadikan buku 'anak murid' aku. Lepastu aku akan tulis di whiteboard kecil apa-apa sahaja as bahan pengajaran aku lah. Nanti aku akan tanda pada buku-buku yang aku kumpul tadi dengan bintang, perkataan 'baik', 'jumpa cikgu', 'cuba lagi' and etc.
Bila aku tulis di whiteboard, aku akan tanya pada imaginary pupils aku tu contohnya 'ini apa?' dalam suara biasa dan as wakil untuk imaginary pupils aku tu aku akan jawab dengan suara kecil 'ayammm......'. Haa amacam? Pernah buat begitu? Aku yakin hampa tak pernah buat pun. Aku ni memang macam-macam method aku main. Be creative lah kan sebab tak ada kawan nak main sama-sama as cikgu and anak murid. Kekeke.... Malu pulak bila teringat balik.
Oh satu lagi. Mak aku pernah belikan aku buku rekod kedatangan murid yang betul-betul punya untuk aku main. Nampak tak mak aku punya memahami dengan anak dia yang sadis ni main sorang-sorang tulis macam-macam nama sampai 20-30 nama 'murid' dia? And aku selalu denda 'murid' aku dengan menggunakan jangka tolok. >.<
Main doktor-doktor
Kunun-kununs jadi doktor pun biasa jugak! Mak aku belikan set permainan doktor tu and aku main sorang-sorang aku. Aku susun semua peralatan tu di belakang. Aku tulis nama pesakit. Contohnya;
Nama: Farah Natasya Binti Khairudin
Sakit: Asma
Umur: 20 Tahun
Alamat: Jalan Pandan, Taman Pandan
Gitulah bio 'patient' aku. Habis satu buku nota semata-mata tulis nama-nama 'patient' aku tu tau! Hampa selalu main doktor-doktor tulis tak bio pesakit? Hikhik. XD
Mandi Kolam
Seronok seronok seronok! Triple seronok bila mandi kolam ni! Bukan setakat mandi kolam biasa saja! Ada permainan aku yang tersendiri. Iaitu main lemas dalam laut and terdampar tepi pantai and aku akan 'masak-masak' tepi pantai tu sebab aku terdampar di tepi pantai yang tidak dihuni oleh sesiapa pun. Jadi bahan-bahan masakan seperti kerang, sotong and etc(batu-batuan) akan dikutip dari dalam laut(kolam). Seronok and rasa rare kot game yang aku main ni. Tapi game ni aku tak boleh main sorang-sorang. Aku selalu main dengan best friend aku. Sangatlah best okey!
Siapa pernah mandi kolam? Kalau sekarang ni aku still boleh mandi kolam plastik tu, aku pun nak! Best gilaaaa kot! Tapi kolam aku ni selalu koyak sebab terkena batu lah apa and setiap kali koyak aku suruh mak aku beli yang lain. Kesian mak!!! Kalau ingat balik, banyaknya pengorbanan mak habiskan duit semata-mata untuk keseronokan zaman kanak-kanak aku. :'(
Fairy
Aku suka main fairy-fairy ni sebab aku suka berangan. Game ni pon aku main sorang-sorang sebab kalau main dengan kawan aku, aku tak puas hati dengan action mereka yang bagi aku tak serupa pari-pari. Maka, aku rasa lebih puas main sorang-sorang macamlah aku punya act jadi fairy tu bagus sangat kens? :P
Aku pernah ada magic wand yang mainan punya tu and sayap dia. Color pink. Aku suka! Tapi bila dah besar sikit dah tak muat and magic wand color pink tu pun dah tak cantik. And aku buatlah magic wand aku sendiri guna lidi and lukis apa-apa bentuk dekat kertas and lekat dekat lidi tu. Jadilah magic wand super mudah aku and aku happy ja main dengan benda tu! Budak-budak janji dapat main kan? Kalau tak guna lidi tu aku gunalah kayu ke or besi ke semata-mata untuk jadikan magic wand.
Aku semakin tergila-gilakan mainan fairy ni bila kemunculan cerita Bawang Merah Bawang Putih yang ada Puteri Cahaya tu. Semakin menjadi-jadi rasa nak main masa tu. Selalulah main sorang-sorang. Hampa pernah main macam ni tak? :D
***
Haa, itulah dia antara cara main yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan dengan hampa di sini. Zaman kecil-kecil dulu bila main semua itu rasa gembira gila, infinity joys! Mak aku pulak jenis suka belikan segala toys yang aku nak. Mesti akan dapat punya. Terharu bila teringat zaman kecil-kecil. Seronok ja bila dapat semua mainan yang aku nak.
Oh, fyi masa aku kecil aku tak main congkak, tuju kasut ke apa macam orang lain sebab dekat taman perumahan aku ni tak ada budak-budak yang boleh aku ajak main and aku jenis katak bawah tempurung. So, aku main sorang-sorang saja lah. Lagi best, tak payah gaduh kalau tak sependapat!
Aku ialah budak yang duduk hanyalah di dalam rumah. Bukan kena kurung, aku sendiri yang pilih untuk begitu. Sekali-sekala tu kawan yang paling rapat sajalah yang datang rumah untuk mandi kolam and main doktor-doktor tu!
Jadi, ceritalah pula macam mana hampa main semua permainan yang aku ceritakan di atas tu? Ataupun apa sahaja yang hampa main masa zaman kecil-kecil dulu. Mungkin hampa pernah main permainan yang lagi rare and menarik daripada aku ke? Share-share story buat hari jadi happy! ;)
Maaf entry panjang sangat. Seronok share permainan zaman kecil-kecil! Apa-apapun syukran jazilan kesayangans semua. Ilal liqa'!
P/S: Boleh tolong aku tak? Tahu tak mana-mana online boutique or boutique yang jual tudung bawal labuh-labuh? Ataupun cara buat tudung bawal? TOLONG TOLONG TOLONG!
Mari terjah entry terbaru: