Tidak Berpuas Hati Dengan Pencapaian Anak

23/11/15





Assalamualaikum dan hai loves~!


Goodbye form 4! Tamatlah sudah perjalanan aku sebagai pelajar form 4. Aku rasa macam tak pernah ada dalam form 4. Alhamdulillah aku dapat juga tempuhi kehidupan form 4 yang aku sangat takut masa mula-mula dulu macam yang aku tulis di entry Hai, Saya Budak Form 4. Akhirnya aku dapat juga result yang aku nak akhir tahun ni walaupun memang tidak la untuk lawan budak-budak lain yang super intelligent tu tapi sangat bersyukur. Result aku biasa-biasa sahaja. :) Segala puji hanya bagi tuhan sekalian alam.


Baiklah, bercerita soal result. Tadi aku ada tengok di Facebook pasal ada la seorang ibu ni tidak berpuas hati dengan result anaknya. Aku tak pasti lah sama ada hampa dah tengok ke belum. Yang penting tak nak letak di sini. Hehe. Kalau tahu diam-diam kalau tak tahu pun tak apalah. Aku pun tak tahu siapa orangnya tu.


Okay, ceritanya anak beliau tak dapat top 3 macam kebiasaannya. Kedudukan anaknya tu turun sedikit walaupun dapat juga banyak A. Makanya, beliau sangat kecewa. Then, aku tengok la comment. Ramai juga yang tak berapa bersetuju dengan ibu ni. Termasuklah aku..... Hihi..


Kenapa aku tidak bersetuju? Kalau untuk aku, aku sebagai anak tak suka kalau parents rasa down sangat dengan result aku. Aku rasa anak akan rasa lebih tertekan dan sedih sebab dah kecewakan parents. Aku ada baca comment. Dia cerita ada budak kolej dia ni stress parents asyik bandingkan kepandaian dia dengan adik-beradik yang lain. Jadi untuk tamatkan cerita, dia bunuh diri terjun kolam.





Mesti kita tak nak kan kalau anak kita jadi begitu? Jadi, tak usahlah terlalu pressure anak-anak. Bagi aku, result anak ibu tadi ni dah kira bagus sangat dah tu sebab dalam kelas ada 40 orang lebih dan anaknya berada dalam top 10. Kira bagus ke idak dah ni?


Sebenarnya begini, aku selalu sangat sebut hidup ibarat roda, hidup ibarat roda. Aku selalu berpegang pada kata-kata ini. Bukan setiap masa kita akan sentiasa berada di atas dan dapat banggakan semua orang. Apa yang kita dapat hari ini juga atas aturan Allah. Kenapa kadang-kadang Dia takdirkan kita untuk berada di bawah? Untuk kita tidak selalu bermegah dengan diri sendiri. Juga untuk kita merasa bagaimana perasaan berada di bawah ni.


Dan last sekali nak cakap, tak apalah ibu.. Anak tu masih jauh lagi perjalanannya. Kadang-kadang result yang bagus pun tidak dapat menentukan masa depan. Mana tahu kalau sekarang asyik bagus sahaja resultnya, nanti bila dah PT3, SPM, universiti tak elok pula bagaimana? Mesti lagi tak dapat terima kan? Jadi, apa-apapun kena sentiasa bersyukur kerana hikmahnya itu sentiasa ada walaupun kadang-kadang kita belum nampak.


Satu lagi, nak cerita dulu masa sekolah rendah darjah 4 akulah orangnya yang paling menyedihkan sekali dalam kelas sebab aku duduk kelas pertama. Kalau yang fail math tu dah tahu dah siapa. Hahaha.  Aku selalu berada dalam bottom 3, bottom 4. At the end, masa nak dekat UPSR memang math dah rasa senang sangat dah.  Dan alhamdulillah sekarang math mode lah subject yang aku gemari dan rasa sangat senang. Tapi Add Math tak payah tanya. T.T


Kesimpulannya, apa-apa pun yang kita dapat hari ini kena sentiasa bersyukur. Sebabnya kita dah buat yang terbaik dan apa yang kita dapat adalah ketentuan Allah. Lainlah kalau kita memang tak berusaha langsung and kita nak kecewa dengan result kita tu. Itu memang lain cerita. Allah dah janji, siapa hambaNya yang bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. Jadi, usaha dan lakukan yang terbaik serta berdoalah. InsyaAllah, Dia akan beri yang terbaik buat hamba-hambaNya kerana Dia sudah merancang yang terbaik.














18 comments:

  1. anak dapat top 3 kira oklah tu kan. akak dulu pun pressure juga sbb kakak2 ngan abang akak pandai2, smpai akak je tak seterrer diorang, huhu. rasa mcm mencalarkan prestasi adik beradik je T__T tapi alhamdulillah, hidup akak mula berubah lps dpt result spm dan dpt masuk uni dan dpt dean list utk sem 1(bkn nak berlagak okay, haha). walaupun memula ingat akak ni takkan pernah masuk U kot. siapa sangka prestasi kita boleh berubah kan :)

    ReplyDelete
  2. erh pernaj je rasa mcm tu T_T rasa pts asa pn ada gak yelah sbb akak tak sepandai org lain, kcewa jugak sbb xdpt yg terbaik masa spm dulu . huwaaa tak nak fkir lagi dah pasal dulu2

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,
    walaupun BV xsberapa masa SPM, parents ok je, :D

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu qila dah penat nak dgr ckp orang ececeh pape pun rezeki aand usaha and niat kan kan kan uuhuhu harap parents out there lebih memahami heheehehheehh <3

    ReplyDelete
  5. ahaha, setakat keputusan sekolah rendah tu, xdenya ditanya masa kerja / universiti nnt.. XD

    ReplyDelete
  6. Nad ni dah la anak first, tapi adik adik semua lebih pandai. Nasib je diorang tak mencontohi kakak diorang ni T_T Kalau takkkkk haha.

    ReplyDelete
  7. Bagi Acik kan,acik le pulak sebab anak acik pun form four..ehehe..acik tak kisah pun dengan result mereka sebab mereka dah usaha kan..jangan terlampau tekan anak2 sangat ..nanti mereka pun rasa stress nak belajar..

    ReplyDelete
  8. Goodluck spm next year dik! :D
    Addmath tu senang sebenarnya kalau sehari tak skip latihan, trust me :)

    ReplyDelete
  9. bersabarlah wahai hati... dulu kita pon macam tu...

    ReplyDelete
  10. Hidup macam roda.. kadang-kadang kat atas kadang-kadang kat bawah.. wow now im missing my school years.. zaman kegemilangan tuuuuu

    ReplyDelete
  11. kesiannya budak tu pressure dengan parents dia :(
    sorry to say, sepatutnya parents kene sokong anak bila naik & turun.. bukannya lagi downkan anak time dia jatuh..

    ReplyDelete
  12. Ada setengah parent buat macam ni untuk naik semangat, apa-apa pun hati kena kental. Good luck!

    ReplyDelete
  13. hai niena.. kak liya pon xstuju dgn parent yg mcm tu. sbg parent kena lah bagi ruang utk anak perbetulkan kesilapan tanpa menghukum membabi buta..kalo dpt sikit pon kenalah bg smgt utk usaha lebih lagii..

    ReplyDelete
  14. Kita faham parents mestilah "hopes for the best for them" Yes that's good . tapi dioarang perlu bertimbang rasa keadaan anak anak mereka tanpa melatakka "pressured feelings to them" yang mungkin akan memberi kesan negatif pada anak anak mereka
    .
    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  15. selalu jugek dengar ibu-ibu yang bandingkan kepandaian anak-anak ni.. musykil juga markah danpencapaian tu dijadikan ukuran. hehehe tapi, part lemah maths tu kita sama lah. tapi Kak Lissa lagi teruk. sampai sekarang tak suka maths. walaupun science stream dulu ada ambil add maths. . err. tak payah cerita lah pasal addmaths tu. haha

    ReplyDelete
  16. Awak.Im totally agree with you.Aku sebaya ngan hang,aku dah lalui PT3,first batch.Rasa down tu memang depress gila.Tuhan sajer tau,Awak pun dah baca entry saya pesanan untuk yang tidak berjaya PT3 kan?Itu lah cerita saya.Kalau anda terus down pun tak guna,sebab tak de orang boleh ubah masa depan kau macam doraemon cakap "the one can change your future is you,and you alone."
    Goodluck SPM ;)

    ReplyDelete
  17. inginkan yg terbaik dengan wajibkan dapat yg terbaik tu 2 perkara berbeza...ibubapa kena jugak melihat perspektif dari kacamata anak...bukan obses sendiri pasal keputusan

    ReplyDelete
  18. Betul. Kita ni tak boleh nak terima hakikat yang dan takdir yang Allah tetapkan sebab tu jadi macam tu. Sbgai parents patut bagi galakan, bukannya kutuk. Isk kesian budak tu. ⊙_⊙

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤