Membebankan Tahap....

3/10/13




Assalamualaikum..


Panas gila hati bila nak jahit baju, mesin rosak lak kan. Rasa nak terajang aja, tapi aku tak sekejam tu. Hohoho. Makin rasa nak pecah otak bila fikir ada banyak lagi tugasan lain yang kena selesaikan BULAN INI jugak. Bulan ni nak siapkan PBS, bulan ni jugak lah nak fikir pasal exam. Kalau fail, lagilah merana hakuuu..


Aku rasa macam dah taraf apa dah kena buat macam-macam ni. Memang lah boleh kata, tak baik mengeluh. Aku pun selalu kata macam tu pada orang tapi bila dah sampai tahap kena hafal speech, kena buat drama, kena buat projek, kena buat baju. Architect kita, fashion designer kita, pelakon kita, artist kita, penari kita, penyanyi kita, sasterawan kita, ketua pengawas kita, cikgu kita. Pokoknya (cehh pokoknya gitewww), semuanya kita. Aku rasa budak 14 years old macam aku, masih belum bersedia untuk tanggung semua tu. Kalau 19 ke boleh percayaaaa... Ada makna??


Ya lah, okeyla kita boleh cakap yang PBS ni untuk melatih kita bila nak masuk universiti nanti. Nak bagi kita ada keyakinan. Nak bagi kita bersedia bila dah masuk alam pekerjaan nanti, nak blablabla. YES, aku setuju tapi yeahh.. Aku rasa sangatlah stress sebab semuanya kena buat serentak dan kena cepat. No work, no band. Cenggitu ja cerita dia. Lepastu, cikgu guide pun sikit-sikit ja mana boleh guide sangat sebab 'ini PBS. saya mana boleh bantu awak' katanyaaaa...


And next year, let's face PBSMR. Apa tu? Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah I think?. Dia macam PMR jugak tapi dia PBS. Agak tamak di situ rasanya bila dua-dua kena buat. Makin rasa kenapa aku begitu malang dilahirkan pada tahun 99? K, tak baik lah bila cakap cenggini.. Dosa derr. Astaghfirullah.. Aku gila sikit sekarang sebab berpunca daripada mesin jahit yang rosak dan masuk bilik tengok atas meja ada tugasan lain tengah menunggu. Ya Allah...


So, tak baik merungut panjang-panjang just nak mintak beberapa perkara kepada hampa kalau hampa sudi tolong aku? Nak suruh tolong aku buat PBS memang tak lah kan? So, pertolongan jarak jauh (ini pun PJJ), doakan untuk aku agar dipermudahkan segala urusan, dapat markah yang baik dan semoga aku lulus semua subject andddd satu lagi boleh? Doakan supaya tahun depan aku tak kena rombak kelas dengan kawan-kawan kesayangan aku. Nah nah nah?? Aminn.. Doakan ya. Itu saja yang aku minta. Kalau sudi lahh nohh.. -kelip-kelip mata- :)