Assalamualaikum dan hai loves~!
Ini ialah entry pertama aku untuk tahun 2016. Sangat-sangat ketinggalan daripada orang lain. Memandangkan aku dah mula sekolah, jadi aku rasa blog sudah sedikit terabai. First week of school tiada apa-apa yang luar biasa pun. Semuanya biasa-biasa saja... Cuma harap aku dapat lakukan yang terbaik demi kejayaan. Amin....
Baiklah, sekarang nak cerita tentang 'what goes around, comes around'. Benda ni betul tau. Contohnya, apa yang kita buat pada orang sekarang, kita akan dapat balik.
Kalau kita selalu kata dekat orang, esok esok orang lain pulak kata dekat kita. Kalau kita suka fitnah orang, nanti nanti orang fitnah kita pulak. Kalau kita suka pandang rendah dekat orang, bila bila orang pandang rendah pada kita pulak.
Mungkin tidak hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa. Kita tak tahu. Jangan suka rasa kita lebih baik lebih bagus daripada orang lain. Jangan ingat kita tak akan rasa apa dia rasa hari ini.
Jadi, dalam kehidupan kita, mesti hati-hati. Kita tak tahu apa yang orang lain simpan dalam hati tentang kita. Kadang-kadang mereka malas saja nak besar-besarkan isu. Tak mahu gaduh dan masam muka. Tapi, dalam hati siapa tahu kan?
Okeylah, itu sahaja.. Esok aku akan kembali ke sekolah balik untuk minggu yang kedua.. >.<
Ilal liqa!








