5/12/13
Assalamualaikum..
Ini cara aku mengatasi kemarahan. Tak tahulah berkesan ke idak untuk hampa. Hmm.. Okey, aku rasa masa aku tengah marah muka aku sangat hudoh. Serupa gambar atas sana tu agaknya. >.< K, mana ada yang marah muka dia lawa kan? Mesti jadi berkerut, masam habis muka kita kan. -.-
Jadi, marah itu tidak baik. Aku tau. Tapi masalahnya ada ja yang nak buat aku marah. Tapi tak pa, aku jenis cepat cool. Kalau aku marah berpanjangan kang tanggung sendiri akibat dia kan. Hakikatnya aku pun bukan boleh marah lama-lama. :)
So, here.. Cara aku atasi kemarahan.
1) Gelak, gelak dan gelak :D
Aku ulang banyak kali tu. Maknanya, ya. Ketawa, gelak dan laugh. Ulang perkataan yang berlainan tapi benda yang sama. Just gelak. Tak payah cakap banyak. Gelak. Tapi, tak akan lah nak gelak depan orang yang kita tengah marah tu kan. Nak nak dia pon tengah marahkan kita. Pergi mana-mana dan gelak. Serious aku habaq, kalau aku gelak, meredakan kemarahan aku. Gitewww... ;)
2) Tengok Running Man ^_^
Aku rasa ramai yang tahu kan running man tu apa. Variety show itu lah. Tengoklah running man yo? Aku memang akan gelak ja tengok running man ni. Macam aku kata di nombor satu, gelak untuk menghilangkan kemarahan. Tengok muka Song Ji Hyo lagi bagus daripada tengok muka orang yang kita tengah marah tu takut lama-lama kita hempok orang tu ke pulak kan. Hihihih, gurau saja. :)
3) Jangan tengok drama/movie atau baca novel/cerpen
Aii, aii... Dah kenapa tak boleh nak tengok/baca? Tak.. Bukan tak boleh tengok. Boleh tapi jangan tengok drama/movie atau baca novel/cerpen yang buat kita sakit hati atau sedih. Contohnya geram tengok King Adrian buli Afina dalam PISA. Contohnya lah tu. Mihmih. Tak pun tengok Fisya yang dok tergedik-gedik tu. Aku dah kenapa semua nak kaitkan dengan PISA? Padahal tak tengok pon cerita tu dah.. >.< Dah itu yang popular sekarang....
4) Blogging
Aku buka je blog, tengok cbox dan comment, boleh buat aku senyum sendiri. Hampa punya kerja la tuh. Terima kasih. Baik kita pergi jalan blog orang dan baca kisah orang yang happy-happy daripada kita dok melayan jiwa yang tengah membara ni kenn...
5) Buat benda yang kita suka
Buatlah apa-apa sahaja yang kita suka asalkan tak menambah dosa dan mengurangkan pahala. Macam aku, bolehlah sembang dengan kawan baik ke, main dengan kucing aku yang berlambak dekat rumah aku ke ataupun apa-apa sahaja lah yang kita suka. Yang buat kita happy, senyum dan ketawa.
Konklusinya, senyum dan ketawa itu suatu terapi yang baik. Macam-macam benda kita boleh buat bila tengah marah. Ada yang suka makan. Ada yang tidur. Apa-apa pun, kemarahan ni berpunca daripada syaitan. Maka, janganlah nak bagi syaitan makin gembira tengok kita tengah berkerut kening, merah muka, berasap telinga.... Oh ya, macam kita sedia maklum, ambillah wudhuk. Kalau tengah berdiri, duduk. Jika tak boleh juga, berbaring.. :)
Oh ya, satu lagi. Yang ni tiada kaitan dengan tajuk ni. Aku tengah rasa nak luku kepala sendiri bila tengok entry lama-lama. Aku tengok and rasa macam 'dah kenapa aku ni? aku ke ni????'. Haa gitew. Rasa macam haishh.. K, cukup. Kata tak mau marah.. Bukan. Aku bukan marah. Aku cuma... Cuma rasa pelik dengan diri sendiri yang cukup entah apa-apa. Sekarang pon entah apa-apa juga tapi dulu aku rasa lagi entah apa-apa. Sebelum orang pening dengan aku yang entah apa-apa ni, lebih baik aku STOP, nanti orang pon jadi entah apa-apa. BAIK, JANGAN MARAH. KALAU MARAH, ULANG BACA ENTRY INI. HIhihi. Selamat malam, Illal Liqa sayangs.. ;)
{: