5 Tips Mengelak Bilik Hotel Berhantu

12/4/14




Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu loves!


Haa.. Ada sesuatu yang agak menarik yang nak aku kongsikan hari ni.. Aku tahu ramai yang takut termasuk aku tapi benda ni tetap kena ambil tahu tau! Jom baca!

***


Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi ada beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini.

Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.
Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.


1. Elak resort terpencil

Ada banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik,Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.
Ada resort terpencil di Malaysia yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia.
Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?
Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel.
Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ?
Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

Atas: gambar di dalam iklan
Bawah: gambar sebenar



2. Jaga-jaga dengan hotel bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.
Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.
Sewaktu Jepun kalah perang dunia, ada tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. Ada juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.
Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

Hotel Majestic- Hotel ternama 5 bintang di Kuala Lumpur

3. Jika bilik penuh, cari saja hotel lain

Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.
Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”
Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.
Di dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.
Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?
Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan.


4. Bilik pelik? Minta yang lain.

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa.
Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti ada orang yang baru keluar dari bilik air.
Mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.
Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.
Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.




5. Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.
Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.
Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.
Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. Ada balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.
 
Tengah aku best renung2 laut and try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur and aku pusing je — ada perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — and ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”
(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)


Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk tak diundang.
Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter check-in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik di bawah, melainkan jika pelanggan mendesak”, kini anda tahu mengapa.


Credit sepenuhnya: Jomjalan.com

***

Haa... Amacam? Pernah terkena? Ada pengalaman diganggu? Aku and family memang selalu juga menginap di hotel dan selalunya parents aku yang selalu terkena. Dengar saja dah takut, apatah lagi kalau terkena. Huish, minta dijauhkan. Apa-apa pun memang kena bersedia dengan ayat-ayat suci! Hampa ada pengalaman? Mari share di bawah!

Haa.. Ini bukan main-main tau! Memang ada yang terkena dan mengalami situasi yang diceritakan di atas. Jadi, kalau hampa tak percaya dan nak tahu lebih lanjut apa yang ada dekat hotel di negara kita ni.... Bolehlah click di link yang aku creditkan itu dan baca di ruangan komen. Banyak yang menarik sekaligus kita boleh ambil iktibar! Jom lah join aku layan cerita commenters itu!


Sekian, ilal liqa' loves! ;)


Mari terjah entry terbaru:



42 comments:

  1. Allah, takutnya nienaa T_T akak belum pernah kena lagi stakat ni, semua ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak mazni.. Memang menakutkan.. Sebelum apa2 memang kena baca ayat2 suci. Kadang2 dia marah sebab ganggu tempat dia ke apa kan..

      Delete
  2. nice sharing :) Tapi, sy sekeluarga pernah bermalam kat resort tok senik tu. Mmg kawasan dia cantekk , rumah kayu, banyak bilik. Tapi, alhamdulillah tak ada apa-apa. Cuma, tak berani nak duduk sorang2, even siang hari,,, SERAM kowttt.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Ramai jugak yang kata tak ada apa pun tapi rasa keseraman dia sebabnya duduk kat ceruk kan..

      Delete
  3. Adoihaii.. Seramnya! Dengar perkataan asrama pun dah rasa keseraman dia.. Aiyakk! >.< Tapi sebenarnya kat mana2 pun ada benda tu..

    ReplyDelete
  4. erkkkkk . hotel2 resort2 memang ada dikk . ishh . tak mau laa jumpa makhluk2 tu masa tengah sedap bercuti . ishh .hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Benda tu kat mana2 pun ada tapi lebih menyerlah dekat tempat2 macam hotel and resort lah kan kak.. Sebabnya macam2 orang duduk situ. Manalah tahu ada apa2 kejadian ke, orang lepaskan apa2 ke kan.. Itulah, memang kena beringat juga kalau pergi menginap di mana2!

      Delete
  5. selama ni bercuti tak pernah lagi kena kacau.. ahaa.. mintak2 dijauhkann :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Nasib baik.. Minta2 tak akan pernah terjadi.. Amin.. :)

      Delete
  6. tak pernah terkena apapa lagi. ah, takutnya niena T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Memang agak menyeramkan.. Tapi berlindung dan tawakal saja lah pada Allah.. Baca ayat2 pedinding, insyaAllah tak ada apa2.. :)

      Delete
  7. selalu aje kalau pergi kat hotel mse bercuti. msti ada rasa aneh yg melanda... xtau la kenapa. penah ada satu hotel ni, memang persekitaran pon penuh hutan. pastu siap ada chinese tgah menyembah dgn selambanya kat tepi hotel tu... huish! seram! tp msuk bilik buat tak tau ajer.... alhamdulillah, takde ape2. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih.. Bacalah ayat2 suci bila ada rasa begitu and jangan stay lama2! Keliling hutan tu kadang memang ada benda2 tu sebab tempat gitu lah 'rumah' dorang kan.. Kena jaga2! Alhamdulillah lah ya dalam bilik tak ada apa2! :)

      Delete
  8. gurrllpp!!
    takut pulak kak miza dengar nya,tapi makaseh taw niena..taw la akak lepas ni.kan...boleh behati-hati.akak selalu gk duk hotel tapi setakat ni tak pernah lagi la jadi macam tu..harap sampai bila2 tak mengalami benda ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Saya pun baru tau and tergerak nak berkongsi sebab bolehlah kita berjaga2 lepas ni kan! Alhamdulillah tak terjadi apa2 dekat akak.. Minta2 kita dijauhkan daripada benda2 tu semua.. Amin.. :)

      Delete
  9. bahaya jugak ne..kekadang ada yang amik ringan benda ne....
    awwwww seram cikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya...Takut kalau yang ikut balik pula.. Allah.. Seram! Kenalah sentiasa baca apa2 yang patut...

      Delete
  10. ya Allah .meremang bulu roma baca entry ni. D:

    ReplyDelete
  11. bikin seramlah..ermm,,belum pernah lagi terjadi macam ni..mintak d jauhkan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Seram tahap tak hengat. Alhamdulillah lah tu kak eda.. Minta2 tak akan pernah terjadi dekat akak ya! Amin...

      Delete
  12. betul, tips ni kalau boleh kena lah buat kan...
    ish. takut qila. malam ni. qila baca laju je. Sorry ye niena. takut... hahahaha
    thanks niena.. :(
    sometimes terbayang. ish. kuatkan lah imanku amin amin <3333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena buat kalau menginap di hotel..
      Hihihi.. Tak apa tak apa.. Sama2! saya pun sama saja lah kak qila. Suka terbayang2 yang bukan2.. Haish...

      Delete
  13. tips yg bgus..tp xprnh kena lgi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Huih, minta2 tak kena lah ya... :)

      Delete
  14. hish apesal rasa seram je baca. hm hm. teringat terus cite highland tower. tak tengok sangat tho bcs tutup mata je lebih. agh ee memang penakut tahap parah TT__TT
    anyway nice sharing. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh.. Seram memang seram.. Saya pun penakut jugak kak ee.. Eh, sama2! :D

      Delete
  15. seram la pulak...mintak jauh..amin

    ReplyDelete
  16. kalau pasal hantu nie, akak suka. hehe tak pernah lagi nginap hotel. btw, thanks share tau =)

    ReplyDelete
  17. baca sambil meremang bulu tengkok .. huhuhu... stakat lani memang tak pernah tapi pernah dgq cerita ada orang yang kena pelok dgn makhluk tu masa tidoq . dia xsedaq tapi org lain la yang nampak :)

    ReplyDelete
  18. thanks for sharing...adui seram jugak ni.akak pernah kena homestay kat negeri sembilan..huisshh seriau bila ingat balik~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay n9, ape nme homestay nye kak?

      Delete
  19. Alhamdulillah, benda ni tak pernah terjadi pada akak..

    ReplyDelete
  20. err, takutnya nasib tak pernah alami

    ReplyDelete
  21. seram pula bila baca.. setakat nie Alhamdullilah dah byk tpt kami menginap, tiada apa yg berlaku.. jgn lupa beri salam sebelum masuk bilik atau chalet.. in syaa Allah tiada apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  22. Salam, nak kongsi satu cerita. Saya dan wife serta seorang anak penah tinggal kat satu hotel dekat Ayer Keroh Melaka, belakang Petronas. Saje je nak bawak anak mandi pool. Tapi malam nak tido tu, punyerlah panas walaupun ade aircond. Saya dan wife takleh tido sampai pagi pasal ade bunyi orang mengalih perabot dan bunyi guli jatuh punyelah dekat mcm dari bilik sebelah, atas, bawah. Bising sampai ke pagi. Nasib baik takde penampakan, So hati2 bila memilih hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita duduk di hotel yg sama. Dan dapat merasa keadaan yg sama. Esok nya check out. Blk umah..tidur puas2 kat rumah. Puteri hotel melaka.

      Delete
  23. salam.. nice sharing niena. penah kena gangguan di asenia resort langkawi. lepas ni kena hati2 la. seram kalau nk bercuti

    ReplyDelete
  24. Tak baik copy article , buat lah article sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya kongsikan sahaja dan juga telah letak credit sepenuhnya pada sumber yang saya ambil. Lagipun saya tak claim article ini saya yang tulis. :)

      Delete
  25. This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I have found something that helped me.

    Thank you!

    ReplyDelete
  26. It is the best time to make some plans for
    thhe longer term and it's time to be happy. I have
    learn this publish and if I may I want to suggest you some fascinating things or
    advice. Perhaps you could write next artices regarding this article.
    I desire to learn even more things approximately it!

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤