Assalamualaikum...
Hai loves.. Orang selalu cakap bahawa kata-kata yang kita lemparkan itu lebih tajam daripada pisau. Kata-kata yang menyakitkan itu susah nak sembuh dan dilupakan macam itu sahaja. Kalau luka terkena benda tajam, pasti boleh sembuh dan kembali seperti sediakala. Namun, jika hati yang sakit dan terluka kerana kata-kata, pastinya amat susah untuk sembuh dan boleh jadi tidak akan sembuh sampai bila-bila.
Kadang-kadang, bila kita lemparkan kata-kata, kita terlupa yang kata-kata kita itu menyakitkan orang lain. Tapi bila orang itu marah, kita melenting pula. Kita marahkan dia kembali sebab kita rasa tiada apa yang perlu pihak di sebelah sana untuk diambil hati.
Aku sangat sangat kesal dengan orang begini. Rasa diri sendiri sahaja yang betul. Bila orang lain marah dan tak suka kepada kita, kita asyik persoalkan dan fikir orang itu yang jahat dan bersalah. Orang itu yang panas baran. Orang itu yang kurang ajar. Padahal, kita lupa tentang diri kita. Pernah fikir tak di mana silapnya jika orang lain marah dan tak senang dengan kita? Pernah muhasabah diri sendiri ataupun tidak?
Pasti akan salahkan orang lain juga padahal terlalu ego untuk mengaku silap sendiri. Tolonglah sayang, bila mahu bercakap fikir dahulu. Bukan bercakap dahulu sebelum berfikir. Padah diri sendiri nanti! Tolong fikir juga hati orang lain. Orang lain tak akan marahkan kita tak tentu pasal kalau bukan kita yang 'cuit' dahulu kan?
Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri.
Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul.
Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah.
Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar.
Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah.
Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain.
Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta.
Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik.
Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar.
Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan.
Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain.
Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga.
Ingatlah sayang, muhasabah diri. Mengapa orang tidak menyukai kita. Mengapa orang tidak hormat dengan kita. Mengapa orang tidak senang dan sentiasa marah kepada kita. Sebenarnya, semua itu berpunca daripada diri kita sendiri. Fikir lebih dari biasa, pasti ada jawapan yang tidak dijangka. :)
Tolong juga jaga lidah dan juga jaga hati insan lain. Orang lain juga terluka kerana sikap kita yang merasa kita sahaja yang betul. Kata-kata kita, fikirkan dahulu sebelum dilontarkan. Tegur dengan berhemah jika kita merasa ada kesalahan dalam diri seseorang. Jangan kita keluarkan suatu kata-kata yang boleh merobek jiwa orang lain. Luka insan itu nanti, siapa tahu dapat memakan diri kita sendiri? Justeru, janganlah kita menyalahkan orang lain andai suatu hari nanti, kita tidak akan dihormati sebagai seorang yang sebenarnya wajib dihormati. (:
P/S: Aku sangat kecewa dengan golongan begini. Sangat berharap agar mereka seperti ini tersedar. Tidak betah lagi menahan apabila melihat orang lain yang dipersalahkan atas kesalahan diri mereka sendiri...