Assalamualaikum...
Oh, aku sangat penat sekarang semasa menaip ini tapi aku nak menulis untuk tenangkan hati aku. Haa, sebelum tu ini bukan macam video 'tolonglah faham saya cinta dia dalam masa 3 minit' tu. Kekeke. Ini benda lain.
Tentang mereka juga yang aku nak ceritakan. Mereka yang selalu dan yang suka memaksa aku untuk jadi macam yang sekarang ni. Suka hentam-hentam aku. Suka cakap segala perkataan yang tak disenangi oleh telinga yang mendengar. Suka ungkapkan kata-kata yang berupa doa untuk aku. Ya, mungkin mereka tak sedar. Tapi....... :'(
Mereka ingat aku nak sangat ke jadi macam sekarang ni. Tahu kenapa aku jadi begini? Sebab diri mereka sendirilah. Ya, mereka tak sedar bahawa diri mereka sendiri yang mendorong aku jadi macam ni. Kenapa suka mendesak supaya aku jadi macam ni?
Mungkin jugak aku ada jawapan untuk itu. Mereka tak cuba untuk faham aku. Bila aku sedih, mereka tak cuba faham. Bila aku marah, mereka tak cuba faham. Bila aku moody, mereka tak cuba faham. Sekalipun tak pernah. Yang mereka tahu, HENTAM, HENTAM DAN HENTAM.
Terlalu sedih. Terlalu terasa. Yang mereka tahu hanya hati mereka, hanya kepuasan mereka. Tahu, mereka punya kuasa. Mereka punya darjat. Ya, aku tahu dan aku faham. Tak perlu ingatkan juga aku tak akan pernah lupa aku siapa mereka siapa. Tapi tidak bermaksud yang mereka boleh lakukan aku sesuka hati kan?
Tak pernah sekali mereka terfikir apa salah yang mereka lakukan sampai aku jadi macam ni. Yang mereka tahu aku sahaja puncanya. Aku sahaja yang tiba-tiba jadi macam ni. Mereka langsung tak salah apa. Ya, aku mengaku aku pun ada salahnya. Tapi sedar tak mereka, mereka pun bersalah juga?
Aku tak suka rasa kecewa dengan mereka dan aku tak suka menangis sebab mereka dan juga aku tak suka marah pada mereka. Tapi sedar tak kenapa? Tak pernah sedar kan? Aku sayang mereka. Terlalu sayang. Kalau boleh aku tak mahu berpisah dengan mereka. Tapi bila tiba dekat aku, pernah mereka rasa apa yang aku rasa? Aku terlalu lalu lalu curious mereka sayang aku jugak tak? Kalau ya kenapa tak macam ya. Kenapa selau tunjukkan bahawa mereka tidak?
Untuk mereka, janganlah buat aku begini. Sekali sekala cubalah fikir kenapa punca aku jadi macam ni. Cuba fikir perkataan apa yang selalu diucapkan untuk aku. Cuba fikir layanan yang bagaimana yang diberikan untuk aku.
Aku tak suka jadi jahat pada pandangan mereka mahupun pada pandangan sesiapa. Aku sedar aku siapa dan janganlah cakap macam aku ni tak sedar diri langsung. Aku sedar. Tak akan pernah aku lupa. Sekalipun, TAK AKAN PERNAH sampai aku mati. Dalam hati selalu berharap mereka maafkan aku. Ya, aku salah. Aku tahu. Tapi tolong jangan hentam aku lagi. Bila aku salah, tolong jangan ungkap perkataan-perkataan yang menunjukkan aku terlalu jahat dan yang membuatkan aku memang jadi jahat. Tolong ingat, KATA-KATA ITU DOA.
Sudahlah, kesian sesiapa yang terbaca entry ni. Maaf ya, aku terlalu sedih dengan mereka. Sedih kuasa 100. Hehe. Jom tidur. Aku penat sangat ni sebenarnya. Dah pukul 2. Selamat malam sayangs... :')
Mari terjah entry terbaru: