Assalamualaikum dan hai loves~!
Haa... Aku yakin hampa semua sudah pun baca cerita yang pasal suami yang maki isteri dia sebab malu dengan isteri dia tu kan? Cerita tu kan viral sekarang. Walaupun aku tak pasti sama ada cerita itu merupakan cerita benar ataupun hanya rekaan semata, tapi aku yakin memang ada pun lelaki jenis yang begitu. Wahh.. Bila baca cerita tu hari tu memang terus: sakitnya tuh di sini~~ di dalam hatiku~~ Oh ya, satu lagi aku tak mahu letak cerita tu di sini. Sakit hati sangat.
Walaupun aku hanyalah budak-budak yang belum kenal dunia sangat aku boleh rasa lah betapa sakitnya hati kalau dimaki oleh suami yang sangat biadap tu. Baiklah, beginilah ya. Mari sini Cik Niena nak berleter. Wahai lelaki, anda tahukah kenapa isteri anda gemuk? Anda tahukah bahawa isteri anda pun tak minta untuk jadi gemuk? Anda tahukah isteri anda berkorban segalanya untuk melahirkan zuriat anda? Anda tahukah rasanya sedih bila suami tak faham perasaan isteri?
Oh tuhan, aku sangat sensitif bila bercakap tentang lelaki yang tak menghargai isteri ni. Dulu saat becinta, berjanji setia bagai nak gila. Dulu saat bercinta, segalanya sanggup hadapi bersama. Dulu saat bercinta, segalanya indah belaka. Dulu saat bercinta, tiada langsung cacat di mata. Dulu, saat bercinta semuanya sempurna saja. Dulu saat bercinta, bersumpah hidup mati bersama.
Dengarlah.. Tidak ada seorang pun isteri yang mahu dirinya jadi hodoh. Tak minta langsung untuk berubah fizikalnya. Tapi, kerana untuk melahirkan seorang zuriat, perlukan segala pengorbanan. Mungkin juga, bila sudah semakin dimamah usia, pasti tidak seindah dahulu lagi. Sampai bila kecantikan akan kekal? Sampai mati? Tidak kan. Kadang-kadang tak tunggu tua dan sudah lahirkan anak pun kecantikan tu boleh padam sekelip mata.
Sebelum mencaci memaki, ingat dahulu segala pengorbanan isteri. Ingat dulu susah payah isteri. Ingat dulu jasa isteri. Bukannya sesuka hati mencemuh memaki tanpa rasa bersalah. Bukannya angkat kaki cari yang lain yang cantik berseri. Kalau mahu isteri anda cantik semula, beri la kata-kata semangat untuk mereka. Ajak jogging sama-sama ke? Masakkan makanan yang berkhasiat ke? Haa... Tak ke sweet gitu? Kan kan kan? Xp
Jadi, kesimpulannya tak usahlah fikir kecantikan semata. Bukan ke Rasulullah ada bersabda, "Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim). Agama tu paling penting tau! Yang lain-lain tu kita tak tahu sampai bila akan kekal kan?
Baiklah, itu sahaja. Maaf kalau terkasar bahasa ke apa. Hehe, memang menaip dengan sedikit emosi. Ampun... v.v
Ilal liqa'!