Assalamualaikum loves~!
Di atas muka bumi ini, tidak semestinya apa yang kita tengok tu adalah seperti yang kita nampak. Kita tak tahu apa yang ada di balik tabir pandangan. Kadang, memang nampak suci macam berhati putih bak kapas. Kadang, pudar dan tidak berseri. Namun, boleh tahu apa sebenarnya di balik semua itu?
Baik, orang kata don't judge a book by its cover. Orang juga selalu cerita tentang talam dua muka. Tahu kaitan antara dua ini? Sama. Cuba fikir untuk faham. Baik, macam ni lah. Aku ceritakan kepada hampa sekarang.
Sebenarnya, orang yang kita nampak baik dan macam innocent tahap heroin drama melayu tu tak semestinya itulah karakter dia yang sebenar. Kita tak tahu siapa dia sebenarnya di balik apa yang kita nampak. Sejujurnya, aku lebih takut dengan orang yang diam dan baik.
Sebab apa? Orang yang diam ni kadang-kadang menyimpan seribu satu perasaan di dalam hati dia. Mana tahu, sebenarnya dia tak suka kita tapi memandangkan dia suka simpan, dia akan lakukan sesuatu tanpa pengetahuan kita. Mana tahu, di balik kesenyapan dia, dia mengharap untuk lihat kejatuhan dan kedukaan kita. Mana tahu, di balik kesunyian bicaranya, dia ada agenda sendiri. Benar, diam itu lebih baik. Benar, diam itu memang baik. Tapi bukan semuanya boleh begitu...
Sebab apa aku takut dengan orang yang 'baik'. Sebab selalunya apa sahaja yang kita kata pada dia, dia layankan saja. Sebab apa yang kita usik dia, dia senyumkan saja. Iyalah, orang baik. Tapi, aku lebih rela dengan orang yang tunjuk kalau dia tak sukakan sesuatu berbanding 'sok sok baik'. Faham?
Aku tak kata siapa yang nampak baik tu sebenarnya semua tak boleh dipercayai. Bukan begitu, aku cuma lahirkan kebimbangan aku. Sebabnya aku selalu gundah dengan orang baik. Bukan sikit kes 'talam dua muka' ni. Depan kita, masyaAllah sejuk mata memandang. Tapi dalam hati dan di belakang kita, mungkin Tuhan saja yang tahu..
Kadang, orang yang tak berapa nak nampak baik itulah yang lebih baik. Kadang orang yang cepat marah itulah yang simpan hati selembut kapas. Kadang orang yang bermuka masam itulah yang sentiasa hargai orang lain. Kadang orang yang muka puaka itulah yang punya senyum semanis gula.
Konklusinya, lebih baik jujur saja. Tak perlu bermuka-muka untuk nampak baik di depan orang lain. Mungkin biar orang nampak kita tak baik itu lebih baik daripada orang nampak kita baik sebenarnya tidak. Betul tak? Hehe, apa apa sajalah....
Hehe, emosi. :)