REVIEW: Mederma Untuk Hilangkan Parut

5/7/14






Assalamualaikum...


Salam Ramadhan loves! Wah, sekejap saja dah ramadhan yang ke 7. :) Hati aku sekarang ni pulak makin terasa kacau sebab dah dekat sangat nak exam. Moga dapat buat yang terbaik. Okeylah, sini aku nak cerita dekat loves semua!


Haritu aku ada terkena penyakit gatal-gatal. Doktor kata kemungkinannya kena dengan kutu kucing. Aduh, betul lah tu agaknya. Masa musim panas hari tu kucing aku banyak sangat kutunya. Macam membiak secara berjemaah pula. Aku pulak jenis suka mencari and suka matikan kutu sebab seronok dengar bunyi dia. Bengong betul kans? Kehkeh. Lepas tu kena marah dengan ayah aku. XD


Memang rasa nak mengamuk ngamuk jugalah bila kena gatal-gatal tu. Dia tumbuh segala bintik-bintik timbul colour merah. Siapa pernah kena, tahulah azabnya.. >.< Macam-macam lah aku buat. Sapu cecair dettol lah apa tapi makin banyak pula tumbuh. Last last mak bawak pergi cucuk dekat klinik. Sepatutnya kena cucuk 5 kali tapi aku pergi tiga kali saja. Tak kuasa nak pergi banyak kali. 


Alhamdulillah, sekarang dah tak tumbuh baru. Kucing-kucing aku pun dah di'spray' dengan ubat kutu. Matilah kau kutu~~~ Tapi cumanya, tinggallah parut parut huduzz yang tidak diingini. Kat muka pun ada juga. Tapi nasib baik tak berapa banyak.


Jadi, penyelesaiannya aku guna mederma gel for scars ini lah. Kalau parut baru-baru macam aku ni, memang cepat juga hilangnya. Kena pakai dua kali sehari ya. Aku beli harganya 30 ringgit lebih. Sikit. Tapi puas hati juga bila nampak parut semakin menghilang. Mulanya aku pakai dekat tangan, kaki semua tapi memandangkan benda ni sikit saja, kopaklah aku kalau asyik habis. Maka, aku pakai dekat muka dan leher sahaja dulu...


Untuk parut lama pun aku ada gunakan jugak, memang semakin memudar. Dah tak sejelas dulu lagi. Jadi, siapa ada masalah parut, bolehlah guna. InsyaAllah, berkesan. Cuma memang kena rajin. Dan ikutlah dia kata dua kali sehari. Kalau tak rajin, sapu pun sekali seminggu saja, macam mana nak hilang kan? And, aku suka gel ni sebab cepat meresap dan tak tinggal rasa melekit atau berminyak.


Lastly, gel ni jugak kena jimat-jimat lah kalau guna sebab sikit sangat and harga pulak mencekik. Tapi tak kisahlah kan, kita nak elok balik rela lah eyh beli lagi kalau habis cepat. Hihihi...


Itu sahaja.. Ilal liqa'! ;)

17 comments:

  1. Istiqhomah ye..moga parut hilang dan pulih seperti sediakala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amin.. Memang kena konsisten betul nak hilangkan parut ni. Kadang2 macam malas jugak, tapi gigihkan jugaklah hati... Hihihi..

      Delete
  2. bw sini. baca entry. lama tak singgah. hikhik lucu lah. awak suka matikan kutu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak! Hihihi.. Lama-lama jadi macam addicted pulak jadi pembunuh ni. Kekeke.. XD

      Delete
  3. tak pernah guna...nanti blhlah try nk hlgkan parut2 yg ad..hihih

    ReplyDelete
  4. beli kat mana? hahahaha
    akak pun selalu naik memerah ni semua tapi bukan sebab kutu kucing ihiks
    tapi sebab allergy, memang ada allergy teruk pun hukhuk
    tapi akak tak guna krim ni laa nak hilangkan parut...akak gunakan sabun khas yang memang doc suggest sejak kecik lagi..alhamdulillah kalau mcam gatal2 ke apa, takkan jadi parut sebab ada sabun tu..in case kalau akak tak pakai sabun tu or tangan gatal nak usik2 memerah kat kulit ni..tu yang jd parut ahahaha

    anyway, selamat menghilangkan aprut2 ye niena hiks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli dekat pharmacy. Kat watson and guardian pon ada juga! :D
      Wahh.. Akak dapat kat mana sabun tu? Macam best pulak dengar. Saya sakit hati betul bila ada parut ni. Habis mencacatkan kulit. T.T
      Hehe, moga2 cepat lah hilangnya... :D

      Delete
  5. nice info.tapi spray kutu kucing tu beli kt mana?kucing i byk kutu. tkot jgk klw kena bintik merah tu sbb hobi kita sama cri kutu kucing.kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari dekat petshop. Hehe, memang elok lah tu cari spray tu cepat2. Nanti takut pulak jadi macam saya ya.. Hihi, memang geram ja kan tengok kutu ni hah., Hahahaha.. :D

      Delete
  6. ooo..kat muka pun boleh pakai jugak la ye nina..
    okla camtu..menderma ni memang elok kan..boleh akak cuba la gini..
    muka berparut parut..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Dekat mana2 pon boleh.. Hah bolehlah akak beli nanti.. :D

      Delete
  7. dekat muka boleh letak? akak ada mederma, tapi tak pernah cuba letak kat muka plak..xde effect kan?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja letak dekat muka. Saya bubuh dekat muka yang memang berkesan kak azwa. Hehehehe.. Cepat ja dia memudar. :D

      Delete
  8. akak pun pakai ni dik..dah 3 tahun..memang berkesan..kalau barang bagus mcm ni harga pun tak kisah dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Itulah, alhamdulillah berkesan.. Betul betul kak yaya. :D

      Delete
  9. Salam, nak tanya spray kucing tu spray satu badan ke atau ada tempat tertentu je?

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤