Pengalaman Kerja Kilang Sebulan

 13/10/2022



Assalamualaikum dan hai loves!~


Harini, tiba-tiba terdetik rasa nak kongsi pengalaman aku bekerja kilang selama satu bulan. Haha, kenapa sekejap sangat? Ya lah, aku kerja semata-mata nak isi masa lapang cuti sem ja. Sepanjang sebulan aku kerja, rasa macam nak aku abadikan pengalaman singkat tu di sini. Hehehe...


Jadi ceritanya begini, aku cuti sem selama dua bulan lebih. Bulan pertama tu kerja aku semestinya makan tidur saja. Bila dah penat makan tidur sebulan, masa untuk kita berpenat lelah pulak. Jadi, aku pun masuklah kerja di sebuah kilang dekat tempat aku ni. Proses nak masuk kerja tersangatlah senang. Tak ada interview apa sangat pun. Just isi borang dalam whatsapp and terus boleh masuk.


Jawatan yang aku sandang sepanjang sebulan tu semestinyalah operator. Aku diletakkan di cleanroom dan ditugaskan untuk buat kit. Kalau tanya aku, kilang aku tu buat apa, aku pun tak tahu sangat nak cakap sebab macam buat barang-barang untuk kegunaan kilang-kilang yang lain pulak. Faham tak? Hahaha...


Shift dekat kilang aku ni 12 jam, 4 hari bekerja dan 2 hari cuti. Bagi aku, aku rasa okay jugaklah. Aku bayangkan badan aku akan sakit-sakit macam masa aku kerja part time promoter dulu, tapi rupanya tak. Break tiga kali. Alhamdulillah, rasa okay sebab dekat bahagian aku tu boleh ja duduk sambil buat kerja. Tempat tu pun ada aircond, jadi tak adalah berlecak peluh ke apa. 


Kalau nak bercerita pasal orang-orang dekat kilang tu pulak, bagi aku dengan pengalaman singkat aku ni aku boleh katakan okaylah. Bahagian aku tu lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Perempuan yang betul-betul duduk situ mungkin dalam 4-5 orang macamtu saja, selebihnya lelaki. Leader aku perempuan pun okay ja sebenarnya cuma kalau ada orang dah mintak kit, siaplah, kena bebel-bebel dengan dia. Hahaha... Colleague aku yang lebih senior di bahagian kit sekali dengan aku tu pun nasiblah baik ja dan tak ada la nak buli aku ke apa walaupun aku perempuan. Kalau mintak apa-apa barang kat dia pun, dia okay ja. May Allah bless him for his kindness.


Benda best yang aku dapat bila bekerja ialah satu, macam-macam perangai manusia kita boleh tengok dan dua, kita jadi sedar diri. Kenapa aku cakap macam tu?


Bila kita bekerja, lebih ramai orang yang kita jumpa. Kalau macam aku, circle aku di universiti lebih ramai perempuan dan aku dapat tengok perangai-perangai wanita ja la kan? Tapi bila aku kerja kilang ni, barulah aku dapat tengok perangai lelaki pulak. Haha, walaupun adik-beradik aku semua lelaki tapi kali ni aku dapat tengok perangai lelaki luar pulak. Boleh macam tu? Hahah.. Depa pulak ada yang kemain caring, tanya okay ka idak, bila berhenti and so on, last-last dia berhenti dulu. Benda ni lawak bagi aku.. Ada yang kuat mengusik pulak. Kerja asyik nak melawak, tapi aku dapat rasa sebenarnya dia baik ja cuma melawak tu lebih sangat sampai kadang-kadang orang tak selesa. Anyway, semua tu pengalaman baru untuk aku.


Kemudiannya cakap pasal sedar diri pulak kan, selama ni aku ingat semua orang kenal tempat belajar aku. Aku ingat semua orang tahu. Lagipun universiti aku kan agak dekat jugak la dengan tempat tinggal aku dan tersenarai antara universiti awam yang terbaik gituh la kononnya. Tapi hakikatnya, tak semua orang kenal pun.. Bila kawan-kawan kilang tanya belajar mana dan bila aku jawab, depa tak tau pun tempat belajar aku tu. Kiranya, nama yang top sangat tu hanyalah terkenal dalam kalangan ahli akademik saja. Pengajarannya, kalau kita rasa kita mahsyur, sebenarnya tak pun. Kita bukan siapa-siapa. Jadi, jangan bangga sangat.. Hihihi..


TAPI...


Ada beberapa benda yang aku tak berapa berkenan dengan suasana di kilang. Tapi aku rasa benda ni di mana-mana pun berlaku, bukan di kilang saja. Cuma aku nak berpesan kepada semua orang tentang perkara-perkara ni.


Antaranya adalah bab pergaulan. Aku ni memang jenis yang sangat pendiam dengan orang-orang baru kenal, tapi mata aku memerhati tau. Hehe.. Kalau bergaul laki dengan perempuan tu macam tak ada apa ja aku tengok. Risau aku. Bergurau sampai berpeluk-peluk, mengurut-urut dekat sebelah aku sangatlah tak sedap mata aku memandang. Tapi aku hanya mampu membenci perbuatan ituh. Huhu..


Keduanya, bab solat. Bab solat teramatlah perlu dijaga. Tak kisahlah walau sibuk sekalipun. Masa break kan banyak, jadi solatlah. Kita beria siapkan semua kerja untuk dapat gaji yang berkat, tapi kalau kita tak solat, macam mana pulak? Solat tu amat-amatlah penting walau gaji kita 10 ribu ringgit sekalipun. Ingat, semua rezeki adalah kurniaan Allah. Bila-bila saja Dia boleh tarik balik.


Overall, bagi aku seronok jugaklah kerja kilang ni. Satu pengalaman baru yang agak best bagi aku. Nak kata penat sangat tu, tidaklah. Cuma lebih kepada mengantuk. Tambah-tambah bila shift malam. Orang-orang yang aku jumpa pun Alhamdulillah, semua okay ja dan tak sombong pun.. Bila aku last day ramai yang datang and tegur aku, almaklumlah kalau nak ditunggu aku yang menegur orang, memang sampai ke sudah idakler. Pendiam yakmat dengan strangers..


Jadi, untuk sesiapa yang teringin nak kerja kilang, pergilah.. Cari pengalaman dan jumpa orang-orang baru. Seronok tau kerja part time. Bila kerja promoter, dapat jumpa customer. Kerja kilang, dapat jumpa geng-geng kilang. Kita dapat tengok cara pemikiran dan sikap orang pun ya jugak.. Jadi, jangan segan-segan, malas-malas untuk bekerja. Duit dapat, pengalaman pun dapat insyaAllah..


Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang nak aku kongsikan. Kalau hampa ada pengalaman yang sama, jom kongsi dengan aku di bahagian komen!


Bye!

Hobi Baru Musim PKP - MAKAN! with Monstr

 1/3/2021



Assalamualaikum dan hi loves~!


Siapa ada hobi baru musim PKP ni? Angkat tangan! Hobi baru hampa apa? Ada tak yang mula jadi kaki online shopping?! Ada tak yang mula suka makan?! Haaa.. Kalau ada tu, samalah lah kita! Hehe...


Memandangkan aku suka makan dan aku merupakan seorang yang boleh dikatakan 'sweet tooth' ni, mula la rambang mata bila tengok ja segala manisan, coklat, cookies dan sebagainya yang ada dekat shopee tu! Tapi, yang paling teramat suka sekali *cikgu BM triggered 😜 tentulah coklat! Tambah-tambah bila ada yang jual produk yang berasaskan coklat, lagilah bersinar-sinar biji mata aku ni kan. Apa yang menarik minat aku, tak lain dan tak bukan produk keluaran Monstr!


Jadi.. hari ni aku nak ajak hampa semua yang sukaaa coklat untuk tengok dan sama-sama craving coklat macam monster dari shopee monstr.aina! Haa, jom!





Musim-musim panaih lit lit ni, benda apa yang paling best untuk kita makan? Ais krim! dan jangan lupa, tambah pula makan dengan brownies Monstr yang kenyal bila dikunyah, fuh gabungan yang mantap!




Yang ini pulak Pour & Dip Mini Kookies Jar Monstr. Bagi aku, yang ni paling best sebab kita boleh makan ikut suka kita nak tuang, nak drizzle atau nak celup dalam sebekas coklat yang banyak tu! Cookies dia pun crunchy tau hampa! Favouriteee..





Atas: Pour & Dip Mini Kookies
Bawah kiri: Kookies Monstr Mini
Bawah kanan: Brownies Monstr Junior


Sebenarnya, produk Monstr ni bukan ada tiga ni sahaja tau. Cookies dan brownies didatangkan dengan dua saiz. Untuk Kookies Monstr, ada saiz mini dan maxi. Untuk Brownies Monstr pula ada saiz junior dan senior.


Jadi, untuk adik-adik kecil atau sesiapa yang tak makan banyak atau diet tu, boleh la pilih saiz mini atau junior. Tapi, untuk orang-orang dewasa dan yang hantu makan macam aku ni, mestilah nak lebih banyak dan lebih puas kan? Jangan risau, hampa boleh pilih saiz maxi atau senior!


Satu lagi yang aku nak beritahu hampa, Monstr pun ada keluarkan chocojar tau! Aku pun dah pernah rasa chocojar dari Monstr sebelum ni, dan memang best! Sebab apa? Sebab chocojar Monstr ni dalam bentuk mini coco crunch dan siap ada topping mini cookies lagi tau... Coklat dia, jangan cakap la, bagaikan lautan coklat! Hehehe..

Kalau hampa berminat untuk kudap-kudap sambil tengok TV, buat assignment atau minum petang, boleh cepat-cepat tekan link di bawah:

Shopee: https://shopee.com.my/ainashafiqah6206

Instagram: @monstr.ainaaa


Pakcik masjid naik angin dengan kami!

 16/11/2020



Gambar sekadar hiasan


Assalamualaikum dan hi loves~!


Pernah tak hampa dimarah dan dituduh secara melulu oleh orang yang hampa tak kenal langsung pun? Aku pun sebelum ni tak pernah. Tapi, hari ini nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku dimarah oleh seorang pakcik di sebuah masjid secara tiba-tiba!


Jadi, jom aku ceritakan apa yang berlaku.


Lepas shoot gambar untuk assignment, aku dan seorang kawan aku ni pergilah singgah satu masjid untuk solat Zohor. Lepas ambil wuduk apa semua, kami pun masuklah masjid macam biasa dan straight away jalan masuk bahagian perempuan. Bahagian muslimah tu macam di bahagian luar masjid, maksudnya macam luar daripada bahagian yang berkarpet tu. Lelaki sahaja yang boleh masuk bahagian berkarpet tu. Lepas tu macam biasa, ambil sejadah. Sejadah tu ada banyak-banyak la dekat tepi dinding tu. Aku pun ambil la satu sejadah dan kongsi dengan kawan aku. Tapi ingat! Aku tak adalah solat rapat-rapat dengan kawan aku ni, ada la penjarakan juga di situ.


Tiba-tiba...


Waktu tengah solat, aku dengar ada suara pakcik ni dari arah belakang macam marah-marah. Mula-mula aku ingat dia marah sebab kami kongsi sejadah. Maklumlah sekarang kan kena patuh SOP. Jadi, aku pun sikit-sikit perlahan-perlahan ke kanan jauhkan lagi diri aku daripada kawan aku yang tengah solat dekat kiri aku.


Lepas habis solat, masa kami nak buka telekung apa semua, pakcik tu datang dekat kami. Dia terus tuduh tuduh kami secara melulu tanpa ada bukti, kata kami ceroboh ruang lelaki untuk ambil sejadah tu! Dia kata tu sejadah dia dan dia tuduh kami pergi ambil sejadah tu kat dalam! Hampa rasa? Macam yang aku kata awal tadi, kami lepas ambil wuduk terus masuk bahagian perempuan tu. Tak ada masa dan tak ada kerja pula kami nak masuk bahagian lelaki dan ambil sejadah pakcik tu. Satu lagi, sejadah tu memang dah ada dekat bahagian perempuan tu dari mula lagi! Siap berlipat dan ada dekat atas sejadah-sejadah yang lain tu. Kalau benda dah ada dekat situ, mestilah kita tak fikir apa-apa dan terus ambil kan?


Lepastu, yang lagi best, lepas dia mintak balik sejadah tu, dia siap ketuk-ketuk sejadah tu dekat pembahagi ruang solat wanita tu sambil menjerit. Dia macam "Ei! Ei!", sambil ketuk sejadah tu. Sebelum tu aku macam ada dengar dia kata something macam nanti ramai orang guna sejadah dia tu. Mungkin maksud dia, dia takut lah kot kalau ada Covid ka apa melekat dekat situ kan. Lepastu, dia masuk dalam dekat bahagian berkarpet tu dan tutup semua pintu-pintu grille kat situ sambil hempas hempas dan membebel kata kami ceroboh ruang tu. Aku rasa pakcik ni mungkin AJK masjid something macam tu lah,


Ya Allah, hai... Aku waktu tu macam terkejut dan tergamam. Macam 'apa ni?' Nasib kami tak baik pula, tak ada jemaah lain pulak waktu tu. Huhu.. Kalaulah dia takutkan Covid tu bagus la sebab berjaga-jaga kan, tapi yang aku tak tahan tu dia boleh jerit-jerit kat situ dan terus tuduh kami ceroboh ruang lelaki. Tak segan ke kami kalau nak masuk ruang lelaki tu semata-mata nak ambil sejadah dia? Lagi satu, siapa la nak sangka, sejadah yang ada tepi dinding dan siap berlipat elok tu dia punya? Cubalah tanya dulu elok-elok dan bagitahu itu sejadah dia. Ini tidak, terus marah-marah dan tinggikan suara. Nasib lah dia tak naik tangan kat kami, kalau tidak jadi kes pula!


Bila aku jumpa pakcik ni, aku jadi teringat dengan satu cerita haritu. Hampa tau dak yang ada seorang pakcik pergi tumbuk ataupun lempang jemaah lain hanya disebabkan sejadah yang jemaah tu bawa terkena belakang pakcik tu? Aduhai.. Aku jadi macam terfikir, mereka ni orang masjid. Kerap pergi masjid. Patutnya hormatlah rumah Allah. Perkara-perkara macam ni tak sepatutnya berlaku dalam masjid. Macam kawan aku kata, kalaulah orang yang kena marah dengan pakcik tadi ni seorang yang baru nak berjinak-jinak solat dan datang masjid, mesti orang tu dah tak nak datang masjid lagi lepas ni.


Kesimpulannya, walau siapa pun kita, kawal dan jagalah diri kita. Kalau kita jenis baran sekalipun, cubalah kawal. Janganlah disebabkan kita jenis baran kita terus nak sembur orang melulu. Tambah-tambah bila kita ni ada dekat rumah Allah yang sepatutnya jiwa tu tenang dan tiada prasangka buruk terhadap orang lain. Sebelum kita nak tuduh orang lain apa-apa sekalipun, tanyalah dengan baik untuk dapatkan kepastian. Carilah bukti dulu. Tak pasal-pasal jatuh fitnah tau kalau tak betul! Siapa nak menjawab tu?


Jadi, itulah dia kisah aku hari ni yang sangat mengejutkan aku. Hampa pernah tak lalui pengalaman macam aku ni? Kalau ada, jom kongsi dengan aku! XD


Alergi Bahasa Inggeris

2/7/2020




Assalamualaikum dan hai loves~!


Hampa perasan tak sejak dua menjak ni di media sosial, kalau ada sesiapa saja yang cuba untuk bertutur ataupun menulis dalam bahasa Inggeris, mesti akan ada orang-orang yang memerli. "Eh, tak faham lah cakap English. Cakap Melayu lah!" "Orang Malaysia kan? Cakap Melayu la." "Nak acah pandai la tu speaking." Ataupun benda ni dah lama berlaku ya? Tapi aku rasa benda ni macam semakin berleluasa la sekarang.


Aku tak pasti la sama ada orang-orang ni pun sebenarnya nak menyindir orang-orang yang seolah-olah alergik dengan bahasa Inggeris ataupun memang mereka ni pun tergolong dalam kategori orang yang alergik bahasa Inggeris atau nak dapatkan 'like' semata-mata atau macam mana ke kan. Banyak pulak 'atau' aku kan. Tapi aku agak 'irritated' ataupun 'annoyed' dengan benda ni tau.


Aku faham, betul kita orang Malaysia. Betul, kita orang Melayu. Betul, kita ada bahasa sendiri. Tetapi aku tak rasa bertutur ataupun menulis dalam bahasa Inggeris tu sesuatu yang salah. Lagipun, kita kan dah belajar English dari kita kecik lagi. Belajar bahasa asing tu satu plus point untuk kita kan? Nanti, bila nak bekerja, kalau kita fasih banyak bahasa, itu akan jadikan kita lebih daripada orang lain. Satu lagi, kalau kita belajar banyak bahasa, kita boleh go international tau! Macam Yuna, Shila Amzah dan ramai lagi kan? Tak ke seronok tu kalau hampa ada cita-cita nak mengembangkan sayap kat luar negara?


Banyak manfaatnya kalau kita mahir sesuatu bahasa asing. Kalau English, banyak tau perkara-perkara baru yang kita boleh belajar bila kita mahir English. Contohnya la kan dari pengalaman aku, kalau kita masuk uni, mesti kita faham, ada banyak maklumat yang bila kita cari dalam internet ni guna Bahasa Melayu, kita tak dapat maklumat yang kita nak. Tapi, kalau kita cari maklumat tu dalam English, InsyaAllah akan ada banyak ja yang kita akan jumpa. Jadi, cuba bayangkan kalau kita tak tahu atau tak nak belajar English, mesti ada banyak benda lagi yang kita tak dapat nak belajar sebab kita tak dapat nak capai pun info tu. Alaa, tak payah cakap pasal masuk uni pun lah, kalau nak cari pasal benda-benda lain pun, macam review gajet ke atau nak repair apa-apa ke kan, aku rasa banyak yang dikongsi guna bahasa Inggeris kan. Jadi, English tu penting la kan?


Menjadi masalah belajar Bahasa Inggeris apabila....

  • Terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sampai rasa Bahasa Melayu adalah bahasa yang mundur.
  • Amalkan Bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap bahasa Melayu langsung.
  • Anggap orang lain yang cakap Melayu sebagai kolot.
  • Berhasrat untuk hapuskan segalanya yang berkaitan dengan Melayu.



Maka, selagi tak ada ciri-ciri seperti di atas dalam diri orang-orang yang guna English dalam kehidupan depa tu, aku rasa kita tak perlu la nak kecam ataupun nak perli. Tak baik tau. Kadang-kadang ada orang yang sampai rasa malu dan rasa tak nak dah cakap English sebab asyik kena kata macam-macam.  Bagi aku, selagi kita rasa bangga dengan bahasa kita sendiri dan tak terlalu memuja bahasa asing, tak menjadi satu kesalahan pun untuk belajar bahasa asing terutamanya English.


Sekian pendapat aku. Kalau hampa ada pandangan mengenai perkara ni, jom la kongsikan dengan aku di bawah. Ataupun, hampa pun tergolong dalam golongan alergi bahasa Inggeris tu? Hehehe...


Jumpa lagi loves!


*Maaf ya kalau tak selesa dengan bahasa rojak aku dalam ni. Aku menulis dalam blog ni macam bahasa cakap mulut ja.. Bahasa basahan. ;)


Adakah Berkahwin Itu Sekadar Duduk Sebilik, Tidur Sebantal?

3/6/2020




Assalamualaikum dan hai loves~!


Apa khabar semua? Sihatkah musim-musim PKP ni? Dah lama betul aku tak update blog. Jadi, sedikit perkongsian tentang diri aku ialah aku sudah bergelar pelajar jurusan Komunikasi Universiti Sains Malaysia. Alhamdulillah, aku lepas temuduga jurusan Komunikasi yang aku pernah kongsikan tahun lalu. Dah masuk Sem kedua barulah dapat kongsikan di sini ya.. Huhu.. Perkembangan hampa macam mana pula?


Apa-apa pun jom kita bercerita sikit harini tentang topik yang kebanyakan orang pasti suka iaitu KAHWIN!


Bila sebut pasal kahwin, mesti terbayang di fikiran untuk hidup bersama orang yang kita cintai, akan ada anak-anak yang comel dan bahagia selama-lamanya kan? Persis kisah puteri-puteri Disney. Tetapi, adakah realitinya berkahwin adalah seindah itu? Adakah perkahwinan atas dasar cinta semata-mata dapat menjamin kebahagiaan buat selamanya?


Kadang orang kata, cinta itu buta. Mungkin benar. Tetapi mari kita berpijak di dunia realiti kawan-kawan. Tidak dapat tidak kita tak boleh menafikan yang kita tak akan mampu hidup di dunia realiti masa ini dengan berbekalkan cinta semata-mata.

Fikirkan sejenak....

Kalau tak ada duit, nak makan apa? Cinta?

Kalau peribadi masih buruk, bahagia sampai bila? Cinta?

Kalau semuanya masih ditanggung ibu bapa, layakkah bergelar pasangan sejati hingga syurga? Cinta?

Kalau tanggungjawab sendiri masih tak mengerti, kita ini pasangan jenis apa? Cinta?



Kadang-kadang aku sendiri takut tengok orang-orang yang aku perhatikan seolah-olah sekadar nak ikut trend kahwin muda, kahwin awal. Kata orang, hindar maksiat. Benar... Tetapi kadang-kadang aku terfikir juga kalau peribadi atau pe'el kita pun tak semenggah, bukankah perkahwinan yang dibina itu juga boleh jadi lubuk dosa?


Aku tidaklah menolak kahwin muda atau apa. Yang menjadi persoalan aku bila aku tengok ada saja orang-orang muda yang seolah-olah lupa bahawa perkahwinan tu suatu TANGGUNGJAWAB. Hakikat itu tak boleh lupa. Berkahwin bukan semata-mata sebab rasa cinta dan dah tak sabar nak tinggal sebilik dan tidur sebantal.


 Kalau diri sendiri pun semuanya ibu bapa dan keluarga yang tanggungkan dan tak ada langsung usaha sendiri untuk menyara hidup sendiri, layakkah berkahwin? Kalau cerita tentang 'boleh berkahwin', semua orang pun boleh kahwin. Remaja 16 tahun pun boleh berkahwin. Tetapi bagi aku tak sama dengan 'layak berkahwin'. Bagi aku juga, seandainya kita betul-betul dah bersedia, matang, peribadi baik, boleh menjamin hidup sendiri dan pasangan serta yang paling penting ada usaha sendiri dan tak menyusahkan sesiapa terutamanya ibu bapa, GO AHEAD. Tetapi seandainya belum lagi, fikirkanlah dahulu.


Bila bercakap soal apa pun, berpijaklah pada realiti. Dunia hari ini tak mudah. Kahwin bukan sekadar kahwin. Aku ulang sekali lagi, kahwin adalah sebuah tanggungjawab. Pesanan untuk diri aku juga. Jangan ambil ringan. Kalau diri sendiri masih terumbang-ambing dengan peribadi yang kurang baik serta tak sedia galas tanggungjawab, berhentilah berangan-angan. Selagi tak dapat balas jasa ibu bapa, berhentilah berangan-angan. Selagi masih mengharapkan ihsan keluarga, berhentilah berangan-angan.


Dunia hari ini tak sama.


Semoga Allah mengatur yang terbaik untuk kita semua, Amin...


Menyusahkan, Saya Tetap Nak Guna Straw Plastik!

2/7/19




Assalamualaikum dan hai loves~!


Kita dah pun tahu bahawa kerajaan akan kuatkuasakan undang-undang berkaitan pengharaman penggunaan straw plastik. Bagi kita, penggunaan straw ni sangat penting untuk sedut air minuman. Jadi, wajarkah langkah ini dipraktikkan?


"Macam mana nak minum air lepas ni?"

"Straw diharamkan, babi dan arak tak mahu pula haramkan!"

"Menyusahkan betul. Tak bijak betul kerajaan ni."

"Apa-apalah. Apa susah, beli jugalah straw PLASTIK."


Jadi, di atas ini adalah antara reaksi netizen terhadap pengharaman straw plastik. Dari pandangan aku pula, aku tak setuju langsung dengan komen-komen seperti di atas. Kenapa ya begitu susah untuk jaga alam sekitar? Kalau di rumah, adakah kita minum pakai straw juga? Tidakkan? Kenapa perlu kaitkan babi dan arak pula dengan straw plastik. Babi dan arak tu sudah tentulah haram. Semua orang Islam dah tahu babi dan arak tu haram, takkan nak haramkan untuk orang bukan Islam pula? Lagipun, kemudaratan daripada dua benda tersebut hanya kepada individu yang makan dan minum tu sahaja, tak ada kaitan dengan alam sekitar pun.


Untuk jaga alam sekitar, bukanlah langkah yang bodoh ya. Bukan tak boleh nak guna straw, boleh. Tapi lebih baik jika kita guna straw besi, buluh atau kertas. Aku tengok ada ja straw besi yang jual dekat Lazada. Kalau ada offer, dalam RM5 boleh dapat. Straw tu saiz untuk minum bubble tea yang jadi favourite semua orang pun ada tau! Tak percaya? Tengok ni!


See, siap dengan berus dan pouch lagi.


Aku pun bukanlah baik sangat yang tak pernah guna straw dan bawa straw sendiri ke mana-mana. Tapi, sekurang-kurangnya janganlah kita kecam langkah yang baik untuk alam sekitar kita ni. Kemusnahan alam berlaku sebab tangan kita sendiri. Kalau kita fikir hanya dengan satu batang straw plastik yang kita buang tu tak memudaratkan alam, cuba kita fikir orang lain pun buang satu, satu, satu sedar tak sedar dah jadi 7 billion straw atas muka bumi ni kalau semua orang pun berfikiran macam kita. Itupun kalau seorang satu straw, bayangkan berapa kali kita minum guna straw dalam sehari? Cubalah untuk sekurang-kurangnya kurangkan sedikit penggunaan plastik. Lama-kelamaan kalau semua orang ada kesedaran, pastinya semakin berkurang plastik yang mencemarkan alam ni. Memang susah untuk lari dari plastik tapi kalau kita sama-sama mulakan untuk kurangkan, mesti lebih baik kan!


Lagi satu kita suka mengeluh kenapalah negara kita tak sebersih Jepun? Kenapalah longkang kita tak bersih sampai boleh bela ikan Koi? Kenapalah laut kita tak jernih macam Maldives. Serta bermacam-macam lagilah keluhan kita. Sedar tak sedar sebenarnya diri kita sendiri yang suka buang sampah merata-rata. Makan aiskrim, plastiknya buang dalam longkang. Makan gula-gula, sampahnya buang keluar dari tingkap kereta. Tengok, sebenarnya semua kita sendiri yang buat. Jadi, jangan salahkan persekitaran kalau sebenarnya kita juga yang buat!


Jadi, kesimpulannya cubalah untuk jaga alam sekitar seboleh yang mungkin. Kalau tak banyak pun, cubalah sikit-sikit. Janganlah kita kecam usaha kerajaan yang baik ni. Alam sekitar yang sihat pun akan beri manfaat pada diri kita sendiri. Ada banyak alternatif untuk tak guna bahan-bahan yang mencemarkan alam sekitar. Macam mana nak jadi rakyat kelas pertama kalau benda yang kecil macam ni pun nak kecam? Jadi, kalau pergi restoran fast food ka apa ka, cubalah untuk tak guna straw plastik. Minum ja terus dari cawan tu macam kita buat di rumah. Boleh saja kan? Lagi, kalau beli barang-barang di kedai, kalau setakat satu dua barang saja, pegang sajalah guna tangan. Tak usah guna plastik. Boleh kan?


Alamak, aku rasa macam ala-ala tulis karangan SPM dan STPM pula bila tulis pasal alam sekitar ni. Haha.. Ampunnn.. Rasa geram sangat bila ada netizen yang tak boleh berfikir pasal benda baik.


***



 Lagi satu bila bercakap tentang netizen yang tak boleh berfikir, aku nak cakap sedikit tentang penumpang Grab yang kena submit gambar selfie haritu. Semua netizen macam cacing kepanasan dah bila dapat tahu kena submit selfie. Padahal tak tahu ke yang selfie tu hanya perlu submit SEKALI sahaja dan gambar kita tu driver TAK BOLEH LIHAT. Langkah ni diambil untuk pastikan sekiranya apa-apa berlaku kepada driver Grab, mudahlah depa cari penumpang a.k.a penjenayahnya. Padahal kita boleh ja update gambar di instagram 100 200 gambar. Tak takut pula orang ambil buat koleksi? Haa?


Ada yang mempersoalkan pula kenapa perlu hantar selfielah. Apa faedahnya lah. Grab mengarutlah. Haihhh.. Tekanan aku dibuatnya bila baca comment. Tak bacakah banyak kes pemandu Grab kena bunuh dengan penumpang? Main internet 24 jam buat apa ya kalau isu semasa tak ambil tahu langsung? Kalau kita sebagai penumpang ada hak untuk selamat, kenapa tidak pemandu Grab?


Jadi point utamanya sebenarnya JANGAN JADI SELFISH. Hidup kita ni bukan kita seorang sahaja yang ada di atas muka bumi ni. Fikir jugalah tentang keselamatan dan hak orang lain. Malah hak makhluk Allah yang lain atas bumi ni pun perlu dijaga tau! Allah ciptakan semua makhlukNya ada manfaatnya. Jadi, jangan kita fikir tentang diri sendiri sahaja ya!


Ampunnn sekiranya entry ini aku jadikan sesi ranting pula ya. Rasa terganggu sedikit dengan komen-komen yang dibaca. Hehehe.. Apa-apapun, sekiranya ada pandangan dan teguran, boleh tinggalkan komen di bawah ya!


Sekian sahaja, illal liqa' loves!

Pengalaman Interview Ijazah Sarjana Muda Komunikasi USM

18/5/19





Assalamualaikum dan hi loves~!



Aku menyepi dari dunia blog agak lama ya? Tapi sebenarnya aku selalu ja buka blog ni tengok comment dan sebagainya. Hehe.. apa-apapun harini aku nak kongsi pengalaman aku interview program pengajian ijazah sarjana muda Komunikasi di USM. Jadinya aku sudah pun pergi temuduga ini pada 14/5 haritu. Sebelum aku nak pergi interview ni sudah semestinya aku akan search dulu pengalaman interview orang lain di internet kan dan aku rasa ia sangat membantu sedikit sebanyak untuk aku dapatkan gambaran bagaimana interview ni dijalankan..


Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk berkongsi pengalaman supaya mana tahu dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang mencari info tentang ini juga dan sesiapa yang bakal menghadiri temuduga pada masa akan datang. Baiklah, jom aku ceritakan!



Perkara pertama yang aku buat adalah semestinya check apa yang perlu dibawa untuk temuduga ni. Untuk temuduga komunikasi hanya perlu bawa alat tulis sahaja sebab ada ujian bertulis. Jadi, bawalah peralatan menulis. Temuduga untuk aku bermula pada pukul 2.00 petang. Haritu aku dah sampai awal dah di USM tapinya disebabkan salah tempat aku masuk lewat sikit. Nasib baik orang lain belum mula ujian bertulis lagi. Ujian bertulis haritu mula pukul 2.15 petang dan hanya berlangsung selama 30 minit sahaja..


Soalan ujian bertulis ada dua bahagian tak silap aku. Satu bahagian esei dan satu lagi kena tulis caption. Setiap bahagian soalan ini ada dua soalan iaitu dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Soalannya lebih kurang seperti "Berikan filem yang memberi pengajaran kepada anda" dan "How media social changes your life" untuk esei. Bahagian yang perlu tulis caption pula akan diberi gambar dan kita kena tulislah caption untuk gambar tersebut. Soalan eseinya 250 patah perkataan ya dan aku langsung tak dapat tulis sepanjang itu sebab aku panik takut tak sempat siap padahal soalan agak mudah kan. Rasa geram juga dengan diri sendiri sebab selalu bila buat karangan sekolah dulu sampai tak cukup-cukup nak menulis. Huhu.. Apa-apapun apa yang aku tahu soalan setiap tahun lain-lain ya.



Seterunya untuk sesi temuduga secara lisan calon dipanggil bertiga-tiga. Temuduga lisan ni yang sebenarnya paling menakutkan kan? Haha.. Aku ada la sembang sikit-sikit dengan calon yang temuduga sekali dengan aku ni. Bila aku dapat tahu result STPM mereka aku rasa insecure sedikit lah. Hehehe... Penemuduga aku haritu adalah dua orang lecturer lelaki dan perempuan. Kedua-duanya friendly sama macam interview asasi TESL UiTM yang aku pernah pergi dulu. Jadi soalanya kepada aku lebih kurang begini:


  •    Perkenalkan diri anda.
  •    Apa penglibatan anda dalam kokurikulum?
  •    Apa yang anda tahu tentang course komunikasi USM yang mendorong anda untuk datang temuduga ini?
  •    Bidang apa yang anda ingin ambil dalam course komunikasi?
  •    Apa yang anda tahu tentang berita palsu?
  •    Apakah isu semasa yang anda tahu?
  •    Sekiranya anda merupakan seseorang yang dikenali di media sosial yang mempunyai ramai pengikut dan kerajaan mengatakan bahawa kita sedang menghadapi isu perkauman apa yang anda akan lakukan?
  •    Apakah pandangan anda sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang mempunyai jumlah pengikut yang besar di laman sosial?
  •    Mengapa tidak meletakkan USM sebagai pilihan pertama dalam UPU (aku letak nombor dua)

Soalan-soalan di atas adalah soalan yang ditujukan kepada aku. Untuk calon yang sama-sama interview dengan aku tu ada soalan lebih kurang seperti "Apa yang anda tahu tentang komunikasi pemujukan?". "Bagaimana untuk mengenalpasti sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu" dan beberapa lagi soalan lah ya yang aku tak ingat.  Ada soalan ditanya dalam bahasa melayu dan ada dalam bahasa inggeris. Jadi, jawab juga ikut bahasa yang digunakan oleh interviewer.


Jadi setelah itu tamatlah sesi temuduga aku untuk program ini. Aku tidaklah berharap dengan harapan yang tinggi untuk dapat course ni. Kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat pun aku harap ada course lain yang lebih bersesuaian untuk aku dengan izin Allah.


Pada aku kebiasaannya penemuduga ni friendly untuk hilangkan nervous kita kan jadi tak perlu terlalu takut. Walau pada hakikatnya aku berfikir 1000x sama ada nak pergi atau tak interview ni haritu. Tapi aku rasa lebih baik kita pergi saja kalau ada peluang daripada kecewa sebab memang kita tak cuba langsung. Betul tak?


Pesanan terakhir untuk sesiapa sahaja yang akan lalui temuduga walau apa course sekalipun, bersedialah dengan soalan-soalan yang mungkin disoal, pengetahuan am dan buatlah sedikit sebanyak research tentang universiti dan course yang hampa mohon tu. Soalan-soalan pasti yang berkaitan dengan course yang kita mohon. Kalau minta komunikasi takkan nak tanya tentang resepi masak cekodok pula kan? Hehe..  Banyak info yang dikongsi dalam internet. InsyaAllah semuanya dipermudahkan Allah. Amin...


Baik loves, jumpa lagi! 😘

Saya Keluar Matrik dan Sambung Tingkatan 6

30/11/18





Assalamualaikum dan hi loves~!


Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menghadapai perjalanan sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam selama satu tahun setengah dengan menduduki peperiksaan STPM Penggal 3. Sengaja aku nak tulis entry ini awal awal supaya perasaan itu masih segar dalam jiwa aku. Senang untuk aku ceritakan berdasarkan 'feel' yang masih ada itu. Hehehe... Aku hanya nak cerita pengalaman sahaja dan bukan cara belajar atau tips kerana aku rasa selagi result belum keluar, aku belum layak untuk cerita tentang tips belajar. Yang itu, kita tunggu dulu ya. 😉

Jadinya, di sini aku akan ceritakan pengalaman aku masuk matrikulasi sekejap dan aku keluar untuk pilih form 6. Aku tuliskan entry ini adalah untuk kongsi pengalaman aku dan mana tahu dapat beri sedikit info kepada sesiapa sahaja yang nak tahu pengalaman pelajar yang masuk Form 6. Mana-mana yang positif boleh diambil dan yang negatif bolehlah dijadikan tauladan ya. 

PERHATIAN: POST INI AGAK PANJANG

***

Baiklah, aku akan ceritakan secara ringkas tentang macam mana dan mengapa aku keluar dari kolej matrikulasi dan yang lebih-lebihnya adalah untuk cerita tentang pengalaman belajar Form 6...


Selepas dapat keputusan SPM, aku tak dapat tawaran UPU tetapi aku dapat tawaran matrikulasi Program Satu Tahun (PST). Sebenarnya, aku isi borang matrik dulu sebab just in case la sekiranya tak dapat mana-mana tawaran. Aku isi tu memang saja saja sebab aku bukan minat sains pun. Belajar sains tulen masa SPM pun kerana terpaksa aku relakan jahhh... Tengok tengok memang dapat matrik sahaja, jadi kita follow the flow saja lah pada mulanya. Masuk masuk matrik, aku rasa hati aku SANGAT SANGAT berat ya. Makin lama, makin berat, sampailah aku ambil keputusan untuk keluar matrik dan sambung Form 6. Sebenarnya aku duduk sangat sangat sekejap di matrik ya. Seminggu sahaja. Tapi seminggu tu bagi aku macam setahun. Cerita untuk aku duduk di matrik ini hakikatnya memang panjang, tetapi aku tak berniat lah untuk ceritakannya sekarang. Kita nak share pengalaman Form 6 dulu.


Bulan Jun 2017 bermulalah episod cerita aku di Form 6. Aku masuk lambat sikit daripada kawan-kawan lain kerana aku buat rayuan. Bila aku check online, aku tak dapat tawaran Form 6. Ramai yang kata kalau dapat matrik, tak dapat Form 6. Aku tak tahulah sejauh mana kebenarannya, tetapi kalau tengok pada aku dan kawan-kawan yang dapat matrik, memang tak dapat Form 6.


"RUGINYA!"  "KENAPA NAK AMBIL FORM 6?" "KENAPA?! KENAPA?! KENAPA?!"


Ramai yang seolah-olah terkejut bila dengar aku keluar matrik. Keluar matrik pulak bukan sebab nak masuk asasi ke atau apa ke yang kononnya berbaloi kalau keluar pun, tetapi Form 6? Aku dapat banyak sangat kata-kata dan soalan yang macam kesal kenapa sanggup tinggalkan matrik untuk Form 6 dan yang ramainya adalah dari kalangan guru sampai ada seorang cikgu tu kata kalau dapat tawaran lain nanti, pergila dan jangan belajar Form 6. Hehehe... Persoalannya, Form 6 tak berbaloi ke?


Baiklah, secara jujurtulus dan dari hati aku sendiri sebagai seorang bekas (bekas la kan? 😆) pelajar yang masih hangat lagi dari Form 6 ini, aku boleh katakan AKU SUKA FORM 6. Ini dari 100% pandangan Niena Reen lah ya. Kalau orang lain, aku tak tahu. Sememangnya aku dari dulu memang suka nak masuk Form 6. Memang betul Form 6 tempoh belajarnya lama sedikit berbanding matrik iaitu setahun setengah banding setahun untuk matrik dan kalau masuk universiti pun agak lambat juga. Apa yang membuatkan aku tetap ambil Form 6 adalah kerana aku beranggapan bahawa lebih baik aku belajar benda yang aku suka (aliran kemanusiaan/ sains sosial) walaupun lama sikit daripada belajar benda yang sekejap tapi aku tak suka dan tertekan. Gitewww...



PERKARA YANG AKU SUKA DI FORM 6:


1. Cikgu Form 6 Cool dan Sporting

Kalau di sekolah aku, memang aku boleh katakan SEMUA cikgu Form 6 sangat cool dan sporting. Tak pernah marah-marah tak tentu hala, tak pernah cakap bukan bukan, tak pernah over dan macam-macam lagi lah. Aku rasa faktor terbesar mereka semua cool dan sporting adalah sebab mereka dah agak berusia dan majoriti lelaki. Jadi aku rasa, mereka pun dah mula cool down, darah pun dah 'sejuk', mood pun jarang swing macam perempuan. Kan? Aku nak tergelak pula rasanya.. Hahaha... 😂😂 Tapi aku dengar dulu waktu mereka muda muda, garang sangat. Pegang rotan sokmo dan ada yang mengamuk sampai baling kerusi ya! Jangan main-main... Cuma mungkin semakin lama mereka dah semakin berusia, mereka pun dah tak rasa nak marah-marah sangat kan. 


Cikgu-cikgu Form 6 di sekolah aku bukanlah sejenis yang suka paksa itu ini. Aku yakin ramai juga cikgu-cikgu yang begini di sekolah-sekolah lain pun. Cumanya, kita sebagai pelajar kalau cikgu tu baik, cool dan tak suka marah-marah bukanlah tiket untuk kita ambil kesempatan ya. Kita tak mahu buat latihan, kita main phone waktu mereka mengajar atau apa sahaja yang tak patut kita buat. Aku rasa cikgu-cikgu ni semua cool dan tak suka memaksa kerana mereka tahu yang kita ni dah boleh berfikir dah apa yang sepatutnya kita lakukan untuk masa depan kita sendiri sebab kita bukan macam budak-budak lagi yang nak kena marah, nak kena pukul untuk diperingatkan. Tetapi bukanlah bermakna mereka tak kisah, cuma kita la yang kena corak diri kita sendiri. Aku juga yakin cikgu-cikgu aku ni ada ja makan hati dengan kami tapi tak luahkan saja. Ampunnn cikgu...😝


2. Belajar Subjek yang Kita Suka

Keduanya, di Form 6, aku ambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual. Semuanya boleh masuk la dengan jiwa aku kan sebab boleh gagah la dengan huruf huruf dan tak suka nombor. Hehehe... Kalau setakat pengiraan-pengiraan asas dalam Pengajian Am tu, itu aku boleh cope lagi, asalkan jangan macam pengiraan Add Math!😆


Suka untuk aku ingatkan, kalau boleh tolonglah pilih pakej yang paling rasa boleh bawak. Fikir betul-betul apa yang kita boleh buat dan suka, bukannya main 'tak apalah, ambil sajalah'. Kalau dulu waktu SPM, aku hanya 'follow the flow', kali ni tidak lagi. Aku memang nak ambil aliran kemanusiaan. Dari segi tahap kesukarannya, aku rasa tak adalah susah sampai tak boleh handle. Aku rasa subjek sains tulen SPM lagi susah. Serius aku cakap ya, tak main-main! 😅 Satu lagi, mungkin juga aliran Sains STPM lebih sukar daripada aliran kemanusiaan. Aku tak tahu la untuk aliran Sains STPM, tapi untuk aliran kemanusiaan aku rasa kalau kita jenis suka baca baca dan tak berapa kira mengira ni, memang elok ler..


3. Belanja Tak Banyak

Untuk aku, belanja untuk persekolah aku memang sangat sangat la menjimatkan. Apa saja yang kita perlu untuk bantu pembelajaran aku, aku tentukan sendiri. Tak ada sesiapa yang akan paksa beli buku latihan ke, buku teks ke atau apa sahaja. Boleh guna apa-apa sahaja medium yang boleh bantu kita belajar. Hatta nota dalam internet pun boleh ja guna. Tapi kalau untuk aku, aku lebih selesa beli buku lah kan kerana lebih lengkap kan? Aku pun duduk dengan family, jadi perbelanjaan tu tak berapa banyak lah. Lagi satu Form 6 dah tak pakai uniform sekolah, boleh pakai pakaian formal. Jadi, tak perlu beli baju baru. Pakai saja apa yang ada janji sopan...


4. Pengalaman Baru

Alhamdulillah, aku dapat juga beberapa pengalaman baru yang aku tak buat kalau di sekolah lama dulu. Di sekolah aku ni memang sangat sikit pelajar Form 6 nya.. Jadi peluang untuk kita cuba benda benda baru tu lebih terbuka la kalau nak banding dengan sekolah yang ada ratusan atau ribuan orang pelajar kan. Peluang pun tipis untuk kita kedepan kan? Belajar jadi pengacara majlis, belajar kerjasama, jadi pengawas yang tak rupa pengawas sangat 😁 dan macam-macam lagi lah. Cuba la jadi pelajar Form 6, mesti faham! Tapi kadang-kadang sakit hati juga kan sebab ada ja yang mengata mencemuh kita, tapi kalau apa-apa nak minta tolong kita juga. 😅 Di situ ada sedikit la yang tak bestnya. Nak beritahu sedikit, Form 6 di sekolah aku ni banyak kontroversi tau maklumla kami tak ramai, jadi sentiasa jadi perhatian. Kontroversi apa? Jeng jeng jeng.. Itu ja sedikit yang tak selesa lah. Tapi bagi aku, tak ada lah sampai menjejaskan pembelajaran aku pun.. Itu pun satu pengalaman baru juga kan? 


***

Jadi, itulah serba sedikit yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku. Mungkin berbeza banyak daripada pengalaman Form 6 orang lain dan mungkin juga berbeza sedikit saja. Tapi yang pasti semua yang aku cerita ni lebih kepada apa yang aku lalui sendiri. Aku tak pernah menyesal belajar Form 6. Sebaliknya sangat bersyukur kerana dapat belajar Form 6 sampai habis. Bagi aku, nak stay Form 6 ni pun kena kental juga sebenarnya. Dalam seronok belajar, kena tahan juga rasa marah, rasa sedih, rasa rendah diri dan macam-macam lagi rasa yang negatif dari persekitaran kita. Tapi itu semua jangan kita jadikan sesuatu yang memberi kesan pada pembelajaran kita. Berkawan elok-elok, jaga diri elok-elok, InsyaAllah semuanya akan okay sahaja. Kalau rasa marah, luah pada orang yang betul dan jangan bergaduh dan bermasam muka. Kalau kawan-kawan aku di sini, mungkin fahamlah kenapa kan..


Kesimpulannya, kalau sesiapa yang minat Form 6 tu jangan ragu-ragu untuk masuk Form 6 ya kerana Form 6 akan beri banyak pengalaman baru untuk kita! Kalau nanti tak dapat tawaran Form 6, cepat-cepat buat rayuan online kalau betul-betul nak masuk.


Jadi sesiapa yang ada persoalan, pandangan atau pengalaman yang sudi dikongsikan bersama aku, silalah berbuat demikian di bahagian komen di bawah ya! 😍

Perkara-perkara Yang Dirindui di Sekolah Menengah

3/9/17






Assalamualaikum dan hai loves~!


Selamat menyambut hari raya Aidiladha semua walaupun mungkin agak terlewat? Hehe.. Tak mengapalah.. Jadi, seperti biasa aku nak cakap macam baru semalam tulis entry tentang JPJ. Tiba-tiba dah hampir empat bulan pun entry itu aku tulis. Maknanya, dah hampir empat bulan juga lah kan aku ada lesen? Tapi faktanya ialah aku masih takut takut nak bawa kereta sendiri. Siapa sama? Kita geng! XD 


Jadi, dalam entry JPJ itu jugak aku ada tulis tentang aku masuk matrik kan? Ya.. Aku dah masuk pun dan aku pun dah keluar dari matrik. Hehehe... Ada ceritanya sebenarnya. Tapi nantilah aku cerita ya. Sekarang ni aku sambung tingkatan enam dan maknanya aku masih lagi budak sekolah menengah. Hoho.. Tapi untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu, tingkatan enam sekarang tidak lagi beruniform sekolah dan dibenarkan bawa telefon bimbit. Best tak? Hmm.. Bagi aku, biasa sahaja. Mungkin ada la sedikit keistimewaan kan sebab tak perlu nak beli baju sekolah lagi.


Baiklah, cukup tentang itu. Jom cerita tentang 'Perkara-perkara Yang Dirindui di Sekolah Menengah'. Pelik ke? Sebab katanya aku masih lagi di sekolah menengah kan? Apa pasal nak rindu rindu lagi? Hehehe.. Sebenarnya aku nak cerita tentang perkara yang aku rindui di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK). Sekolah yang SANGAT aku cintai. Sekarang ni aku di sekolah lain. T.T



Credit to owner


Jom aku senaraikan apa yang best waktu aku sekolah dulu yang lebih kepada di SMKK. Pasti akan ada juga yang sama macam perkara yang hampa rindukan di sekolah menengah dulu!


  •      Kawan-kawan

Kebanyakan orang mesti setuju tentang ini. Kawan-kawan memang sangat mainkan peranan penting tentang kenapa kita rindukan sekolah. Bagi aku, kawan-kawan di sekolah menengah lah yang paling best. Dalam situasi aku yang ada di sekolah menengah yang sama dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, mestilah kawan-kawan aku di situ yang terbaik. Kita membesar bersama-sama. Kita belajar banyak perkara bersama-sama. Kita kongsi pengalaman bersama-sama. Kita jatuh dan bangun bersama-sama. Dan banyak lagi perkara yang kita kongsikan bersama. Mana mungkin kawan-kawan tak aku rindui? Memanglah pasti ada kekurangan kawan-kawan di mana-mana, tapi itu semua lumrah manusia..


  •      Suasana di sekolah
Bagi aku juga, suasana di sekolah lama aku sangat aku rindui. Tak dapat aku rasakan lagi di mana mana. Aku sangat rasai perbezaannya. Biasalah, bila kita habiskan waktu yang panjang di sesuatu tempat tu dan kita pindah ke tempat lain, pastinya akan rasa kelainannya kan? Tapi untuk aku, jiwa aku masih lagi tertinggal di SMKK. Huhu..


  •      Makanan di sekolah

Agak kelakar aku rasa bila aku rindu makanan di sekolah. Sampai asyik cerita dekat kawan-kawan betapa sedapnya makanan di sekolah aku dulu. XD Sebenarnya, bukanlah hidangan istimewa bagai di istana ponggg.. Makanan budak sekolah biase jah! Tapi bagi aku, sangat istimewa. Sangat sedap. Makanan di kantin: nasi putih+kuah gulai+kuah sambal+ayam goreng tepung= sedap gila weyh sek mung! Hahaha... Tak tahulah kenapa rasa sedap sangat nasi dengan ayam ni. Tapi ayam dia besar dan selalunya panas okey. Istimewa sedikit di situ.  Aduhai, teringat sampai sekarang sampai berpakat dengan bestfriend nak pergi one fine day, semata-mata nak makan nasi kantin. Wahaha.. Keropok lekor kantin pon best weyh! Makanan yang berkuah pun okay jugak cuma kadang sedap kadang tak sajalah.. Tapi kuah untuk nasi ni memang sentiasa sedap. Hehehe.. Kalau makanan di sekolah hampa dulu tak sedap, nasib hampa la.. Tapi makanan kat kantin sekolah aku sedap ja sampai teringkat sampai sekarang. :P


Peringatan: Masakan mak aku tetap di carta pertama. Sebab itu balik sekolah pon makan lagi. >.<


  •      Kelas

Semestinya aku sangat rindukan kelas aku. 1E, 2E, 3E, 4A dan 5A. Paling seronok masa di tingkatan 3E. Waktu tu paling rapat dengan kawan-kawan sebab bagi aku waktu itulah aku dah kenal perangai kawan-kawan. Waktu tingkatan tiga, tahun terakhir untuk sama-sama dari tingkatan satu. Sebabnya bila masuk tingkatan empat ada yang pindah dan tak sama kelas lagi.


Lagi satu kelas yang paling diingati semestinya 5A. Dapat merasa suasana kelas di tahun terakhir di SMKK. Walaupun masa awal awal tingkatan empat agak sukar dan rasa macam tak seronok sebab kelas pertama dan ramai yang pandai pandai, tak mainlah aku yang suam suam kuku ni kan. Uwargh, rasa down ja tau. Tapi bila dah tahun kedua di kelas yang sama, dengan majoritinya pelajar india, dapat rasa juga seronoknya. Mereka semua okay. Tak pernah nak menjatuhkan pelajar melayu ke apa. Tak pernah sombong walau ada beberapa pelajar yang confirm confirm straight A's.  Aku rasa sangat selesa dan bersyukur di kelas 5A.


Sebahagian daripada 5A. Hanya 9 orang pelajar melayu daripada 24 orang.


  • Pengalaman belajar dengan pelbagai cara cikgu

Aku rasa semua orang pon mesti ingat dengan cikgu-cikgu di sekolah menengah dulu kan? Kalau untuk aku, setiap cikgu pastinya berlainan cara mengajarnya. Semua tak sama. Kalau dulu, ada cikgu yang bila waktu dia saja semua orang mengantuk. Semua orang mengantuk okeyyy. Tapi yang bestnya cikgu ni tak pernah langsung bagi homework tapi result semua orang okey sahaja untuk subjek cikgu ni. Ada yang garangnya terkenal satu sekolah tapi nasib aku tak pernah buat hal dengan cikgu ni, jadi dia pon okey sahaja dengan aku. Hehehe.. Cikgu yang garang ni sebenarnya baik ja tapi janganlah cari masalah kan. Ada pula cikgu yang lembut sahaja, soft spoken tapi ada juga tegasnya. Ada yang lajuuuu ja. Ada yang bagi kerja banyakkkkk lepastu nak esok. Cikgu yang ini paling tak digemari dan digeruni oleh semua budak kelas aku. Haha..


Walau macam mana pun, mereka semua aku rindukan. Banyak sangat bantu murid-murid capai yang terbaik. Banyak sangat sumbang pengetahuan dan peringatan. Banyak sangat beri semangat untuk capai yang terbaik. Terima kasih, cikgu!



  • Pondok memori
Aku seorang sahaja kot yang sayang dan rindu sangat pondok ni. Aku sendiri yang namakan pondok tu pondok memori. Sebab apa? Sebabnya setiap kali balik sekolah, mesti duduk di situ sementara tunggu parents aku datang ambil. Aku tak perlu berdiri di luar, duduk ja bawah pondok dalam kawasan sekolah ni dah boleh nampak kereta parents aku sampai. Pondok ni pondok kecil kecil sahaja. Ada la dalam tiga atau empat pondok ni. Semua pondok-pondok ni pondok memori untuk aku. Ada sebab lain juga sebenarnya sebab apa pondok-pondok ni semua jadi pondok memori untuk aku. Hehehe.. Kawan baik aku mesti tahu kenapa. ;) 



****


Itulah antara perkara yang aku rindukan di sekolah menengah. Pengalaman yang tak mungkin aku dapat lupakan. Aku membesar di sekolah itu. Aku belajar banyak benda di sekolah itu. Aku kumpul seribu kenangan di situ. Walaupun baru hampir setahun tinggalkan SMKK, rasa rindu tu sangatlah kuat. Rasa macam jiwa aku tertinggal di sana. Kalau lalu depan sekolah, mesti nak tengok sampai lah hilang dari pandangan.


Kenapa aku tak sambung tingkatan enam di sekolah lama sahaja? Haaa.. Sebenarnya sekolah aku dulu ada ja tingkatan enam tapi semenjak sekolah di Padang Serai dah ditubuhkan, kebanyakan pelajar tingkatan enam di sekolah-sekolah Kulim dah dipindahkan ke sana sebab di situ pusat tingkatan enam. Andainya tingkatan enam masih ada di SMKK, semestinya aku tak akan ragu ragu untuk stay di situ walaupun bermakna akan duduk di situ selama enam tahun setengah. Aduhh.. Tapi itu semua tak akan terjadi.


Betul kata orang, hargai waktu sekolah menengah. Dulu, aku nak cepat cepat habis sekolah. Dulu, aku nak cepat cepat tinggalkan sekolah. Dulu, aku nak cepat cepat ucap selamat tinggal kepada sekolah. Dulu, aku nak cepat cepat habiskan lelahnya belajar. Tapi.. semua yang cepat cepat aku nak tinggalkan itulah yang sekarang cepat cepat aku rindukan. Belum 10 tahun, belum 100 tahun, dah rasa sangat rindu. Semua yang dilalui di sana, tak akan pernah sama dengan yang akan aku lalui nanti.


TERIMA KASIH SMK KULIM!



Love notes❤ Maaf kerana entry terlalu panjang. Biasalah, orang sedang rindu! ;) Hampa pulak rindu tak sekolah menengah? Marilah share apa yang hampa rindu di sekolah dulu?

Pengalaman Gagal Ujian JPJ 2 Kali. Selekoh Z Musuhku!

30/5/17






Assalamualaikum dan hai loves~!


Salam ramadhan al mubarak.. Ini ialah entri pertama aku untuk tahun 2017. Tak tahu lah kenapa mood berblog dah semakin nipis. Mungkin semakin tua kah? Anyway, perkembangan terbaru aku ialah aku akan masuk matrikulasi tak lama lagi. Sesiapa yang ada pengalaman belajar di matrik, jemputlah share sama ya?! ;)


Baiklah, sebenarnya nak sangat share tentang ini. Selalu aku dok baca orang punya pengalaman. Macam macam pengalaman ada. Terpegang lutut JPJ lah. JPJ sombong ya amat lah. JPJ gatai meghela lah. Kehkehkeh. Aku punya cerita pulak aku FAIL TEST JPJ DUA KALI. JPJ semua okay sahaja. Tak ada la sombong ke gatal ke apa. Tapi diri sendiri lah pulak yang bermasalahnya...

Ceritanya begini... Aku belajar macam biasa la kpp02 dan kpp03 ni.. Cikgu pon biasa ja. Ada la jugak masanya dia garang. Lapaq kot.. Tapi kalau orang tak biasa dengan dia mesti ingat dia lelaki Ganu terakhir uolls.. Lembut ja cakapnya. Amboih.. Aku duduk dengan dia lebih kurang 10 jam dah kenal la juga orangnya macam mana. Hahaha... Jadi, semuanya biasa biasa sahaja. Belajar macam biasa.
Test JPJ pertama

Di litar... RPK RSM? Lepas dengan jayanya. Lagipun, JPJ bukan nak dengar sangat. Bosan kan. Bukit? Lepas dengan jayanya. Di sini boleh buat dua kali percubaan. Tapi kalau JPJ di tempat aku ni, baik jugak ada yang dia bagi 3 kali percubaan. Tapi aku, lepas dengan jayanya dengan sekali percubaan sahaja. Selekoh S? Lulus. Parking sisi? Lulus. Tiga penjuru? Lulus. SELEKOH Z? GAGAL!


Masa first time JPJ ni aku tak la meratap sangat dengan kegagalan di Z ini. Aku buat lek ja siap dok salahkan kereta tau sebabnya orang sebelum aku pon fail Z guna kereta tu. Kereta berpuaka kataku. Haha.. Ada ke patut salahkan kereta. Lagi satu, tak berapa nak rasa kesedihannya sebab dua orang kawan aku datang nak bagi semangat. Depa dua lulus dah. Punya la depa dok tengok aku dari dalam kereta last last fail kat Z.


JPJ tanya aku, langgar benteng tak? Aku jawab tak tau. Hahaha.. Saja la. Jawapan selamat. Kot kot la dia nak bagi lulus kan. Tapi dok juge.. Jujur bekerja JPJ ini. Bagus bagus... >.<

Di jalanraya.... JPJ tu muka garang ya amat... Tapi aku buat biasa saja. Dok bayangkan macam cikgu dok ada sebelah. Masa tengah jalan tu aku dah rasa dah kereta macam berat tapi aku lupa sebenarnya masa tu gear berapa. Aku pon try nak tukar gear tapi dah rasa gear kat bawah. Pastu aku pon tak apalah biar saja lah. Lepastu JPJ tu gertak aku okay.. Dia tanya reti tukar gear tak. Kalau tak reti dia nak bawak balik kereta. Aku cepat cepat la tukar gear. Dan akhirnya....


LULUS dengan jayanya di jalanraya. Alhamdulillah. Markah 70..


Test JPJ kedua


Untuk test kali kedua ni aku tak buat pon kelas tambahan. Acah acah boleh lah uolls. Mak aku suruh aku buat kelas tambahan tapi ketegaq, konon boleh aih... Aku pon pergi la test.. Seperti biasa, semuanya lulus dengan jayanya tapi.... SELEKOH Z FAIL LAGI!!!!


Masa tu terlukanya hati, Allah sahaja yang tahu. Tambah-tambah terluka bila result UPU keluar sehari sebelum test JPJ. UPU tak lepas. JPJ pon tak lepas. Wahaha... Aku tak boleh move on tau.. Lamaaa... Hati tu rasa nak merajukkk ja tak mau ambik dah. Nanti nanti lah dok ingat nak ambik. Tapi fikir fikir rugi lesen L aku pulak. Baru ja renew nanti nak renew lagi. Jadi, tak apalah. Nak ambik dua minggu dari hari kejadian pulak lah...


Masa nak ambik borang tu hati dah berdarah darah dah. JPJ siap tanya haritu fail kat mana. Padahal orang yang sama masa aku test JPJ kali pertama tu. Aku pon jawab sajalah. Dia tanya lagi kenapa tak berhenti kat Z tadi? Aku diammm ja.. Hati dah berdarah uolls. Tak ingin nak cakap banyak. Bila dia dah selesai bertanya aku pon cepat cepat ucap terima kasih dan blah! Sedihnya....


Aku sedih bukan sebab apa. Sebabnya satu sahaja. Sebab kena susahkan mak aku berkali kali. Kesian sangat mak aku banyak habiskan duit semata-mata nak dapatkan lesen aku ja. Maaf mak.. T.T


Test JPJ ketiga


Kali ni nak dengar cakap mak! Nak dengar cakap cikgu! Nak buat kelas tambahan! Tak nak mengata cikgu! XD Baiklah.. semalam buat kelas tambahan. Cikgu tu duduk bawah pokok dok tengok sahaja. Aku buat sajalah latihan tambahan berbekalkan ilmu yang ada daripada cikgu cikgu sebelum ni. Boleh pulak buat selekoh Z ni.. Amboi amboi amboi...  Mak ayah aku perhati ja dari luar. Tak apalah. Perhatilah.. Asalkan keredhaan mereka berdua tu ada pada aku. Tak gitu?


Jadi, hari ini.. Berbekalkan ketabahan hati dan tawakkal kepada Allah.. Aku pon pergi lah test JPJ dengan kawan aku ni. Kawan aku ni pulak dia fail jalanraya dua kali. Aku fail litar dua kali. Eloklah kami berdua. Sehati sejiwa kawan dari tingkatan satu. Hihi..


RPK RSM buat lah macam biasa. Terus buat bahagian enjin dan RSM sebab JPJ tak mahu buang masa agaknya. Lagipun aku ulangan ja. Bukit? Lulus dengan jayanya dengan sekali percubaan. Selekoh S? Tiada masalah. Berhati-hati sahaja. Side parking? Lulus macam biasa. Tiga penjuru? Lulus juga. Kereta senget sikit tu biasa. JPJ tu kata dia suka senget senget tu. Haha. Asalkan tak langgar garisan kuning sudah... SELEKOH Z yang dimusuhi dan digeruni? Selekoh berpuaka?

Akhirnya... Berkat bulan puasa dan doa mak ayah dan semua, aku LULUS DENGAN JAYANYA.... ALHAMDULILLAH... Nak menangis tak percaya lulus selekoh berpuaka ituuhhh... Dua kali gagal di situ. Selekoh Z sangat bencikan aku. Cuma semalam aku cuba tackle dia, dia pon nampaknya dah jinak dengan aku. Kekeke... Cuma tadi mati enjin. Tapi tak fail sebab mati enjin bukan kesalahan mandatori ya.. Jangan langgar benteng sahaja. Nak undur ke nak berhenti ke, BOLEH!


***


Jadi, itulah dia sedikit sebanyak pengalaman FAIL TEST JPJ DUA KALI. Hati bagai dikoyak rabak bila fail. Sedih weyh! Semua orang macam tak percaya okay aku fail test JPJ di litar sampai dua kali.. Tadi iolls kelentong mak iolls.. Mak aku percaya aku fail. Bila mak dah datang ambik, bagi sticker P dekat dia. Punya la dia terkejut. Haha.. Terima kasih mak. Siapalah aku tanpa doa mu. Sobs... Cikgu cikgu memandu pon.. Siapalah aku tanpamu semua. Walaupun ada jugak la rasa rasa tak puas hati tu, tapi janganlah nak kutuk kutuk cikgu sangat ya.. Aku berpakat dengan kawan aku ni, jangan dok kutuk cikgu wey. Sayang cikgu wey. Hahaha.. Akhirnya, kami berdua pon lulus dengan jayanya untuk kali ketiga ini...


Kesimpulannya, kalau dah fail banyak kali tu lepastu rasa tak pandai ke kan.. Buatlah kelas tambahan. Sebelum aku test JPJ kali pertama tu ada cikgu tu dah suruh buat kelas tambahan tapi ketegaq lagu tu la... Tu yang fail tu. Kuncinya, dengar cakap cikgu. Jangan kutuk kutuk cikgu sangat. Dengar cakap mak ayah. Percaya Allah akan bagi jugak. Jangan putus asa cepat sangat. Aku pon dah rasa dah perasaan tak mau buat dah. Kecewa. Luka. Tapi, ingatlah.. Allah pasti akan bagi jugak pada waktu yang tepat. Bukan dia tak mahu bagi, cuma belum masanya untuk kita lagi. Kita belum tiba di zon masa kita lagi. Zon masa kita semua berbeza-beza. Bukannya orang lain Allah bagi, kita Allah tak bagi. Bukan begitu. Allah tahu apa dan bila yang terbaik untuk kita. Percaya pada Dia, bergantung harap hanya pada Dia. InsyaAllah, Dia pasti bantu!


Credit: Google

Beginilah selekoh Z yang berpuaka ituh... Sekian lama bermusuh, akhirnya berjaya juga.. Alhamdulillah.. Kalau yang ambil lesen tahun sebelum sebelum ni, selekoh Z ni belum ada. Tapi sekarang dah tambah ya.. RPK, RSM, Selekoh S dan selekoh Z.




Last but not least, lagu khas untuk yang fail seperti aku. XD 

SIAPA SIAPA YANG PERNAH FAIL JUGAK TU, MARI LA SHARE PENGALAMAN HAMPA PULAK KAT BAWAH NI. SIAPA FAIL Z? JOM GENG DENGAN AKU! XD

Semua Perkara Tentang Korea, KPOP ke?

16/12/16





Assalamualaikum dan hai loves~!


Baru hari ni rasa macam ada desakan untuk tulis entry baru. Apa-apapun, aku baru saja habis SPM seperti yang digembar-gemburkan ituhh.. Tak lama pun dari 7/11-29/11 sahaja. Itu pon semestinya ada gap la kan. Tapi gap aku tak panjang. Jadi, sekejap saja lah examnya.. Sekarang tengah kena sindrom kebosanan tak tau nak buat apa langsung kat rumah. Ada movie best tak? Share la sikit movie apa syok!


Baiklah, mari kita bergerak ke tajuk aku hari ini. Semua Perkara Tentang Korea, KPOP ke? Aku buat tajuk begini sebab apa tau.. Sebab aku tengok ramai lah di media sosial ni kalau cakap apa-apa saja pun yang berkaitan Korea dikaitkannya dengan KPOP. Cakap pasal drama korea, kait dengan KPOP. Cakap pasal makanan Korea, kait dengan KPOP. Cakap pasal runningman, kait dengan KPOP. Pokoknya, apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan Korea dikatanya KPOP.


KPOP itu sejenis genre musik kan? KOREAN POP. Mari aku selitkan sedikit dari wikipedia.


K-pop (an abbreviation of Korean popHangul케이팝) is a musical genre originating in South Korea that is characterized by a wide variety of audiovisual elements. Although it comprises all genres of "popular music" within South Korea, the term is more often used in a narrower sense to describe a modern form of South Korean pop music covering a range of styles including dance-poppop balladelectropopR&B and hip-hop music.[1] The genre emerged with one of the earliest K-pop groups, Seo Taiji and Boys, forming in 1992. Their experimentation with different styles of music "reshaped Korea's music scene".[2] As a result, the integration of foreign musical elements has now become common practice in the K-pop industry.[5]  cc.wikipedia







Mungkin kerana kes-kes terdahulu yang para remaja perempuan terlonjak gembira sampai peluk artis KPOP tu menjadi salah satu punca yang orang kita jadi sakit hati sangat dengan KPOP ni sampai semua benda pasal Korea pun nak sakit hati.


Untuk pengetahuan, aku memang tak minat langsung KPOP ni dan aku dah lama pun kenal Korea Korea ni semua. Aku layan drama sahaja dan variety show, RunningMan. Itupun lepas ni dah tak adalah aku nak melayan lagi disebabkan RunningMan pun akan tamatkan siarannya tak lama lagi. Aku tak adalah fanatik pon.


Bagi aku, tak salah pun kalau ada orang nak minat KPOP ke, budaya Korea ke, makanan Korea ke, cerita Korea ke atau bahasa Korea sekalipun asalkan janganlah sampai taksub benor. Kadang-kadang aku tengok ada yang sampai nak marah lah nak nangis lah bila ada mana-mana artis Korea yang dating dengan artis Korea yang lain. Aku rasa agak tak patut la fans nak masuk campur hal peribadi mereka. Biar saja lah nak bercinta dengan siapa pun. Itu kehidupan mereka. Nak minat, minatlah. Tapi janganlah sampai setiap masa setiap saat asyik memikirkan Korea dan KPOP sahaja. Sampai ada jugak yang memaki hamun sesama sendiri semata-mata nak menangkan artis kesayangan mereka. Mungkin sebabkan ada peminat-peminat termasuk orang Malaysia yang sebegini, menyebabkan ramai yang rasa sakit hati betul bila sebut pasal Korea ni. Hehe..



Apa-apapun, janganlah asyik kaitkan semua benda Korea dengan KPOP. Kesian orang yang tak minat KPOP tapi disebabkan suka dengan perkara lain tentang Korea pon di'bash'nya. Ada ja tau orang-orang yang lebih tua layan jugak Korea, macam makcik dan ayah aku pon layan drama Korea jugak tau kadang-kadang! Mak kawan aku pon ada jugak layan! Takkan pula nak kata makcik-makcik pakcik-pakcik ni KPOP jugak? Hihihi.. Tak boleh bayangkan pula kalau ada makcik pakcik yang ikut nyanyi nyanyi dengar lagu KPOP. XD


Jadi, itulah dia.. Hormatlah juga apa yang orang lain minat asalkan mereka tak melebih-lebih. Iya tak?


***


Jun Ji Hyun. Cantik. ❤_


p/s: Hampa tengok Legend of The Blue Sea tak? Bagi aku, cerita tu tak kena sangat dengan taste aku. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku tak minat Lee Min Ho kah? Tapi aku memang minat dengan lakonan Jun Ji Hyun. Tengok drama ni pon sebab Jun Ji Hyun lah. Tapi dia memang pandai beri sense of humor. Comel sangat dia berlakon. Disebabkan aku tengok You Who Came From The Star dulu aku jadi minat sangat tengok Jun Ji Hyun. Tapi cerita kali ini tak berapa kena dengan aku tak macam cerita You Who Came From The Star. But still, Jun Ji Hyun punya lakonan tetap best dalam drama Legend of The Blue Sea ni pon.  Hampa rasa best ke tidak Legend of The Blue Sea?