Bukan Kita Saja Ada Masalah

14/1/16




Assalamualaikum dan hai loves~!


Siapa ja yang tak ada masalah dalam dunia ni kan? Semua orang ada masalah masing-masing. Semua orang pun tertekan dengan masalah sendiri. Cuma setiap orang berbeza-beza cara mereka handle masalah.


Ada orang, bila ada masalah dia suka pendam saja. Ada orang, bila ada masalah memang nampak betul dia tertekan. Ada orang, bila ada masalah makin nampak dia ceria. Ada orang, bila ada masalah nampak macam tiada apa-apa.


Tapi yang pasti semua orang sebenarnya memang tertekan dengan masalah masing-masing. Jadi, tak bolehlah kita anggap orang lain tu tak ada masalah. Kalau kita rasa masalah kita besar sangat, entah entah orang lain punya masalah lagi besar daripada kita. Cuma mereka tak tunjuk saja pada kita.


Satu lagi, bila kita ada masalah kita memang akan rasa berat sangat bahu ni memikul kan? Tapi janganlah sampai terkena tempias pada orang lain yang ada masalah yang sama jugak macam kita. Kita marah marah orang tu, padahal orang tu pun hadap juga masalah yang sama macam kita. Kenapa kita perlu fikirkan diri kita sahaja?


Kita juga selalu tak fikir perasaan orang lain bila kita berada dalam masalah. Bila kita ada masalah, kita rasa nak salahkan orang di sekeliling kita. Kita rasa nak cakap saja apa yang kita nak cakap. Sebab apa ya? Hilang ke masalah bila kita tempiaskan pada orang lain?


Jadi kesimpulannya, tak usahlah fikir masalah kita sahaja. Orang lain pun ada masalah mereka yang tersendiri. Kita kenalah hormat juga orang lain. Jangan disebabkan kita rasa bahu kita dah berat sangat dengan masalah, kita dah boleh bertindak sesuka hati kita. Dan kadang-kadang orang lain tak mahu cakap apa-apa kepada kita yang bermasalah ni sebab tak mahu tersalah cakap ke terguris hati ke apa. Tapi balik balik kita jugak yang gores hati orang yang nak menjaga hati kita yang bermasalah ni.. Huhuhu...


Baiklah, entry ini merupakan peringatan kepada diri aku dan juga pengajaran kepada hampa semua. Itu sahaja.. :)


Ilal liqa'!

What Goes Around, Comes Around

9/1/16





Assalamualaikum dan hai loves~!


Ini ialah entry pertama aku untuk tahun 2016. Sangat-sangat ketinggalan daripada orang lain. Memandangkan aku dah mula sekolah, jadi aku rasa blog sudah sedikit terabai. First week of school tiada apa-apa yang luar biasa pun. Semuanya biasa-biasa saja... Cuma harap aku dapat lakukan yang terbaik demi kejayaan. Amin....


Baiklah, sekarang nak cerita tentang 'what goes around, comes around'. Benda ni betul tau. Contohnya, apa yang kita buat pada orang sekarang, kita akan dapat balik.


Kalau kita selalu kata dekat orang, esok esok orang lain pulak kata dekat kita. Kalau kita suka fitnah orang, nanti nanti orang fitnah kita pulak. Kalau kita suka pandang rendah dekat orang, bila bila orang pandang rendah pada kita pulak.


Mungkin tidak hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa. Kita tak tahu. Jangan suka rasa kita lebih baik lebih bagus daripada orang lain. Jangan ingat kita tak akan rasa apa dia rasa hari ini.


Jadi, dalam kehidupan kita, mesti hati-hati. Kita tak tahu apa yang orang lain simpan dalam hati tentang kita. Kadang-kadang mereka malas saja nak besar-besarkan isu. Tak mahu gaduh dan masam muka. Tapi, dalam hati siapa tahu kan?


Okeylah, itu sahaja.. Esok aku akan kembali ke sekolah balik untuk minggu yang kedua.. >.<


Ilal liqa!