Berjaya Tanpa Usaha?

27/2/14




Assalamualaikum and evening loves❤!


Yeay, let's write today. Nak masuk bulan March ni macam excited macam seram macam berharap macam-macamlah perasaan tapi tenang-tenang selalu saja. Moga bulan hadapan jadi lebih baik dan sentiasa berada di bawah bimbinganNya... InsyaAllah, Amin... :)


Cerita tentang bulan March, bulan itulah aku nak exam dan bulan itu juga macam-macam perkara yang aku tunggu-tunggu. Jadi, cerita tentang exam, mari nak story mory dengan hampa.


Ada orang kata 'hang dok buat teruk apa? hang nak pmr/pbsmr saja pon.....' 'hang buat teruk apa. bagi aku spm ni tak penting pon.......' Serious ada orang yang begini. Kerana apa? Bila disuruh belajar bila disuruh usaha jawabnya 'rezeki tu mesti ada. tak semestinya orang pandai itu confirm berjaya...'


Benar. Aku tak nafikan yang setiap orang pasti ada rezeki mereka masing-masing. Namun, sebelum tu pernah dengar firman Allah yang bermaksud Allah tak akan ubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Maksudnya, kita kena usaha juga untuk dapatkan sesuatu.


Contohnya (rujuk gambar pertama di atas), kita berdiri di sebelah kiri itu tanpa melompat untuk ke sebelah sana. Adakah kita tiba-tiba akan ada di sebelah sana jika kita tidak melompat ke sana? Tidak kan? Walaupun kita tutup mata pejam mata tutup mata pejam mata kita tetap akan berada di situ juga jika kita tidak berusaha untuk ke sana. Sama lah juga macam yang aku sedang ceritakan sekarang. Kalau hendakkan sesuatu kita tak boleh dapat tanpa usaha macam kita tidur dan bangun esok kita dah berjaya. Tidak.


Ya mungkin kita selalu dengar orang-orang yang tak pandai di sekolah, yang berhenti sekolah sekarang jadi jutawan jadi orang berjaya kalah orang-orang yang pandai. Tapi adakah mereka berjaya tanpa lakukan apa-apa? Tidak kan? Mereka lakukan sesuatu untuk berjaya! Bukannya tunggu miracle jatuh ke riba. Gitewww... XD


Jadi, buatlah sesuatu untuk berjaya bukannya mengharapkan sesuatu untuk berjaya. Kalau kita tak usaha kita tak akan capai. Kalau kita tak cuba, kita tak akan dapat. Kalau kita tak buat, kita tak akan peroleh.












Sebenarnya entry ini lebih untuk diri sendiri yang selalu malas-malas, yang selalu harap-harap tiba-tiba aku boleh success. Nak ingatkan diri sendiri yang kalau aku tak usaha aku tak akan capai. Sebab itu tulis macam bagus saja tup tup untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu malas nak usaha lebih sedikit. Usaha ala kadar yang capai sesuatu yang ala kadar juga. Jadi, jom ubah. Strive for success, not just dream about it! :)


Mari terjah entry terbaru:





Haih, perempuan...

21/2/14


Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum...


Setelah lebih seminggu blog tidak berupdate, sekarang tiba masanya! Aku bukan apa, otak blank. Macam-macam benda lain yang aku fikir menyebabkan aku tak terfikir idea untuk menulis di blog. Rasa bosan juga tengok entry lama terpampang setiap kali buka blog. So yeaaa, mari kita kasi bedtime story!


Tadi aku keluar cari vacum, and yeay dah order! Lepasni kita seronok ler ya main vacum-vacum rumah! XD And lepas tu aku and parents pergi makan di satu tempat dan di situ ramai orang. Kaum hawa, kaum adam. Itu semua aku tak kisah. Itu lumrah alam.


Tapi, yang aku kisahkan ialah aku duduk di meja sini dan selang 5-6 meja ke sebelah sana ada sekumpulan kaum hawa yang comel dan ayu bertudung nampaknya. Waktu aku makan, aku dengaq 'hahahahahhahahahakkkkk!! aaaaa!! hahahahahhaa!!!!'. Terkejut iolls. Ingat kot apa dia. Pelik juga mana ada orang di meja sebelah. Tengok nun di sebelah sana selang 5-6 meja yang macam aku cakap tadi tu yang berbunyi. 


MasyaAllah, tak sangka. Memang kuat sangat macam mereka duduk di sebelah. Okey, nak gelak itu tak salah. Malah, tak salah langsung pun! But, kawal lah. Kelakar mana pun jagalah. Ramai orang di situ. Tempat tu bukan anta yang punya. Ya kakaks?


Perempuan kena jaga perlakuan. Tak manis dipandang bila ketawa sampai semua boleh dengar. Dan juga satu lagi nak cerita, berhenti buat video 'macam-macam'. Cukup-cukuplah ya. Video putus cinta. Video couple. Video menangis. Video perasan. Makanya, apa-apa sahaja video 'macam-macam'.


Boleh buat video. Tapi pastikan video yang bermanfaat. Macam yang Maria Elena, Shazreen Fazlynda buat. Ataupun buatlah video yang hampa minat, contohnya tutorial makeup ke tudung ke melukis ke. Ada lerr jugak faedahnya. Tak perlu buat video yang tak mendatangkan apa-apa dan bagi orang kutuk. Aku kesian tau tengok hampa. Jadi, kalau tak mahu orang kutuk jangan buat lagi ya sayang. :)


Jadi, itulah dia. Perempuan perlu kelihatan seperti perempuan dan juga perempuan jangan tunjukkan kelemahan diri kita. Jangan tunjukkan seolah-olah kita bodoh. No, kita tak bodoh tapi sometimes kita terlebih pula. Oh ya, aku tak marah. Baca dalam nada perlahan dan relax ya. Jangan gopoh. Nanti ingat aku marah. Tidak. :DDDDD


Terima kasih. Sentiasa Love~


Sekali sekala cubalah faham

5/2/14


tears


Assalamualaikum...


Oh, aku sangat penat sekarang semasa menaip ini tapi aku nak menulis untuk tenangkan hati aku. Haa, sebelum tu ini bukan macam video 'tolonglah faham saya cinta dia dalam masa 3 minit' tu. Kekeke. Ini benda lain.


Tentang mereka juga yang aku nak ceritakan. Mereka yang selalu dan yang suka memaksa aku untuk jadi macam yang sekarang ni. Suka hentam-hentam aku. Suka cakap segala perkataan yang tak disenangi oleh telinga yang mendengar. Suka ungkapkan kata-kata yang berupa doa untuk aku. Ya, mungkin mereka tak sedar. Tapi....... :'(


Mereka ingat aku nak sangat ke jadi macam sekarang ni. Tahu kenapa aku jadi begini? Sebab diri mereka sendirilah. Ya, mereka tak sedar bahawa diri mereka sendiri yang mendorong aku jadi macam ni. Kenapa suka mendesak supaya aku jadi macam ni?


Mungkin jugak aku ada jawapan untuk itu. Mereka tak cuba untuk faham aku. Bila aku sedih, mereka tak cuba faham. Bila aku marah, mereka tak cuba faham. Bila aku moody, mereka tak cuba faham. Sekalipun tak pernah. Yang mereka tahu, HENTAM, HENTAM DAN HENTAM.


Terlalu sedih. Terlalu terasa. Yang mereka tahu hanya hati mereka, hanya kepuasan mereka. Tahu, mereka punya kuasa. Mereka punya darjat. Ya, aku tahu dan aku faham. Tak perlu ingatkan juga aku tak akan pernah lupa aku siapa mereka siapa. Tapi tidak bermaksud yang mereka boleh lakukan aku sesuka hati kan?


Tak pernah sekali mereka terfikir apa salah yang mereka lakukan sampai aku jadi macam ni. Yang mereka tahu aku sahaja puncanya. Aku sahaja yang tiba-tiba jadi macam ni. Mereka langsung tak salah apa. Ya, aku mengaku aku pun ada salahnya. Tapi sedar tak mereka, mereka pun bersalah juga?


Aku tak suka rasa kecewa dengan mereka dan aku tak suka menangis sebab mereka dan juga aku tak suka marah pada mereka. Tapi sedar tak kenapa? Tak pernah sedar kan? Aku sayang mereka. Terlalu sayang. Kalau boleh aku tak mahu berpisah dengan mereka. Tapi bila tiba dekat aku, pernah mereka rasa apa yang aku rasa? Aku terlalu lalu lalu curious mereka sayang aku jugak tak? Kalau ya kenapa tak macam ya. Kenapa selau tunjukkan bahawa mereka tidak?


Untuk mereka, janganlah buat aku begini. Sekali sekala cubalah fikir kenapa punca aku jadi macam ni. Cuba fikir perkataan apa yang selalu diucapkan untuk aku. Cuba fikir layanan yang bagaimana yang diberikan untuk aku.


Aku tak suka jadi jahat pada pandangan mereka mahupun pada pandangan sesiapa. Aku sedar aku siapa dan janganlah cakap macam aku ni tak sedar diri langsung. Aku sedar. Tak akan pernah aku lupa. Sekalipun, TAK AKAN PERNAH sampai aku mati. Dalam hati selalu berharap mereka maafkan aku. Ya, aku salah. Aku tahu. Tapi tolong jangan hentam aku lagi. Bila aku salah, tolong jangan ungkap perkataan-perkataan yang menunjukkan aku terlalu jahat dan yang membuatkan aku memang jadi jahat. Tolong ingat, KATA-KATA ITU DOA.


Sudahlah, kesian sesiapa yang terbaca entry ni. Maaf ya, aku terlalu sedih dengan mereka. Sedih kuasa 100. Hehe. Jom tidur. Aku penat sangat ni sebenarnya. Dah pukul 2. Selamat malam sayangs... :')


Mari terjah entry terbaru:



Mari Throwback ke Zaman Kanak-kanak Saya!

31/1/14


zaman kanak-kanak



Assalamualaikum... :)


Entah kenapa rasa nak share pasal apa yang aku selalu buat masa zaman kanak-kanak. Selalunya kalau sebut saja kanak-kanak pasti disinonimkan dengan permainan yang mereka main kan? Nak buat apa lagi kalau bukan main! Jadi, memandangkan zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu, maka aku nak share serba sikit di sini! :)


Mungkin tak sama dengan apa yang hampa main masa kecil-kecil dulu tapi mungkin sama juga cuma cara mainnya sahaja yang lain. Aku ni seorang sahaja anak perempuan. Jadi, nak main dengan siapa kan? Baik, mari kita tengok apa yang aku main seorang diri di rumah.


Main cikgu-cikgu

Aku selalu main cikgu-cikgu sorang-sorang. Macam mana tu? Aku selalu kumpul semua buku-buku yang aku berkenan untuk jadikan buku 'anak murid' aku. Lepastu aku akan tulis di whiteboard kecil apa-apa sahaja as bahan pengajaran aku lah. Nanti aku akan tanda pada buku-buku yang aku kumpul tadi dengan bintang, perkataan 'baik', 'jumpa cikgu', 'cuba lagi' and etc. 

main cikgu-cikgu

Bila aku tulis di whiteboard, aku akan tanya pada imaginary pupils aku tu contohnya 'ini apa?' dalam suara biasa dan as wakil untuk imaginary pupils aku tu aku akan jawab dengan suara kecil 'ayammm......'. Haa amacam? Pernah buat begitu? Aku yakin hampa tak pernah buat pun. Aku ni memang macam-macam method aku main. Be creative lah kan sebab tak ada kawan nak main sama-sama as cikgu and anak murid. Kekeke.... Malu pulak bila teringat balik.


Oh satu lagi. Mak aku pernah belikan aku buku rekod kedatangan murid yang betul-betul punya untuk aku main. Nampak tak mak aku punya memahami dengan anak dia yang sadis ni main sorang-sorang tulis macam-macam nama sampai 20-30 nama 'murid' dia? And aku selalu denda 'murid' aku dengan menggunakan jangka tolok. >.<


Main doktor-doktor

doktor-doktor


Kunun-kununs jadi doktor pun biasa jugak! Mak aku belikan set permainan doktor tu and aku main sorang-sorang aku. Aku susun semua peralatan tu di belakang. Aku tulis nama pesakit. Contohnya;

Nama: Farah Natasya Binti Khairudin
Sakit: Asma
Umur: 20 Tahun
Alamat: Jalan Pandan, Taman Pandan


Gitulah bio 'patient' aku. Habis satu buku nota semata-mata tulis nama-nama 'patient' aku tu tau! Hampa selalu main doktor-doktor tulis tak bio pesakit? Hikhik. XD


Mandi Kolam



Seronok seronok seronok! Triple seronok bila mandi kolam ni! Bukan setakat mandi kolam biasa saja! Ada permainan aku yang tersendiri. Iaitu main lemas dalam laut and terdampar tepi pantai and aku akan 'masak-masak' tepi pantai tu sebab aku terdampar di tepi pantai yang tidak dihuni oleh sesiapa pun. Jadi bahan-bahan masakan seperti kerang, sotong and etc(batu-batuan) akan dikutip dari dalam laut(kolam). Seronok and rasa rare kot game yang aku main ni. Tapi game ni aku tak boleh main sorang-sorang. Aku selalu main dengan best friend aku. Sangatlah best okey!


Siapa pernah mandi kolam? Kalau sekarang ni aku still boleh mandi kolam plastik tu, aku pun nak! Best gilaaaa kot! Tapi kolam aku ni selalu koyak sebab terkena batu lah apa and setiap kali koyak aku suruh mak aku beli yang lain. Kesian mak!!! Kalau ingat balik, banyaknya pengorbanan mak habiskan duit semata-mata untuk keseronokan zaman kanak-kanak aku. :'(


Fairy

pari-pari


Aku suka main fairy-fairy ni sebab aku suka berangan. Game ni pon aku main sorang-sorang sebab kalau main dengan kawan aku, aku tak puas hati dengan action mereka yang bagi aku tak serupa pari-pari. Maka, aku rasa lebih puas main sorang-sorang macamlah aku punya act jadi fairy tu bagus sangat kens? :P


Aku pernah ada magic wand yang mainan punya tu and sayap dia. Color pink. Aku suka! Tapi bila dah besar sikit dah tak muat and magic wand color pink tu pun dah tak cantik. And aku buatlah magic wand aku sendiri guna lidi and lukis apa-apa bentuk dekat kertas and lekat dekat lidi tu. Jadilah magic wand super mudah aku and aku happy ja main dengan benda tu! Budak-budak janji dapat main kan? Kalau tak guna lidi tu aku gunalah kayu ke or besi ke semata-mata untuk jadikan magic wand.


Aku semakin tergila-gilakan mainan fairy ni bila kemunculan cerita Bawang Merah Bawang Putih yang ada Puteri Cahaya tu. Semakin menjadi-jadi rasa nak main masa tu. Selalulah main sorang-sorang. Hampa pernah main macam ni tak? :D


***


Haa, itulah dia antara cara main yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan dengan hampa di sini. Zaman kecil-kecil dulu bila main semua itu rasa gembira gila, infinity joys! Mak aku pulak jenis suka belikan segala toys yang aku nak. Mesti akan dapat punya. Terharu bila teringat zaman kecil-kecil. Seronok ja bila dapat semua mainan yang aku nak.


Oh, fyi masa aku kecil aku tak main congkak, tuju kasut ke apa macam orang lain sebab dekat taman perumahan aku ni tak ada budak-budak yang boleh aku ajak main and aku jenis katak bawah tempurung. So, aku main sorang-sorang saja lah. Lagi best, tak payah gaduh kalau tak sependapat!


Aku ialah budak yang duduk hanyalah di dalam rumah. Bukan kena kurung, aku sendiri yang pilih untuk begitu. Sekali-sekala tu kawan yang paling rapat sajalah yang datang rumah untuk mandi kolam and main doktor-doktor tu!


Jadi, ceritalah pula macam mana hampa main semua permainan yang aku ceritakan di atas tu? Ataupun apa sahaja yang hampa main masa zaman kecil-kecil dulu. Mungkin hampa pernah main permainan yang lagi rare and menarik daripada aku ke? Share-share story buat hari jadi happy! ;)


Maaf entry panjang sangat. Seronok share permainan zaman kecil-kecil! Apa-apapun syukran jazilan kesayangans semua. Ilal liqa'!


P/S: Boleh tolong aku tak? Tahu tak mana-mana online boutique or boutique yang jual tudung bawal labuh-labuh? Ataupun cara buat tudung bawal? TOLONG TOLONG TOLONG!


Mari terjah entry terbaru: