Jenis Personaliti Melalui Tulisan

29/1/14




Assalamualaikum...


Selamat petang! Mata sudah mula mengantuk macam biasa. Oh, hari ni nak share tentang personaliti seseorang melalui tulisan. Macam yang selalu aku kata, aku suka sangat benda-benda yang berkaitan dengan personaliti ni! Jadi, mari kita tengok! :D


Tulisan Berubah-ubah

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.


Tulisan Tegak

Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.


Condong ke kiri

Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!



Saiz tulisan Besar

Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


Saiz tulisan Kecil

Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.


Semakin lama semakin besar

Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.


Semakin kecil

Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!


Bentuk tulisan lebar

Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.


Tulisan kurus

Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.


Tulisan bersegi empat

Otak matematik rupanya dia ni.


Tulisan bulat

Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.



***

Haa, baik. Macam mana? Betul ke idak? Untuk aku, personaliti aku memang ada yang sama dengan apa yang diceritakan di atas. Aku punya tulisan sering berubah-ubah iaitu diri aku sendiri, sikap aku sendiri sering berubah-ubah. Hehehe..


Dan juga satu lagi tulisan aku sekarang ini jenis condong ke kiri. Kalau ikut apa yang dia kata, jenis personalitinya ialah orang yang sensitif tapi luarannya macam biasa-biasa saja tu memang kenaaaa sangat-sangat. Aku cepat sensitif sebenarnya tapi buat-buat tak rasa apa saja. Ya, aku selalu berhati-hati dalam apa sahaja yang aku nak buat sebab takut menyesal nanti hah. And satu lagi setia dengan orang yang dia sayang, betulkah? Jawapannya, aku sajalah yang tahu. Hikshiks.


Jadi, bagaimana pula dengan hampa? Mari kongsikan di ruangan comment! ;)


Syukran Jazilan, Ilal Liqa'!


Entry Berkaitan:


Not In Mood

28/1/14




Assalamualaikum..


Entry ni bukan berkaitan apa-apa yang penting. Jadi, boleh baca kalau nak dan kalau tak nak no problemo. So yes, I'm not in the mood. Rasa nak buat apa pun tak ada mood. Aku ada faktor-faktor dia yang tersendiri.


Orang sekeliling yang palingggg rapat itulah yang selalu buat kita rasa tak berguna kan? Cerita pasal orang lain pong pang pong pang puji melangit depan kita. Aku sudah faham yang mereka nak kata dia bagus, aku tidak. Aku dah tahu. Tak perlu nak bagitahu sangat lah kan.


Cerita dekat orang yang kita ni tak reti itu tak reti ni macam kita memang tak reti langsung padahal tak adalah seteruk itu. Orang lain pun percaya dan tergolong juga dalam kalangan mereka ini. Yes, I'm disappointed. Janganlah buat sampai aku rasa tak berguna sangat.


And, kenapa nak minta tolong aku sedangkan mereka kata aku tak reti apa kan? Suruhlah insan yang hebat yang mereka puji-puji selalu tu untuk buatkan untuk mereka. Aku kan tak retiii.... Aku just tak faham.


And kenapa nak buat konon-konon ambil kisah pasal aku padahal ambil kisah tu ada sebab lain. Sebab takut ____________. Aku faham sangatlah. Aku tak harap pun untuk mereka ambil kisah pasal aku macam tah. Tak ambil kisah pun tak mengapa daripada berpura-pura.


Okeylah, daripada aku sambung panjang-panjang entry kecewa aku ni lebih aku stop sebab tak mendatangkan apa-apa untuk hampa. Aku rasa ini ialah entry tak berguna aku yang pertama. Kehkehkeh. Orang lain buat, aku nak buat juga sebab iyalah aku dah lama simpan. Nak juga tulis. Okey. :')



Mari terjah entry terbaru:





Courtesy/Adab

22/1/14




Assalamualaikum dan selamat petang! :D


Courtesy- the showing of politeness in one's attitude and behavior toward others."he had been treated with a degree of courtesy not far short of deference" synonyms: politeness, courteousness, good manners, civility, respect, respectfulness; chivalry, gallantry; graciousness, consideration, thought, thoughtfulness, cordiality, urbanity, courtliness "our customers will be treated with courtesy"


Jadi, sudah faham apa itu courtesy. Adab, kesopanan, kelakuan yang baik, hormat, ambil berat, ihsan dan sebagainya itu adalah suatu perkataan yang berbeza tetapi punya maksud yang sama. Punya nilai yang sama.


Apa yang aku nak cerita is, yes courtesy. Walau siapa sahaja kita, walau berapa pun umur kita walau apa sahaja perlu letak adab dalam diri. Bila tiada adab, jadi biadap. Faham? :)


Especially sekali aku tekankan untuk kaum Hawa yang selalu disinonimkan dengan kelembutan persis puteri namun hancur bila terpekik, terlolong, mencarut, tak hormat, cakap kasar dan sebagainya. Aku jujur ya, malu sangat bila lihat perempuan tidak beradab. Baik, aku faham andai kata memang kita kasar dan kita rasa 'ish over arr nak lembut-lembut ni, macam ngapo lagi eyh. meluat aku'.


Tak mengapalah kalau memang kita ni dah semulajadinya 'keras' namun, boleh control kan? Cubalah sedikit dulu untuk tak menghancurkan imej sendiri. Tak mengapa kalau orang nak kata kita over bila ada kesopanan daripada orang kata kita ni langsung tak ada adab, biadap, ill-mannered, kuajo. Kan? Nak ke kita bila orang lain tengok saja muka kita orang akan terdetik 'dia ni biadab'. Tak apa rasanya kot kalau dibenci sebab kebaikan yang kita buat daripada dibenci sebab keburukan kita?


Lastly, just peliharalah adab kita. Cubalah sikit-sikit. Kalau dah sebati tu memang agak payah tapi just cuba dahulu sebabnya bila dah selalu akan jadi biasa. Jangan berbangga dengan sikap kita yang tidak semenggah tu. Aku sukaaaa sangat tengok orang yang beradab. Hampa pun mesti sama kan dengan aku? Kita sendiri pun tak suka kan kalau orang tak beradab dengan kita? Jadi kalau tak suka orang buat dekat kita, janganlah buat dekat orang.


Itu sahajalah.. Kenapa macam serious saja entry aku ni??? Okeylah mari kita senyum banyak banyak. :)❤ ^_^ ❤(: ❤:D❤XD❤ Aku bukannya nak serious pun tapi macam hambar ja jadinya eyh? Minta maaf ya kalau rasa macam kejang ja muka baca entry aku kali ni. Mari layan quotes.






Mari Terjah Entry Terbaru:


Jangan Tak Suka Sangat, Kelak...

18/1/14




Assalamualaikum...


Hai kuasa 100 untuk hampa semua. Rindu hampa. Mesti tak perasan aku menghilang kan.. Sobs. Okey, tak mengapa. Itu bukan pokok utamanya. Sebenarnya aku ada banyakkkkk cerita nak story mory dekat hampa tapi aku nak cerita yang ini dulu. Aku yakin hampa pun mungkin dah boleh tebak apa sambungannya tajuk aku tu.



Maka, macam orang selalu kata kalau tak suka tu jangan tak suka sangat dan kalau suka/sayang tu, jangan suka/sayang sangat. K, aku tak percaya. Mustahil. Bohong lah. Mitos semata. Entah apa-apa..


Baik, aku mengaku dulu pernah juga terlintas begitu. Maksudnya macam tak percaya saja lah ungkapan tu kan. Tapi, bila dah kena dekat diri sendiri tu haa baru lah nak terhegeh-hegeh tersedar diri sendiri. Salah satu contohnya is aku ada kucing. Putih. Bulu pendek. Aku tak suka gila-gila dekat dia. Aku kata dia hudoh. Aku kata dia mengada-ngada. Aku kata dia pulon. Tapi sekarang kucing ni lah yang paling aku sayang. Dia lah yang teman aku tidur tiap-tiap hari. Dia lah yang aku rindu setiap kali berjauhan dengan dia. Ecewahhh, kan? Macam orang daa, tapi itu lah hakikat dia.


Ada lagi pengalaman aku. Macam kawan baik aku sekarang. Dulu aku pandang dia macam 'ish, siapalah budak nampak macam blur ni? meluat arr meluat arr, tak mau kawan dengan diaaa' lebih kurang gitu, tup tup dialah kawan share segalanya. Huahahahh. Ada lagi contoh lain tapi tak mau cerita. Okey. :)


Konklusinya, kalau hampa tak suka sangat dengan sesuatu aku mohoooonnnnn sangat-sangat, JANGAN. And kalau sayang sangat dengan sesuatu aku mohoooonnnnn sangat-sangat, JANGAN kecuali sayang dan cinta kepada yang berhak dan yang sepatutnya kita cinta. Boleh kan? Tak mahu nanti diri sendiri yang gelakkan diri sendiri. Jadi, apa-apa pun kita beringatlah. Kenn?


Oh, fyi internet aku problem haritu and aku balik KL sekejap and aku rasa nak menangis tak bukak blog tapi sekarang dah okey! :D Nak jenguk kakaks, adiks and kawans blogger. -wink-


Mari terjah entry terbaru:


Cerpen: Jannatul Firdaus III

 12/1/14




Assalamualaikum...


Uwaaa, ngantuknya.. Tapi sebelum aku nak merebahkan diri di atas katil sedang-sedang aku tu, aku nak update cerpen ni untuk yang terakhirnya sebab...... Sebab Farah tegur, bila nak update lagi. K, aku malu sebenarnya bila dia baca cerpen aku tapi nak buat guane kan dah namanya pon blog, maka semua orang pun boleh baca. So, here... :) 


***


“SHHHH! Tidurlah! Janganlah bising! Nanti orang lain dengar macam mana? Ish, diam lah!” Tertekannya diriku saat ini. Sembilan bulan telah berlalu, aku dikurniakan sepasang kembar yang bagiku amat menyusahkan. Aku tidak tahu untuk menguruskan bayi. Aku tidak tahu apa yang mereka inginkan. Aku tidak faham mereka.

Aku menggosok kepala dengan kasar. Bagaimana lagi yang perlu aku lakukan? Malam yang sunyi itu rasanya sudah dipecahkan oleh suara anak-anakku ini.

Aku menggendong anak perempuanku dan menyusukannya. Kemudian, giliran kembar lelakinya pula. Hangat terasa apabila memeluk anak-anak. Kedinginan malam bagai dapat diredakan sedikit.

Aku letakkan mereka di atas tilam nipis dan menyelimutkan mereka. Mata-mata yang terkatup itu aku tenung. Mereka tidak berdosa. Semuanya hanya aku. Aku tidak punya alasan untuk menyalahkan mereka. Aku tidak punya alasan untuk mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang ibu.

Buat pertama kalinya aku lekapkan bibir ku ke wajah-wajah suci itu. Aku usap lembut kepala mereka. Tenang. Hanya itu dapat aku gambarkan ketika menyentuh darah dagingku ini.

Ya Allah... Izinkan aku untuk menebus dosa-dosaku. Tidak mengapalah jika aku tidak diterima oleh orang lain. Asalkan aku dapat diterima olehMu dan juga anak-anakku. Aku hanya punya Engkau dan mereka Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.

Malam itu, menjadi saksi taubatku. Aku sujud memohon keampunan daripada Yang Esa. Anak-anak, moga kalian adalah pembimbing buat emak untuk menuju ke Jannatul Firdaus...


JANNAH mengangkat wajah dan terus memeluk diriku erat setelah mendengar kisahku. Bagai cerita biasa tapi punya impak yang luar biasa buat aku. Orang yang mendengar tidak akan pernah faham. Hanya anak-anak yang menjadi penguat semangatku.

Mereka menjadi tali untuk berpegang teguh. Mereka menjadi keutamaanku. Mereka menjadi pengajaran buatku.

Jannah terhinggut-hinggut menangis di bahuku. “Emak.. Jannah sayang mak sampai bila-bila. Biar apa sahaja orang menganggap, hanya kita dan Allah yang tahu. Jannah tak kisah masa silam mak. Jannah hanya nak bersama dengan mak!”

“Janji dengan mak ya sayang? Jangan pernah putuskan semangat mak. Hanya kalian yang menjadi pendorong untuk mak. Mak tak ada sesiapa. Tolong ya nak?” soalku. Jannah mengangguk.


FIRDAUS pulang ke rumah. Wajahnya merah. Aku pandang dirinya. Dia kemudiannya duduk di tepi dinding. Termenung dengan wajah serius.

“Daus marahkan mak?” soalku bagai kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Aku ketawa kecil yang aku sendiri tidak faham apa maksudnya. “Anak mak yang dah besar ni dah pandai marahkan mak sekarang ya?

“Daus sedar tak yang selama 16 tahun Daus hidup, sekalipun Daus tak pernah marah dekat mak? Mak pun tak tahu kenapa? Mak terima untuk sekali ini yang Daus marahkan mak. Mak faham apa perasaan Daus. Mak dah lalui benda ni berulang kali. Mak salah. Mak hancurkan perasaan orang lain. Mak buat orang lain kecewa dengan diri mak. Mak tak pernah harap orang lain terima mak, Daus..

“Tapi dengan kehadiran Jannah dan kamu, mak seolah-olah punya keyakinan yang luar biasa. Mak bagaikan punya keyakinan bahawa hanya Allah dan anak-anak mak sahaja yang dapat terima mak. Tapi, kalau Daus sendiri dah tak mahu maafkan mak, bagaimana? Siapa lagi yang mak boleh harapkan. Tak lengkap kekuatan mak nak kalau mak kehilangan kamu sebagai sumber kekuatan mak.”

Aku memandang wajah Firdaus yang tidak beriak. Dia hanya memandang kosong ke arah lantai. Aku tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Adakah dia bakal menerimaku semula? Atau dia bakal berpaling dariku? Aku sedar bahawa aku tidak layak digelar ‘emak’ oleh anak-anak yang baik seperti Jannah dan Firdaus.

Jannah datang menghampiri. Dia duduk di sebelah Firdaus dan mula menceritakan kisahku. Firdaus diam dan aku tahu pasti dia akan mendengar juga. Aku bangun dan berlalu ke dapur. Aku takut dengan kemungkinan yang bakal aku hadapi. Adakah selepas ini Firdaus pula yang akan meninggalkan aku terkapai-kapai dalam mencari redhaNya?



SATU minggu. Dua minggu. Tiga minggu. Sebulan. Firdaus tidak menegur aku. Aku hanya akan bertanya melalui Jannah apa-apa mengenai Firdaus. Tidak mengapalah nak jika kamu masih belum mahu berbicara dengan mak. Asalkan kamu tidak meninggalkan emak di sini. Tidak mengapalah, asalkan mak boleh memandang wajah anak mak.

Aku tidak nafikan aku sedikit terluka dengan sikapnya. Tapi apa saja yang harus aku lakukan? Dia punya hak untuk kecewa denganku kerana selama ini dia begitu percaya dengan aku. Hanya meletakkan harapannya buat aku. Hanya memandang aku adalah ibu terbaik di dunia. Tetapi hanya dengan satu cerita ringkas, boleh saja merobohkan rasa-rasa itu.

Aku tidak mahu menitiskan air mata. Aku tidak mahu anakku berdosa kerana membuatku menangis. Tidak. Aku cekalkan hati agar menerima segalanya. Berikan Firdaus masa untuk menerima diriku semula. Aku mahu kembali menggapai rasa cintanya buatku.

Aku menghampiri Firdaus yang sedang duduk di sofa lama sambil menonton televisyen. Aku duduk di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Satu minit, dua minit, tiga minit, aku terus-menerus mengira waktu dan tiba-tiba terasa bahuku berat.

Aku terkaku. Tercium bau rambut Firdaus. Firdaus melentokkan kepala ke atas bahuku. “Mak.. Boleh kan kalau Daus nak buat begini untuk seketika? Sekejap saja. Kalau mak tak relakan pun, relakanlah sekali ini saja.”

Bergenang air mata mendengar kata-kata itu. “Firdaus anak mak.. Sampai bila-bila pun kalau nak terus begini mak tak kisah. Berada di sisi anak-anak mak sampai mak mati pun mak sanggup. Anak-anak mak adalah segalanya untuk mak. Tanpa Daus, tanpa Jannah, siapalah emak? Andai Allah tak mengurniakan kalian untuk mak, mungkin mak tak akan sedar diri mak.”

“Daus sayang mak sampai bila-bila. Daus tak patut layan mak macam tu. Daus tak boleh terus-menerus jauh dari mak. Daus tak boleh tipu diri sendiri. Untuk apa Daus kecewa jika Daus punya ibu sehebat emak? Masa silam yang telah ditutup, bukan untuk dibuka semula.”

Firdaus mengangkat kepala dan terus mendakapku. Aku mengusap belakang kepalanya. Jannah juga datang menyertai pelukan aku dan Firdaus.

“Ya Allah, kau berkatilah kami. Kau berikanlah rahmatMu buat kami. Berikanlah keredhaanMu buat kami Ya Allah.. Biar tiada insan yang menerima masa silam kita. Biar setiap jiwa membenci masa silam kita, asalkan kita punya Yang Esa. Allah kurniakan dua orang cahaya mata untuk emak jadikan pembimbing untuk ke SYURGA TERTINGGI.. Moga Allah perkenan...”


TAMAT


***


Yey, dah siap update sampai habis! :D Sebenarnya aku malas nak update tapi update sajalah kan cause lambat-lambat pun kena update jugak nanti. Baik, aku tekankan lagi sekali ini bukanlah cerita-cerita yang hebat sebabnya penulisnya pun bukanlah seorang yang hebat dengan pengalaman yang luas. Jadi, don't expect cerita yang kebabommm daripada aku kerana aku masih merangkak dalam menulis dan aku masih dikategorikan as syok sendiri. K, sudah. Beta nak pergi beradu... :)



Mari terjah entry terbaru:


Bukan Semua Orang Akan...

10/1/14




Assalamualaikum...


Yey, aku dah ada idea untuk menulis! Oh, mengapa aku suka buat tajuk tergantung? Sengaja. Itu style aku. Konon best lah. Ahaha.


Okey, tak kira lah apa pun. Yang penting aku nak share pasal apa yang ada dalam otak aku sekarang ni. Oh, bukan semua orang akan apa? Apa apa? Fikir cepat. Mari sini aku beri jawapan.


Bukan semua orang akan suka kita.

Bukan semua orang akan percaya apa yang kita cakap walaupun kita bercakap benar.

Bukan semua orang akan bersangka baik dengan kita.

Bukan semua orang akan buat baik dekat kita.

Bukan semua orang akan hormat kita.

And etc.....


Alangkah seronoknya kalau tulisan merah itu sahaja yang ada kan? Tapi bila ada ayat di depannya itu yang kita panggil life. Kalau tak ada ayat didepannya tu rasanya kita bukan berada di dunia.


Okey, jadi maksudnya aku rasa kita tak perlu untuk bersedih dan kecewa bila bukan semua orang sekian sekian sekian pada kita. Aku baru lalui benda-benda tu beberapa hari yang lalu dan aku betul-betul sedih and aku menangis tapi hari ni tiba-tiba macam minda dan hati aku terkena penampar. Maksudnya penampar kesedaran gituuu..


Untuk apalah aku sedih? Untuk apa? Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri lalui benda-benda begitu kan. Aku diuji dengan benda sekecil tu, nak bersedih macam the end of the world. Hidup kita tak berakhir bila orang sekian-sekian-sekian pada kita.


Biarkan sahaja mereka. Yang penting apa? Yang penting diri kita, Allah dan ada orang lain yang tahu bahawa kita ni bukan macam yang mereka fikirkan, bukan macam yang mereka sangkakan. Biarkan dengan andaian mereka. Biarkan dengan spekulasi songsang mereka, yang penting kita bukan apa yang mereka jangka!


Betul? Atau tidak? Untuk apalah kita bersedih untuk sesetengah orang yang kalau kita fikir sepatutnya mereka-mereka tu tak patut kita kesahkan. Biarkan mereka panas hati sendiri dengan spekulasi sonsang yang macam aku katakan tadi. Biarkan mereka hidup dengan cara pemikiran mereka sendiri. Yang penting kita tahu apa yang sebenar-sebenarnya...


So, be happy. Sentiasa tersenyum. Sentiasa sabar. Sentiasa ingatkan diri yang Allah ada dengan kita. Macam tu. Okey? Sebenarnya ini untuk diri aku sendiri sebab aku lalui benda ni hari tu. Jadi, sesiapa yang senasib dengan aku tu, cuba kita buka minda kita. Pandang lebih jauh. Fikirkan. :)


Ilal Liqa'!


Mari terjah entry terbaru:

Lavender Field in France

9/1/14












***


Semua gambar adalah ihsan Google. :) Oh, aku dapat rasa fefeeling-fefeeling berada di sekitar lavender field di Provence, France ni. Omooo~~ Mesti best kan? Memang nak sangat-sangat lah kalau dapat pergi! Mesti seronok and orang kata don't drop anything purple cause susahlah nak jumpa balik kan. Ekekeke... :D


Sebenarnya, aku tak ada idea untuk menulis dan aku just nak share gambar ladang ni untuk beri sedikit ketenangan buat aku, buat hampa. Begitulah.. Oh satu lagi, untuk makluman rasanya aku akan lebih aktif blogging pada hujung minggu sebabnya hari persekolahan aku begitu busy dan homework rasa macam nak menangis ja tengok. Tak ada dah istilah nak rest-rest nak balik tidur ke apa. Sedih wey!


Jadi, doakan segala urusan aku berjalan lancar. Ya? Hampa doa aku, aku doa hampa. Moga Allah bimbing dan lindungi kita daripada segala-galanya, sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Berkuasa.. :)



Mari terjah entry terbaru:

Cerpen: Jannatul Firdaus II

6/1/14




Assalamualaikum..


Aku sekarang ni sangat-sangat-sangat lah mengejar masa. Sebab apa? Sebabnya... Nak exam tu buatlah cara macam nak exam kan. Nak tak nak, niat tak niat, memang akan terjebak juga dengan cara nak exam ni. Masa untuk blogging sedikit terhad dan jugak, aku akan bw ke blog hampa yang tinggalkan jejak if aku ada masa.. Aku akan pastikan lah nanti.. So, mari je le kat blog aku ni sebab jangan risau aku akan ke sana pula. Jadi, here sambungan cerpen Jannatul Firdaus. :)

***

PULANG daripada menoreh getah pada hari Jumaat itu, aku terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumahku. Pelik. Jarang ada tetamu yang akan berkunjung ke rumahku. Selalunya hanya jiran-jiran di kampungku sahaja.

Aku menghampiri dan ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangiku. “Assalamualaikum, encik?” Dia berpaling ke arahku dan bagaikan dipanah petir, jantungku hampir gugur menyembah bumi.

Dia tersenyum sinis. “Hahaha. Betullah ini rumah Puan Nur Jinan?” soalnya sinis. Aku hanya memandangnya kosong. Apa yang dia mahukan.

“Mesti pelik kenapa aku ada di sini kan? Aku bukan apa, aku nak tengok anak-anak saudara aku saja. Sudah 16 tahun berlalu, mesti dah besar anak kau kan.”

“Along nak apa? Kalau setakat nak hancurkan kebahagiaan keluarga Jinan, tak perlulah long. Pergilah balik!” Air mata mula bertakung di dalam tubir mataku.

“Haha. Sombong kau sekarang kan? Hidup dalam rumah kayu macam ni, ada hati nak menyombong dengan aku?” Dia memandangku tajam. Air mataku mula jatuh satu per satu ke pipiku.

Aku tidak mengendahkannya dan segera membuka pintu rumah untuk masuk ke dalam. Belum sempat aku melangkah masuk, Along terlebih dahulu menerpa masuk ke dalam rumahku.

Firdaus yang baru sahaja bangun daripada tidur menggosok-gosok matanya. Dia memandangku dengan penuh tanda tanya apabila memandang ke arah tetamu yang tidak dikenalinya itu.

Aku hanya berdiam diri dan terus menangis. Aku tidak betah menahan air mata kerana luka itu pasti akan berdarah kembali. Aku tidak mahu jika benar ianya akan terjadi.

“Oh.. Ini anak saudara aku? Dah besar rupanya. Sini bang, mari dekat Pak Long,” ujarnya. Firdaus yang tidak mengetahui pokok pangkal cerita, menuruti perintah Along. Aku menggenggam baju.
Along menyentuh lembut bahu Firdaus dan memandangnya dengan mata yang tidak berkedip. “Nama siapa?” soal Along. Firdaus menjawab. Along senyum sinis sekali lagi.

“Firdaus... Cantik namanya. Tapi sayang, permulaannya tidak berapa baik. Hahaha. Kasihan kau,” ujar Along. Aku dapat merasai yang Along cuba untuk menyampaikan sebuah kisah lama yang aku cuba lenyapkan jauh daripada hidupku.

Firdaus mengerutkan kening tetapi masih mendiamkan diri. “Kau bahagia dengan mak kau ni?” soalnya lagi. Firdaus mengangguk. Along membuka mulut untuk berbicara lagi tetapi kembali terdiam apabila melihat kelibat Jannah pula datang untuk melihat siapa tetamuku.

Along memandangku pula. Hairan. Siapa pula anak gadis ini. Dia mengangkat kening meminta penjelasan. “Anak Jinan. Kembar Firdaus,” jawabku perlahan. Along ketawa kuat bagaikan terdapat sesuatu yang benar-benar lucu pada pendengarannya.

“Hebat betul kau kan. Dapat kembar sekaligus.. Firdaus,” dia memandang ke arah Jannah yang kebingungan apa yang sedang terjadi. Along memandang Jannah untuk mengetahui namanya pula. Jannah juga memberitahu Along.

“Wah wah.. Hebat-hebat nama anak-anak kau. Syurga tertinggi... Tapi layak ke kau ni letak nama-nama indah macam tu untuk anak-anak haram macam mereka ni!!” jerit Along dan serentak dengan itu jantungku berkecai dan berdarah. Kenapa perlu dia ungkit kembali kisah lalu yang aku mengaku salahku sendiri.

Aku pandang wajah Firdaus dan Jannah. Aku pasti mereka juga punya perasaan sepertiku. Pasti mereka tidak menjangka punya ibu sejijik aku. Firdaus terduduk lemah dan Jannah berlari masuk ke dalam biliknya.

“Mak.. Be.. Betul ke apa yang Daus dengar ni mak? Daus dengan Jannah...” soalnya tanpa menghabiskan ayat terakhir. Aku terkaku dan hanya air mata sebagai jawapannya. Firdaus memandangku dengan pandangan tidak percaya. Ya Allah.. Dugaan apakah ini.

Along kelihatan puas. “Ini balasan atas kesalahan kau,” ujarnya dan berlalu keluar daripada rumahku. Aku menutup pintu. Aku dapat merasakan yang hanya dengan sepotong ayat, anak-anakku pasti tidak akan memandangku seperti dahulu lagi. Sungguh, aku tidak pernah beritahu mereka apa yang telah terjadi dahulu. Malah, aku tidak pernah beritahu tentang keluargaku. Mereka punya bapa saudara. Mereka punya nenek. Tetapi aku tidak pernah menceritakan segalanya kepada mereka. Aku tidak mahu mengungkit perkara lalu yang sungguh pahit yang pernah aku alami. Sakitnya hati ini, Ya Allah...

Firdaus memandangku dengan air mata yang bercucuran. Pasti hancur hatinya menerima hakikat ini. Dengan sekelip mata, ibu yang dianggap segala-galanya lenyap begitu sahaja. Dia tersenyum sinis.

“Patutlah mak tipu kami? Patutlah mak kata ayah dah meninggal! Patutlah mak tanya kalau mak jahat! Dan patutlah kami dibin dan dibintikan dengan Abdullah!” Jeritnya kuat. Pedih kudengar suaranya. Aku yakin, Jannah juga pasti mendengar daripada biliknya kerana rumah ini kecil.

“Selama ni.. Daus kena tipu. Berpura-pura dengan kebaikan mak! Menipu kami! Ini yang Daus sayangkan sangat selama ni. Daus jijik! Jijik dengan diri sendiri. Hinanya diri Daus ni mak!” Firdaus meraup wajah dan berlalu keluar daripada rumah dan melanggar bahuku.

“Daus! Dengarlah apa mak nak cakap! Firdaus!!” jeritanku hanya sia-sia. Firdaus pergi entah ke mana dengan motosikalnya.

Aku mengesat air mata laju. Aku mahu menjelaskan perkara ini kepada anak-anakku. Aku tidak mahu anak-anakku tidak menyayangiku lagi. Aku segera masuk ke dalam bilik Jannah. Kelihatan Jannah sedang memeluk lutut sambil menangis di tepi pintu bilik. Aku duduk di atas lantai dan aku sentuh bahunya yang terhinggut-hinggut.

“Sayang.. Jannah marahkan mak juga ke? Jannah janganlah marahkan mak dulu. Mak nak jelaskan semuanya. Mak minta maaf, nak. Memang mak salah. Mak sendiri yang hancurkan diri mak sendiri. Tapi kalian, anak-anak mak tak pernah terpalit dengan dosa mak. Tak ada istilah kotor untuk anak-anak mak,” ujarku. Aku pandang wajah Jannah. Dia hanya diam seribu bahasa. Wajahnya tidak kelihatan marah. Oleh itu, aku berkeputusan untuk menceritakan apa yang telah terjadi.


“APA?! Selama 22 tahun ibu jaga kamu, ini balasan kamu dekat ibu? Hah?” soal ibuku. Aku hanya menunduk. Benar. Aku salah. Tiada sepatah perkataan pun yang mampu aku ungkapkan. Ibu memandangku dengan pandangan bengis. Ayah juga begitu. Pasti hancur harapan mereka. Along pula hanya mendiamkan diri.

“Patah hati ibu Jinan! Selama ni, ibu percaya dengan Jinan. Ibu tak pernah simpan curiga apa-apa terhadap Jinan. Ibu yakin sangat yang anak perempuan tunggal ibu ni akan jadi anak solehah. Yang jaga batas pergaulan. Tapi harapan ibu musnah!” ujarnya.

Aku memberanikan diri untuk memandang ibu dan ayah. “Ibu, ayah. Jinan tak berniat nak buat ibu ayah kecewa. Jinan mengaku, Jinan salah. Tapi, bagilah peluang pada Jinan. Sekali ini saja,” ujarku.
Ayah memandangku. “Pergi cari lelaki tu. Dia mesti bertanggungjawab,” ujar ayah, ringkas. Aku terdiam.


“AWAK! Awak janji kan dengan saya yang...” belum sempat aku menghabiskan bicara, Fakrul terlebih dahulu memotong.

“Aku tak akan bertanggungjawab dengan apa yang dah terjadi. Kau yang bodoh. Kau yang serah diri kau untuk aku. Kau tanggung sendiri. Aku bukan dijadikan untuk diri perempuan bodoh macam kau!” ujarnya.

Aku terkedu. Ya. Aku bodoh. Hanyut dalam belaian cinta nafsu semata. Pemikiran yang Allah kurniakan langsung aku lupakan. Aku leka dengan ayat-ayat si pencinta nafsu. Aku musnah dengan kebodohanku sendiri. Aku percaya dengan kata-kata dusta.

“Kenapa diam? Tersedar? Menyesal? Hahaha! Padan muka kau. Kau hiduplah dengan ‘benda’ yang ada dalam perut kau tu! Eh, kau ingat hidup aku ni dengan kau saja ke? Berlambak wey, aku jahanamkan perempuan macam kau! Aku tak akan musnahkan hidup aku semata-mata nak bertanggungjawab pasal kau,” ujarnya dan berlalu pergi.

Aku menggenggam rambut. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan lagi. Sia-sia jika aku menyuruhnya untuk bertanggungjawab sedangkan dia memang tidak layak untuk menjadi seorang suami. Kerana seorang lelaki, aku musnahkan diriku sendiri. Aku benci kandungan yang sedang membesar di dalam perutku. Kerananya, aku terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Aku benci!!!





“KELUAR!! Jangan pernah jejakkan diri di sini lagi. Jatuhkan maruah keluarga! Lupa agama. Lupa diri! Apa yang boleh kamu beri untuk kami lagi bila diri kamu sendiri sudah begitu? Bila kamu ada keluarga juga untuk apa? Kamu dah tak suci! Keturunan kamu juga lahir daripada kejahilan kamu. Ayah tak mahu lihat muka kamu. Cukup 22 tahun kami bersama kamu. Setakat ini sahaja sejarah kita. Anggap saja kamu tak pernah punya ibu dan ayah,” ujar ayah. Jelas dia kecewa.

“Kalau kamu rasa kamu masih ada ibu bapa juga tidak guna bila perbuatan diri kamu itu seperti tak pernah dididik! Kami malu! Pergilah. Bawa diri kamu sendiri. Kamu mahu bertaubat, atau apa sahaja, terserah!” Ibu menyambung.

Terluka. Menyesal. Tetapi, untuk apa? Along turun membawa sebuah beg besar dan diletakkan di tepi tangga. Kemudian Along hanya memandang ke dinding. Tidak sudi untuk memandang wajahku lagi agaknya..

Aku segera mencapai beg dan keluar daripada rumah itu setelah memberi ucapan maaf buat semua ahli keluarga. Entah bagaimana agaknya masa depanku selepas ini..


AKU akhirnya terduduk di depan pintu rumah yang baru sahaja ku sewa. Nasib baik sahaja aku dapat menjumpai rumah kayu yang kecil ini. Sekurang-kurangnya aku punya tempat berteduh. Baru aku teringat tentang kandunganku setelah seharian mencari tempat tinggal.

Aku pegang perutku. Mata aku renungkan jauh bagaikan dapat menembusi apa sahaja yang berada di depan mata. Anak ini... Aku sudah berdosa sekali. Mungkinkah untuk aku menambah lagi dosaku dengan menggugurkannya? Tetapi, jika aku menyimpan kandungan ini, pasti aku akan teringat tentang dosa lalu...

Aku menghantukkan kepala perlahan-lahan ke bingkai pintu. Buntu. Fikiranku tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku bangun dan masuk ke dalam rumah.

***

So yeah, sampai di situ saja dulu. Aku belum gosok baju lagi. Kang lewat-lewat kang diri sendiri yang mengamuk. Ahahaha. Aku mudah sangat mengamuk sekarang ni haa.. Huih, lega sikitlah knuckles aku cause tadi lepas buat kerja BI sakit gila k. And sampai di sini saja. Masih ada sambungan dia. Kalau rasa nak baca, baca, tak mahu terserah.. Ohoho.. Okey sayangs, selamat malam! ;)



Terjah Entry Terbaru!:



Cerpen: Jannatul Firdaus I

4/1/14




Assalamualaikum..


Aku rasa dah lama juga perap cerpen ni tak habis-habiskan. Sebenarnya aku lupa pasal cerpen ni. Oh, ini bukan kisah siapa-siapa, jauh sekali kisah aku. Kekeke. Ini mengisahkan tentang seorang ibu yang berusia 38 tahun bersama anak-anaknya. Aku cuba letakkan diri aku sebagai seorang ibu di dalam cerita ni. Cuba untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak padahal diri sendiri punya kesalahan besar. Mungkin kisah biasa sahaja, tapi aku cuba selitkan perjalanan seseorang bagaimana menjadi yang lebih baik. :)


***


JANNAH pergi ya mak. Mak masak sedap-sedap hari ni ya!” ujar Jannah sambil tersenyum kepadaku. Aku membalas senyuman manis anak daraku itu dengan hati yang berbunga. Pandai dia mengambil hatiku. Walaupun makanan yang ku masak bukanlah seberapa, tetapi anak-anakku tetap memuji masakanku.

“Mak, Daus tu mana? Dah lambat ni. Nanti kena marah cikgu macam mana?” rungut Jannah. Aku sentuh lembut bahu Jannah dan berpaling ke dalam rumah. “Daus! Cepat, nak! Ni Jannah tunggu. Takut kena marah cikgu nanti,” jeritku.

Beberapa saat kemudian, kelihatan Firdaus datang menghampiri sambil kelam-kabut membetulkan tali lehernya. Entah apa lah yang membuatkannya lambat untuk bersiap. Firdaus tersengih kepadaku dan Jannah. Jannah melemparkan muka masam kepada Firdaus.

Aku menahan ketawa. Kelakar melihat anak-anakku ini. “Sudah. Cepat pergi. Tengok muka Jannah dah begitu,” ujarku. Firdaus segera menyalami dan mencium pipiku dan segera menghidupkan enjin motosikal.

Aku berdiri di muka pintu sambil tersenyum memandang anak-anakku pergi ke sekolah. 16 tahun berlalu, terasa begitu singkat. Aku membesarkan kembarku itu dengan usahaku sendiri. Menyayangi dan memiliki mereka adalah hal yang terindah pernah aku rasai. Mungkin aku tidak berpeluang untuk hidup bersama ibu bapaku. Namun, kehadiran cahaya mataku ini amat membahagiakan dan menghidupkan diriku semula.



AKU keluar ke pasar. Mencari bahan-bahan yang boleh kubeli untuk dimasak tengahari nanti. Aku fikir mahu memasak makanan yang istimewa sedikit hari ini memandangkan aku baru sahaja menerima duit lebih. Aku terfikir untuk membeli daging. Pasti anak-anakku menyukainya. Jarang mereka dapat menikmati daging lembu.

Selesai membeli bahan-bahan masakan, aku pulang ke rumah dengan hati yang berkobar-kobar. Tidak sabar mahu memasak untuk anak-anak. Kebiasaannya, kami hanya menikmati telur goreng ataupun nasi goreng sahaja. Aku tidak mampu untuk menyediakan makanan yang luar biasa untuk anak-anakku. Tetapi, syukur. Mereka tidak pernah merungut.


“ASSALAMUALAIKUM..”
Aku tersedar daripada tidur dan segera bangkit daripada katil. Tertidur sebentar setelah solat Zohor sebentar tadi. Segera aku hampiri pintu untuk menyambut anak-anakku.

“Waalaikummussalam.. Alhamdulillah, anak-anak mak dah balik. Mari makan.” Firdaus memelukku erat.

“Rindu mak!” ujarnya. Aku ketawa kecil.

“Apalah anak teruna mak ni. Jannah pun tak macam Daus. Macam budak kecil saja lagaknya,” tegurku sambil mengusap kepalanya.

Firdaus senyum panjang. “Mak. Daus memanglah budak kecil lagi. Lagipun Jannah tu kakak. Daus ni adik. Jadi, tak hairanlah kalau Daus manja dengan mak kan,” ujarnya. Dia kemudiannya menayangkan giginya yang tersusun cantik. Aku tersenyum dan sama-sama berjalan ke dapur bersama mereka.

“Wah... Mak masak daging masak hitam?” soal Jannah keterujaan. “Alhamdulillah, sayang. Mak ada duit lebih sikit. Jadi, bolehlah mak masakkan anak-anak kesayangan mak ni. Maaflah, tak banyak pun. Sekali makan sahaja,” ujarku.

Firdaus peluk tubuhku buat kesekian kali. Manja betul anak lelakiku ini. Umur sudah 16 tahun tetapi masih seperti kecil dahulu. Tidak mengapalah. Ini buktinya bahawa dia terlalu menyayangiku.

“Cepatlah makan. Mak nak tengok anak-anak mak makan.” Aku memang akan menunggu anak-anakku makan dahulu barulah aku akan menyusul. Gembira melihat mereka makan dengan berselera.

“Makan kenyang-kenyang ya...” Mereka berdua mengangguk laju. Kasihan mereka. Jarang berpeluang menikmati hidangan seperti ini.


“MAK.. Mak kata ayah meninggal masa Daus dengan Jannah kecil dulu. Mak tak ada ke gambar ayah?” soal Firdaus yang sedang meletakkan kepala di atas ribaanku sambil menonton televisyen. Jannah pula mengangguk mengiyakan persoalan Firdaus itu. Terkaku sebentar aku dibuatnya.

“Mak tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak dengan ayah. Sebab masa tu mak baru kahwin dengan ayah. Kalau ada gambar ayah pun, mungkin dah hilang. Maaf ya Daus, Jannah,” ujarku, gugup. Maafkan mak, anak-anak.

Firdaus mengerutkan kening tetapi kemudiannya dia kembali menonton televisyen. Jannah juga nampaknya tidak mahu menyoal lanjut tentang ayah mereka. Lega hatiku.

“Daus, Jannah.. Kalaulah mak ni tak baik, Daus dengan Jannah sayangkan mak tak?” soalku. Sengaja ingin tahu isi hati mereka.

Firdaus ketawa mengekek. “Ish. Apalah mak ni. Mestilah kami sayangkan mak. Mak kan mak kami. Kan, Jannah. Woi, Jannah. Kau dengar tak,” ujar Firdaus.

Jannah kembali memandang ke arah aku dan Firdaus. “Ish, aku dengarlah ni. Mestilah. Kami mestilah sayangkan mak. Mak adalah segala-galanya bagi kami. Kami mana ada siapa-siapa lagi selain mak,” ujar Jannah pula. Aku hanya tersenyum.

***

Ini bukan Firdaus anak Pak Kassim, malah bukan mana-mana Firdaus yang hampa kenal, ini Firdaus anak 'aku'. Hehehe, seronoknya kalau ada anak yang manja dengan ibu sampai dah besar kan? Saja bikin cerita yang punya anak lelaki yang manja. Macam comel ja gitu haa.. And, sudi-sudilah baca sambungannya nanti ya... :) -winkwink- Ilal liqa'!