Pengetahuan kita tak terbatas ke?

30/10/13




Assalamualaikum...


Aha, tak tahu lah kenapa tiap-tiap hari macam ada sahaja 'penyumbang idea'. Hati memang tak senang, tapi bagus juga sebab ada idea untuk menulis entry untuk jadikan pengajaran semua orang. Kalau lah 'penyumbang idea' tu baca apa yang aku tulis di blog, alangkah bagusnya kan? hehehe.


Baiklah, macam yang kita tahu kita hanya hamba Allah yang kerdil lagi hina lagi lemah kan? Kalau nak dibandingkan ilmu kita dengan Allah kita hanya setitis air daripada seluas lautan tu. Nampak tak? Kan? So kita tak payah lah dok act macam kita tau semua benda. Aku kasi contoh eyh?


"Saya TAHU tahun depan saya dah mati dah..."

"Kat depan sana tu MESTI jammed.."

"Hang ni tak pernah berdoa langsung!"

"Hang ni MESTI tak percaya hari akhirat!"


Jangan nak buat pelik sebab memang wujud pun orang begini. Tapi aku yakinlah, rakyat Malaysia ni baik baik belaka sedar kita siapa kan? Aku ni habaq pasai orang nuuuu kat planet Marikh tu. <-- perli. Ahaaa~~  Ada ke orang kat Mars? Ngekss.


Bukan apa tau, aku cuma nak habaq kalau kita bercakap, jangan bercakap macam kita tahu apa yang akan terjadi. Jangan buat macam kita tahu apa yang Allah tahu. Maksud aku, macam contoh-contoh atas sana tuh la. Tak reti lah nak explain macam mana. Macam melangkaui pengetahuan manusia.. Haaaaa gitewww boleh kan? Pengetahuan manusia terbatas dan Allah tidak kan? Ini pelajaran menengah rendah tapi masalahnya yang buat ni orang dah berdekad hidup.


Tahan je lah apa aku bebel ni kan. Untuk kebaikan bersama juga. Lagi satu, please jangan cakap dekat orang "hang ni tak pernah berdoa", "hang ni tak percaya hari akhirat," "hang ni tak pernah berzikir," "hang ni aku tau tak sembahyang." Kita siapa untuk tahu apa orang tu buat dan tak buat? Boleh beritahu aku kita ni siapa untuk cakap begitu? Apa orang buat, itu urusan dia dengan Allah SWT kan? Perlu beritahu semua orang ke kalau kita beribadat? Jangan bila kita tak nampak dia beribadat, kita tuduh dia itu ini.


Baiklah, itu sahaja. Harap sangat kita semua ambil pengajaran. Bukan untuk 'penyumbang idea' aku tu sahaja. Aku pun sama juga. Jangan dok buat apa yang dia buat. Entry aku macam bersambung-sambung dan ada kaitan kan? Harap sudi tekan-tekan entry pilihan aku di sidebar tu. Ihiii, love ya readers. :)


p/s: 30/10/13- petang, aku ada exam. Doa-doa lah sikit untuk aku kalau sudi ya? Exam last ni dan ini lah harapan aku untuk score A. Ya?? Terima kasih. Siapa yang inginkan kebaikan, harus juga beri kebaikan. So kita sama-samalah tolong doakan. Aku doa hampa, hampa doa aku. Syukran Jazilan. Gomawo. Makasih. :D

Tak perlu beritahu kebaikan yang kita buat...

29/10/13




Assalamualaikum..


Satu lagi cerita yang aku rasa perlu untuk dishare di blog. Kebaikan? Siapa yang tak bangga bila buat kebaikan kan? Memanglah bagus untuk menyebarkan dan membuat kebaikan tapi... ada tapi. tapi perlu ke untuk canang kepada semua orang apa yang kita buat tu sayang? Tak jelas?


Baik, aku bagi contoh. Contohnya, pada malam hari kita berdoa kepada Tuhan dan beribadat. Pada esoknya pula, kita pi habaq dekat semua orang 'aku ni tiap tiap malam dok doa dekat Allah supaya bla bla bla. Aku tak pernah miss buat solat sunat di malam hari tau!'.


Okeylah, memang bagus kita buat semua tu. Tapi perlu ke beritahu begitu? Untuk apa tu? Supaya orang pandang kita tinggi? Supaya orang pandang kita 'oh oh, waraknya dia ni. bagusnya dia ni!'. Begitukah? Tahu tak kenapa kita tak digalakkan untuk habaq kat semua orang apa yang kita dah buat?


Aku pasti hampa otak pandai-pandai (alhamdulillah), tahu kenapa kan. Sebab takut jadinya riak. Bila riak, kita akan pandang orang lain macam dia tak pernah buat apa yang kita buat. Bila riak, akan pandang orang lain semua tak sebagus kita dok beribadat dok buat kebaikan sentiasa. Betul kan apa aku habaq ni?


Entry aku ni ada kaitan jugalah dengan ENTRY BIAR IKHLAS. Bila kita buat sesuatu, kalau kita ikhlas kita tak akan habaq kepada orang lain supaya orang lain tahu apa yang kita buat. Macam orang kata apa? Tangan kanan beri, tangan kiri tak nampak. Begitulah dia.


Biarlah hanya Allah yang tahu kebaikan kita tu kerana Dia sahaja yang akan beri kita ganjaran. Biarlah walau orang tak tahu kita ni buat kebaikan, janji Allah tahu apa yang kita buat. Tak perlu beritahu kebaikan yang kita dah lakukan untuk mendapat pujian, biarlah kita hanya mulia di sisi Allah. Pasti kita mengharapkan kecintaan Allah daripada manusia yang lemah lagi kerdil kan? So, yeahhh.. Itu saja. (=


Wasalam.


Biar Ikhlas...

27/10/13




Assalamualaikum...


Hai wey hai wey hai wey. Motip? Okeylah, aku sekarang tengah rasa gerun sebab melihat merata-rata kes tembak-menembak. Kat Kulim yang biasa-biasa ni pun ada jugak kes tembak menembak ni. Nak keluar rumah pun takut. Fikirkan orang-orang kesayangan pun lagi rasa gerun. Haih.. nak keluar rumah tu kena doa banyak-banyak kan.


Okeylah, itu hanya introduction supaya kita berhati-hati dan berharap Allah lindungi kita daripada sebarang perkara yang tak diingini. :) Tajuk besaqnya aku nak cerita pasal keikhlasan..


Ikhlas. Orang kata, ikhlas tu macam semut hitam yang berjalan atas batu hitam di tengah malam. So, kita tak nampak kan. Tapi ya, walaupun tak nampak kita boleh kan didik hati supaya ikhlas? Contohnya biar ikhlas nak bagi something kepada orang lain. Kalau rasa tak ikhlas, jangan bagi!!


Cuba kita berdiri di tempat orang yang terima barang yang tak ikhlas tu. Kalaulah dia tahu yang kita tak ikhlas, apa perasaan dia? Kita pun tak suka kan kalau orang bagi kita something tapi dia tak ikhlas pun. Betul tak?


Kalau aku rasa berat sangat nak bagi something kat orang lain, serious aku tak bagi. Aku tak mau bagi orang lain benda yang aku tak ikhlas. Tak seronok bila orang terima apa yang kita tak ikhlas. Kalau aku rasa ikhlas, barulah seronok nak bagi dekat orang. Baru dapat pahala. Ini bagi something kat orang tapi minta balasan minta itu minta ini, buat muka. Nak dapat apa? Habaq mai?


So biar ikhlas. Tak ikhlas tok sah bagi. Habaq 'aku tak ikhlas'. Confirm orang tu pun tak nak barang yang tak ikhlas. Betoi dak??? Didik hati biar ikhlas. :)



p/s: Exam mood. Jarang bw. Kalau singgah sini jangan marah aku kalau aku tak balas. Kalau berkesempatan, aku balas lah... :) okey okey okey okey????

Yang Buruk Nampak, Yang Baik Tak Nampak

25/10/13




Assalamualaikum...


Aih.. Biasa kena situasi di mana someone tu terus-terus menekan kita hentam kita atas satu kesalahan. Tapi bila kita buat benda baik, seolah-olah kita tak pernah buat pun. Macam tak ada apa yang berlaku. Atas satu kesalahan saja buat macam kita tak pernah turut arahan langsung.


Marah. Memang aku tengah marah. Ini first entry aku menaip dengan sakit hati gila. Tak usah mention lah siapa orang tu. Yang penting aku sakit hati sangat. Bukan sekali dua orang buat aku cenggini. Buat macam aku tak pernah buat benda baik langsung. Bila aku buat, macam aku tak pernah buat seumur hidup aku.


Memanglah orang kata buat tu biar ikhlas. Kalau tak ikhlas tu yang jadi nak orang hargai. Aku tak nafikan benda tu. Tapi bila kita buat tu tapi orang lain tengok kita ni macam tak pernah buat langsung and terus hentam kita tak berhenti. Siapa boleh tahan wey? Aku bukan Nabi yang bisa sempurna~~~~ Sempat pula nyanyi lagu Rossa.


Anyway, sebelum nak hentam orang tu macam dia tak pernah buat kerja langsung. Fikirlah juga dia pernah lakukan apa yang kita suruh. Jangan butakan mata tu bila dia turut arahan.


p/s: feeling angry and meluat bila tahan kemarahan sampai menangis. Nak melawan kena lawan balik. USELESS!



Aku dan Abang

22/10/13




Assalamualaikum...


Siapa ada abang di sini? Senyum sekarang!! :) hehehe. Tiba-tiba tadi masa aku tengah menelan bakso semangkuk teringat pula zaman dolu-dolu aku dan abang kedua aku punya kenangan. Lucu dan best juga rasanya walaupun kadang-kadang mesti gaduh punya. Aku dengan dia 3 tahun saja beza so kami kamceng juga lahhh dolu tu..


Dulu masa aku kecik-kecik cili padi, kawan aku abang aku tu lah. Yang aku ingat masa kecik aku selalu main lawan-lawan dengan dia. Lawan tumbuk-tumbuk tu la. Kami buat konon-kononnya masuk club martial art dia selalu ambil silat aku ambil apa entah. Semua dia yang ajar. Lepastu kami pun main tumbuk-tumbuk tapi tak adalah tumbuk betul-betul pun. But.... jangan risau aku masih berdiri bersama fitrah seorang perempuan. Tak adalah nak jadi tomboy ke hape ke... :)


Then, aku teringat kadang-kadang dia dukung aku kat belakang and lempaq atas katil lepastu dia lari. Hahahaha. Syok apa. Feeling rasa terbang melayang. Tah hapa hapa betoi. -.- And sometimes kalau aku atau dia malas nak jalan pergi mana-mana antara kami akan tarik kaki orang tu ke tempat yang dia nak pergi. Sakit juga kepala tu terseret kat lantai. Hahaha, feeling dead body.


Aku teringat juga satu hari tu aku tengah baring atas katil lepastu aku nampak dia lari kat aku. Aku ingat dia nak lompat kat aku and aku kumpul sepenuh tenaga sepak dia sekuat-kuat hati sampai dia terpelanting kat tepi terkena almari. Sebenaqnya dia bukan nak lompat kat aku pon. Dia pun teriak punya lama tepi katil tu and susah nak jalan for a few days. Sorry bro aku ingat hang nak lompat kat aku. v.v


Aku dan dia juga selalu main game sama-sama. Game lawan ke, The Sims ke, game racing ke atau apa je lah. Kalau aku tak main, aku akan tengok dia main game. Selalu aku dengan dia main game race kereta. Tapi bukannya race pon. Just drive kereta tu lepastu kami akan park kereta kat tepi jalan kalau mak panggil makan. Kami feeling macam pergi makan laksa Kedah lah laksa Penang lah if mak aku masak laksa. Heee... >.< Bila aku besar sikit, aku mainlah game Left 4 Dead sama-sama. Dok menjerit terkejut sama-sama. Syok gila woot main game tu sesama. Ahh lama tak main Xbox. Tak ada masa dah nak main game bila brothers aku dok mendominasi PS3 dalam bilik depa.


And kenangan last yang aku nak share is bila family nak balik kampung. Kami dua orang dok menyanyi lagu balik kampung sama-sama. Feeling excited sama-sama. Aku dengan dia pakai topi and kadang-kadang aku pakai seluar jeans dia yang dah tak muat. Comel and syok ja tengok gambar kami kecik-kecik pakai nak dekat sama. Hihihi.


Ohh yeah! Ada lagi satu lah. Dulu masa aku awal-awal sekolah rendah bila tak nak pergi sekolah dia akan marah aku gila-gila. Kalau orang marah aku, dia pun nak marah aku jugak. Meluat gila arhh bila time dia dok marah-marah aku. Hahahhaa. Tapi tu semua kenangan masa kecil. Masa belum ada akai sangat. Hahahaha. Sekarang semua ada hal masing-masing. Dia dengan motoq dia aku dengan laptop and buku aku. Lagipun ya lah, mana ada orang dah besar main dengan adik semua benda tu kan. Gilo ekau?


Wah wah wah panjang lebor aku menulis ya. Kalau tulis karangan macam ni, boleh dapat full mark tak? Hihihi. Yalah kenangan memang macam-macam. Siapa yang ada kenangan juga dengan siblings? Share lah sama. Rapat dengan siapa dan selalu main apa. :) Ya?





Doa Exam

20/10/13






Assalamualaikum...


Are you sleeping~~(nyanyi). Okeylah, tak mengapa. Aku sedang menaip di tengah malam dan aku baru lepas study untuk tomorrow exam. Woah study last minute kerhh? Yes. (Angguk dengan yakin). Aku bukan apa tau. Ini cara aku. Aku jenis kalau esok tu exam subject apa, subject tu lah aku akan study malam ni sebab aku rasa aku lebih mudah ingat. Tak cepat lupa sebab kita baru study. Tapi study juga lah sebelum-sebelum ni.


Janganlah ikut cara aku kalau hampa ada banyak subject untuk exam esoknya. Esok ni aku exam satu subject sahaja sebab tu aku berani study lewat-lewat. Sebelum aku masuk part doa, aku nak cakap sikit. Kalau tak mau baca, skip terus part doa k.


Masa study jangan rasa 'aku rasa tak boleh ni. susahnya nak hafal'. NO!! DON'T YOU EVER THINK LIKE THIS!! Cehh over lak. Tapi serious lah. Masa kita baca buku tu dada kena lapang dan otak jangan rasa berat. Relax dan baca serta tangkap apa yang dibaca ke dalam otak secara santai. Tanam dalam hati dan otak 'senang saja ni. aku mesti boleh'. Aku selalu cuba begini dan aku rasa masa study aku lebih santai and mudah tangkap. Kalau kita rasa berat, beratlah dia. Kalau rasa senang, senanglah dia.


DOA-DOA EXAM:


1. Doa memulakan ulang kaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhidengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


2. Doa Selepas Ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،

إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

 Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


3. Doa Ketika Sukar Menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu
aku bermohon pertolongan.”

ATAU

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan
padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


4. Doa Jika Terlupa Jawapan

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.


***

Tak mengapa kalau orang kata 'bila kesusahan baru nak ingat Tuhan'. At least kita percaya bahawa hanya Allah yang berkuasa dan akan membantu kita daripada kita tak percaya Allah sentiasa ada untuk kita. Kan? Tapi janganlah pula praktikkan bila certain time sahaja baru nak ingat Allah.


Ada satu contoh. Ada seorang anak ni, dia sentiasa tolong mak ayah dia. Suruh apa dia buat. Minta apa dia turut. Dengaq cakap dan ada seorang anak ni pula dia kalau nak apa-apa baru lah nak merayu merengek kat mak ayah dia. Kalau antara dua orang anak ni mintak something, yang mana mak ayah ni rasa senang nak bagi? Kalau aku mestilah akan rasa senang nak bagi dekat yang selalu tolong aku tu. Rasa berat sikit nak bagi dekat yang jarang tolong aku. 


Sama jugalah macam kita berdoa. Bila kita turut perintah Allah selalu, doa selalu, insyaAllah Allah tak akan kecewakan hambaNya. :) Kena yakinlah bahawa Allah akan kabulkan doa kita dan Allah lah sahaja tempat kita memohon pertolongan.


Jom sama-sama lakukan yang terbaik. :)






Sifat Mengikut Kedudukan Adik-beradik Dalam Ahli Keluarga

17/10/13




Assalamualaikum..


Entri ni aku taip pada 16/10 tapi aku post pada 17/10 sebab aku kena balik KL and untuk tak membiarkan blog aku sunyi, aku taip lah entry ni supaya blog tak sunyi sepi dan bosan. Aku ada buat entry pasal ANAK KETIGA, tapi ramai pula yang bukan anak ketiga. Jadi, aku nak share lah pula pasal urutan anak-anak lain.



1) Tanah: Anak ke 1,5,9
2) Air: Anak ke 6,2,10
3) Api: Anak ke 3,7,11
4) Angin: Anak ke 4,8,12


TANAH

Sifat tanah dikaitkan dengan jenis deria. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya kepada benda yang boleh dicapai oleh deria, sedar mengenai hakikat diri, menilai material, tabah hati, efisyen, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat, banyak kerja.


PENDAPAT NIENA: Banyak yang betul kalau dimatchkan dengan abang aku yang pertama tu. Antaranya dia pendiam, tak peramah, kurus, boleh diharap. :)


AIR


Sifat air dikatakan jenis Perasa. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik, mudah terluka hatinya, mudah memahami perasaan orang lain, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, Tubuhnya tembam, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas dan agak kurang faham.



PENDAPAT NIENA: Ada juga yang betulnya kalau pada pandangan aku terhadap yang nombor 2. Antaranya memaksa, kepala angin, sedikit malas, kurang faham. :D


API


Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intiusi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu)Ia digolongkan dalam sifat kelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, menaruh harapan, cenderung atau tidak sensitif, agresif, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.



PENDAPAT NIENA: Seperti yang hampa terbaca di entry sebelum ini, aku anak ketiga dan yang sama dengan aku ialah kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati (yang ini sangat betul), semangat tinggi, perlukan ruang, kurang matang atau kebudakan bila di rumah, keras hati, sentiasa bersedia sesuatu yang baru, badan panas (badan aku jarang nak rasa sejuk), menaruh harap, agresif, jalannya cepat tapi kadang-kadang lambat juga -.-, kurang tidur.


ANGIN


Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. Ia digolongkan dalam sifat kelakian (masculine). Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura, sukar dipengaruhi, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, kreatif, sederhana.



PENDAPAT NIENA: Kalau dilihat pada emak aku yang anak kelapan, dia tidak mudah dipengaruhi, mahukan kebebasan, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, kreatif, sederhana dan bersemangat. ;)

***


Rasanya aku pernah post juga pasal sifat-sifat ni, tapi tak kesahlah. Yang ini lebih banyak rasanya sifatnya. Ada tak yang sama macam hampa? Kalau ada, drop your comment belowwww... Hmmh aku kata tak balik kampung kan haritu, ish sembang keling betul nina ni. Tak lahh.. Tiba-tiba je parents aku nak pergi tengok nenek aku yang berumur 90 lebih tu. Kesian sangat dengan dia, sebab tu parents aku ambik keputusan mengejut nak gi lawat tok. Ermm, terpaksalah aku hurung buku sekali masa balik kampung sebab exam Math mula Ahad ni. Uhuuu dan sangatttt kannnnn. -______- Jadi doakan aku selamat pergi dan balik yeahhhhhh!!


Ala Alliqa'....


Sifat Mengikut Kedudukan Adik-beradik Dalam Ahli Keluarga: Anak Ketiga

15/10/13




Assalamualaikum...


Sebelum apa-apa, aku ucapkan selamat hari raya aidil adha ya.. Semua ada di kampung atau di mana? Aku di rumah saja, tak balik ke mana-mana memandangkan cuti sekejap saja lagipun kampung aku jauh. :) Okeylah, and now aku nak share pasal anak ketiga sebab aku anak ketiga.


ANAK KETIGA (Api)


  • Mudah marah ,cepat sejuk jika kena caranya
Ini betul. Aku memang cepat marah dan jangan risau sebab aku jugak cepat sejuk. Dalam group aku, aku paling cepat marah dan aku paling cepat sejuk dan aku susah nak merajuk. Seriously kalau aku nak merajuk pun selalunya aku buat-buat saja. Tak sampai berapa saat aku dah senyum semula. Tapi, JANGAN SEKALI-KALI CUBA BAGI AKU TAK SEJUK-SEJUK. Sekali aku betul-betul terasa, boleh je sampai setahun aku tak tegur orang tu. Serious benda ni dah terjadi. Teruk? Nak wat gu ane dah begitu fitrahnya..



  • Sedikit bergantung kepada orang terdekat
Ini pun betul juga! Bergantung dengan orang. Aku jenis suka bergantung dengan orang yang aku rapat lah. Bila tak ada mereka, rasa omo tak boleh hidup. Ini tak bagus kan. Tapi kalau dah lama-lama hidup sendiri, boleh je.. hehe. :)



  • Manja
Betul lagi sekali! Manja dengan orang yang berkenaan saja lah. Especially dengan mak dan best friend! Ihikkk! >.<



  • Sedikit terpinggir didalam keluarga 
Ni macam ya juga tau. Tak tahu lah kalau aku yang terasa macam terpinggir atau pun apa. Aku jealous sebenaqnya dengan abang hat sulung tu sebab kalau dia balik semua tumpu kat dia. Dia nak apa semua dapat. Adik tak guna betul aku ni kan dengki kat abang sendiri. Tapi aku yakin family aku tak adalah nak pinggirkan aku sangat, aku je yang over kotttt. :P Kat abang nombor 2 pun aku dengki jugak. Kuat dengki betul aku ni. K, serious aku tengah gelak sekarang! Aku main-main saja. Biasa lah tu kan..



  • Memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya
Ini? Hmm.. Yes juga betul. Tapi semua orang pun memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya kan?? Tapi untuk aku, selalunya aku bernasib baik saja dalam pelajaran. Aku bukan pandai sangat aku yakin tu tapi entah kenapa aku bernasib baik dalam pelajaran. Dapat masuk sekolah best apa semua. Alhamdulillah lah keenn..



  • Pandai menarik perhatian dan disukai orang sekeliling
Ini pula rasanya haiolls tak setuju! Aku tak pandai ambil perhatian dan aku rasa orang sekeliling aku pun rasa biasa-biasa saja dengan aku. Disukai tu aku tak pasti sebab aku is aku bukan mereka. So aku tak tahu. Hoho, over ja bunyik... wiwiwiwi.




Siapa di sini anak ketiga? Ada persamaan? Atau semua tak kena? Aku, banyak yang kena kan. Okeylah, sebelum aku habiskan entry, aku nak habaq yang aku dah nak exam dan tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku tak minta hampa masuk blog aku 100 kali sehari tapi minta hampa doa sekali saja. Kalau sudi lah. Hehe. Terima kasih ya. Aku pun akan sentiasa doakan readers aku yang comelll. ^_^


Syukran Jazilan, Illal Liqa'!

Nama Kesukaan

13/10/13




Assalamualaikum..


Yey! Alhamdulillah cikgu tak mintak latihan math hari ni. Tapi tak tahu lah kalau esok ke minggu depan ke kan. Tak cuti lagi? Yes, aku belum cuti lagi. Esok last sekolah. Lepastu kita cuti. Cuti 2 hari saja. Kesian tak? Tapi tak tahu lagi hari Khamis cuti atau tak. Giteeww. Cait, tak dak sapa nak ambik tau. Saja ja, introduction. mihmihmih! :)


Tadi terbaca di sebuah blog yang share nama yang popular, lepastu di ruang comment pula ada comment nak bubuh nama anak itu dan ini. Semua dahsyat-dahsyat. Bunyi Arab ada, bunyi omputeh ada, bunyi Korea ada. Ceh, korea tu aku tipu ja. Hehe. Aku just nak share nama yang aku suka di sini.


Kalau lelaki, aku suka nama:

i) Umar
ii) Khuzairi
iii) Firdaus


Omo omo omo aku suka gila dengan tiga nama ni. Macam tiada tandingan di hati walaupun ada banyakkk sangat nama yang cun melecun lagi kat dunia ni, tapi aku minat gila dengan tiga nama ni. Rasa melting tauuuu bila dengar nama ni. HOhoho, pon boleyyyyy..... >.<


Perempuan pulak banyakkkkk... Antaranya:

1) Zahra
2) Zahira
3) Jannah (kalau padan jadikan Jannatul Firdaus?? Omnomnomnom cayaq and tersejat terus aku dibuatnya!!)
4) Aisya
5) Sakina
6) Adelia


Ermm.. Banyak lagi sebenarnya.. Gabungan nama pun aku ada buat tapi tak mau share banyak2 kat sini. Saja malas. Hahahaha. 6 tu hanya antaranya saja. Syok bila buka web nama and buka buku nama. Tengok makna dia sekali. Syok! Aku berkenan dengan nama syurga. Hmmmmmm... :)))))) Double triple smile betoi bila dengaq nama syurga ni. Suka kuasa 100! Nampak tak obses dengan nama syurga. Tapi jangan obses dengan nama sahaja, kenalah berazam untuk jadi penghuni Jannatul Firdaus juga...


And hampa suka nama apa? Boleh share di sini. And yang ada nama macam nama kesukaan aku pun bolehlah comment berlagak dekat aku 'nama saya sekian sekian sekian'. Hihi. >.< lai lai...

Tak Sukanya Balik Kampung Bila...

12/10/13




Assalamualaikum..


Hola aku tengah berat kepala sikit sebab kena siapkan latihan Math sebanyak 13 bab. Awesome tak?? Kann.. Okeylah, bukan itu nak dikatakan sekarang. Semenjak dua menjak ni aku suka sangat buat tajuk entry ayat tergantung dengan tanda soal kan? Aku pun tak tahu kenapa.


And yeah.. Kenapa pulak tak suka balik kampung? Orang lain bersemangat gila bila balik kampung. Ini, tak suka pula? Baiklah, sejujurnya aku suka balik kampung sebab kampung mak aku dikelilingi sawah padi but benda yang aku tak suka is bersalaman dengan orang yang bukan mahram. Mungkin tak tahu, mungkin lupa, mungkin sengaja buat-buat tak tahu. Mungkin apa-apa saja.. Orang dah huloq, aku nak wat cenna? Sambut juga lahhhh... >.< uhh rasa sangat berdosa.


So di sini aku nak share 20 cara untuk elak bersalaman ketika hari raya/di kampung. :)






Cam na? Berkenan nak wat salah satu nanti? hahaha, nak saja aku buat yang last sekali tu. Tapi, kang kena hentam bertubi-tubi pula. Dekat-dekat raya haji pula ni memang sinonim dengan bersalaman ni kan especially di kampung. So, take note. (=



Anak Tak Suka Kalau....

9/10/13




Assalamualaikum..


Sebenarnya aku ada benda yang wajib aku buat iaitu study, tapi sebelum tu aku rasa aku pun wajib buat entry ni. Saja buat ayat tergantung di atas sana sebab nak kasi menjana minda 'anak tak suka kalau..' apa? Tak suka kalau ada orang kacau ke? Tak suka kalau kena paksa pergi sekolah ke? Atau apa? Okeylah, terus terang saja, aku nak cerita pasal ibu bapa dan anak-anak.


Kita acap kali dengar pasal anak derhaka, anak tak dengar kata, anak keras kepala. Tapi jarang sekali kita dengar pasal kesalahan ibu bapa sendiri kan? Memang bukanlah semua kalau anak jahat tu berpunca daripada ibu bapa, mana ada ibu bapa yang nak anak mereka jadi manusia yang tak baik kan? Tapi, pernah tak rasa kenapa anak tu begitu dan begini? Maksud aku, puncanya. 


Aku ada terbaca pasal life seorang anak di mana dia meluahkan sendiri kenapa dia berpelakuan macam apa yang dia buat sekarang. Biasa tengok kan remaja yang bergaul bebas? Biasa tengok kan remaja yang pakwe/makwe keliling pinggang and esok orang lain lusa orang lain? Biasa tengok kan berita pasal anak lari rumah? Antara salah satu puncanya sebab parents. Mungkin, parents terlupa seketika. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tak tahu apa yang anak dia tak suka dan tak ada anak yang nak luah kat mama papa 'saya tak suka mama bila begini dan papa bila begitu'. Kann? Lagipun dicop kurang ajar pula nanti.


So, di sini aku nak share apa yang kami, sebagai anak tak suka KALAU ibu bapa buat benda-benda ni. I said IF,KALAU,JIKA,JIKALAU. Haa, nampak tak? Aku kata KALAU lahhh.. Aku yakin, mama papa, ibu ayah, emak abah, umi abi, mommy daddy sekalian tidak begini ya? InsyaAllah.. 


  • Parents yang suka membanding-bandingkan
'Cuba tengok kakak, rajin ulang kaji. Bukan macam kamu, pemalas! Cubalah jadi rajin sedikit!'
'Anak orang lain semua tak ada perangai macam kamu. Semua tak mahu dengar kata!'

Anak orang lain itu, anak orang lain ini, semua lebih baik daripada kamu. Kakak itu abang ini, tak perangai macam kamu. Kami, as anak SANGAT terluka jika emak dan ayah bandingkan kami dengan orang lain yang lebih bagus. Parents sepatutnya tak patut banding-bandingkan. Anak rasa sangat tak dihargai dan rasa diri useless sangat bila dibandingkan dengan orang lain. Cuba ma pa bagi anak-anak kata-kata semangat untuk jadi seperti yang ma pa inginkan? :)


  • Nasihat sambil doakan keburukan
'Kamu ni main saja kerjanya! Nanti pelajaran kamu merosot tahu tak?!'
'Dengarlah cakap ayah, kamu ni memang degil. Tak nak dengar kata!'

Di situ kita dah boleh nampak kan ayatnya? Mungkin mak abah tak sedar dan tak maksudkan untuk doakan anak tu tapi tahu kan yang kata-kata tu suatu doa? Mak abah tahu kan doa parents sangat mujarab? Mak abah pelik mengapa anak-anak sangat degil dan tak dengar kata tapi terlupa sebentar yang kita pernah terrrdoakan anak kita tu macam apa yang kita tak mahukan. Berhati-hatilah bila kita berbicara ya... (=


"SAYA JARANG MEMUKUL DAN MENJERIT PADA ANAK-ANAK. APABILA KITA MEMARAHI MEREKA, ELAKKAN DARIPADA MENYUMPAH. PRAKTISNYA, KITA MENJADIKAN MEREKA SAHABAT. LUAHKAN APA YANG KITA TIDAK MAHU DAN TIDAK SUKA SECARA BAIK"- PUAN MARIYANI BT.OMAR, IBU NIK NUR MADIHAH.


  • Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak
Maksudnya yang aku nak cerita, salah si anak umi abi nampak tapi baiknya si anak umi abi tak nampak. Bila anak-anak buat apa yang disuruh, seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak pernah nak berikan sedikit pujian. Tak pernah menghargai apa yang anak telah patuhi. Bila salah, umi abi langsung marah-marah dan terus menyalahkan anak seolah-olah anak tak pernah buat satu kebaikan sekalipun. Anak bukannya mahukan sangat pujian, tapi anak cuma mahu lihat jika umi abi hargai apa yang kami lakukan untuk umi abi. :-D



  • Membebel tak kira masa
Bila-bila masa sahaja mahu membebel. Mummy daddy tahu tak, bila membebel anak rasa tertekan. Membebel sikit-sikit tak mengapa. Tapi bila mummy daddy nampak saja anak, tak tertutup mulut tu. Ada sahaja yang ingin dibebelkan. Anak rasa tertekan dan rasa nak lari rumah tau! Anak-anak especially remaja ni memang cepat terbakar hatinya bila kena bebel dan tu yang ada yang maki-maki parents dalam facebook tu. Tapi aku, Alhamdulillah waras dan sehat akalnya, tak buat perkara-perkara begitu. XD


  • Tak beri perhatian
Sibuk sibuk sibuk! Bukan sekarang bukan sekarang bukan sekarang! Emak ayah tak ada di rumah. Anak sunyi tahu tak. Kalau ada di rumah pun, juga sibuk dengan hal masing-masing. Kalau berpandang muka juga tak mahu beri secalit senyum pun untuk anak. Anak tahu emak ayah sibuk, tapi sekurang-kurangnya maniskan muka dan tanya sedikittt sahaja tentang diri anak?





  • Serius 24 jam
Anak tak mahu jika oma apa serious sahaja 24 jam. Anak nak oma apa bergurau senda dengan anak. Anak nak oma apa bergelak ketawa bersama. Bahagianya jika sentiasa begitu. Rumah akan ceria dan hubungan anak dan parents akan menjadi baik jika anak dan parents 'bersahabat'. Bukanlah maksudnya bersahabat macam nak cakap apa sesuka hati dan tepuk tampar sesuka hati begitu maksudnya.... Maksudnya, jadikan diri kita dan anak tu macam kawan. Anak boleh luahkan apa-apa saja dengan kita. Tak ada rahsia dengan kita. Aku yakin, anak-anak berkongsi rahsia dengan sahabat mereka. Oma apa kenalah sportingggg.. Gitewww.. Tapi bukanlah sporting sampai nak buat apa saja tak apa... =)


Itulah rasanya antara perkara-perka yang anak tak suka. Tapi, Alhamdulillah parents aku bukanlah begitu. Aku kutip apa yang anak-anak tak suka tu daripada persekitaran aku. Apa yang mereka luahkan kepada aku, aku kutip dan cerita di sini. Jadi ni kira macam kompilasi luahan hati anak lahh nihh.. Hahaha. Eh, sedar tak aku guna perkataan umi abi, emak ayah dan sebagainya lain-lain pada setiap perenggan? Saja ja.. :D


Dan satu lagi janganlah salah faham dengan aku. Aku bukanlah nak salahkan parents pun. Just nak habaq kalau parents begini, kami kurang senang. Maaf jika aku tersalah. Hanya pendapat aku sebagai anak zaman sekarang sahaja. Aku rasa mungkin anak zaman dulu, penerimaannya lain. Anak zaman sekarang penerimaannya lain. Macam itu lah...


So sayangs, panjang gila entry ni rasanya? Tak masuk exam pun Ms.Niena Reen... Hehehe, sebelum aku akhiri entry ni, aku selitkan sedikit quotes ya? :)












Sekian, Illal Liqa'.
:D


Malu Atau Tak Malu Lagi Bagus?

8/10/13




Assalamualaikum..


Aiyaa apa pasai sama itu shoutbox meh? Geram pula rasa bila baru je bertukar ke shoutbox busuk tu tapi tiba-tiba ada problem pula. Minta-minta problem yang sementara sahaja lah ya. Pakai yang chatbox biasa tu berderet iklan, pakai yang ni bermasalah pula. Haih, sabaq saja lah.


Okeylah, yang itu point shoutbox, tapi sekarang nak cerita pasal malu. Siapa kat sini pemalu? Sep sikit!! Aku pemalu sampai sepatah apa pun aku tak cakap bila dengan orang yang aku belum kenal. Pastu hampa nak habaq aku sombong??? Dak, hampa start tegoq aku, aku akan jawab. Tapi di alam maya, aku rasa aku tak kesah nak tegoq siapa pun. mwehehe. :D yalah, di sini kita cuma taip saja tak perlu keluarkan suara kita yang pelbagai jenis tu kann. :)


Back.. back to.. back back apa tak tauuuuu... <-- parody :P. Okey, back to the topic, malu atau tak malu lagi bagus? Bagi pendapat aku, ada situasi kita patut malu dan ada situasi kita tak patut malu. Contohnya cik hadik husnina oii??


Malu dalam setiap perbuatan aku rasa penting. Maksud aku, tanamkan sifat malu bila nak buat benda tak senonoh ataupun tak baik. Bila yang tak malu tu yang ada yang post gambaq kiss kat facebook tu. Haa.. Tu bahana tak dak malu dalam diri. Mencarut sesuka hati, pakai baju dedah sana dedah sini, itu bahana tak ada malu. Kalau ada rasa malu betul-betul dalam perbuatan, tak akan ada yang nak buat benda tak senonoh.


Bila masa yang malu tu tak perlu? Hmm.. Malu tak bertempat. Kat mana-mana pun nak malu. Rasa semua benda yang dibuat tu memalukan. Makan, malu. Jalan, malu. Berdiri, malu. Semua benda nak dimalukan. Sangatlah tak kena tempat. Siapa yang pernah rasa begini? Aku lah tu. Tapi tu cerita dulu. Sintom yang semua malu ni akan berlaku sekejap sahaja dan sekarang, malu-malu gedik tu dah tak ada lah dekat diri aku. Hahaha. >.<


So, aku rasa malu tu biar bertempat dan tak malu pun berpada-pada. Ikut keadaan juga nak malu dan tak malu ni. Kalau malu yang biasa-biasa tu tak apa. Dan yang tak malu yang biasa-biasa tu tak apa. Yang tak memudaratkan diri dan melanggar syariat, itu tak apa. Jangan over-over pula bila malu dan juga jangan over-over bila tak malu. Aku rasa faham lah kot noh apa aku nak habaq?? :)


Share lah sama pasal malu ni dengan ceqqqq... :D

Thanks A Lot Dear Readers. =)

7/10/13




Assalamualaikum sayangs..


Hamboih nampak macam lesu ja hari ni? Isnin? Tak semangat? Jangan la gitu. Hampa kasi aku kata-kata semangat tapi hampa lak lesu. Tak mau lesu-lesu, meh baca apa yang aku nak habaq. Tak ada apa sangat pun sebenarnya just, sedikit penghargaan untuk hampa.


Seriously aku tak mampu nak taja hampa percutian 5 hari 4 malam di Seoul, Korea. Tapi, aku hanya boleh buat entry ini. :) Sebenarnya hari tu dok tengah syok-syok click blog sana click blog sini, usha owner-owner blog yang comel and dengar lagu-lagu best, tiba-tiba internet problem pula. A few days jugak lah internet aku K.O and ada hikmahnya juga sebab aku peruntukkan masa ketiadaan internet tu untuk siapkan kerja-kerja sekolah. Sebab tu aku pernah habaq kat entry INI, yang setiap yang berlaku akan ada hikmah. Boo la.


And yang buat aku terkejut was traffic blog aku yang stabil dan masih ada pengunjung yang datang mengusha blog ni ya? Terima kasih banyak-banyak untuk yang selalu comment, yang datang berkunjung, yang follow. Kalau hampa ikhlas, alhamdulillah and kalau hampa tak ikhlas pun, apa nak buek? 


Kalau nak tau, sejuk hati aku bila ada yang comment tu nasihat aku, beri pandangan, doakan aku, share pengalaman sama. Thanks a lot readers. Walaupun aku tak kenal siapa hampa, tapi bila baca nasihat hampa pun membuatkan aku rasa macam yeahh you know rasa bila lepas kena nasihat dengan baik? Dan satu lagi, kalau ada yang aku tak balas jejak ataupun apa-apa aku minta maaf ya sebab kadang-kadang banyak sangat iklan di chatbox tu sampai pening nak tengok yang mana satu yang bukan iklan.


Lastly, thanks again for your support and teruskan memberi semangat untuk ini budak ya? Dan moga sentiasa doakan aku untuk sukses bak kata buk Halimah ya. Kita sama-sama doakan satu sama lain. InsyaAllah aku doakan hampa, hampa doakan aku, kita sama-sama doakan sesama saudara seislam untuk kejayaan dunia akhirat. Amin... (=

Membebankan Tahap....

3/10/13




Assalamualaikum..


Panas gila hati bila nak jahit baju, mesin rosak lak kan. Rasa nak terajang aja, tapi aku tak sekejam tu. Hohoho. Makin rasa nak pecah otak bila fikir ada banyak lagi tugasan lain yang kena selesaikan BULAN INI jugak. Bulan ni nak siapkan PBS, bulan ni jugak lah nak fikir pasal exam. Kalau fail, lagilah merana hakuuu..


Aku rasa macam dah taraf apa dah kena buat macam-macam ni. Memang lah boleh kata, tak baik mengeluh. Aku pun selalu kata macam tu pada orang tapi bila dah sampai tahap kena hafal speech, kena buat drama, kena buat projek, kena buat baju. Architect kita, fashion designer kita, pelakon kita, artist kita, penari kita, penyanyi kita, sasterawan kita, ketua pengawas kita, cikgu kita. Pokoknya (cehh pokoknya gitewww), semuanya kita. Aku rasa budak 14 years old macam aku, masih belum bersedia untuk tanggung semua tu. Kalau 19 ke boleh percayaaaa... Ada makna??


Ya lah, okeyla kita boleh cakap yang PBS ni untuk melatih kita bila nak masuk universiti nanti. Nak bagi kita ada keyakinan. Nak bagi kita bersedia bila dah masuk alam pekerjaan nanti, nak blablabla. YES, aku setuju tapi yeahh.. Aku rasa sangatlah stress sebab semuanya kena buat serentak dan kena cepat. No work, no band. Cenggitu ja cerita dia. Lepastu, cikgu guide pun sikit-sikit ja mana boleh guide sangat sebab 'ini PBS. saya mana boleh bantu awak' katanyaaaa...


And next year, let's face PBSMR. Apa tu? Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah I think?. Dia macam PMR jugak tapi dia PBS. Agak tamak di situ rasanya bila dua-dua kena buat. Makin rasa kenapa aku begitu malang dilahirkan pada tahun 99? K, tak baik lah bila cakap cenggini.. Dosa derr. Astaghfirullah.. Aku gila sikit sekarang sebab berpunca daripada mesin jahit yang rosak dan masuk bilik tengok atas meja ada tugasan lain tengah menunggu. Ya Allah...


So, tak baik merungut panjang-panjang just nak mintak beberapa perkara kepada hampa kalau hampa sudi tolong aku? Nak suruh tolong aku buat PBS memang tak lah kan? So, pertolongan jarak jauh (ini pun PJJ), doakan untuk aku agar dipermudahkan segala urusan, dapat markah yang baik dan semoga aku lulus semua subject andddd satu lagi boleh? Doakan supaya tahun depan aku tak kena rombak kelas dengan kawan-kawan kesayangan aku. Nah nah nah?? Aminn.. Doakan ya. Itu saja yang aku minta. Kalau sudi lahh nohh.. -kelip-kelip mata- :)