Cerpen: Rindu Mama 1

30/8/13


Assalamualaikum...


Rasa macam dah lama gila tak menulis cerpen. Semalam godek-godek documents tengok tengok ada cerpen yang terbengkalai maka, aku sambung menulis semalam sampai pukul 3 pagi lepastu dengar macam-macam terus tutup laptop. So, aku sambung tulis hari ni dan dah pun siap... Tapi di sini aku tak bolehlah letak full sebab panjang kan. Jadi, aku bahagikanlah kepada parts. Okey?


Okey, sebelum tu. Aku nak cerita sikit lah pasal cerpen ni. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat tulis pasal anak yang tak dapat kasih sayang mak ni. Jangan salah sangka. Aku dapat kasih sayang parents aku okey? Hahaha. Apa sahaja yang aku tulis di cerpen tak ada kena mengena LANGSUNG dengan aku. Jadi jangan nak kaitkan aku dengan cerpen fiksyen aku ni. Heeee.. Mungkin lepas ni aku akan tulis pasal mak yang tak disayangi anak pulak ke kan? And one more thing, aku tak suka tulis cerpen cinta. Novel tak apa kot... :D




“Mama, sekolah adik ada buat lawatan ke Taiping minggu depan. Boleh tak mama kalau adik nak ikut?” soal Amani kepada Ruzita yang sedang leka menonton televisyen itu.

Ruzita langsung tidak mengendahkan anaknya yang sedang menunggu jawapan darinya itu. Amani menggoyang-goyangkan lengan Ruzita beberapa kali.

“Kau ni dah kenapa? Kau pergi ajelah mana yang kau nak pergi. Aku tak kisah lah kau nak ke benua mana pun. Lebih elok kau pergi terus tak payah nak balik rumah ni lagi lah,” marah Ruzita. Geram sungguh dia apabila ada yang menganggu konsentrasinya.

Amani menundukkan wajahnya. Sedih rasa hati apabila ibu sendiri berkata begitu. Pernah dia terfikir adakah dia anak yang hanya dipungut sahaja. Walaupun dia baru berusia 11 tahun, namun dia juga ada hati dan perasaan.

Amani mengangkat kembali kepalanya setelah dia teringatkan sesuatu. “Tapi ma, lawatan tu kena bayar,” ujar Amani takut-takut.

Ruzita pantas menoleh kepada Amani dengan mata yang dijegilkan. “Eh, kau yang nak pergi pandailah kau kutip duit kat mana-mana. Kau ingat aku ni bank kau ke? Dah, sekarang kau blah dari sini. Aku meluat nak menengok muka kau yang asyik nak ganggu aku aje dari tadi.”

Amani turun dari sofa dengan kesedihan dan berlalu masuk ke dalam bilik. Setibanya dia di dalam bilik, kelihatan Sofea sedang memandangnya dengan pandangan simpati.

Amani segera mendekati kakaknya itu. Badan kakaknya didakap sayu. “Kesian adik kakak ni. Tak apa, kena bayar berapa lawatan tu? Kakak ada duit simpanan sikit, kakak bagi pada adik ya?” ujar Sofea penuh kasih. Kepala adiknya diusap lembut.

Amani pantas menggeleng-geleng. “Tak nak. Nanti mama marah kalau kakak bagi duit pada adik. Lagipun, adik tak nak susahkan sesiapa. Lawatan tu kalau tak pergi pun tak apa. Bukan wajib pun, adik aje yang mengada-ngada nak pergi.”

Sofea melepaskan nafas berat. Dia memang sedia maklum yang mamanya pasti akan memarahinya jika memberi wang kepada Amani, tetapi kebahagiaan adiknya adalah amanah arwah abah. Maka, dia mesti melaksanakannya.

“Tak apalah adik. Kalau kita senyap-senyap aje mesti mama tak tahu. Kalau mama tak tahu, dia tak marah,” ujar Sofea lembut. Badan adiknya ditarik menghadapnya.

Air mata mula merembes di pipi gebu Amani. Sedihnya dia. Dia tidak mahu menyusahkan anak sulung kesayangan mamanya itu.

Amani menggeleng-geleng kecil. Tidak mengapalah jika dia tidak boleh pergi ke lawatan itu sekalipun kerana dia tidak sanggup menanggung kebencian Ruzita terhadapnya.

Sofea faham yang Amani memang teringin untuk berjalan-jalan dan melawat tempat-tempat lain. Sudah lama mereka tidak makan angin ke mana-mana semenjak pemergian arwah abah tiga tahun yang lalu.

“Kakak bagi duit, adik pergi ya. Abah mesti sedih kalau tengok adik sedih tak dapat pergi lawatan tu. Adik tak kesian ke kalau abah sedih dekat sana? Adik sayang abah kan? Adik dah tahu kan yang abah tak boleh tengok kalau adik sedih,” pujuk Sofea.

Air mata semakin laju membasahi pipi Amani. Rindunya dia dengan abahnya. Baginya, abah adalah segala-galanya. Kebencian mama sejak dulu ditampung dengan kasih sayang abah maka hidupnya dahulu amat bahagia.

“Adik pergi ya? Kakak tak nak tengok adik kecewa tak dapat pergi. Kalau mama tanya adik dapat duit dari mana, cakap duit simpanan adik tau?” pujuk Sofea lagi.

Amani akhirnya mengangguk apabila teringat akan abahnya. Dia tahu abah terlalu menyayanginya sehingga tidak boleh melihat kesedihannya.

“ADIK, kalau abah tak ada adik jaga diri tau. Jangan lah berduka hati selalu. Walaupun mungkin apabila abah dah tak ada, mama akan lebih membencimu ingatlah yang abah masih menyayangimu,” ujar Mahmud.

“Abah nak pergi mana? Jangan lah tinggal adik. Nanti dah tak ada orang sayang adik. Abah nak pergi mana? Cakap la,” tanya Amani. Wajah abahnya dipandangan sayu dengan mata yang mula menitiskan air setitis demi setitis.

Mahmud hanya tersenyum kecil. Dia juga tidak sanggup untuk meninggalkan anak kecilnya itu. Bagaimanalah nasib Amani jika ditinggalkan dalam waktu terdekat ini. Mahu diharapkan isterinya, mati hidup balik pun belum tentu dia dapat menjaga Amani dengan sempurna.

Pipi Amani disentuh. “Abah bukan nak pergi mana pun. Abah kata kalau aje. Tapi adik, abah sayang adik sangat-sangat. Abah tak nak tinggal adik pun,” pujuk Mahmud. Dahi Amani dicium.

Amani terus memeluk abahnya yang tanpa pengetahuannya sedang menghidap penyakit. Air mata mula mengalir perlahan di pipi Mahmud. Walau bagaimanapun dia mencuba untuk tidak menangis, dia tidak betah apabila berkaitan dengan anak bongsunya itu.

Amani terjaga dari tidurnya. Bunyi kilat berdentum di luar mengejutkannya. Dia menoleh ke arah tingkap yang kadangkala terlihat pancaran kilat di luar sana. Amani mengangkat dan memeluk lututnya erat.

Mimpi tentang abahnya itu adalah suatu masa silam yang ditinggalkan beberapa tahun lalu. “Abah, adik rindu abah. Kenapa abah kata sayang adik kalau sebenarnya abah betul-betul nak tinggalkan adik,” rintih Amani perlahan.

Sofea yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya itu langsung tidak terjaga dek rintihan Amani.

Amani akhirnya tertidur setelah terlalu lama menangis untuk abahnya. Tidurlah wahai anak yang suci. Tidurlah. Biar hilang semua beban yang sedang kamu tanggung untuk seketika.


TIBA sudah minggu yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar yang menyertai lawatan ke Taiping. Pelajar yang terlibat sudah menunggu di hadapan pagar sekolah sementara bas sampai. Amani juga turut berada di dalam himpunan pelajar itu.

Sofea memegang tangan Amani. Akhirnya dapat juga adiknya itu mengikuti rombongan sekolah.

“Adik jaga diri elok-elok tau. Jangan buat bukan-bukan pulak. Kakak yakin dengan adik kakak ni. Kalau ada orang tak kenal panggil ke nak bagi apa-apa ke jangan layan tau. Sarah, tengok-tengokkan Amani tau,” pesan Sofea panjang lebar dan sempat berpesan sekali kepada kawan baik Amani.

“Kakak janganlah risau. Adik tak akan buat benda pelik-pelik. Adik akan sentiasa ikut cikgu,” jawab Amani. Sofea terus memeluk adiknya. Berat juga hatinya untuk melepaskan adiknya itu pergi jauh walaupun Amani akan pulang ke situ semula pada keesokan harinya.

Bas sudah tiba di hadapan pagar sekolah Amani. Makin berat rasa hati Sofea. Takut jika adiknya terapa-apa. Dia sangat sayangkan Amani bagaikan nyawanya sendiri. Jika terjadi apa-apa kepada Amani dialah yang terasa bertanggungjawab.

***

Karya ku tak sehebat mana. Hanya suka-suka. Itulah dia Syok Sendiri. Hehehe. :D

Internet Tempat Mencarut?

27/8/13




Assalamualaikum...


Aku sebenarnya ada benda yang kena di print out tapi aku rasa topik ni perlu dibincangkan. Benda yang aku tak puas hati aku akan tuliskan persoalannya di sini. Tak salah kan kalau nak bagi pendapat? Kan kan kan. Kenapa dengan aku?


F*** punya cikgu. Suka hati kau je nak marah marah aku. Mak bapak aku pon tak tegur, kau nak nyebok apa s*** oiii!! P****** pnya cikgu!


Korang tak payah lah nak jadi ustaz/ustazah kat sini. Suka hati aku la nak buat apa pon. Ada kacau life korang ke? Pergi mampos lah!!


Woi betina s*****! Kau jangan nak jadi  perempuan j***** lah rampas pakwe aku! Get off my a** b*****!!


B*** lah kau ni. Aku tak kacau kau, kau tak payah nak kacau aku lah ba'tutttt' ba'tutttt' ba'tuttt'. 



Haaaa.... Tudiaaaa.... Jap nak bajet Julia Dolce. LOL! HIhihik! Wei aku lebih rela tengok Julia Dolce yang dengar dia cakap 'haaa.. tudia...' tu je daripada baca status hampa yang mencarut macam facebook tu kau je yang baca. Come on la sayang, itu menunjukkan anda tak pandai nak kawal diri anda.


Yang atas sana tu antara contoh-contoh yang aku pernah terbaca di page-page. Budaya remaja yang suka sangat mencarut di internet sesuka hati. Di blog, twitter, facebook etc... Teruk rasanya bila mencarut kat cikgu and ada yang dekat parents sendiri. Sedihnya hati parents kalau tahu anak mereka macam tu kan? Tak ada rasanya parents yang nak anak mereka mencarut di internet.


Okey, aku mengaku aku pun remaja. Tapi sebagai remaja boleh kan kalau kita jaga imej remaja? Jadi remaja positif dan berwawasan gitewww... Buang masa la beb mencarut ni. Kita dapat dosa la. Orang lain tegur kita, kita ambik yang positifnya. Kalau cara orang yang menegur tu macam tak kena pun, aku rasa tak patutlah kot sampai nak mencarut bagi semua orang tengok kita ni macam apa je?


Kita tak suka kalau yang nasihat kita tu nasihat dengan cara cakap kasar kasar kan? Tapi lepastu kita update pulak kat internet dengan keluarkan bad words. Rasanya orang lain suka tak? Fikir lah tu sayang. Kadang-kadang aku pun sama dengan orang lain, rasa geram dengan someone dan rasa nak cakap benda benda tak patut. Tapi cara aku macam mana tau? Aku tulis entry berbentuk nasihat secara umum. Maksudnya aku tulis macam untuk semua orang, termasuk untuk aku sendiri. Macam pengajaran untuk kita semua.


So sayangs sekalian, janganlah mencarut kat internet. Internet ni sebenarnya untuk beri kebaikan kepada kita kan? Bukan untuk buat benda tak sepatutnya kan? Alhamdulillah, rasanya kawan-kawan aku belum ada yang mencarut tak tentu pasal kat internet. Kawal lah diri tu. Nak mencarut pun, mencarut sorang-sorang kau aje lah. Janganlah nak mencarut merata-rata. Boleh tak? Aku yakin, sayangs boleh. Aku boleh, awak boleh, hampa boleh dan semua orang MESTI BOLEH!!! :D Semangat lah sikit....

Kawal diri kerana Allah. Semangat kerana Allah. ;)


Novel Ya Maulana. -NICE-

21/8/13


Assalamualaikum....



Macam yang sudah aku katakan di entry INI, aku nak review novel kan.. Hah novel yang nak aku review ni is Ya Maulana. Tajuknya macam tak biasa saja, tapi isinya boleh tahan.. Hah, jom tengok review dia. :)



Karya Seni
Hana Ilhami
SM: RM35.00
S/S: RM 38.00


Sinopsis

Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal

“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana

“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…

“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana

“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin




Okey, apa itu maulana? Siapa tahu, dia pandaiiii. :) Siapa tak tahu, Maulana maksudnya ilmuan agama yang tinggi sedikit daripada ustaz kalau tak silap aku. Senang cerita, macam ustaz la. Mula-mula aku ingat maulana ni nama orang, sampai ada anak murid Iqbal yang panggil dia maulana aku rasa macam 'eh, awat kuang ajaq sangat anak murid dia ni panggil nama ja ni?', haa macam tu. Tapi rupa-rupanya Maulana itu panggilan untuk dia macam panggilan ustaz tu lah.


Untuk wataknya, aku rasa watak agak ramai dan ada sangkut-paut sampai rasa macam agak confuse tapi it's okay, lama kelamaan dah mula faham lah pada setiap helaian yang kita akan baca. Watak utamanya ialah Adra dan Iqbal dan jugak Rafiqi dan Sumayyah tak silap aku. Rafiqi dan Sumayyah tu pun aku rasa macam banyak jugak bahagian mereka dalam novel ni.


Jadi untuk watak Adra, aku rasa dia ni cukup gedik dan ketegaq bak kata Iqbal. Degil lah sangat tak mau tutup aurat sampai ada sesuatu yang terjadi pada dia, barulah dia nak sedar. Aku tak berperasaan sangat lah pada Adra ni sebab diri dia tu macam biasa-biasa saja.


Iqbal pulak dia ni macam yang kita baca, mestilah baik dan dia sentiasa menerapkan nilai Islam dalam setiap tutur katanya. Dia kata kena sentiasa serapkan dakwah walau di mana saja pun kita berada. Dakwah Ilallah. Aku suka jugaklah dengan si Iqbal ni. Antaranya sebab dia cakap utara yang memang aku suka sebab aku tinggal di sini. Tapi malangnya si Adra pernah kata cakap hang hang ni very the kampung. Aiii panasnya hati aku bila dia kata macam tu. Kalau tak nak si maulana Kedah tu, bak mai dekat aku pun tak apa... Ehehehe. Tapi watak Iqbal ni tak boleh tandingi kesabaran Khuzairi  saya dalam 7 Hari Mencintaiku. Khuzairi tetap nombor 1 dalam hati ni. Kahkahkahkah -evil laugh-



Overall rasanya novel ni just nice jugaklah. Seimbang dari segi kekeluargaan, rumah tangga, keprihatinan, agama etc... Aman rumah tangga bila bersuamikan seorang maulana yang sentiasa nasihat nasihat, cerita pasal Islam, macam mana Islam berkembang. Seronok bila ada orang tegur solat, tegur tajwid, ajar itu ini, nasihat apa yang tersilap. 


So, aku bagi 4.3/5 untuk keseluruhan novel. Isi yang not bad dan nilai keagamaan itu penting untuk remind diri kita ni. Sambil seronok baca novel, sambil tambah ilmu di dada. Tahniah untuk penulis Hana Ilhami, penulis novel best seller Perempuan Lindungan Kaabah. Penulisan yang baik, mencorakkan masyarakat yang baik juga Insya-Allah. Fyi, novel ni masih baru diterbitkan jadi jom kita support penulisan yang baik macam ni. Insya-Allah, tak rugi kalau tambah pengetahuan sambil baca kisah cinta yang sweet ni.


Itu sahaja untuk review kali ni. Jemput tengok review yang lain jugak ya di SINI. :) Terima kasih.


Main Redah Bilik Tidur. Hormati privasi orang lain, Minta izin sebelum masuk.

19/8/13





Assalamualaikum..


Hah, ada topik lain yang nak aku kupas (ecewah) kat sini. Memang dah lama tak puas hati tentang ni. Kadang-kadang kita rasa macam biasa saja, tapi bila fikir balik, barulah tersedar yang benda tu salah dan tak beradab.


MAIN REDAH BILIK TIDUR ORANG... Benda ni dah lama sangat berlaku dekat aku tapi baru hari ni membuak-buak rasa nak share di sini. Geram betul hati aku bila teringat balik sampai tajuk dekat atas sana pun bukan main panjang. Tak, sebenarnya nak bagi faham saja. Ingat nak tulis pasal entry review novel saja, tapi memandangkan aku teringat tentang benda ni, maka aku nak share benda ni dulu...


Bukan main panjang aku tulis mukadimah? Okey kita masuk sekarang... Hari tu, aku tengah tidur lepastu aku tersedar ada orang kiss pipi aku and aku bukak mata. Okey, jangan salah sangka. Orang tu perempuan yang statusnya dirahsiakan di sini. Ahahaa. Aku rasa sangat tak sopan lah sebab aku dah la tengah tidur, lepastu bilik semak pulak sebab bantal peluk tergolek kat atas lantai semua. Entah-entah masa aku tidur tu pulak seluar aku kat bahagian kaki terselak ke, baju terselak nampak perut ke? Don't you think it's so embarassing?


Patutnya bila nak masuk bilik orang tu, minta izin ketuk lah dulu. Kalau orang tu tak bukak, janganlah masuk sesuka hati ekau. Bukan bilik parents saja kita kena minta izin bila nak masuk, bilik sesiapa sahaja pun kena minta izin juga sebab manalah tahu tuan bilik tu tengah nak tukar baju ke, tengah berkemban nampak paha ke?


Hormatlah privasi orang lain. Susah sangat ke nak minta izin dengan orang? Even maybe dengan budak 10 tahun pun, bila nak masuk bilik dia tu minta izin sajalah. Jangan ingat dia budak-budak sesuka hati kita aje nak redah bilik dia. Walau siapa pun kita saudara dia ke makcik dia ke sepupu dia ke, aku minta tolong minta izin lah sayang. Tak susah. Ketuk pintu, tanya boleh masuk tak? Ketuk ketuk kalau orang tak jawab jangan main redah aje lah. Cuba kalau rumah orang, tekan tekan loceng lepastu pintu tak bukak kau terus redah aje. Ada adab tak? At least kalau dah dapat respon tuan bilik tu, barulah kita masuk. Tak baik main redah...


Kalau dah ketuk sampai nak runtuh pintu tapi tak ada respon jugak tu, kenalah bukak jugak. Manalah tau pengsan ke, dah tak bernyawa ke, tengah proses nak makan racun ke kan??? Ehehe... >.< Okey, aku rasa membebel panjang pulak dah pasal topik ni sebab kalau aku bebel panjang tu namanya aku tak puas hati. K, dah..


Illal liqa'.. :)

Jaga mulut sendiri, Jaga hati orang.

14/8/13





Assalamualaikum...


Kita manusia memang dah terbiasa suka bercakap tak fikir perasaan orang lain. Mungkin kadang-kadang kita rasa nak bergurau aje, ataupun mungkin tak maksudkan pun tapi kita tak tahu pun kalau orang yang kita cakap tu entah-entah dia terasa betul betul ke.


Orang kata, kalau rasa tak tahan sangat nak mengutuk jugak tu kau diam. Diam saja jawapannya. Bila orang diam, itu lebih baik. Kadang-kadang yang mulut banyak ni yang banyak jugak buat dosa. Banyak jugak sakitkan hati orang. Kita tak sedar pun kita sakitkan hati orang. Mungkin apa yang kita cakap tu fakta tentang dia, tapi janganlah cakap depan-depan dia. Cakap belakang pun tak elok. Nak kutuk sangat kutuk je lah dalam hati walaupun tahu benda tu dosa tapi kalau dah tak tahan sangat kan? Kutuk aje sepuasnya, janji orang tak dengar.



Hati orang kita tak jangka. Entah-entah dengan apa yang kita cakap tu membuatkan hari-hari dalam hidup dia tak ceria. Mungkin masa kita cakap something tu pada dia, dia tersenyum saja. Tapi, adakah kita tahu pada malamnya dia menangis pilu hanya kerana kata-kata kita tu?


Memang boleh cakap, 'mulut aku, suka hati aku lah nak cakap apa pun.'. Ya, aku faham. Kita memang boleh cakap macam tu. Tapi hati orang, suka hati siapa yang sakitkan? Suka ke kita bila buat orang sedih? Suka ke kita bila buat hari orang dah tak ceria lagi? Suka ke kita buat orang rasa down gila? Suka ke? Tanya lah kita sendiri. Cubalah kalau orang buat kat kita macam apa yang kita buat dekat orang.


Kalau apa yang kita tak suka orang buat dekat kita, janganlah buat dekat orang. Memang kita ni selalunya kita buat dekat orang tak apa, jangan orang buat dekat kita. Tak bolehlah macam tu. Kalau satu hari nanti kita dapat macam apa yang kita buat dekat orang, fikirlah balik mungkin kita pernah buat benda yang sama jugak.


Hati orang kita tak tahu. Mulut kita, kita tahu. Jadi, jaga mulut dan jagalah hati orang. Janganlah fikir nak syok kita sendiri aje. Memang bercakap pasal orang ni seronok, benda yang berdosa tu memang senang nak buat dan seronok. Tapi, sampai bila nak bercakap tak henti pasal orang lain. Biarlah orang tu nak bagaimana pun, hidup dia, badan dia, diri dia, jasad dia. Biarlah dia dengan hidup dia. Kita yang hanya memandang ni, diam sajalah. Kalau kita tak suka apa-apa pasal diri dia, biarlah. Dia yang tanggung, bukan kita.


p/s: entry yang agak emosional gara-gara sikap kita, MANUSIA. peringatan untuk aku, awak dan kita semua. ;)

Raya, Tudung & Bilik Pengurusan Jenazah.


12/8/13


Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selamat sampai rumah tadi. Rasa seronok sangat bila balik rumah sendiri kan. Walau macam mana pun seronok beraya kat rumah orang, mesti rasa feel seronok lain macam sikit bila balik rumah sendiri. Aku tengok pageviews masih memberangsangkan. Aku ingatkan dah jatuh menjunam tapi alhamdulillah.. Thanks sayangs sekalian yang sudi datang berkunjung. Melihat pageviews pun menaikkan kegembiraan bila penat balik dari kampung. Anyway yes, entry ni aku nak cerita pasal 3 topik sekaligus. Nak lepas gian menulis blog. Boleh tak? And yes, I miss my cats, my laptop, my room, my food at kitchen and my house lahhh... and tak lupa jugak my blog and my virtual friends, here. Panjang mukadimah hakuu..


Raya

It's fun. Tapi duduk di kampung agak panas jugak lah. Tak banyak cerita yang nak aku kongsikan pasal raya di sini. Macam biasa aje, jumpa saudara and I got duit raya lahhh.. :P Aku tak sempat nak snap snap pakai baju raya. Raya pertama pun rasa macam penat aje. Tapi yelah, nasib baik tak tangkap gambar awal-awal sebab my dad terformat habis camera dia and semua gambar hilang. Sayang gila. Gambar raya tahun lepas pon hilang... :'( sobs. Sorry tak ada gambar yang menarik untuk topik raya. -buat muka kesian-



Tudung

Haa.. Ini ada sangkut paut sikit kot dengan raya. I wore tudung bawal masa pakai baju raya. Itupun rimas rimas habis sebab aku geram dia suka tak jadi. Jadi pun sikit-sikit aje. Bila berhenti untuk solat ke, kan susah. Nanti kena bukak pin and then pakai balik depan cermin, cermin pulak semua dok pakai tudung bawal lepastu tak jadi-jadi terpaksa la kita tunggu lama sebab masing-masing nak touch tudung. Ehehek.



Bukan tak nak pakai fabric starch, tapi dah habis. Itu yang geram pulak rasa. And tudung bawal aku rasa sangat panas bila aku pakai sebab aku pakai inner neck kan. Nak pakai anak tudung biasa nanti nampak tengkuk, tak guna. Bukan aku tak suka tudung bawal, I love it kot. Suka sangat. Same as shawl. Suka. Tapi aku tak pandai nak pakai elok-elok. Mesti nanti naik rimas lah apa.


Cantik...






Pilihan aku tetap tudung yang kita selalu cakap tudung ekspres tu kan. Biarlah orang nak kata tudung tu dah tak cantik or nampak kampungan or what, I still love it. Yang selapis tu. Senang gila kot. Tak payah nak berebut cermin dengan orang nak betulkan tudung. Just sarung je and siap! Dah terbentuk pun kan. I can senyum sampai ke telinga when aku pakai tudung tu sebab it's so easy and so comfortable. Beli yang kain berkualiti sikit lahh.. Sejuk je, tak payah pakai anak tudung.





Bilik Pengurusan Jenazah

Mesti tak habis fikir apa kena mengena dengan bilik pengurusan jenazah ni pulak. Aku rasa macam hot je tajuk ni sebab dia macam seram seram sikit. Kahkahkah. Bukan nak cerita benda seram pun ni, just nak cakap pasal bilik ni sikit je.. Lek la kak, jangan takut. Tak ada apa pun.



Tak la.. Masa balik tadi aku dengan mak aku singgah satu masjid ni. Tapi yang aku nak cakap ni, bukan masjid ni aje lah. Masjid lain pun kebanyakannya sama aje. Bilik ni selalunya diletakkan berhampiran dengan bilik air dan tempat wudhuk wanita. Kekadang tu aku dengan my mom tak jadi nak masuk masjid yang macam ni. Disebabkan tadi aku dengan mak dah lambat nak solat, gagahkan diri jugak untuk ambil wudhuk walau masing-masing dah terangkat-angkat bulu roma.


Aku tak ada apa pun, tengok mak aku yang takut gila tu aura takut dia pun dah terlebih dekat aku. Mak suruh aku cepat cepat cepat sampai bila dah habis solat aku baru teringat tertinggal spec mata. Aisyoo, susah betul. Nasib abang aku teman. Tapi masa solat kan, tetiba langsir bergerak-gerak macam orang main-main. Lepastu, aku tanya mak aku apa dia tu. Mak aku pulak walaupun dia penakut dia suka tengok sebab nak tau apa benda tu. Mak aku pun selak langsir tu and ada orang tu dok jerit macam 'hahhh!!' dekat kami. Lepastu dia pergi mana pun tak tahu. Masa langsir tu gerak-gerak aku tak nampak pon kaki dia. Aihh.. Tapi oranglah agaknya... Maybe dia tersalah nak takutkan orang kan.. Nak sedapkan hati sendiri. >.<


Sepatutnya kan.. masjid tak patut letakkan tempat wanita dekat dengan bilik tu. Macam yang ustaz kata, antara tempat yang benda tu suka is macam bilik tu kan sebab macam-macam orang yang meninggal dimasukkan ke bilik tu semua. Lepastu yang tempat mandi dia, pihak masjid suka letak dalam tempat wudhuk wanita ataupun tepi tempat wudhuk. Keranda pun suka letak kat tepi-tepi tempat solat wanita. Bila buat macam itu, lagilah orang susah nak datang masjid. Masjid ni sepatutnya tempat ibadah yang diyakini tak ada benda-benda tu semua kan. Rumah Allah. Tempat suci yang menenangkan jiwa. Bukannya bagi orang ketaq lutut!!! Memang lah boleh kata, kena ada iman. Bagi orang yang iman tak kuat macam aku, tak ke haru??? 


So sayangs, itu sahaja perkongsiannya. Illal liqa'. :)



Lelaki Membebel Itu Annoying

4/8/13


Assalamualaikum..


Membebel? Bukan sesuatu yang asing lagi dalam kehidupan kita. Biasa sangat dengan bebelan ni, dan bebelan itu sesuatu yang menjengkelkan. Biasa membebel ni akan disuaikan dengan kaum ibu ataupun perempuan kan? Tapi, selalunya bebelan kaum ibu ni membawa kepada kebaikan. Tetapi, biasa tak berhadapan dengan kaum lelaki yang suka membebel?


Rasa nak buat cenggini je bila dengar lelaki membebel. Tapi kalau buat macam ni, lagi teruk kena bebel.


Aku rasa bila lelaki membebel, sangatlah buruk dan tak patut sebab biasanya lelaki dianggap sebagai cool dan tak macam perempuan yang suka kelam kabut dan sikit-sikit membebel. Bila perempuan membebel, aku tak kisah sangat. Bukan aku racist, cuma aku rasa macam tu. Kadang-kadang ada jugak yang aku berpihak kepada lelaki, jadi aku tak bias. :P


Lelaki yang aku jumpa ni kan, dia ni setiap masa kalau boleh perggh mulut. Macam murai tercabut ekor, macam bertih jagung, macam tebuan yang mengamuk sebab sarangnya dijolok. Nampak tak betapa annoying aku bila berhadapan dengan kaum adam yang membebel dia kalah minah propa, kalah mak datin dan kalah mak nenenk moyang. Boleh lihat betapa teruknya kan?


Aku tahu dia membebel bila ada orang buat salah, tapi kadang-kadang kita rasa benda tu tak salah tapi dia nampak macam salah ataupun mungkin dia ni selalu apa benda orang buat semua salah. Mungkin kalau kesalahan kecil tu, tak patutlah nak membebel. Cool lah, janganlah gelabah tak tentu hala sebab nanti diri sendiri yang penat, dan orang lain benci dekat awok. Ini peringatan untuk aku sendiri jugak sebab aku pun selalu membebel.


Jadi untuk pakcik, abang, datuk dan yang bergelar lelaki di luar sana, awak janganlah membebel selalu selalu sebab lelaki membebel itu annoying. Kalau orang buat salah awak tegur lah elok-elok, kalau awak ambil cara membebel tak akan menyelesaikan problem. Kita lelaki, kena maintain cool. Tak macho arr membebel. Apa barang membebel? Macam maknyah pulak. Eh, baru perasan 'kita lelaki'? Tak, awak lelaki. Hihihi.


Membebel itu perkara biasa, tapi boleh bernanah telinga orang yang mendengar. Tapi untuk kaum ibu yang membebel, aku rasa kita patut dengar sebab bebelan dia itu penuh dengan nasihat. Ibu membebel untuk membawa kepada kebaikan. Tapi untuk kaum selain kaum ibu janganlah membebel tak tentu hala, tak ada arah tuju. Dah bukan one direction, tapi bercabang-cabang pulak direction bebelan kita tu. Kalau lebih daripada one direction bebelan kita, tolong jangan membebel. Termasuk aku sekali lah ni.


K dah. Bye. Untuk lelaki, jangan marah aku. Sebab diri awak sendiri pun tak suka kan kalau ada orang yang membebel tak berarah ni?

Bulan Ogos dan Keinsafan...

1/8/13



Sedar tak sedar dah masuk bulan 8 dan ramadhan ke 24 dah pada waktu aku menaip ni sekarang. Sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam je masuk ramadhan yang pertama. Aku rasa ramadhan kali memberi makna untuk aku, insyaAllah.





Bersyukur lah kita sebab Allah masih panjangkan umur kita hingga kini. Sekejap sangat masa berlalu, macam tu jugak lah umur kita yang semakin meningkat ni. Aku kalau boleh tak nak masuk tahun depan. Nak stay tahun ni aje. Tapi nak buat macam mana, waktu tak akan menunggu kita dan tak akan berhenti walau sesaat cuma, ecewah aku. Hehe. >.<


And talk about keinsafan. Seriously bila kita pergi majlis ilmu, pergi ke masjid, bila dengar tazkirah barulah terbit keinsafan tu dalam diri ni. Sebab tu we should go to masjid, majlis ilmu, and semua yang memberi keinsafan ni supaya diri kita ni sentiasa rasa beringat sikit. Kann?




Kekadang kita manusia ni, sekejap aje rasa insaf tu. Lepastu beberapa minit lepas tu, hilang. Lesap. Lupa. Itu yang dirisaukan. Semoga kita sentiasa beringat lah terutama sekali bulan Ramadhan yang mulia ni. Ini semua untuk remind diri aku sendiri yang serba kekurangan, hamba yang kerdil ni kan. :')


Okeylah, takmaulah serious manjang aje entry ni. Aku nak habaq yang aku lapaq laksa la. Padahal beberapa hari yang lalu dah makan laksa, tapi lapaq lagi. Ehehe. Mengada-ngada tara ni nohh... :P

Slrrrpppppp!!! Mak, belanja saya laksa satu! :D