Novel Suami Aku Ustaz


Assalamualaikum...



Aku baru saja menghabiskan baca novel Suami Aku Ustaz. Zerioousss?? Orang dah baca berkurun lama, aku baru nak baca. K.. Tau la. Aku ketinggalan zaman sikit. Sampai orang dah nak buat drama baru terkial-kial nak baca. Gedik lah kau Niena! :P


HANNAH DHANIYAH
RM 22.00 SEM
RM 25.00 S/S



SINOPSIS

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?




Baca sinopsis saja sudah buat aku terpikat disebabkan aku suka cerita yang pelajar kahwin dengan cikgu ni. Rasa syok gitu. Tapi, tak bermakna aku nak kahwin dengan cikgu sekolah aku pulak kan?! Haha. Bagi aku, cerita ni sangat bessttt sebab aku suka ustaz tu! Tak.. maksud aku, dialog dia semua berkaitan dengan Islam. Seronok wutt baca.



Cara penulis ni tulis dialog ustaz ni, memang seronok. Macam arrhh. Rasa best. Rasa cara pendekatan yang terbaik lah. Siapa siapa yang rasa novel yang berkaitan dengan agama ni kekadang skema dan bosan, cubalah baca novel Suami Aku Ustaz ni sebab kalau baca mesti terpikat terus lah. :)



Gaduh sikit sikit dan merajuk manja tu ada lah. Mestilah kena ada kan. Cuma masa mula mula tu aku rasa sakit hati dekat Alisa sebab dia tak boleh nak terima ustaz ni sebagai suami dia sepenuh hati dia. Lepastu, dia cakap;

"Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku tau! Kau pernah tahu apa yang aku rasa? Kau pernah terfikir apa yang akan terjadi pada aku kalau satu sekolah tahu? Dengan SPM entah lagi berapa minggu. Apa pandangan dia orang bila dengar cerita ni? Semua benda ni, mengarut kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat aku, Joe! Jadi tak adil kau nak judge aku macam ni je! Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku langsung tak terfikir semua benda ni tahu?"

Time ni, aku langsung sikit pun tak kesian dekat Alisa masa dia luahkan rasa hati dia. Dia nak minta penampo aku agaknya. Masa ni dia tak boleh terima ustaz tu lagi. Kesian ustaz. Ustaz Hafiz dengar tau apa yang dia cakap. Kesian ustazzzz!!! Sakit hati betul aku bila Alisa cakap macam tu.



Satu lagi part yang aku tak suka, time Alisa dah masuk universiti. Ada lah mamat pulon apa entah. Sakit jiwa betul la time part sesak sikit tu. Haishh..



Lepastu satu lagi, dia ada selitkan satu doa yang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Doa Nabi Daud a.s. Aku suka doa ni.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku, keluarga serta air dingin."


Memang seronok lah.. Overall, kasi 4.5 markah. Tolak tolak part yang aku tak suka Alisa. Hihihi. Tahniah buat penulis Hannah Dhaniyah yang berjaya buat aku rasa seronok sangat baca novel dia yang bertujuan berkongsi ilmu ni..  :D

Cat lovers


Auuuuwww!!



Assalamualaikum...



Yey! Yey! Lagi sekali blog bertukar wajah. Guna template yang sama tapi edit sikit-sikit saja. Theme beige and green. Wewewe. Baju yang aku tengah pakai sekarang pun warna beige. Suka suka!



Okey, mukadimah yang tiada kena mengena dengan tajuk aku Cat lovers. Ya, nak cerita pasal cat lovers le ni. Aku adalah seorang pencinta kucing. I just love cats. Walaupun aku pernah kena cakar dengan kucing sampai meninggalkan parut dari 8 tahun yang lalu sampai sekarang. Haa kau. Parut kekal terus hanya dengan kena cakar kucing. Teruk? Menakutkan? Heee....



Takat kena cakar kucing ni, memang dah biasa. Kucing tiba-tiba melompat kat muka aku waktu aku tengah solat tu sangat dah biasa. Kadang-kadang kena cakar tu sampai air mata keluar. Tapi... tapi.. tapi.. Itu tak mengubah cinta aku pada kucing. Haa. Setia kan aku. Setia hujung nyawa gitu.



Kucing berak atas katil, dekat baju aku pun aku dah biasa. Tapi, aku tetap setia hujung nyawa. Kikiki. I don't know why la kan. Memang kalau difikirkan, mesti aku dah jadi benci dengan kucing iya dak? But, itulah. Memang lah aku rasa marah, tapi kejap saja. Lepastu aku peluk peluk cium kucing tu balik.



Dan.. aku rasa macam tak ngam je dengan orang yang tak suka kucing ni. Tau la, sebab takut ke geli ke apa kan. Tapi, aku tak faham kenapa geli? Kucing tak haram macam pi*. Kalau takut tu, boleh la diterima kot. Mungkin takut kena cakar ke kan. Tapi, tolonglah. Kalau tak suka kucing pun jangan sepak terajang kucing tu okeyh. Berdosa. Kucing tu, binatang kesayangan nabi. Sila jangan pandang rendah pada makhluk bernama kucing, sian tau.


Jangan pukul kita k.. Kita bukannya nak bunuh awak. :(


Here is video yang aku suka tengok. Cute je kucing dengan air.





To cat lovers, I LOVE YOU!

Keinginan dan kewajipan


Assalamualaikum..



Di sini ada benda yang ingin dikongsi bersama di blog. Aku bagai nak pecah otak dan kepala dan jiwa dan raga bila buat nota Sejarah yang gila panjang-panjang. Nak buat mind map pun macam mustahil saja sebab tak boleh. Ayat-ayat yang panjang-panjang aku terpaksa short form kan. Kata nota...



Hati seorang pelajar. Mana pernah seronok nak buat kerja sekolah. Kerja sekolah itu satu kewajipan. Tapi itulah, bila ada laptop depan mata mula nak tekan internet bukak blog, nak edit blog,  facebook, youtube dan sebagainya. Jadi, ini amat susah.



Sila jauhkan segala benda yang selalu menghalang untuk buat homework. Keinginan untuk berlaman sosial sila letak ketepi jika ada kerja sekolah yang menimbun. Iya, aku sedang mengalami level keinginan yang melebihi kewajipan. Aku nak baca novel, edit blog dan surf internet. Ini sangat tak baik.



Dalam masa yang sama, kerja sekolah itu wajib dilaksanakan sebab dah nama pun kewajipan pelajar. Suka tak suka, sila buat jugak sebab ia wajib! Tak buat nanti, diri sendiri rugi. Kalau yang keinginan tu, tak buat pun tak apa sebab tak rugi apa-apa pun. Mungkin iyalah baca novel atau surf internet tu sedikit sebanyak boleh tambahkan ilmu di dada, tapi belum tentu. Kannn??


Sila utamakan kewajipan daripada keinginan. :)

Merajuk itu seronok, memujuk itu SEKSA!


Assalamualaikum...



Wuhh. Aku baru je berazam tak nak makan malam, tapi terrrmakan jugak mini pizza tu. Mula niat nak makan satu je, tapi rasa sedap terus bantai dua. Elok sangat. Lepastu, duduk hadap lappy. Lepastu, keputusannya gemok. aku memang dah gemuk jangan tolak hakikat. hihihi.



Sulking. Sulking? Sulking like zisss...





Pernah merajuk? Pernah dipujuk? Pernah memujuk?



Banyak soalan pulak. Lempang kang. Baru ada akaii. Okey, merajuk itu memang seronok. Kita buat muka masam, diam, menjauhkan diri mesti kawan-kawan akan datang pujuk sebab rasa bersalah bila tengok muka kita. Tapi, perlu diingatkan, muka sewaktu merajuk sangatlah annoying dan orang yang memujuk anda tu sebenarnya rasa nak lempang je muka anda bila anda merajuk.



Baru tinggalkan beberapa langkah di belakang, merajuk. Tak dengar bila panggil, merajuk. Mengata main main, merajuk. Bergurau terkasar, merajuk. Ini yang dipanggil, sikit sikit merajuk. Seksa laki kalau ada bini kuat sangat merajuk.



Kalau merajuk sekali dua, itu masih okey. Semua orang tak ada kisah sangat atau lebih baik tak merajuk langsung even sakit hati. Aku salute dengan orang yang terasa hati tapi masih ketawa dan tersenyum macam tak ada apa apa yang menyakitkan hati dia. Aku rasa, aku tak pernah merajuk lagi la selama aku dengan kawan-kawan aku masa high school ni. Serupa budak darjah satu lagi merajuk tak habis habis.



Memang seronok merajuk, tapi yang terseksa itu sang pemujuk. Kasihan. Kalau suruh aku pujuk orang yang merajuk, aku tak suka dan aku tak reti sebabnya.. Sebab memujuk itu seksa. Selalunya semakin dipujuk, semakin dia merajuk sebabnya dia terasa seronok bagai dimanja-manja, dibelai-belai kasih gituuuu... Haa.. Jadi, solusinya jangan pujuk orang merajuk. Tak payah layan sangat. Makin dilayan, semakin mengada-ngada. Itu sangat ANNOYING!



Biar seksa yang pemerajuk itu *lol. Dia yang merajuk, dia yang terseksa. Biarlah tengok sampai bila dia nak berdiam diri dan menjauhkan diri. Ini berkesan untuk kawan sekelas yang rehat sama-sama, nak pergi tandas sama-sama atau Wisya dengan Ezroy. *abaikan kalau tak kenal siapa mereka ini. Sebab, nanti dalam kelas dia cari kita jugak nak teman dia, nak tanya soalan Bahasa Inggeris yang dia tak tahu dekat kita. Hihihi.



Jadi, kalau ada teman anda yang kuat sangat merajuk tak kira masa ikut rasa dia nak merajuk, jangan kerap memujuk. Asal merajuk je pujuk. Itu sangat tidak baik sebab sebenarnya kita mendorong dia untuk sentiasa merajuk. Kalau sekali dua, tak kisah memujuk. Kalau sikit sikit je nak buat muka merajuk yang sangat annoying itu jangan dilayan. Biar si pemerajuk yang terseksa. Kini, insyaallah;

"Merajuk itu seksa, memujuk itu TAK PERLU SAMA SEKALI!"
Kesian..

Logik sikit boleh tak?


Assalamualaikum...



Sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri.



Aku masih penat sebab baru saja sampai rumah dalam pukul 7 lebih tadi. Aku pergi KL. Cousin aku kahwin. Tak ada entry untuk dibuat pasal kenduri tu sebab aku rasa yang baca pun bukan kenal dia.



Okey, straight to the point apa yang aku nak tulis di sini. Apa yang logik tak logik tu? Okey, yang gambar atas sana tu sila isi dengan jawapan F sebab memang aku nak tulis pasal benci benci dekat sini. Benci dengan jawapan yang tak logik dan tak boleh digunapakai pada aku.



Kadang-kadang ada orang tak suka orang lain mungkin atas sebab sebab tertentu yang dirasa untuk diri dia sendiri. Contohnya, dia tak sukakan atas sebab orang tu tak pandai macam dia. Atas sebab orang tu tak cantik macam dia. Atas sebab orang tu tak pandai buat lawak.



Faktor rupa paras, kepandaian, lawak tak lawak, tak pandai bercakap. BAGI AKU, tak boleh digunapakai. Tak boleh lah disebabkan dia kurang sikit daripada kita, kita nak tolak dia. Disebabkan hanya rasa dia tak pandai bercakap dan tak pandai buat lawak kita langsung rasa dia tak layak jadi kawan kita.



Hanya disebabkan rasa ketidakpuasan hati kita yang tak logik tu, kita nak tak suka dekat orang, aku rasa tak perlulah. Buang masa bencikan orang atas sebab yang tak munasabah ni. Berdosa pun satu bencikan orang tanpa sebab. Kalau dia kurang ajaq, buat maksiat ke boleh lah kita rasa tak senang. Kan???



Aku cakap ni pun, sebab aku pernah rasa kurang senang dekat orang atas alasan yang tak munasabah yang macam aku tulis kat atas tu. Lagi satu, tu masa aku kurang matang dulu. Sekarang pun tak lah matang tapi tak adalah nak benci benci dekat orang atas alasan tak munasabah tu. Okey dah. Ini hanya pendapat aku saja. Kalau ada yang fikir lain dari otak aku, itu masing-masing.

why bad words?


Assalamualaikum...



Bad words? Erhh. Tak suka kan kalau dengar orang cakap perkataan-perkataan yang buruk such as; ... .... ... Pandai-pandai sendiri lah kan what is that yang bad words tu. Macam dah jadi satu habit dalam kehidupan seharian cakap bad words.



Including me. Benda yang selalu terrrrcakap, bongok. bangang. bodoh. Bermula huruf B je eyh. Boikot huruf B!! Ceh, tak ada lah. Tak set dalam kepala otak nak cakap benda benda macam tu tau. But.. Dia dah macam habit. Kalau apa-apa je kan haa 'bongok la hang ni'. Haa kan? Orang yang terkena tu kesian.



Tapi, aku langsung tak berniat nak cakap macam tu. Dia terkeluar sendiri. Sebab tu orang kata, tak nak cakap bad words ni kena sentiasa ingat Allah. Macam, tah tah ada insan yang baik hati tiba tiba terkejutkan kita ke kan. Lepastu kita melatah. But, melatah benda yang baik baik. Astaghfirullah. MasyaAllah. kan best kalau setiap orang macam tu kan. Sejuk hati mendengar pun. Ni melatah segala benda keluar.



Aku sedang melatih diri jangan cakap benda benda tak baik. Walaupun kadang kadang kita tak berniat nak cakap benda tu, lepastu tercakap dekat orang lain. Mesti orang tu terasa kan. Aku pun terasa jugak kalau tiba-tiba orang kata 'bodoh hoii' kat aku.



Setiap apa yang kita buat, boleh je menyakitkan hati orang. Terutama sekali words. Mungkin kita rasa biasa je sebab kita dah terbiasa. Tapi, kena fikir pasal orang lain jugak. Orang kata, perkataan itu lebih berbisa. Dengan hanya satu perkataan, boleh melukakan seribu pihak. Cewah. memandai je haku kan.


...MULAI SEKARANG.....

JANGAN BIARKAN BAD WORDS MENGUASAI DIRI...


Sana sini drama...

Assalamualaikum...



Hmmh.. Semenjak dua menjak di aku tengok bukak blog je, ada je entry blogger lain tulis pasal drama-drama Melayu di tv. Setia Hujung Nyawa lah. Cinta di Abu Dhabi lah. Ruby lah. Cinta Qaseh. Surat Dari Langit Biru.



Aku rasa, dulu dulu pun ada jugak drama drama untuk setiap slot kan. Tapi, macam tak ada sambutan sangat je. Ke aku yang tak ambil kisah? Dulu, aku rasa setiap drama di setiap slot aku akan tengok. Sorry, itu masa aku sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, aku hadap laptop je sampai rabun. Hihihi.



Lagi satu, orang dah habis tengok cerita Setia Hujung Nyawa aku baru tengok. Baru je habis tengok pagi tadi. Sangat ketinggalan. Tapi, tengok kat laptop lagi cepat. Tak ada iklan iklan. Tak payah tunggu sehari satu episod. Sehari satu episod. :D



Bagi aku, ok la drama SHN ni. Yang aku tak suka, yang terter tu. Yang orang orang buat dajal tu. Lepastu, Iqram yang aku tengok muka dia macam india jual karpet tu sebab aku tak suka dia dalam cerita tu. Ada lagi rasanya yang aku tak suka. Banyak benda aku tak suka. Tapi, tak kesah. Aku tengok syok la jugak. Mesti ada yang kata 'dah tak suka tu tak payah lah tengok'. Aku tak kata aku tak nak tengok. :p


Nah El ngan Zain korang. Suka sangat kan.. :D

Chewing Gum Memusnahkan Rambut!


Assalamualaikum...





Apakah? Apakah? Apakah? Ada ke diiktiraf yang chewing gum yang warna dia comel comel dengan bentuk pelbagai jenis tu memusnahkan rambut? Tak pernah dengar pun... Okey, sini aku nak bagi pernah dengar dan pernah baca.



Hmmh.. Well.. Banyak orang sukakan chewing gum atas faktor-faktor tertentu. Mungkin sebab nak hilangkan bau mulut longkang atau sengaja syok syok rasa cool dan best. Tapi, ada jugak orang yang tidak sukakan chewing gum atas faktor-faktor yang tertentu.



Salah satu faktor orang tak suka chewing gum adalah sebab ia memusnahkan rambut!! Okey, mungkin faktor ni untuk aku saja. Untuk kau lain cerita. Sebab tak pernah kena mungkin? Kalau pernah kena mesti faham perasaan aku kan?



Aku pun tak ingat aku kena ni time bila. Yang pasti masa sekolah rendah. Bila mak aku lambat datang ambik aku di sekolah, aku akan pergi ke public phone untuk call mak aku. Jadi, aku pergi kat public phone tu dan nampak ada sekumpulan budak lelaki yang tak tahu darjah berapa.



Aku tak syak apa-apa. Jadi aku angkat gagang telefon dan lekapkan pada telinga. Oh ya, lagi satu. Perlu diingatkan yang aku akan masukkan gagang telefon tu dalam tudung sebab ada masalah pendengaran. Okey, bukan masalah pendengaran tapi disebabkan budak-budak sekolah aku masa tu buat macam tu, jadi aku pun ikut (mudah terpengaruh masa DULU DULU).



Then, aku rasa asal macam lain macam je melekat gagang ni kat telinga aku??? Dan pada masa tu jugak aku nampak budak lelaki tu tengok lain macam dekat aku. Aku pandang dia lepastu dia blah. Aku tak tahu apa motif dia tengok aku. Yang pasti dia sudah berjaya buat DAJALLLLLL!!!!



Habis melekat chewing gum yang dikunyah budak tu dekat telinga aku!!! Rambut  aku pun kena. Anak tudung aku kena chewing gum. Lepastu baju aku pun kena. What ta hell? Masa tu seriously geram yang amat. Tapi, aku buat buat cool sebab masa sekolah rendah aku memang ego. Aku tak pernah tunjuk apa yang aku rasa. Haa kan? Budak sekolah rendah pun pandai ego ke kan? Tapi, itulah hakikatnya.



Balik balik tu, terpaksalah di 'sraaap'(bunyi gunting menggunting rambut). Sedih tau dak? Habis rambut tepi aku tak sama. Dah lah rambut aku jenis lambat nak panjang. Memang sakit hati gila gila lah. Sebab itulah aku kata chewing memusnahkan rambut aku yang cantik. Perasan. Aku teringat kisah yang tak berapa nak best ni pun bila terbaca entry kat blog kak zyra. errrhhh. 

Cerpen: Bongsu. 3





Terlupa sekejap yang CSS Bongsu belum habis lagi diletak di sini. Aku menaip sekarang ni dengan mood: separuh sedar. Aku rasa macam separuh dalam mimpi separuh alam nyata. Jadi, separuh sedar lah kan. Mata mengantuk sebenarnya.. Internet jadi slow sikit malam ni. Jadi, here is sambungan dia (finale). Cewah..

***

Ibu memegang tangan si bongsu. Ibu luahkan rasa hati ibu kepada si bongsu. Ibu berjanji, jika si bongsu sedar nanti, ibu akan menyayangi si bongsu sepenuh hati ibu. Ibu menambah lagi, ibu tidak kisah lagi jika si bongsu tidak dapat berjaya dalam pelajaran sekalipun asalkan ibu dapat mendengar suara dan dapat mendakap kasih untuk si bongsu.

Ayah juga begitu. Ayah berjanji, ayah akan berusaha untuk bekerja lebih lagi untuk menyara hidup mereka jika si bongsu sedarkan diri. Kata ayah, ayah betul betul rasa bersalah dan terhutang budi dengan si bongsu yang banyak berjasa.

Sebulan berlalu...

Si bongsu sudah menunjukkan tanda tanda positif. Jari jari halus si bongsu kerap bergerak-gerak seolah-olah memberi respon kepada sesiapa sahaja yang bercakap dengannya.

Ibu dan ayah berkata, jangan paksa diri jika si bongsu masih lemah untuk sedarkan diri. Kadangkala, jika ibu dan ayah menemani si bongsu, air mata si bongsu akan mengalir keluar dari matanya yang masih tertutup.

Sedang ibu, ayah dan abang Ngah solat hajat kepada Allah terdengar suara si bongsu memanggil. Mereka bertiga segera menghampiri si bongsu.

Ya Allah, engkau maha mendengar rintihan hamba-MU. Si bongsu tersenyum tetapi senyumannya tampak tidak bermaya. Ibu dan ayah segera memeluk badan si bongsu yang semakin susut itu.

Ibu ceritakan segalanya kepada si bongsu. Ibu beritahu kepada si bongsu yang si bongsu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis karangan di sekolah tempoh hari. Bukan main gembira lagi wajah si bongsu mendengar cerita itu.

Ibu, ayah dan abang Ngah tidak lekang menemani si bongsu yang masih belum sembuh sepenuhnya. Mereka turut meminta maaf kepada si bongsu. Apa yang si bongsu idamkan, mereka akan penuhi.

Suatu hari, si bongsu meminta agar keluarganya supaya duduk di birai katil. Katanya, dia mahu ceritakan sesuatu.

Si bongsu menceritakan pengalaman komanya yang panjang. Dia berkata, dia melihat kak Long menyuruhnya untuk menyampaikan ampun dan maaf kepada mereka sekeluarga. Si bongsu cerita lagi, kak Long mengajaknya untuk menyertai kak Long di alam sana tetapi si bongsu menolak. Si bongsu beritahu kepada kak Long dalam komanya yang si bongsu tidak akan meninggalkan keluarga selagi si bongsu tidak dapat memeluk ibu dan ayah untuk kesekian kali setelah bertahun-tahun tidak mendapat pelukan ibu dan ayah.

Si bongsu memohon ampun dan maaf kepada keluarga walaupun sebenarnya si bongsu langsung tidak membuat sebarang kesilapan. Kata si bongsu, dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah. Ibu dan ayah menangis mendengar kata-kata itu. Ibu dan ayah berkata mereka yang sepatutunya meminta maaf kepada si bongsu.

Seminggu berlalu, si bongsu masih belum dapat keluar daripada hospital kerana doktor tidak mengizinkan. Keadaan si bongsu masih belum stabil sepenuhnya. Si bongsu masih harus berehat dan mendapat rawatan di hospital.

Puas sudah si bongsu dapat memeluk dan mendapat belaian manja ibu dan ayahnya. Suatu hari, si bongsu mengadu kepada ibu yang dia sesak nafas. Ibu mahu memanggil doktor tetapi di halang oleh si bongsu kerana dia berkata yang dia sering mengalami sesak nafas tetapi pasti tidak akan apa-apa.

Si bongsu meminta izin kepada ibu dan ayah untuk berehat kerana badannya dikatakan penat dan lenguh. Ibu dan ayah benarkan. Ibu dan ayah menemani si bongsu tidur. Kelihatan nafas di bongsu sewaktu tidur kelihatan teratur.

Ibu dan ayah tertidur di samping si bongsu dan mereka serentak terjaga apabila terasa suatu hembusan angin yang sejuk menyapa tubuh. Mereka melihat ke arah si bongsu. Terlihat satu senyuman manis terukir di bibir si bongsu dalam keadaan menutup mata.

Ayah segera menghampiri si bongsu dan mencium dahi si bongsu tetapi terasa janggal apabila terasa tiada hembusan nafas si bongsu. Ayah segera memeriksa nadi si bongsu.

Ayah beritahu ibu yang si bongsu telah pergi. Ibu titiskan air mata. Terasa kelihangan yang cukup besar dalam keluarga apabila si bongsu telah pergi.

Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak ibu yang telah pergi terlebih dahulu. Ibu redha dengan ketentuan Ilahi. Ibu tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah mengambil kembali anak-anak ibu agar ibu dan ayah tahu erti kasih sayang dan perngobanan yang sebenar.

Si bongsu pergi dengan nikmat Allah. Dia sempat mendapat nikmat menjadi anak bongsu seperti yang dikatakan semua orang. Dia pergi dengan tenang. Ibu dan ayah juga sempat memberikan hak kasih sayang kepada si bongsu yang sungguh solehah itu. Pemergian si bongsu memberi seribu satu pengajaran dan memori untuk keluarganya....

***

Okey, dah habis cerpen bongsu. Sebenarnya, aku macam dah hilang ingatan pasal cerpen Bongsu ni. Lupa nak dimasukkan dalam blog. Okey, sorry kalau klise ke apa ke kan. Semuanya tidak sempurna. Terima kasih.

Orang lain yang salah, orang lain yang kena?


Assalamulaikum...



Fuhh! Perut aku tengah kembung sekarang ni. Apa da makan lewat lewat malam kan? Eh eh, jaga sikit mulut tu. Aku sebenarnya baru siap belajar masak untuk amali masakan esok. Serious, ~hakikatnya... bukan mudah untuk aku memasak koey teow hailam~. Aku rasa agak leceh dan susah, tapi bagi yang terer macam mak aku, ecewah rasa senang gila. Jadi, nak tak nak menu dah bagi dekat cikgu jadi esok aku kena masak koey teow hailam jugak. TITIK.





Haish. Siapa tak bengang kalau tiba tiba orang lain yang salah, kita yang dilepaskan geram. Kot ya lah nak marah orang pun, marah lah orang yang salah tu. Tak payah lah nak marah orang lain sekali.



Kita ni, cuba fikir sikit perasaan orang. BUKAN PERASAAN KITA saja yang kita perlu fikir. Hidup kita ni, bukan untuk kita seorang sahaja yang gembira. Cuba fikirkan perasaan orang lain sama. Kalau orang tu tanya elok elok kat kita, kita jawab lah dengan elok.



Orang dah tanya dengan sehabis baik, sehabis lembut dan prihatin nak tahu kenapa boleh pulak nak marah dan cakap kasar dekat orang yang bersalah tu. Kot ya pun kita bencikan dia tapi janganlah biar dia tahu. Nak rasa kurang senang pun, jangan lah nak bagi dia rasa sedih hanya semata-mata sebab diri kita. Bukan kita saja tau yang ada kat atas muka bumi ni.



Sama lah jugak kalau kita nak tanya apa apa dekat orang lain. Kita nak mintak tolong dia bagitahu, tapi kita tanya macam h***am jaTUTTT. Benda kalau yang kita rasa orang lain buat dekat kita, kita tak suka jadi janganlah buat dekat orang lain. Tolonglah fikir sama sama.



Ini untuk peringatan aku jugak. Kalau ada mana mana part ada yang tak setuju, ini hanya dari segi pandangan aku. Jadi, sekian.

Keep Calm And Love Your Bestfriend!


Assalamualaikum....





Hmmmh! Nak cakap pasal kawan dia lagi lah tu. Aku tahu siapa siapa yang biasa baca pasal kawan aku mesti akan rasa nak termuntah. Tak habis habis dengan kawan. Tapi masalahnya, i love her very much and today aku rasa rindu gila dekat dia masa di sekolah.



Jadi, hari ni aku telefon dia. Dia kata seronok sekolah kat sekolah mak dia. Aku tak kesah. Aku pun seronok bila dia seronok. Kekeke. Kemain lagi aku kan. Macam pakwe makwe plak ken. Sayang kawan lebih baik lah weyh!



Aku tak sabar gila nak jumpa dengan dia. Walaupun dia tak duduk dekat dengan aku, dia berusaha nak datang sini jugak untuk jumpa kawan-kawan lama dia yang baru setahun kenal. Kan ada quote yang yang aku tulis masa mula mula hari tu;
Missing someone isn't about how long is has been since you've seen them or the amount of time you've talked. It's about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you.

Hmm. Rindukan seseorang tak kesah berapa lama pun kita kenal dia atau berapa kali pon kita pernah cakap dengan dia. Samalah jugak dengan sayangkan seseorang. Tak kira berapa lama atau berapa kali, kita dah boleh sayangkan dia.



Tak sabar rasanya aku nak jumpa dia. Aku rasa, first time seumur hidup aku boleh sayangkan kawan aku yang ini macam aku dah kenal dia 14 tahun. Kawan daripada aku kecik pun, aku tak lah sesayang cenggini. Sahabat sejati mungkin? Ceh pi blah lah kan?


True friend is hard to find harder to leave and impossible to leave


Suster Ngesot!


Assalamualaikum...



Okey, aku tengah menaip ni dengan muka panas walaupun ada aircond sebab aku malu. LOL! Blog walking dekat satu blog tu, boleh pulak tertukar jantina kan. Panggil dia kakak. Suka hati kucing aku je kan nak panggil dia kak. K sorry lah bang erk. Okey lepas ni tak nak dah cakap kakak atau abang sesuka hati kucing aku. Hihihi.


SUSTER NGESOT!!!



Haa kan?! Terkejut tak tengok suster ngesot? Ceh blah arr. Kang aku tampal gambar suster ngesot besar besar XTRA LARGE kat sini kau terkejut pulak kan. Aku pun tak berani nak cemarkan blog aku tampal gambar suster ngesot yang tak berapa nak lawo tu.



Ada apa dengan suster ngesot? Actually, esok aku tak sekolah kot. Aku nak teman mak aku dekat hospital. Dengan jayanya aku takutkan mak aku, kat hospital ada suster ngesot tau mak. Mak aku pun memaksa aku agar menemani dia di hospital. Jadi, esok aku tak pergi lah sekolah.... ;) -wink-



Entah mana aku tiba tiba teringat suster ngesot. Erhh seram. Tak suka duduk hospital. Takut tau kalau nurse datang malam malam nak check apa apa kat kita kan. Aish. Dah dah. Malam malam cenggini sesuka hati aku je nak cakap sal suster ngesot eyh. K dah. Cakap banyak pulak aku. :)

Cerpen: Bongsu. 2




Assalamualaikum...



Mata aku sekarang tengah ngantuk tapi tak nak tidur. Apa syok tidur awal awal kan? Hahaha. Tak ada siapa nak ambil tahu pun kan aku tengah ngantuk ke apa kann? Okkk. Here is part 2 punya cerpen Bongsu. Aku tahu masih banyak kekurangan dalam cerpen aku. Jadi, kalau tak syok leh cakap tak syok. Kalau syok, leh cakap syok. Haa nahh...

***


Karangan yang sudah siap ditulis diberikan kepada guru. Guru melihat karangan itu dan tidak menunjukkan apa apa reaksi. Si bongsu jadi penasaran. Dia takut jika dia tidak dapat memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis karangan itu nanti. Tidak mengapalah, dia bertawakkal sahaja kepada Allah. Jika ada rezeki keluarganya, adalah.

Balik daripada sekolah, si bongsu terdengar suara ibunya merayu-rayu kepada abang Ngah dan kak Long agar turut membantu mencari rezeki. Si bongsu dapat melihat reaksi kak Long dan abang Ngah. Mereka buat tidak dengar sahaja rayuan ibu mereka. Geram pula si bongsu melihatnya.

Kata-kata yang keluar daripada mulut kak Long benar-benar menyakiti hati si ibu. Kata kak Long, dia tidak mahu turut mencari rezeki kerana ia bukan tanggungjawabnya. Tambah kak Long lagi, kenapa ibu dan ayah gatal gatal mahu berkahwin jika tidak punya wang mahu menyara hidup sendiri.

Satu tamparan hinggap di pipi kak Long. Si bongsu terpana. Pertama kali si bongsu lihat kemarahan ibu kepada kak Long yang disayangi itu. Si bongsu segera menerpa ke arah kak Long. Kasihan kak Long, fikirnya. Dia tidak tega kakak sulungnya itu ditampar buat pertama kalinya seumur hidup.

Kak long memberontak. Kak long masuk ke bilik dan keluar semula dengan beg pakaian di tangan. Ibu berasa bersalah kerana menampar kak Long. Ibu merayu agar kak Long tidak keluar dari rumah.

Si bongsu turut memujuk kak Long. Si bongsu berkata, ibu tidak sengaja. Ibu cuma hilang kawalan sahaja. Ibu mengiakan kata-kata si bongsu. Ibu benar benar hilang kawalan. Ibu terasa hati sewaktu mendengar kata-kata kak Long yang berbisa sebentar tadi. Tetapi, ibu tidak mahu kak Long tinggalkan ibu.

Kak long tidak mengendahkan kata-kata ibu. Kak long segera keluar dari rumah. Ibu terduduk di lantai. Abang ngah hanya memandang dengan pandangan kosong dari atas sofa. SI bongsu lah yang membantu menenangkan dan memujuk ibu. Kata si bongsu, rajuk kak Long pasti tidak akan lama.

Sudah seminggu ibu tidak lalu makan kerana risaukan kak Long. Ibu takut jika terjadi apa-apa kepada kak Long. Si bongsu kasihan melihat ibu. Si bongsu menyuruh ibu berehat sahaja di rumah sementara si bongsu meneruskan tugas ibu membuat nasi lemak dan menjualnya. Itulah rutian  harian si bongsu. Dia tidak kenal erti penat dan lelah.

Suatu hari, telefon rumah berdering panjang. Ibu segera mengangkat telefon kerana menyangka panggilan itu datangnya dari kak Long. Ekspresi wajah ibu berubah serta merta. Ibu terduduk dengan lemah di lantai.

Ayah segera mendapatkan ibu. Ayah tanya mengapa dan ibu menjawab yang kak Long sudah tiada. Si bongsu dan keluarga segera bergegas ke hospital untuk mengesahkan mayat kak Long.

Hasil bedah siasat, didapati kak Long meninggal akibat menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh kekasihnya sendiri. Ibu terkejut mendengarnya. Ibu tidak sangka boleh jadi seperti itu. Begitu juga dengan ayah. Si bongsu dan abang Ngah turut tidak menyangka hal seperti itu akan berlaku.

Sebulan lebih sudah ibu tidak mahu makan. Si ibu meratapi pemergian kak Long. Si bongsu dengan susah payahnya memujuk si ibu agar mahu menjaga kesihatan diri sendiri. Kata si bongsu, kak Long tidak mungkin tenang di alam sana jika ibu terus menerus meratapi pemergiannya.

Apabila mendengar perkataan ‘kak Long tidak akan tenang di sana’ ibu segera mahu makan dan berhenti menangis. Tetapi, beberapa ketika ibu akan kembali menangis dan memanggil manggil nama kak Long.

Makanan yang dihulur si bongsu ditolak kuat oleh ibu. Ibu menyalahkan si bongsu atas kematian kak Long. Si bongsu tidak mahu mengambil hati. Dia cuba berbaik sangka pada ibu dengan menganggap ibu terkena tekanan perasaan yang melampau.

Petang itu, si bongsu seperti biasa keluar dari rumah untuk menjual nasi lemak. Abang Ngah tiba-tiba mahu menemani si bongsu. Gembiranya hati si bongsu. Akhirnya, abang Ngah mahu juga turut serta membantu keluarga mereka.

Abang Ngah sudah penat mengikuti si bongsu yang bersemangat ke sana ke mari memberi salam ke setiap rumah untuk menjual nasi lemak mereka. Abang Ngah mengajak si bongsu pulang tetapi si bongsu menolak. Dia mahu meneruskan menjual. Selagi tidak habis, dia tidak mahu pulang.

Abang Ngah bercadang agar mereka jual separuh-separuh nasi lemak yang masih berbaki di dalam bakul. Abang Ngah pergi menjual di tempat lain, dan si bongsu menjual di tempat lain agar nasi lemak mereka cepat terjual.

Si bongsu sudah selesai menghabiskan penjualan nasi lemaknya. Si bongsu sudah ternampak abang Ngah yang juga sudah habis menjual nasi lemak. Si bongsu berasa gembira dan dia mengayuh basikal dengan laju untuk mendapatkan abang Ngah.

Tanpa disangka-sangka, belum sempat si bongsu mendapatkan abang Ngah sebuah van yang hilang kawalan merempuh si bongsu. Basikal si bongsu terperosok ke bawah van dan si bongsu pula terpelanting ke dalam parit besar berhampiran kerana terkena langgaran yang hebat.

Ibu dan ayah segera bergegas ke hospital setelah mendapat berita kemalangan si bongsu. Sayu hati ibu dan ayah apabila mendengar cerita abang Ngah. Baru mereka tahu semangatnya si bongsu ingin membantu mereka sekeluarga.

Selama ini, pengorbanan si bongsu dianggap remeh oleh orang tuanya. Tetapi kini, tidak lagi. Mereka rasa sungguh bersalah melihat si bongsu yang terbaring lesu tidak sedarkan diri di dalam wad ICU. Ibu dan ayah tidak putus putus berdoa agar si bongsu akan sedarkan diri.

Suatu hari, guru si bongsu datang untuk melawat. Guru datang membawa sesuatu untuk si bongsu dan keluarga si bongsu. Ibu dan ayah sekali lagi bersedih hati dan menyesal atas kesilapan mereka menyisihkan si bongsu selama ini.

Si bongsu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis karangan tempoh hari. Allah maha adil. Dia memenuhi impian murni si bongsu.

Ibu dan ayah kasihan melihat si bongsu yang selama ini sudah banyak berkorban untuk keluarga sendiri sehingga saat ini, sewaktu semua pelajar Tingkatan tiga sedang mengambil peperiksaan penting, si bongsu tidak dapat turut serta. Si bongsu hanya dapat terbaring lemah di atas katil tidak sedarkan diri.

***
Haa. Masih ada sambungannya untuk Part 3 (final).

Cerpen: Bongsu





Assalamualaikum...



Here is another cerpen yang dapat idea semalam dan semalam jugak pulon siapkan sampai pukul 2 pagi. Padahal bukannya nak dihantar ke majalah atau apa pun. Cuma nak dipublish sebagai CSS (cerpen syok sendiri) di sini. Aku kalau idea tengah berkembang dalam kepala tu memang tak ingat dah apa yang berlaku di sekeliling aku. Jadi.. Dipersilakan membaca CSS yang ini pula..

***

Orang Melayu zaman kini, bila mendengar perkataan ‘bongsu’ pastinya akan terbayang seorang anak yang paling akhir yang dimanjai dan disayangi sepenuh jiwa. Juga seorang anak yang paling manja dan kurang pandai berdikari.

Tetapi, di saat kebanyakan anak bongsu dibelai dan dimanja ada seorang anak bongsu yang tidak menerima bahagia itu. Dia sering dipandang sebelah mata oleh kedua orang tuanya. Dia sering dibanding-bandingkan dengan kakak sulung dan abang ngahnya.

Hanya kerana si bongsu kurang berjaya dalam pelajaran. Seringkali si ibu dan ayah meminggirkan si bongsu. Padahal, si bongsulah yang sering mengambil berat tentang ibu dan ayah.

Si bongsu turun ke dapur. Melihat ibu penat memasak, dia berniat untuk membantu. Tetapi, belum sempat si bongsu menyapa si ibu, si ibu lebih dahulu memanggil si sulung untuk membantu. Kata si ibu, dia tidak perlukan si bongsu untuk membantunya. Buat menyemak sahaja.

Sedihnya hati. Si bongsu segera bergegas keluar dari dapur. Sakit rasa hati bila ibu sendiri bagaikan tidak mahu melihat wajahnya. Dia terfikir, apakah dengan tidak terlalu berjaya dalam pelajaran ianya adalah suatu dosa besar?

Si kakak dan abang sentiasa mendapat tempat di hati ibu dan ayah. Kenapalah dia tidak? Kadangkala, si bongsu terasa mahu sahaja dia keluar dari rumah itu. Biarlah dia tidak akan diingati lagi sebagai ahli keluarga ini.

Tiba di ruang tamu, si bongsu terdengar pula perbualan ayah dan abang Ngah. Ayah memuji-muji abang Ngah. Ayah berkata, abang Ngah dan kak Long sahaja yang menjadi harapan ibu dan ayah. Hendak harapkan si bongsu, tiada apa yang boleh si bongsu berikan untuk orang tua, tambah ayah.

Namun begitu, si bongsu sentiasa menabahkan hati agar tidak meratapi nasib. Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin suatu hari nanti, dia akan disayangi oleh orang lain jika dia tidak dapat kasih sayang ibu dan ayah.

Apabila bertemu dengan rakan-rakan yang hidup sebagai anak bongsu, rakan-rakan sentiasa berkata yang mereka sentiasa bahagia. Ibu dan ayah mereka sentiasa memanjakan mereka. Si bongsu tabahkan hati. Tidak mengapalah dia tidak dapat belaian manja dari orang tua. Asalkan, dia tidak menjadi anak derhaka.

Rakan-rakan juga sering bertanya adakah ibu dan ayah si bongsu memanjakannya? Mereka berkata yang mereka jarang melihat si bongsu berpakaian baru atau mendapat barang-barang lain melainkan pada hari raya Aidilfitri.

Si bongsu berbohong yang dia sering dibahagiakan. Si bongsu tidak mahu orang tuanya dipandang serong. Dia sayangkan orang tuanya. Mana mungkin dia mahu orang tuanya mendapat salah faham orang sekeliling.

Suatu hari, keluarga si bongsu tidak dapat mencari rezeki dengan secukupnya. Orang tua si bongsu mula keresahan. Mereka bekerja tetapi masih tidak dapat menampung keperluan keluarga mereka.

Orang tua si bongsu menyuruh anak-anaknya tolong mencari rezeki. Tetapi, Kak Long dan abang Ngah tidak mahu. Mereka tidak mahu mencemari diri dengan menjadi kuli bawahan. Mereka masih belum tamat belajar. Mereka fikir, sudah tamat belajar nanti barulah boleh bekerja. Kak Long dan abang Ngah tidak akan sesekali meninggalkan pelajaran hanya untuk membantu ibu dan ayah mencari rezeki. Padahal, ini semua untuk kebaikan mereka juga.

Kini, si bongsu lah yang kerap susah payah memikirkan cara untuk membantu ibu dan ayah. Malangnya, ibu dan ayah si bongsu tidak mengendahkan si bongsu. Mereka tidak yakin yang si bongsu boleh membantu. Bagi mereka, si bongsu hanya mencemar duli sahaja.

Setiap petang, selepas tamat sesi persekolahan si bongsu akan membantu ibu menjual nasi lemak di kampung kampung bersebelahan. Mulanya, pertolongan si bongsu tidak diendahkan oleh si ibu tetapi apabila mendapat hasil yang lumayan, si ibu yang sering memakai wang yang diperolehi untuk keperluan keluarga.

Suatu hari, tawaran menulis karangan tentang ahli keluarga dianjurkan oleh pihak sekolah. Si bongsu berminat untuk mencuba nasib memandangkan hadiah yang akan diperolehi begitu lumayan iaitu sejumlah wang yang mungkin dapat menampung perbelanjaan sekeluarga untuk suatu tempoh.

Setiap malam, si bongsu senyap senyap akan menulis di suatu sudut bertemankan cahaya lilin. Seboleh-bolehnya si bongsu tidak mahu sesiapa pun tahu akan perkara itu. Kalau sudah berjaya mendapat hadiah itu nanti, barulah boleh diberitahu kepada ahli keluarga.

Pada hari-hari siangnya pula, si bongsu tetap akan membantu ibunya menjual nasi lemak di kampung kampung bersebelahan. Lupa sebentar tentang bahayanya dia sebagai seorang remaja perempuan keluar bersendirian di luar rumah yang terdedah kepada ancaman bahaya.

Pelajaran si bongsu semakin merosot. Guru-guru di sekolah mulai mempersoalkan mengapa si bongsu makin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaraan. Ibu dan ayah si bongsu dipanggil ke sekolah untuk berbincang mengenai si bongsu.

Guru berkata, jangan biarkan si bongsu yang ingin menduduki PMR ini tidak menumpukan pelajaran kerana PMR adalah salah satu peperiksaan penting. Benarlah PMR tidak menentukan masa depan yang pasti untuk seorang pelajar, namun PMR adalah tangga kedua untuk melihat pencapaian murid dalam menentukan masa depan.

Orang tua si bongsu makin marah. Mereka tidak suka diri mereka sebagai ibu dan ayah dianggap tidak dapat mengajar anak untuk menjadi seorang murid cemerlang. Mereka tidak suka dipanggil ke sekolah kerana pelajaran anak mereka yang semakin murudum.

Bukan kerana apa pelajaran si bongsu merosot. Ini semua gara-gara semangat si bongsu yang ingin membantu orang tua untuk mencari rezeki yang mencukupi. Si bongsu tidak sanggup melihat ibu dan ayah berpenat lelah mencari rezeki sendirian.

Si bongsu tidak mengendahkan PMR yang semakin menghampiri. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Baginya, biarlah tidak lulus PMR sekalipun. Asalkan dapat lulus di akhirat nanti.

***

Hah.. sambungannya akan dipost untuk part 2 pula. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Amboii aku.. :p

February?


Assalamualaikum...





Tadi aku dengan hilang ingatannya surf internet tanpa ingat apa apa. Tiba tiba baru teringat yang dah bulan 2. Ish ish.. Rasa syok lah pulak bila dah bulan 2. Apa yang syok pun aku tak tahu. Mungkin alhamdulillah aku diberi peluan lagi untuk merasai hari pertama dalam bulan February. Ecewah ayat kemain.



Walau macam mana pun aku pasti macam macam akan berlaku untuk bulan ni pulak. Tak kesah lah sedih ke, gumbira ke. Yang pasti, setiap bulan pasti akan ada satu memori yang tak akan dilupakan bagi aku. Bulan jan hari tu, seriously memori yang paling tak best sekali yang kawan aku pindah tu lah. Tahu kan yang entry Awal awal dah sedih tu?



Aku sedih sangat masa tu sebab dah lah cuti panjang. Jumpa baru dua kali. Lepastu dah tak ada. Macam mana la aku tak sedih. Haih. Aku harap bulan ni tak lah ada benda yang sedih sedih. Amin. Tak syok tau rasa errh je bila sedih. Buat apa pun rasa tak semangat kan? Yang pernah sedih tu tau lah. Terutama yang sedih pasal pakwe. Mesti setiap malam nangis tak habis kan? Tapi, aku punya sedih bukan pasal pakwe. Pasal kawan yang tersayang. K dah suka hati aku je nak membebel panjang.