Last Entry For 2012!



Assalamualaikum....



Last last last. Tadi bukak facebook then, terfikir pulak nak buat entry akhir khas untuk tahun 2012! Aku akan tulis apa yang terlintas dalam kepala aku tentang 2012 dekat sini. Kalau rasa malas nak baca, boleh tekan 'X' laju laju. :D



Such an amazing 2012!



Color. 2012. Experiences. Apa kena mengena colour dengan 2012? Okeyh! Colour tu melambangkan apa yang berlaku pada tahun 2012. Macam macam kan? Suka duka. Kecewa gembira. Eceh! Ada benda yang dah diperolehi dan ada yang tidak. Yang belum tu, sambung tahun depan. Boleh tak? Apa? Tak boleh? K.



Mengarut lagi. Benda apa yang berlaku pada aku tahun ni? Masuk sekolah baru. Dapat kawan baru. Suasana baru. Jadi, berbeza sikit daripada beberapa tahun yang lepas lah kan. Tahun lepas, aku hadap muka kawan aku yang daripada darjah 1. Tapi, alhamdulillah tahun ni aku lebih tenang daripada duduk primary school. Yey!



Apa yang tak best masa tahun 2012 ni? Mestilah PBS! Tak habis habis lagi dengan pbs kan? Okey, dia yang kerap dating dengan aku. Tahun depan pun aku kena dating dengan dia lagi. Alololo.. rindu awak eh pbs sayang. #haktuih hipokrit 



Lepastu, apa yang aku belum capai tahun ni? Hmm.. Aku rasa aku tak buat azam untuk tahun 2012 lah. Jadi, tahun ni aku nak buat azam. Meh nak list azam aku meh.



1. Jadi budak yang berhati lembut

Akaka! Eee ee! Tak sangka niena ni hati keraih? Tak mau kawan dia! Ceh, pi blah arr lu. :D tak adalah. Lawak ja. Okey, sebenarnya hati aku ni tak lembut mana sebab tu aku nak dia jadi lembut. Supaya aku jadi orang yang lebih baik.



2. Kurangkan marah

Aku memang orang yang kuat marah. Kalau hati aku kata dia nak marah, semua orang dia marah. Bukan apa, kadang kadang benda kecik pun aku nak marah. lolz! nasib lah siapa yang kawan dengan aku tu. Yang jadi family aku pun nasib lah. Kena marah je dengan aku! Kejam k kejam dan aku nak tahun depan nak jadi orang yang tak cepat marah! wink wink!



3. Lose weight

Haha! Aku budak gemuk. Sebenarnya, aku dah niat dah dalam hati nak turunkan berat badan masa cuti sebulan ni. Tapi, tak kesampaian. Nafsu nak makan je kerja. Ada tread mill tidak dimanfaatkan. Asyik duduk hadap lappy ja. Bilanya nak exercise. Angan angan je aku ni! Siapa siapa yang kurus melidi tu meh ambik daging aku sikit. Or bagi tips untuk kekal jadi ramping menawan? XD



Hmm.. Apa lagi ya? Baiklah, aku dah tak tahu apa azam aku lagi. Jadi tahun depan aku buat je lah azam yang random. Kuikuikui. Sekarang aku tengok jam pukul 12.27 AM-311212 Goodbye 2012! Kalau ada yang masih sedih kot la kena tinggai pakwe kau ke yang kena benda yang tidak diingini silalah bangkit sayang! Past is past. Ambik yang jernih bersinar bergemerlapan suci bersih ja okeyh? Fighting! :p







ZyraRoxx's Blogbuster


Assalamualaikum..



Aku ternampak tajuk gempak dari blogger cool 'ZiraRoxx's Blogbuster'. Syok je bunyinya. Then, aku click lah dan tengok dia ada buat segmen ni. Nampak syok jadi aku pun join lah. Segala syarat sudah dilengkapi. Hoyeah! Saja gatal nak join segmen!


Banner tersangatlah cute okeng?!



Kalau rasa terpikat nak join dan aku memang nak suruh kau join pun silalah ringankan jari click SINI! untuk maklumat lanjut k.

Tak ada PMR. Senang ke?


Assalamualaikum...



Wah.. Hari ni hari Jumaat terakhir pada tahun 2012 lah. Wuhh rasa sedih pun ada jugak dah nak tinggalkan tahun 2012 yang segala macam nostalgia. Ecewah kau buat buat nostalgia apa nina? Hah, sebelum aku berceloteh panjang aku nak mintak maaf dulu kepada tuan tuan blog yang kadang-kadang aku cakap follow tapi tak ada nama aku dalam followers list diaorang. Sorry k. Kadang-kadang dah tekan tau button follow but mana tahu confirm ke tidak sebab tak nampak. Sebab tu lebih senang kalau letak follower widget. Boleh lah tahu dah confirm follow ke tidak. Jadi, yang letak button follow selain follower widget tu, sila silalah beritahu saya kalau tak ada nama saya dalam korang punya followers. Tak nak lah dicop menipu pula! Okay? Kerjasama anda amat saya hargai. Terima kasih.



Panjang benor aku punya perenggan atas tu erk. Siapa siapa yang baca mesti dah tak larat nak sambung. Okey, masuk isi untuk tajuk tak ada PMR tu k. Budak batch 99 telah menjadi mangsa PBS mulai tahun ni. Mula mula dapat berita yang PMR dah tak ada kami pun dengan hati riang rasa wuhh syoknya tak ada exam!







Wuhh! happy happy. Tengok tengok ambik kau. Pbs ni dia lebih teruk daripada kena belajar untuk exam tau dak? Dia ni memang boleh buat orang gila ah. Satu bab, 6 band. 6 band tu pulak ada banyak gila kertas okey. Contoh kalau ada 16 bab maksudnya memang gila lah. Aku tak tahu lah berapa. Sebab tu lah Malaysia semakin panas kerana penebangan pokok pokok untuk buat kertas pbs. lololololol.



Masa bulan 10 11 cenggitu memang stress habis lah sebab nak habiskan kertas kertas pbs untuk setiap subjek. Semua orang rasa wah nak mati lah kalau macam ni. Agama ada beratus kertas tau sampai tak tahu yang mana dah buat yang mana belum. Aku ada cakap dengan sorang kawan aku ni, dia kata "pbs ni bagus sebenarnya. cuma blablabla" <--- blablabla tu aku lupa dan tak tahu dia cakap apa sebab aku jadi tergamam terkelu terdiam terrrrrrr semua bila dengar dia kata PBS NI BAGUS SEBENARNYA! pfffttt!



Budak baik, sabar, tabah, positif, semangat,... ,.... ,.... yang akan kata pbs bagus. Aku budak yang tak sabar, negatif, tak tabah, tak baik memang tak lah nak kata pbs ni bagus. Kalau ada yang masih blur blur budak blur tentang pbs ni, aku pun tak tahu nak explain macam mana melainkan kau lahir pada tahun 1999 dan hadapi pbs. Memang aku tak reti nak explain.



Konklusinya, pbs tak senang. Kalau tanya, pbs ni kena buat apa je? Kena buat projek, syarahan lah apa lah semua. Aku pun dah lupa kena buat apa. Serupa budak universiti mungkin? Dengar dengar diaorang nak kaji balik pbs ni. Jadi, kaji elok elok buatlah keputusan yang elok sebab pbs ni haih, tak tahulah. Tahun depan sambung lah balik dengan bebanan pbs. PBS, aku datang! sobs.



#i don't want to continue pbs. heeekkkkk!!! k, budak ni nangis dia still cute mute kalau aku tak tau lah

School 2013!


Assalamualaikum..




Yipee! Yipee! Ada jugak benda yang aku nak tulis  dalam blog hari ni. Jenuh perah idea nak tulis apa. Okey, let's talk about school. Ada yang excited dan ada yang rasa nak bunuh diri sebab tak mahu pergi sekolah. Untuk yang Form 5 buatlah apa yang patut sementara tunggu result. Duduk rumah mesti boring gila ohh. Sama la macam aku. Even, cuti sebulan gitu je tapi rasa bosan tak tahu nak buat apa. Tapi, disebalik rasa tu macam malas pulak! Kekeke.






Semuanya sudah dibeli untuk sekolah. Aku dah macam budak nak masuk Darjah 1. Semua benda nak beli baru. Saja syok syok nak beli benda baru. Rasa semangat sikit tak? Tahun depan, ada lah hadik hadik baru masuk Form 1. Tak sabar nak tengok siapakah gerangannya mereka itu. Ecewah.




First expression depa tengok muka aku adakah begini;


a) tak suka tengok kak tu. nampak sombong gila kot.

k, sedih. ramai orang kata, masa mula mula tengok aku, nampak muka aku ni sombong gila. don't judge me if you don't know me k? aku tak lah sesombong yang disangka kalau dah kenal aku. weee!



b) hi, hi, hi! :))))))

aku suka orang yang ramah even aku tak ramah. kalau orang tu ramah dengan aku, aku ramah balik lah k. kadang-kadang orang yang ramah pun rasa bluuurggghh bila nampak muka aku. luntoq semangat kot? aku tau sebab aku tak suka senyum dekat strangers. sobs. #tau, senyum tu sedekah.



So, okey! Selamat Menjalani Sesi Persekolah Pada Tahun 2013! Untuk adik-adik nak masuk SM, WELCOME! Yang nak jadi SMKKians pun double WELCOME! Tabah k masa masuk SM, memang rasa nak nangis sebab tak kenal siapa-siapa especially bila masuk kelas yang tak ada kawan lama. Aku tulis macam diaorang nak pergi perang! Dah BYE!

'Frust' Dalam Bercinta

Assalamualaikum..



Lega sudah kepala aku bila dah siap kemas blog. Sudah berwajah baru. Kali ni dengan theme baby blue dan ada sikit sikit pink. Aku mana boleh berpisah dengan pink. Yey! :D Apa apa pun, aku bukan nak cakap pasal blog aku. Aku nak cakap pasal 'Frust' Dalam Bercinta. Amacam? Pernah frust menonggeng tak? Okey, aku tak pernah frust dalam bercinta sebab aku tak bercinta. Aku nak tulis ni pun sebab nak sedarkan remaja remaja sekalian yang bila frust mula nak toreh tangan, nak terjun bangunan, salahkan Tuhan dan semua semua lah!






Orang yang senang sangat menyakitkan hati kita, adalah orang yang kita cintai. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Kata orang bijak pandai ;

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."


Maksudnya dekat sini, kalau kau cinta sangat dekat kekasih kau tu, jangan terlalu cinta. Kalau benci pada seseorang pulak, janganlah kau benci sangat sebab boleh jadi satu hari nanti entah entah kau jatuh lubang orang yang kau benci tu yang tolong kau. Bila kau cinta sangat dekat someone tu, boleh jadi satu hari dia berpaling dari kau.




Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Putus cinta bukanlah pengakhiran kepada segalanya. Memanglah susah untuk hadapi rasa tu sebab kau dah sayang sangat, tapi ingatlah kita tetap ada Allah.




Semuanya dari Allah. Apa yang berlaku, pastinya dengan izin Allah. Selalu dengar kan, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak apa hikmahnya disebalik itu, tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Pandangan kita terbatas, padangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita suka belum tentu baik untuk kita dan sesuatu yang kita benci tu mungkin adalah baik untuk kita.




Bila ditimpa ujian, kita selalu kata "kenapa aku?", "tuhan tak adil pada aku!". Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!. Jangan katakan kenapa aku yang kena. Jangan kata aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Allah beri ujian, untuk kita ingat pada Dia. Kadang-kadang kita selalu lupakan Dia.




Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Cuba fikir, siapa yang paling cintakan kita? Siapa yang sia-siakan hidup kau? Fikir!! Bila dah tersedar, tanamkan dalam diri bahawa "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!". Barangkali putus cinta adalah rahmat yang tersirat. Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.




Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu adalah didikan terus daripada Tuhan.




Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Hidup ni macam gelombang, ada kalanya tenang dan ada kalanya deras, besar dan ganas. Bukan selamanya kita akan bahagia dan bukan selamanya kita akan derita.




Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup! Sematkan di hati kata pujangga ini:

"Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"





Diubahsuai dari Iluvislam.com

Kehidupan di Sekolah: Pelajaran yang tiada dalam Buku Teks

Assalamualaikum...



Mulalah aku nak tulis entry malam-malam cenggini. Tak takut ke? Jawapannya adalah tidak. Sebab.. mak aku ada dalam bilik aku. Yey! \'_'/ Okey, sekolah sudah mau bukak. Esok aku kena pergi ambik buku teks dekat sekolah. Okey aku sangat malas. Aku tak paham kenapa kena ambik buku teks esok. Kata tahun depan. herhh! Masa mula-mula cuti tengah-tengah bulan masa cuti rasa nak datang sekolah je. Tapi bila dah nak bukak rasa malas pulak. Hew hew. Inilah dia nama dia budak sekolah. :p




Memandangkan sekolah dah nak bukak. Aku nak tulis perkara yang berkaitan dengan sekolah jugak. Okey? :) Jom baca. Tak nak baca tak payah baca. hihihi.



Sekolah siapa ni? Sekolah aku leteww.. K gambar tak jelas sebab tak tau. Search kat google ja.




Kita habiskan kebanyakan masa di sekolah. Di sekolahlah kita membentuk sebahagian daripada kepercayaan, nilai dan persahabatan. Orang yang kita jumpa di sekolah menjadi satu tambahan kepada keluarga kita. Sebagai pelajar, tentunya kamu melalui 1001 macam perkara. Pengalaman begini yang menyumbang terhadap perkembangan individu. Hidup sebagai seorang pelajar tak semestinya mudah. Kita berhadapan dengan pelbagai halangan tetapi pada masa yang sama kita tetap berseronok dengan rakan-rakan. Dan jangan lupa, pelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja. Semakin kita membesar, persekitaran akan menjadi kelas kita dan pengalaman yang diperolehi merupakan guru terbaik.

Sebagai seorang pelajar, memang satu cabaran untuk berjaya dalam akademik dan pada masa yang sama, diterima oleh rakan-rakan. Mengekalkan pencapaian akademik yang bagus bukannya mudah. Ia memerlukan kerja keras dan disiplin. Untuk itu, kamu perlukan keluarga dan rakan untuk memberikan sokongan. Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk menyeimbangi akademik dan keseronokan bersama rakan-rakan:




Pilih Rakan dengan Ciri-ciri yang Sama

Jika kamu berkawan dengan orang yang sekepala denganmu, tentu hidupmu menjadi lebih mudah. Rakan kamu mungkin tak setuju denganmu sepanjang masa, tapi ia pasti menyenangkan apabila kamu berkongsi pendapat yang sama dalam apa yang lebih penting dalam hidup. Contohnya, kepentingan pendidikan dan disiplin, isu-isu moral dan menghormati keluarga. Rakan-rakan kamu juga perlu mempunyai nilai moral yang sama dengan kamu. Adalah cukup penting untuk rakan kamu membantu kamu berkembang dan bukannya "menguncup". Prinsip yang sama juga kena kamu amalkan untuk rakan-rakan kamu.



Berpegang pada keputusan kamu

Jadi tegas bila perlu. Rakan-rakan kamu patut tahu apakah keutamaan kamu. Biar mereka lebih menghormati kamu sekiranya kamu memegang pada keputusan. Janganlah jadi orang yang mudah terpengaruh dan ketahui apa yang kamu mahu dalam hidup.



Kongsi kejayaan

Janganlah syok sendiri pula. Kongsi kejayaan kamu dengan rakan-rakan. Tiada orang yang mahu hidup bersendiri. Membuatkan rakan-rakan kamu sebahagian daripada kejayaan kamu adalah penting untuk kerja berkumpulan dan sokongan berterusan.



Merendah diri

Dengan kerja keras dan disiplin, pasti tak sukar untuk mencapai cita-cita kamu. Akademik kamu akan lebih sukses dan kamu akan dikagumi oleh rakan dan keluarga. Namun begitu, sentiasa merendah diri dan janganlah berlagak pula. Kamu pasti akan lebih disukai.



Ucap terima kasih

Jangan lupa untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dan mereka yang telah menyokong kamu. Perhubungan kamu dengan mereka tentunya lebih daripada kampus sekolah. Bersahabatlah dan bukannya bermusuh dengan sentiasa mengingati mereka.




#yang aku bold semuanya adalah penting. kena ingat tu! ;)

Seorang je anak perempuan? Tak ada kawan la?

Assalamualaikum...




Kau buang tebiat ke apa pukul 3 a.m macam ni update entri? Sawan gamaknya? Oh tak adalah. Aku belum sawan lagi okey. Aku baru je telan Nescafe secawan so mungkin tak ngantukz lagi. Aku rasa tak nak tidur lagi, sebab tu yang otak aku hantar message suruh update entry. Hehehe.






Anak siapa ni? Rasa macam eii! Nak cubit cubit pipi dia. Comel gilak kau! XD




Sini nak bagitahu. Aku je sorang anak perempuan dalam adik beradik. Tak ramai pun adik beradik aku. Hanya 3 orang. TAPI, aku bahagia. Kewkewkew. Rasa okey okey je hanya ada tiga orang adik beradik ni. Tak ada apa apa masalah pun. Yang tikam lidah tu biasalah. Tapi main main aje la. Tak keluar la 'bastard', 'bitch' semua tu. 



Kadang-kadang bila pergi rumah kawan parents aku, especially kawan lama diaorang yang kenal parents aku since parents aku tak ada anak lagi. Mesti lah tanya kan? Anak ada 3 ni je? A'ah. 3 ni je. Ni sorang je perempuan? A'ah. Ni sorang je. Tak ada kawan la???



Okey, aku sangat rasa 'apakah????'. Apa maksud 'tak ada kawan la' tu? Untuk pengetahuan, tak ada istilah 'tak ada kawan' dalam kehidupan aku dengan family aku. Maksudnya, aku happy bila aku sorang je anak perempuan. Aku tak ada lah pulak nak rasa boring ke apa. Aku bersyukur dikurniakan keluarga, adik beradik serta diri aku yang telah Allah kurniakan. Alhamdulillah.



Kenapa aku perlu happy sebab aku sorang je anak perempuan? Sini nak bagi contoh.

a) aku tak rasa jealous

maksudnya dekat sini, contoh la aku ada adik beradik perempuan yang lain. then, dia lawa gila. lepastu mestilah aku akan rasa woarhh. kenapa dia lawa daripada aku? right? lepastu, kalau dia dapat apa apa then aku tak dapat mestilah rasa jealous jugak kan. jadi, ada kakak/adik perempuan ini boleh menyebabkan aku jealous. memang lah aku pun pernah rasa jealous dengan abang-abang aku kadang kadang. tapi aku yakin jealous dekat laki lain daripada jealous dekat perempuan. ada paham? tak paham, paham pahamkan sendiri.


b) aku tak perlu nak share barang aku dengan dia

okey, bila ada barang (apa apa barang sekalipun lah) yang pasti mestilah perempuan punya kan? aku tak perlulah nak kongsi dengan dia. bila ada adik beradik lelaki je, tak perlulah kongsi barang tu sebab laki tak suka barang perempuan dan laki tak pakai pun girls' stuff.









Dan last sekali aku nak tulis adalah, aku bahagia jadi diri aku sekarang ni. Dikurniakan keluarga macam ini. Dijadikan sebagai diri ini. Ada parents yang aku ada sekarang. Alhamdulillah. Apa yang Allah beri pada kita sekarang ini adalah yang terbaik. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya. Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Mungkin Allah tak beri itu kepada kita sebab, kalau kita diberi itu kita mungkin akan jadi orang yang riak, sombong, bongkak contohnya.



Okeylah, nak tidur dah wey. Aku rasa panjang gila aku tulis tak? Tu pun kalau ada orang baca. Kalau tak ada, aku syok sendiri. K,fine. Dah dah. Assalamualaikum.

Aku Si Budak 90-an

Assalamualaikum..



Wahh. Semangat dah kembali pulih untuk menulis entry pada pagi yang mulia ini. LOL! XD Happy kemain je aku rasa aku sekarang ni. Bukan sebab apa. Nostalgia lama terkenang sat. Hehehe. Aku Si Budak 90-an. Yaa. Aku lahir pada tahun 1999. So, dikira 90-an lah jugak kan. Kiranya aku ni orang lama lah jugak. Macam bodoh je cakap macam ni. hehehe. Padahal baru 13 Tahun hidup.

Dah rasa besaq sangat dah arr tu??? <-- senior cakap macam ni kat junior. :p




Sebenarnya, aku cuma teringat kepada gula-gula segala cekelat segala candy segala macam semua. Baiklah, anda pun pernah memakannya. Dan walaupun harga dia murah tapi sedap kot. meh tengok meh.




Sumber: google.

Jangan serang aku tiba-tiba sebab gula-gula anda ada dekat sini. Saya hanya mengoogle. Pinjam sat gambaq.

Ini aku panggil gula-gula kaki. Bila aku selalu sangat beli, mak aku akan cakap 'buat la kamu makan. kaki orang tu tau tak'. Aku pun percaya agaknya mak aku cakap tu. Betapa bengapnya otak dahku. Selalu dibeli dekat 'kedai uncle'.





Gula gula arnab. Aku beli dekat Minat. Selalu beli dengan ayah aku. Satu paket tau dak? Satu paket tu aku makan sorang okey. Makan sorang. Sebab tu aku 'pandai' tu. Dan apa yang aku suka adalah plastik dalam dia. Seronok makan. Tapi benda ni tak boleh makan kan?





Tak tahu nama dia apa. Tapi yang pastinya rasa dia sedap. Nakk! Dibeli di 'kedai uncle' jugak.




Dan ini cekelat. Sedap jugak. Dibeli di 'kedai uncle' jugak. Wee. Untung le uncle. 




Okeylah, itu hanya di antara gula-gula dan coklat yang aku makan dolu dolu. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi, kalau aku listkan semua juling mata kau nak baca. Anyway, apa dia 'kedai uncle' yang kau sebut sebut itu? Sebenarnya nama kedai tu Mayyo. Owner dia si uncle cina. So, aku sefamily panggil kedai uncle. Cun history dia kan. assdfghjkl~!@#$%^&*



Budak kecik sekarang mana ada makan macam kita makan dulu tu. Diaorang tah tah tak tahu pun dan mungkin tak pernah tengok gula gula dulu tu. Sekarang depa makan, toblerone, cadbury, kinder bueno, kit kat. Dulu pun ada jugak coklat ni. Tapi mungkin dulu... dianggap mahal. Sekarang celah gigi ja coklat ni semua. 




Kureso, itu saja lah untuk pagi ini. Aku buat bajet jadi budak 90-an lah sangat. Buat macam aku orang lama dah. Padahal baru berapa tahun. v.v k,bye.








Tak Semangat

Assalamualaikum....




Hee.. Wah. Kembali sudah daku yow. Cuma ada sesuatu yang menimpa aku. Sesuatu yang aku benci!! Wahh!! :( Over lah kau. Apakah yang menimpa aku tu?








Sebenarnya aku dilanda rasa tak semangat. Nak buat apa pun tak semangat. Rasa macam herhh. Rasa semuanya tak mahu buat. Tapi apa yang aku patut buat? Sebab tak ada benda yang aku kena buat pun. Nak blogwalking, nak tulis entry, nak mandi, nak makan, nak baca apa apa pun rasa tak semangat.




Wah. Mungkin salah satu faktor aku jadi macam ni sebab aku bosan. Bila dah bosan jadi macam gini lah agaknya. Lagi satu mungkin sebab internet aku yang tak berapa nak best hari ni. Download movie pon berejam. Kelentong aku cakap 14 minit tapi tunggu sampai setengah jam. Pandai kelentong noh hang!




Aku harap sangat semangat aku akan kembali pulih. Sebabnya seriously aku rasa langsung tak semangat nak buat apa pun. Aku pun rasa nak sepak je diri aku sebab rasa macam ni. Bukannya aku tak semangat bersebab. Tak ada sebab pun kenapa aku tak semangat ni. Tiba-tiba je.




So, okeylah. Aku ciau dulu. Bubye. :)

Apa Tujuan Kau?

Assalamualaikum..




Aku menulis entri ni dengan sakit hati. Bukan sebab apa. Aku dah tulis dah entri ni semalam. Penat pukul 1 pagi aku tulis pasal tajuk ni semalam. Hari ni, aku dah buat kesilapan besar! Aku TEEERRRRRdelete entry Apa Tujuan Kau? ni ha. Sakit hati tau dak? Tak apalah. Aku tulis baliklah.




Dekat luar macam ni...




Dalam FB macam ni...




Okeylah, sebenarnya nak tulis pasal aweks cun gadis cun perempuan cun yang di luar bukan main cantiknya ayu comel pakai tudung. Dalam FB amboi kau! Rambut dah macam Amber f(x). Macam Lady Gaga. Semua macam macam lah. Hot sangat lah tu erk???




Eh, dalam FB je pun. Tak ada orang kenal aku sangat. Dekat luar lainlah. Dalam FB bukannya live.

Haha! Eloklah kau cakap macam tu erk? Sama je cik akak. Ekau mendedahkan aurat ekau pada orang. Lepastu bukan muhrim tengok, kau dapat dosa. Kalau orang tengok aurat kau, then dia tak tegur dia dapat dosa kau pun dapat dosa. Jadi sama samalah hindarkan diri daripada mendapat dosa. Walaupun perkara yang dianggap remeh.




Kau jealous, cakap je lah jealous. Nak bajet baik jadi ustazah dekat aku ni apehal? Tak payah nak ceramah lah weyh.

Bukan nak bajet baik jadi ustazah. Habis kalau macam tu, siapa siapa tegur pun kiranya bajet baik lah erk? Semua umat Islam tu boleh menegur kesilapan saudara dia. Bukan ustazah atau ustaz saja yang boleh tegur.



Kau tegur macam kau tak pernah buat dosa. Kau tu perfect sangat dah?

Bukanlah. Aku pun ada banyak dosa. Aku pun tak perfect. Kalau nak orang yang perfect saja yang tegur, tak adalah orang yang nak menegur dalam dunia ni. Sebabnya semua orang tak perfect.




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)


Okey, dapat jugak tulis balik. Walaupun tak sama macam yang semalam. Sedih tau terpaksa tulis dua kali. Lagi satu, entry tak ada pun nak tembak tepat-tepat kat kepala siapa siapa. Cuma pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak. Renung renungkan dan selamat beramal! :p

Kenapa???

Assalamualaikum...



Semangat pulak rasanya bila tiba-tiba ilham untuk tulis di sini muncul. Terima kasih novel. Okey, aku cuma nak tulis satu perkara yang tajuknya dekat atas sana tu sangat simple, Kenapa??? Apa yang kenapa tu? Pasal apakah?





 
Sedar tak sedar tiba-tiba dah bulan 12 dah ye? Cepat je masa berlalu. Dunia akhir zaman. Okey, dah lari tajuk. Kenapa?? Baik, sambung balik dengan tajuk tadi. Sebenarnya, aku hanya nak tahu kenapa dalam novel mesti satu watak tu ada sampai 10, 100 orang watak lain yang suka dekat watak tu? Fine, aku tipu. Mana ada sampai 10 or 100 orang.



Novel dia dahhhh.. Okey, sesiapa yang rasa bosan dan nak muntah ke apa ke bila baca luahan aku tentang novel ni sila tekan X cepat-cepat. Dah dah. Sambung balik cepat! Pokok utamanya adalah AKU TAK PUAS HATI.



Tak faham apa yang aku terangkan dekat perenggan ke dua tu? Maksud aku contohnya si A ni haaaa! Lepastu ada la pulak watak B, C, D, E yang suka dekat watak si A. Satu watak (selalunya watak utama) mesti ada lebih dari sorang yang suka dia dalam satu masa yang sama. Aku benci betol kalau macam tu tau dak. Sebab selalunya mestilah kita pilih yang hero/heroin dia kan.



Okey baik. Aku bukan nak menyibukkan diri dengan tak puas hati ke apa. Masing-masing penulis lah kan nak tulis jalan cerita dia ada berapa orang ke apa ke. Tapi, aku cuma tak suka satu watak tu ada lah watak-watak-watak lain yang suka jugak. Jadi kiranya yang heroin/hero tu ada saingan. Tu yang aku tak suka. Buat konflik lain sikit pleasee..



Bukanlah aku nak memperlekehkan idea si penulis tu, cuma nak share aku punya citarasa. Ceh, pi blah arr wei! Keeeee!! XD Aku pun berjinak-jinak menulis jugak, dan aku cuba elakkan satu watak ada sampai lebih dari yang sepatutnya watak lain yang suka dia. 



Aku yakin 99.9% orang tak faham apa yang aku tulis dekat sini. Pandai pandai kau lah nak faham macam mana. Kalau tak nak faham terpulang. Bukan paksa pun. Dan tak rugi pun kalau tak paham apa yang aku tulis ni. Hehe. 



Satu lagi! Okey last! Janji! Kenapa aku selalu tulis pasal novel. Tak habis habis novel. Selalu ke? Tak tahu lah. Tak pasti, sebab aku rasa macam selalu je aku tulis pasal novel. Kalau rasa aku selalu tulis pasal novel, aku nak bagitahu sebab aku pencinta novel yang tegar! Cewah! Dan aku cuba untuk menulis novel jugak. Doakan semoga aku berjaya jadi seorang penulis. Kalau tak hingin doakan, it's okay. v.v *sedih sebenarnya.Dah, membebel panjang. Bye, assalamualaikum!