Sila Potong Kuku Anda!


Assalamualaikum....




:DDDDD. Terlebih lebih kau bukak mulut ye? Okay, selamat hari Jumaat. Hari mulia lagi bersejarah. Betul lah apa aku cakap ni. Jangan nak buat muka herot macam pelik sangat apa yang aku tulis ni. EH? Awal-awal dah emo semacam pehal aku? Hee...




Nampak title atas sanun tu? Kuku kau panjang tak? Kalau panjang, sila cari pengetip kuku dan potong kuku sekarang! Nak biar sampai kuku tu bila sentuh jerawat boleh bagi jerawat pecah ke? Kuku panjang macam jin aprikk mana. Tahu tak keburukan simpan kuku ni???




Dosa tahu tak? Satu kuku satu kandang babi. 10 kuku 10 kandang babi. Sopan sikit minah oi. Okay, khinzir. Tak tahu lah, ni ada ustazah cakap. Lepastu, kalau kau masak orang yang makan tu pun jadi tak pandai sebab kotoran kuku kau tu.




Kuman tahu tak ada di sebalik kuku yang panjang tu. Aku tengok orang selalu simpan kuku panjang-panjang tak tahu nak buat apa. Lawooo katanya. Mungkin sesetengah orang kata lawo macam pontianak punya kuku, tapi aku tak suka tengok kuku panjang-panjang walaupun kau buat nail manicure sekalipun. Sila potong eyh.




Kuku yang panjang boleh menyebabkan kecederaan. Boleh menghalang air masa wudhuk. Boleh menyimpan kuman. Boleh jadi tempat perlindungan iSetan. Tiba-tiba iSetan. Syaitan lah bukan iSetan. Kiiii.. :D Sayang...... sayang.. potong kuku k. Kemas lagi cantik dilihatnya. Potong hari ni okay? Dapat pahala insyaAllah.





Tengok tengok tengok. Cantik tau kuku pendek. Wei kilat kuku! -tengok kanan kiri cari nail buffer- Nail buffer untuk kilatkan kuku! I love it but i don't know where is it now! 

Okay dah dah. Assalamualaikum. Kejap lagi sila pergi solat Jumaat okay. Jangan kumpul dosa tak sembahyang bagi kaum Adam sekalian. :D

Eh, aku tomboy. Suka hati aku lah!

Assalamualaikum...


Haa kau! Niena kau tomboy? Hahhh? -pengsan- No lah. Not me. Aku perempuan tulen ok. Tak ada la cop TOMBOY kat dahi aku yang licin berseri ni siap ada nur lagi kat dahi. Muntah cepat sekarang! Bukan main lagi kau puji melangit diri kau tu. Ingat bagus ke kau ni niena???? Shhh!



Okey, sebenarnya aku nak tulis pasal tomboy. Lek la sesiapa yang perangai ter'laki' sikit tu eyh. Bukan nak salahkan korang if korang tomboy sekalipun. Di sini, sebenarnya aku nak cakap pasal sesetengah tomboy yang tak reti respect dan buat macam dunia ni kau sorang saja yang punya. *wehh. asal ni wehh. pada arr nak cakap pasal tomboy pon. jangan hina tomboy derr.



Straight to the point, sebenarnya aku bukan nak hina tomboy. Di sini, tak ada langsung aku nak menghina atau pandang rendah pada anda-anda yang tomboy sedikit atau tomboy luaran dalam soft macam gula-gula kapas. Sebenarnya, tertimbul pulak isu tomboy dekat kepala aku tadi lepas aku tengok cerita Cinta Halal. Sila tengok kalau tak tahu. Best best. Fathia pandai lakon. *promot kejap.







Okey, sebenarnya suka hati kau lah kan. Kau nak tomboy ke apa. Masalahnya bila kau tomboy kau kena ingat jugak yang dunia ni ada orang lain. Based on my experience kennn kennn kenn, tomboy tak ada salah apa-apa cuma ada seorang perempuan ni dia agak kasar dan boleh dikatakan tomboy ya.



Sila namakan dia 'girl' sebab memang dia girl pun kan. Girl ni dia memang tak tahu kenapa dia ni suka mencari pasal dengan aku. Mungkin ada la tu yang dia tak puas hati dekat aku. Tak reti la aku nak fahami dia ni. Anda anda dan awak dan kau serta kamu juga you sila jangan marah saya. Saya cuma nak timbulkan isu respect yoww! RESPECT.




Sila maafkan aku sekali lagi. Jangan salah faham dengan entri ni. Aku cuma nak beritahu, even kau berhati lelaki dan berhati keras macam mana sekalipun, silalah sedar perasaan orang. Kalau kau feel kau laki pun sila hormat orang lain sebab laki hormat orang. Betul tak? Betul tak? Tak boleh lah 'eh, aku hati lelaki okey! so, suka hati mak ayah tiri aku lah erk.' No! no! no. CANNOT baby! Mana boleh cenggitu. 



Jadi, di sini aku tak salahkan tomboy. Aku cuma teringatkan girl itu dan nak ingatkan korang, awak semua, kalian tentang respect. Macam yang aku cakap dekat SINI. Peace peace tak mo salah paham k?




 Tomboy sebenarnya ramai kawan dan baik. Last sekali, aku nak mintak maaf kalau entri ni ada menyinggung tersinggung perasaan anda anda anda dan entri ni agak kasar menusuk kalbu. Sila maafkan jika saya tersalah. v.v :D Panjang betul kau tulis sampai penat hati nak baca ye. Shurry. 





RA segmen: Jom Follow dan Click Earnings

Assalamualikum...



Aku join RA segmen: Jom Follow dan Click Earnings. :D 






Jom join! Nak join klik SINI :D


Alasan Alasan Alasan

Assalamualaikum...



Dalam kehidupan seharian, terlalu banyak kita memberi alasan. Asal macam serius sangat aku tulis ni. Okey, nevermind. Alasan. Alasan untuk menutup kesalahan kita. Alasan untuk lari dari sesuatu. Alasan. Excuses.



Ada yang guna alasan untuk perkara-perkara yang tak baik. Alasan untuk menutup kesalahan lah tu. Tapi, kadang-kadang alasan itu perlu jugak. Alasan yang betul tak apa lah. Jangan beri alasan yang diada-adakan. Tak nak. Tak nak. Tak baik. Tak baik. Padahal aku pun pernah buat! Ehekk. XD



Kau pernah bagi alasan tak? Mesti pernah punya kan.



"Kenapa tak datang sekolah semalam?"


"Demam."



"Kereta rosak."



"Mak sakit."



"Balik kampung."



"ksdnvjkfnb"



Padahal ponteng. Kakaka. Macam pernah buat je? Yes. Mengaku. -Angguk lajulaju- Kiii! Kantoi lah kau. Report kat cikgu. padan muka kau.



Alasan untuk mengelak daripada benda yang tak baik itu perlu. Contohnya, kawan kau ajak kau melepak mana hala then, u should make some excuses untuk lari daripada ajakan dia tu. Itu alasan yang perlu. Right? Right? Rightttttt???



Jadi, jangan nak salahgunakan alasan. Okey? ALASAAANN!!! Enough la weyy!





Ouww! Good excuses hah!!!

Pening Lalat

Assalamualaikum...



Hah! Waa.. Pagi-pagi lu update blog haa?? Tak pe. Fresh sikit pagi pagi update blog. Tapi, awal awal wa suda pening lalat meeh. Waa rasa pusing pusing meh. Wa tatau betoi ka tak wa pening lalat. Main hantam saja meh. Okey, stop.






Aku bangun sembahyang subuh. Selalunya, aku tidor balik lepas subuh (amalan yang tak baik). Tapi tak tau dengan kepala aku ni. Mungkin dia dah biasa tidur kan. Bila tak tidur balik tu dia jadi pening-pening lalat. Aku nak tidur tadi tak tau kenapa tak boleh nak tidur.



Rasa macam nak demam pun hadooo. Jadi, aku mencari penawar untuk pening lalat yang tiba-tiba aku ni. Aku nak share dekat sini sikit okey?



1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.



2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).



3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.



4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.



5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.



Okey, jelas tak? Aku yakin, otak korang semua memang pandai mesti lah boleh pick up semuanya kan. Jadi, yang paling senang sekali dan tak payah fikir banyak adalah TIDUR! Dah, aku nak tidur sekarang ni. Cuba cuba lah aku tidur kalau tak boleh tidur. 



Salam, and please wish sweet dreams to me okeyh? Mengada gila budak tu. XD


Kasihan Tengok Orang Makan

Assalamualaikum..



Hari ini, aku nak cerita pasal diri aku. Sesuatu yang pelik dan mungkin tak ada pada orang lain kot. Kalau ada, sama lah kita ya? Hihi. Apa yang pelik sangat tu? Kau tengok tajuk atas nun. Kasihan tengok orang makan? Means?






Tak tahu lah apa kena dengan aku ni. Bila aku tengok orang makan, aku rasa kesian tengok muka dia. Kesian untuk apa pun aku tak tahu. Padahal, bukan ada apa pun tau dak? Pelik je aku rasa. Aku tengok muka kawan aku makan, aku rasa kesian. 




Tapi, kalau makan gelojoh sana sini tak adanya aku nak kesian. Kalau makan katak, tak adanya aku kesian. Kah kah! Tak ada siapa nak kesian kalau tengok orang makan gelojoh and makan benda tah apa-apa. Aku sangat pelik dengan diri aku.



Sesiapa yang rasa-rasa nak bagi aku kesian dekat dia, silalah makan depan aku eyh. Buat muka sedih sikit. Nanti aku kesian la. Ha.. Ha.. -tutup mulut- 



Tapi, ada orang tengok muka orang tidur, dia kesian kan. Tapi kalau aku, tengok orang makan rasa kesian. Padahal memang tak ada apa langsung. Aku pun tak paham dengan jiwa aku yang kesian tengok orang makan. Aku rasa macam kesiannnn tengok muka dia. Kesian untuk apakah itu? Aku sendiri tak paham. 



Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya? Tak ada apa-apa pun. Just nak bagitahu, kalau rasa nak aku kesian kat dia, silalah makan depan aku. Tak hingin nak aku kesian sebenarnya kan? Tapi tu lah, hakikatnya aku memang kesian tengok muka orang tengah makan. Berapa kali aku nak cakap? Dah.. Dah.. DAHHH!



Kasihan tengok orang makannnn!!! 



Okey okey, faham kau kesian tengok orang makan. Sudahlah tu. V.V Bubye dear! 

Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Assalamualaikum..



Nak share sikit tentang rahsia dalam kedudukan ahli keluarga. Diingatkan, bukannya semuanya betul. Jangan percaya bulat-bulat pulak ya? Tapi, macam betul je? Jom tengok betul ke tidak dengan diri wanita awok tu?






Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.



Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.



i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas




Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:


- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

-  Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Untung kalau dapat isteri yang sifat tanah ni. :D Siapa pun nak kan?



Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.

- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.

- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.

- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Yang ini pun untung siapa yang dapat. Kehkeh.. Yang pasti aku bukan yang ini. XD



Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:


- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.

- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.

- Penasihat yang baik kepada suami.

- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.

- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Macam betul saja? Aku anak nombor tiga. Jadi, yang inilah ya? Tapi, bab yang menghias rumah tangga ambil hati suami tu tak tahu lah. Aku tak kahwin. I'm 13 u know? u know? u know? ZZzzZzz...



Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:


- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

- Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.

- Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.

- Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan



Baiklah, ada tak yang sama dengan korang. Kalau sama tu, kira nasib lah. Aku sifat api ya? Oh mungkin ya. Aku ni memang kuat jealous. bukan jealous dekat boyfriend ke hape macam kau eyh? Jealous kalau mak aku layan budak lain lebih-lebih. Sweet tak? Berangan je kau niena. Tapi ya, aku suka sayang orang, suka jealous, suka bagi nasihat. Kira okeylah kan? :p



Dah, daripada aku syok sendiri aku nak akhiri entri ini dengan assalamualaikum warahmatullah. \*.*/

Pergi Mana??

Assalamualaikum...



Hah... Lama tak update blog. Bukannya sebab malas ke tak ada masa ke. Sebenarnya, aku pergi jalang-jalang. Duduk hotel pulak tak ada internet. Kalau ada pun, ada problem lah apa. So, tak boleh lah aku nak update ke tengok blog ke.



Aku ke mana je? Aku sekarang ni dekat Terengganu. Tu yang ada sikik-sikik cakak tengganu. Betul ke aku cakap ni? Aku tak pandai cakap sini, tapi hentam je lah erk. Aku baru je masuk bilik hotel ni. Tadi keluar pi merata. Hehe..






Esok, nak pergi kenduri pulak. Dan mintak-mintak balik teruh. Tak suka lah lama-lama dekat tempat orang. Duduk rumah lagi syok. Kan kan kan??



Itu je lah aku nak cerita di sini. Sebenarnya, tak ada apa yang menarik sebabnya aku dengan family aku macam singgah-singgah je kat Kuantan, Terengganu, Ipoh. Penat tau jalan-jalan macam ni. 



Okeylah, dah nak tidur. Nanti, tak pasal-pasal kena marah sebab esok nak bangun awal. Yoow!! \^.^/
Bubye... Salam.. 

Novel TAK SECANTIK HUSNA

Assalamualaikum....



Hari ni, aku nak buat review tentang novel TAK SECANTIK HUSNA. Baca novel ni, sangat tak membosankan. Kebosanan aku sebelum baca novel ni seolah-olah terbang melayang lenyap macam tu je bila baca novel ni. Hebat kan penangan novel TAK SECANTIK HUSNA ni?




Ni cover dia...



SINOPSIS



Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.



Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.



Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.



Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?



Okey, itulah sinopsis dia. Kalau kau malas nak baca sinopsis tak apa. Aku tahu, mesti nak tahu aku punya pendapat saja tentang novel ni kan?



Baiklah, novel ni jujur aku katakan sangatttt sangaattt best. Bagi aku lah. Suka sangat jalan cerita dia. Jalan cerita dia disusun cantik dan memang tak pening dan tak bosan nak baca. Tabik hormat dekat penulis dia, AINUL HAZRAH!! 



Aku suka tengok keluarga Tija a.k.a Siti Zarith Zahra. Gila aku suka dekat nama dia! Cantik sangat. Nama hero dia pun cantik. Suka! Suka! Bagi aku, novel ni memang tak rugi kalau dibeli. Cerita yang tersusun cantik, memang tak bosan dan menghiburkan. Percayalah..



Aku bagi novel ni berapa ya?? 4/5. Boleh ke macam tu? Lagi satu mana? Lagi satu kedekut sikit nak bagi. Hehehehe. Untuk AINUL HAZRAH, teruskan berkarya ya! Mutu karya beliau yang ini, sungguh baik. Gaya bahasa dia, jalan cerita dia semua mantap.


Okey tu saja untuk review novel ini. Bubye~

Tiada Makna Jika Bosan

Assalamualaikum...



Cuti? Cuti sekolah? Sebulan? Oh, indahnya! Siapa kata? Baiklah, sebelum ni pun aku pernah cakap macam gitu. Pleaseee admit it!!!! Arrgghh!! Kau buat teruk apa niena? Okey, sila beritahu sekarang. Kau bosan ke? Soalan apa tu? Semestinya lah.



Cuti tak ada makna kalau bosan. Baru berapa hari cuti dah bosan tahap gila. Ceh. Nak mohong pada arr. Baik! Bosan tahap keluar air liur basi. Mungkin perumpamaan yang lebih baik? Aku tak tahu kenapa tahun ni rasa tak bestnya cuti. Apa makna cuti tahun ni? Hari tu, ye ye je kau kata bosan hadap muka kawan kau. Sekarang baru kau tahu betapa bosannya, tanpa muka kawan kau.







Girls, maafkan aku erk. Aku tak berniat nak cakap hadap muka hampa semua membosankan. Sekarang, baru aku sedar bila hampa tak dak depan mata baru aku tercari-cari. Kau buat feeling apa? Hmm.. Bosan gila cuti kali ni. Macam tak biasa pulak kalau tak pergi sekolah. Hmmph!




Bosan ni pun boleh bawa penyakit. Sebab tu lah, kena enjoykan diri jangan sampai HERK! X(  Okey? Sebosan-bosan aku tak ada lah sampai macam nak mati. Cuma rasa tak best lah. Duduk rumah tanpa buat apa-apa yang interesting pon tak syok. Kalau pergi sekolah, kena marah dengan cikgu pun interesting tau? Gila ke?



Apa yang aku buat masa cuti adalah... lepak dekat Youtube, Facebook, Blogger. Sangat bosan okey. Sekolah adalah lebih baik. Aku sangat tertanya-tanya kenapa tahun ni aku seolah-olah tak gembira dengan cuti panjang? 



Baiklah, aku cuma nak bagitahu cuti tak semestinya seronok. Mungkin orang boleh kata, kau yang tak pandai nak cari benda nak dibuat. Kau yang tak pandai susun jadual cuti kau. Okey, aku mengaku memang aku tak pandai tak ada kerja, cari kerja. Sebab, memang tak ada benda nak dibuat.



Esok, nak pergi jalan-jalan. Sekurang-kurangnya tak lah bosan. Pergi jalan dengan kawan-kawan! Yey!





Keinginan yang jitu...

Assalamualaikum...



   Hye.. Hye.. Hye.. Herhhh! Okey, tajuk bukan main lagi kau jah. Keinginan yang jitu giteww. Keinginan apakah? Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu sekarang ni aku tengah lapar. Aku tengah bosan. Aku tengah tak tahu nak buat apa. Ada orang nak tahu ke?



   Okey, straight su ze foint. Keke..Aku nak apa ya? Keinginan apa yang aku maksudkan itu? Yang pertama! Eceh yang pertama ye? Yang pertama, keinginan yang tak mungkin akan tercapai. Kalau Allah nak bagi syukur Alhamdulillah lah kan. Eh? Bunyi macam serius ja?







   Ha kau! Tiba-tiba keluar kucing putih sekoq. Inilah dia keinginan aku yang pertama. Iaitu, kucing putih yang kembang, mata yang bolat dan hidung yang merah. Errhh! Kucing-kucing aku tak nak bagi dekat aku anak kucing yang putih gebu macam kat atas ni. Terliur je tengok gambar-gambar kucing putih gebu neh. Rasa nak gigit sampai lebam.. ;'( Actually, aku dah dapat anak kucing baru! Tapi, bukan putih la. Itu yang sedih tu. Agak kasihan di situ ya?



   Yang kedua.. Aku rasa setiap bulan aku akan mengidam benda ini. Aku akan search nama dia di encik google dan akan terliur.. 






   Apakah ini? Korang tahu apakah ini? Inilah nama dia lasagna. Pelik-pelik je kau nak makan. Berlagak betol nak makan makanan Italy konon! Cait! Eh, suka hati aku lah. Aaa! Hari tu, dah pergi restoran orang suruh order lasagna tak nak, inilah akibatnya. Terbayang-bayang lasagna pada setiap bulan. Untungla, ada orang ingat setiap bulan. Untuk mengharapkan lasagna muncul depan mata aku sekarang ni, tak mungkin akan terjadi. Ingat duduk dekat istana ke? 




   Buat masa sekarang, aku rasa dua benda ni dulu lah yang aku nak. Maksud aku, keinginan untuk malam ni. Esok, mungkin aku tak mengidam lasagna aku mengidam pizza pulak ke? Aku ni macam-macam nak. Lepastu, mak aku akan cakap, "kamu ni macam-macam lah nina". Dan aku hanya mampu gelak. 



   Tapi kata keinginan yang jitu? Jitu untuk malam ni mungkin. Tapi kan, yang kucing putih tu kan aku nak sampai aku mati. Jitu benor bunyinya. Kan? Ada siapa-siapa nak sedekahkan kucing putih dia dekat aku? Aku sedia menerima. 



   

Rahsia Warna Untuk Kesihatan

Assalamualaikum...



   Haa.. Sekarang, aku nak share pasal rahsia warna pulak. Warna favorite aku ada untuk kesihatan.. Kau ada? Hehe. Warna penting dalam kehidupan. Dah mari tengok sekarang...



Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.



MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal.




BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.




MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...



JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.




HIJAU


Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.




   Hah... Bangga sekejap tengok warna pink boleh membantu untuk kesihatan. Yipee.. Malam ni, kalau tak boleh tidur, boleh lah aku tengok langsir pink dan cadar pink aku tu kan? Kekeke. Pink jugak ialah warna yang romantik. Jadi, jangan pandang rendah pada warna pink boleh? Pantang tau dak ngan orang yang benci color pink! Ceh.. Tak ada lah. Saja je.



   Okey, itu je untuk malam ni. Dah update dua kali dah hari ni. Macam ye ye je kan update dua kali dalam sehari. Tak heran pon... Bubye! Sentiasa Love~ 


Template Baru Yey!

Assalamualaikum....



   Agak lega dan happy bila tengok blog yang sudah diubah wajahnya. Okey tak? Heh.. Yang baru ni agak simple. Lagi simple lagi tak sakit mata kalau aku. Hee.. Kenapa eyh aku tukar template dia? Sebabnya....



   Aku bosan tengok template lama aku. Then, kalau bukak dia jadi macam load tak habis. Dua sebab tu je la kot. Jadi, mata aku dah rasa nak terkeluar tengok template yang lama tu maka, aku tukarlah template baru yang lebih simple.



   Aku suka template baru ni.. Sejuk mata memandang. perasan. Alah aku kutip je template ni. Ngek tak aku? Sangattt... Blog aku tak lah se'cool' blog korang. Sangat simple. Sangat bosan. Mungkin?



   Kikiki.. Dalam aku merendah diri, aku happy dengan wajah blog baru aku ni. Kalau kau tak suka, aku suka! Kalau kau bosan, aku tak. "boleh la cakap macam tu, dah blog kau" Kan? Dah.. Aku bukan boleh tulis panjang-panjang sangat. Nanti melalut lagi lagi lagi.


SATISFIED!! :)

Dah bye! Assalamualaikum...