Don't Be So Selfish

Assalamualaikum and hye salam pembuka bicara..


   Sekarang ni internet aku slow gila bapak dan kerja aku gila banyak lah. Kerja PBS jangan tanya aku erk. Aku sebenarnya busy gila nak mati. I have 2 days only to finish up my work. Bayangkan lahh.. Memang gila busy sebab nak masuk bulan 10 dah then kitorang belum habiskan PBS. Semua subject ada PBS. Memang serabut habis.



   Anyway, nak talk about SELFISH oohh.. You know Selfish? Yooww.. Not fish. S E L F I S H. Okey, whatever it is Niena.. Aku tau semua orang pun tau apa benda tu Selfish. Okey.. Ini antara yang berlaku di sekeliling aku hari ni dan hari-hari semalam dan sebelum sebelum ni lah.



   Be considerate la friendsssss... Jangan kita fikir pasal diri kita sendiri je. Orang lain pun nak hidup dan jalani kehidupan yoww. Okey. Meh sini nak bagi contoh,



   1- There is only two punchers. Okey, students berebut-rebut nak guna. Yang sorang tu dari tadi dok mintak mintak puncher dari kawan dia dan dia pun lama-lama #*#$*$*(# and says "aku dari tadi mintak kat hang puncher tu. lama dah aku tunggu ni. aku nak guna jugak". And her friend says "pasai kat hang".. <-- So SELFISH!!!! (*#$(#*$(*@(#(@#*



   2- There is only one mirror in the Bilik Jamuan. This girl tengah betulkan tudung kat depan cermin tanpa menganggu siapa-siapa pun kat situ. Yang lain, kalau nak guna please wait till your turn erk. But.. Ada minah ni tiba-tiba push the girl yang tengah tak kacau orang tengah elok elok betulkan tudung tu. And the girl says "woi.. tolak tolak apa." And the minah says "pasai kat hang". <---- SOOO SELFISHHHH!!! *#&*&*$&*&&@#*@#@#&**@#



   Whyyy? Persoalan utamanya ialah WHY? Why you should be so selfish dan tak bertimbang rasa sangat? You know? Jangan pentingkan diri sendiri yang mengundang rasa benci orang lain dekat kau. Tak susah untuk fikir pasal orang lain sama.



   Jadi, jangan lah kita selfish sangat sebab tak menguntungkan pun. Bila kita selfish, kita akan jadi tak respect dekat orang. Kenapa? Nak bagi orang rasa takut dengan kita? Macam tu? Tak takut pun dekat kau malah jadi nak tonyoh muka dalam jamban je kann.. Kalau kita ada rasa bertimbang rasa sikit pun jadi lah. They will be okay with us if we have nilai murni atau moral dalam diri. Okey?



   TU aje lah aku nak share. Bye dear. Sentiasa Love!~

R E S P E C T

Assalamualaikum...!


   Weeeee! Aku rasa macam dah bertahun-tahun aku tak update blog kan.. Sebenarnya, tiap-tiap hari aku bukak blog aku. Sebab aku je, pageviews aku banyak. LOLOLOLOL! :P Annoying tak? Kannn? Aku tau. Diam dah la. Terima kasih kepada korang jugak yang tolong banyakkan lagi pageviews aku. Haha.. Kamsahamida! Kalau singgah sini, follow lah erk. Saja je nak suruh korang follow blog aku yang tak seberapa ni. Pulon kan?



   SEBAB AKU PULON NI LA KOT KUCING AKU CAKAR AKU!!



   Okey! Dah. Stop with your annoying words and whatsoever yang boleh kasi orang muntah depan lappy sampai lappy rosak. Apa-apa pun bukan nak cakap pasal aku. Aku nak cakap pasal (tengok tajuk atas tu). Yeahh! RESPECT!



   Kau faham apa pasal respect? Tauuu... Hormat. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Okey betul. Tapi, tak kesah kau muda dari aku ke aku muda dari kau ke kau tua dari aku ke hapee ke yang penting mesti kena apa? Respect.



   Senang, aku bukan nak emo ke apa ke kat post aku ni tau. Kang kau kata tak syok la sebab niena tu emo je kojee.. Tak ada lah. Nak lecture lagi!


   Senang je hormat orang. Tak payah nak sujud kat kaki kononnya hormat gila-gila. Hormat orang lain dengan kata-kata yang baik pada orang tu, perilaku yang tak menyakitkan hati. Tak buat dia macam dia tak ada rasa marah. Aku jumpa hamba Allah ni, dia serious tak tau aku nak cakap. Tak hormat kat orang gila bapak. Aku tak tau la apa yang dia rasa.



   Malu kan kalau ada orang kata kat kita, 'woi! tak reti hormat orang ka?'. Aku malu kalau ada orang kata macam tu kat aku. Serious rasa nak menyorok bawah meja. Hormat tu biarlah kepada semua orang. Walau dengan budak kecik pun, kita kena hormat dia as dia budak-budak. Walau dia sama umur dengan kita pun, kita kena hormat dia as manusia. Dengan siapa-siapa pun kita kena hormat.


 
   Aku bukan apa la. Tak suka tengok orang yang tak reti hormat orang lain. Rasa macam nak hempok guna kayu. Ni pasal dia dah tak hormat orang, aku pun tak hormat dia. Mesti lah kita rasa nak buat apa kita hormat dia sedangkan dia tak hormat kita kan.



   Aku bukan nak kata aku ni gila baik gila hormat dekat orang... Aku cuma nak kita ada rasa hormat tu dalam diri kepada orang lain. Sikit pun jadilah. Kalau kita tak hormat orang, orang pun rasanya tak nak hormat kita. Tapi, kalau kita hormat dia dia tak hormat kita, kita hempok dia yuukk! Hehehe.. Tak ada! Canda mbak!



   Okeylah! Ini saja update aku. Maaf atas kesalahan, kekurangan, keburukan, kegedikan, kejengkelan aku. Ni hanya pendapat budak mentah macam aku. Kalau salah jangan condemn tau!

-Bye-Salam-Sentiasa Love~


 

Penat :'(

Assalamualaikum...


   Hari ni, aku penat. Aku penat sebab aku tolak segara barang-barang yang ada kat dalam rumah aku ke luar rumah. Lepas tu, taulah mesti banyak habuk dengan riangnya berterbangan sana sini kan. Belakang almari memang kompem lah berhabuk gila.


   Apa masalahnya dengan habuk yang tak berdosa tu? Masalahnya, habuk tu bagi muka aku gatal. Aku menderita weyh! Penat tau tarik kerusi, angkat meja, tolak almari. Dah la semuanya besaq-besaq gedabak. Aku jugak yang nak kena tolak benda-benda berat tu.


   Disebabkan badan aku penat dan aku rasa ngantuk campur dengan muka aku yang gatal ni, aku tidur dekat atas katil yang penuh dengan baju-baju yang macam nak buat bundle tu semua. Best tidur dengan baju. Rasa macam 'wooh selesa! selesa! Yey, tak ada orang nampak'. Lebih kurang macam tu la sebab baju-baju tu semua menimbun. Memang syok tidur dengan baju-baju. Selesa woot. Tak percaya, cuba buat.


   Aku tak sedar aku tidur pukul berapa dan yang aku tau aku bangun pukul 8. Ya.. Aku tertinggal solat Asar. Tapi, aku dah qadha lee!! Astaghfirullah! Dosa tinggal solat!


   Oh! Dalam kemerepekan aku kali ni, aku tak bagitau pulak erk aku nak buat apa tolak barang-barang ke luar rumah ni? Nak pindah ke? Tidak.. Aku nak renovate rumah aku sikit. Aku tak suka tau tak renovate renovate bagai ni. Kita jugak yang penat. Ewahh... Kau ingat kau puteri nak senang lenang selalu? Eheh, tak.


   Itu je lah. Kalau ada gambar, aku post lah nanti. Malas aku nak upload bagai sekarang. Aku tengah menghafal skrip neh. So, bubye. Salam.

Jalan XD

Assalamualaikum w.b.t.


   Hari ni, aku pergi ambik abang aku kat airport Penang. Anyway, ni first time aku update pasal aku pergi mana. Sebelum ni, aku malas nak update pasal kehidupan aku. Post aku yang adanya, pasal keadaan sekeliling aku. Tak percaya, cerrr tengok post-post aku. Tengok.. Tengok!


   Okey, tak apa. Malam ni, biar aku cerita tentang aku ke mana. Happening ke tidak kan?? Haa.. Mula-mula aku keluar rumah dalam pukul 3.00 petang. Lepas tu, aku dan family aku pergi makan dan solat dulu sementara nak tunggu flight abang aku sampai. :D Aku makan tomyam. Sedap! He.. Saja buat-buat macam tak pernah makan.


   Lepas tu, kami pergi airport. Time tu, abang aku dah sampai! Yey! Jadi, tak perlu lah bersejuk-sejuk kat dalam kereta tunggu abang aku lama-lama. Alhamdulillah!


   Lepas dah ambik abang aku tu, abang aku kata nak beli handphone baru plaks.. Jadi, kami pon pergi lah cari kedai handphone yang dia nak pergi tu. Kat Jalan Kedah. Dia nak pergi situ jugak sebab handphone kat kedai tu je yang murah. Dia nak saving sangatt.. Haih pelbagai.. :)


   Lama gila kami cari kedai tu. Kami macam nak give-up lah kata cari kedai lain lah esok cari lain semua semua. Tapi, kami cari jugak kedai tu. Mulut je cakap nak cari kedai lain, tapi kaki tetap tekan minyak cari kedai tu. Last, dapat jugak jumpa kedai tu. Memang sumpah susah lah nak cari sebab kedai tu macam terpencil sikit. Abang aku punya pasal, parents aku turuti. Sebab apa? Sebab bukan selalu dia mintak apa-apa. Apa salahnya kan?


   Lepas dah beli handphone, kami pergi solat sebab dah maghrib. Masjid tu selesa dengan adanya pulak pakcik yang friendly tunjuk kat kami mana tempat ambik wudhu' dengan tempat solat. Dapat pahala oohh pakcik tu. Salute pakcik! Hehehe...


   Then, jalan aku belom habis tau. Kalau aku dengan family aku pergi Penang, memang malam baru balik. Maaf aku nak cerita panjang malam ni. Lepas tu, kami pergi makan. Makan lagi? Yup! Kami family yang kuat makan! Jadi, kami pergi makan lagi sekali. Aku makan makanan yang ringan sikit la. Tak mau makan nasik sebab tadi petang kan dah makan nasik dengan tomyam. Malam, aku makan koey teow ladna. Sedap! Dengan ABC sekali! Yey! Alhamdulillah, kenyang. Syukur nikmat Tuhan. He.. He..


   Cadangnya siang tadi kata nak pergi Gurney Plaza (my favorite shopping place) lah! Lepas tu, memandangkan dah malam kan, kami tak pergi. Alorrhh.. Sedih! Nak pergi! Nak pergi! Tapi aku tak merengek aku. Bukan baby! :p


   Ayah aku pergi rumah kawan dia. Ye.. Aku tak suka ikut mak ayah aku pergi rumah kawan diaorang sebabnya bosan. Kita tecongok je tak paham diaorang sembang apa. Bosan kan? Nasib kejap je! Aku dengan abang-abang aku duduk dalam kereta je. Mak ayah aku yang turun jumpa kawan dorang. Bagus! Kami tak lah bosan sangat bila ada dalam kereta bersembang adik-beradik!


   Habislah perjalanan seharian aku. Seharian ke? Tak sampai. Yang pasti, lama jugak aku dekat Penang. Aku dengan family aku kalau pergi Penang, memang malam baru balik. Tadi pergi pukul 3.00, sampai rumah pukul 10.30. Awesome tak? Hehehe..


   Aku sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Jadi, aku tulis lah pasal perjalanan aku hari ni. Tak awesome sangat pon. Biasa je. Tapi, perasan gembira tu ada sebab abang aku balik! Ngeh ngeh. okeyh! Bye dear! Assalamualaikum..

Singgah Singgah!

Hye dan Assalamualaikum..


   Eh, comelnya blog dia. Eh, cunnya owner dia. Eh, awesomenya blog dia. Eh! Hee.. Aku pun tak tau kenapa sejak semalam aku suka singgah blog orang. Alah singgah bukan nak buat benda buruk. Nak tengok je blog orang. Kalau blog tu comel, gaya bahasa dia santai, owner dia yang 'just be myself', aku follow leww..


   Kalau nak tau siapa orang yang bertuah, yang kena puji dengan aku tu, tengok lah blogger buzz. Semua tu blog-blog yang menarik. Kalau tak menarik tak nak follow! Alarhh aku punya blog pon bukan cool macam dia orang punya blog, sebab tu la aku follow blog diaorang. Aku suka blogger tu, maka aku patut jadikan dia inspirasi gaya hidupku kan? Tak salah kan kakaks blogger?


   Baru ada berapa blog je yang aku follow. Kalau ada yang menarik tetarik, aku follow lah. Aku tak suka blog yang pemilihan warna dia berat dan menyakitkan mata. Biar simple and warna soft barulah seronok nak lepak kat blog awak!


   Gaya bahasa yang senang dibaca, yang tak short form lagi best. Aku tak suka yang 'aL4 kwunk x aynk it33w k3ww'. Ya Allah, tolonglah. Aku pun tak faham, terbelit lidah nak baca. Kalau nak short form pun, tak payah sampai yang berwarna merah kat atas tu eyh. Rasa nak lempang tak? Aku pun nak lempang kalau macam tu. Jika anda seorang yang bercakap jenis TGC (tulisan gedik campur) macam tu sila tulis macam biasa. Kalau tak tulis campur huruf dengan nombor lagi senang nak baca. Orang dah sediakan dah untuk menulis guna huruf. Mengira guna nombor. Okeyh?


   Gedik. Gedik tak masalah. Kadang-kadang gedik yang melampau tu yang masalah. Dalam penulisan, haruslah ada kegedikan di situ untuk menceriakan suasana erk. Kau anggap gedik yang macam mana? Maksud aku, gedik yang dicampur untuk menimbulkan penulisan tu supaya baca tak stres dan muram je. Eh, tapi aku pon kadang-kadang penulisan aku batu je kan. Tak ceria.


   Friendly! Ah.. Aku suka blogger yang friendly. Kalau dia friendly, dia nampak shomeell je. Aku friendly tak? Sila kenali aku, dah tau lah aku macam mana. Sila baca post aku yang tajuk dia 'Dia Tu Diam Sangat La' kalau nak tau. Ada seorang blogger tu, dia tak letak pon gambar real dia tapi dia sungguh friendly dan aku rasa Masha-Allah mesti blogger ni comel dengan kefriendlyan dia tu.


   Jadi, kesimpulannya aku tak suka warna blog yang menyakitkan mata dan berat, aku tak suka short form yang melampau, aku tak suka yang terlampau batu, aku tak suka blogger yang sombong. Tapi selalunya, blogger friendly kan? Kalau tak, buat bodo je la kalau sombong kan. Aku percaya, blogger-blogger semestinya friendly. Kalau tak friendly, tak payah buat beloggg.. Nggee.


   Bye peeps! I luv blogging- Sentiasa Love~

 

Dia tu diam sangat la..

Hye and Salam..


    Aku orang yang agak pelik. Tapi, aku pun tak pasti betul ke aku ni pelik? Agak la.. Aku rasa orang anggap aku pelik sebab aku ni diam.... Diam la sangat an? Orang kenal aku tau la aku sapa.


   Aku ni kat certain place aku akan jadi diam. Mari lihat contoh; first time masuk sekolah baru. duduk antara orang-orang yang aku tak kenal. duduk dalam kelas lain selain kelas aku. duduk antara kawan yang tak berapa rapat. duduk dalam perjumpaan yang kawan-kawan kelas aku tak ada.


  Jadi, jangan kata aku sombong kalau aku tak cakap dengan orang. Aku dah ditakdirkan macam ni. Nak buat macam mana kenn? Aku pon sangat susah untuk senyum kalau dengan orang tak tentu. Mulut aku sangat kuat membebel dan kuat bercakap sebenarnya. Itu pun bila aku dah selesa.


  Ha! Baru teringat balik. Aku kalau tak selesa, aku akan jadi diam. Kalau aku dah selesa dengan orang tu, baru lah aku akan bercakap banyak dengan dia! Macam masa first time aku masuk secondary school. Gila lah orang ingat aku sombong. Semua orang pun cam takut la mula-mula tengok aku ni. Dengan pakej muka masam + diam nak mampos.


   Tak kenal maka tak cinta (orang kata). Tapi betul lah. Kalau tak kenal aku, memang kau tak akan kata aku ni sangat mulut bising dan friendly. Tak payah takut dengan aku lah. Aku ni pelik je. Tapi, ada jugak yang 'memusuhi' aku sebab aku ni pelik kot. Eh. Tak payah cerita pasal yang 'sekelompok' tu eyh. Shh..


    Suka suka hati kau nak kawan dengan aku ke tidak. If you hate me, I hate you more sayangs.. Tengok tulisan merah. Warning auww! Beware! Aku orang biasa yang punya perasaan. Tak boleh lah lakukan aku sesuka hati. Aku manusia tau. Bukan patung. Eh, asal rasa macam emo pulak nih? Aish.. -Istighfar-


   Jika anda berbisik-bisik 'dia tu diam sangat la' pada saya, sila buang perspektif anda pada saya. Saya tidak begitu. Jika anda berbisik-bisik 'dia tu burok la sebab tak nak senyum' pada saya, sila muhasabah ayat anda. Saya tidak selesa apabila sentiasa tersenyum, sebab rasa macam orang gila pon ada. Jika anda berbisik-bisik 'dia tu skema la' pada saya, sila jangan berkata begitu. Maaf. Semua bisikan-bisikan anda semua salah pada saya. Sila kenali saya dan anda akan tahu siapa saya. Terima kasih.


   Assalamualaikum. peace no war momeehh..
   p/s: sila baca tulisan merah (warning) berulang kali. :*

KaWan :')

Hye!

   Aku ada kawan. Kau ada? Semua orang pun mesti ada kawan. Tak kesah la kawan kau berapa pun. 10 ke 1000 ke 10000 ke 100000 ke 1000000 ke.. Yang penting semua orang ada kawan tak kira banyak atau sikit. Walau kekadang kita tengok dalam TV ada la watak blurrr yang cakap 'saya tak ada kawan. saya tak tahu nak kawan dengan sapa'. Okey ayat tu memang tak boleh diterima pakai. Jadi, jangan percaya yang ada orang tak ada kawan. Sangat tipu okey?

   Kalau kau rasa kau tak ada kawan, sebenarnya kau ada kawan. Ecehh.. Lama-lama aku pun blur aku cakap apa. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan yang macam-macam ada. Pening jugak kadang kadang bila dengan kawan ni. Ada kawan yang tak serupa nak kawan sangat kan..

Jadi inilah jenis-jenis kawan:

Kawan Chipsmore

- Okey! Nama sangat comel dan sedap. Chipsmore. Kawan yang ni sekejap ada sekejap tak ada. So far, aku tak jumpa lagi kawan chipsmore yang nama je sedap tapi suka menghilang ni..


Kawan Buaya

- Kawan makan kawan.. Aku tak pasti aku ada ke tidak kawan macam ni. Abaikan.


Kawan Perfume

-  Waktu senang ada dekat. Waktu susah lari jauh-jauh. Ada! Aku ada jumpa spesies kawan tak boleh pakai jenis ni.. Heh Heh..


Kawan Pisau

- Mulut lebih tajam dari pisau. Sampai takut nak cakap lebih-lebih. Yang ni pernah jumpa! Perih jiwa jumpa kawan macam neyhh..


Kawan Chocolate

- Mulut manis. Aku tak jumpa lagi..


Kawan Duri

- Dia ni suka sakit kan hati kita. Aku sangat sakit jiwa dengan kawan duri. Taunya sakitkan hati iteeww.. Terluke iteww.. Okey agak over jadi jadilah diri sendiri..


   Ada banyak lagi jenis kawan yang entah apa-apa lagi tapi aku malas nak tulis banyak banyak. Kang bersawang blog aku sapa nak tolong? Aku jugak.. Oh kawan sebenarnya sangat AweSome! Jadilah kawan yang terbaik untuk kawan. Tak perlu semakkan kepala kawan dengan kerenah kita sendiri. Eleh. Aku pun selalu je semakkan kepala kawan aku! Maaf..